Mengenai tuduhan pembangkang bahawa Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bersekongkol dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk mewujudkan pengundi hantu, Najib berkata perkara seperti itu tidak berlaku.
"Tak ada, tak ada, tak ada. Bila dia (pembangkang) menang, dia senyap. Ini taktik pembangkang," katanya. Lihat SINI
Jika rekod keluar masuk Jabatan Immigresyen boleh dipadam atau dimusnahkan, inikan pula mewujudkan atau mengeluarkan Kad Pengenalan sementara, tentu enteng saja, bisa diurus. Syaratnya mesti ada pegawai atasan yang "override" sistem atau sesiapa yang memiliki kata laluan. Pernahkah kita mendengar Jabatan Pendaftaran Negara dan SPR memperolehi ISO atau BS? Siapa yang audit SPR atau JPN?
Pengundi hantu ganti pengundi yang tidak keluar mengundi?
Dalam usaha terdesaknya mengekalkan kemenangan dalam Pilihan Raya Kecil Parlimen Kuala Terengganu, 17 Januari ini, Barisan Nasional dijangka mengulangi taktik kotornya mengambil kesempatan ke atas mereka yang tidak keluar menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi.
Kecenderungan itu dibayangi beberapa pemimpin Pakatan Rakyat yang kini giat berkempen membantu calon PAS, Mohd Abdul Wahid Endut, di sini.
"Memang kita ada menerima maklumat ada pihak kini telah mengenalpasti nama-nama pengundi yang telah tidak keluar mengundi sejak dua pilihan raya lalu. Mereka ini dianggap tidak berminat mengundi dan mungkin tidak akan keluar juga kali ini. Parti itu akan letakkan orang dia mengundi bagi pihak mereka ini," kata Ketua Penerangan PAS Terengganu, Muhyidin Abdul Rashid.
Beliau ditemui dalam satu majlis penjelasan isu-isu terkini bagi Pilihan Raya Kecil Parlimen Kuala Terengganu kepada wakil-wakil media alternatif, di Pusat Media Pilihan Raya Kecil, dekat sini.
Beliau bagaimana pun enggan mengulas lanjut maklumat diperolehinya mengenai kaedah digunakan parti berkenaan bagi membolehkan 'orangnya' masuk mengundi bagi pihak pengundi-pengundi tersebut.
Kebimbangan serupa turut disuarakan anggota Exco Kerajaan Selangor, Elizabeth Wong, yang turut berada di Kuala Terengganu berkempen untuk PAS.
Menurutnya, pengundi yang tidak keluar mengundi berkemungkinan akan membolehkan pihak tidak bertanggungjawab menggunakan pengenalan mereka dalam pilihan raya ini.
"Saya bimbang jika pengundi tidak datang menunaikan tanggungjawab mereka, pihak tertentu akan menggunakan kad pengenalan mereka dalam pilihan raya ini, walau pun mereka tidak berada di sini," ulasnya. Sehubungan itu, beliau merayu kepada pengundi yang tinggal di luar kawasan agar pulang mengundi, Sabtu nanti.
Oleh Mat Zain Mat Isa/ harakahdaily
Showing posts with label BS. Show all posts
Showing posts with label BS. Show all posts
SIAPA YANG AUDIT SPR ATAU JPN? DI MANA ISO ATAU BS BADAN INI?
Subscribe to:
Posts (Atom)


