Pray For MH370

Pray For MH370
Showing posts with label JPN. Show all posts
Showing posts with label JPN. Show all posts

KHIR TOYO DAPAT MEMBANTU SIASATAN POLIS

Dr Khir Toyo memiliki maklumat dan dapat membantu POLIS dalam membenteras aktiviti mencuri pasir, pemilik rumah urut, judi serta pelacuran.

Ini kerana menurut beliau semasa pemerintahan beliau selama LAPAN tahun, hanya terdapat 700 premis atau lesen judi, siber cafe serta rumah urut di Selangor.

Tetapi kini baru setahun lebih Pakatan Rakyat memerintah Selangor, sudah ada 4000 premis haram untuk kegiatan di atas.

Cuba teka agaknya berapa puluh ribu akan muncul jika Pakatan Rakyat memerintah selama satu penggal?

Untuk pengetahuan YB Pasir Panjang, lesen di atas di bawah bidang kuasa Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang mana wakil rakyat tidak ada kuasa kerana tidak seperti di bawah pemerintahan Khir Toyo, anak beranak, menantu dan saudara mara boleh menjadi Ahli Majlis perbandaran, contohnya MPK (Klang). Yb Zakaria Md Deros serta anak dan menantu, Onn Ismail serta menantu dan lain-lain. Segala projek serta tender melalui wakil rakyat yang juga ahli majlis . Keputusan di buat di bawah meja dengan menguis kaki ahli majlis "Ini kawasan aku, itu engkau punya, cekap, bersih dan amanah"


*Jabatan pembanguanan persekutuan


Dr Khir dakwa gerakan haram bantu calon

AMPANG: Bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo mendakwa terdapat beberapa gerakan bawah tanah yang membantu calon dalam kempen pilihan raya lalu.

Malah, sebagai imbuhan calon yang dibantu itu akan memberikan kebenaran menjalankan urus niaga haram termasuk judi, pelacuran dan rumah urut.

Beliau percaya, kebanyakan kegiatan mencuri pasir juga didalangi gerakan sama atau kongsi gelap.

“Buktinya, ketika saya menjadi Menteri Besar dulu, hanya 700 lesen premis perjudian, siber kafe dan spa diberikan tapi kini mengikut perangkaan Majlis Keselamatan Negara, lebih 4,000 premis itu beroperasi secara haram di Selangor.

“Saya tidak menolak sebarang kemungkinan mengenai hubungan antara ahli politik dan gerakan bawah tanah atau kongsi gelap,” katanya selepas melancarkan Kad E-Amal U-Pay oleh Yayasan Bakti Khidmat Masyarakat Malaysia (YBKMM) di sini, semalam.

Katanya, lebih membimbangkan operasi haram itu bukan saja makin menjadi-jadi kebelakangan ini, malah terdapat di kawasan luar bandar dan kampung.

“Ini semua bukan saja mendatangkan pelbagai punca masalah sosial, malah mampu mengkucar-kacirkan keadaan sesebuah negeri.

“Justeru saya menyeru pihak berkenaan mengambil tindakan segera bagi menangani masalah itu daripada melarat pada masa akan datang,” katanya.

Dr Mohamad Khir turut mempersoalkan mengenai hasil jualan pasir di Selangor yang susut mendadak sejak perubahan tampuk kerajaan negeri itu

mymetro

Read More “KHIR TOYO DAPAT MEMBANTU SIASATAN POLIS”  »»

BUKAN SEMUA PENJENAYAH MENERIMA HUKUMAN DI DUNIA


Pada Pilihanraya umum ke 12 tahun 2004, peratus keluar mengundi bagi kebanyakan kawasan di negeri Trengganu kalau tak silap saya ialah lebih 88% ke 90%. Menurut kebiasaannya, peratus keluar mengundi ialah antara 70% ke 85% pada pilihanraya umum. Bagaimana peratus keluar mengundi begitu tinggi boleh diperolehi? Import pengundi dari luar.

SPR Dan JPN Lanjut Waktu Operasi Untuk Kuala Terengganu


KUALA TERENGGANU, 14 Jan (Bernama) -- Tempoh operasi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dilanjutkan sehingga ke sebelah malam sejak 21 Disember lepas untuk memudahkan pengundi bagi pilihan raya kecil parlimen Kuala Terengganu menyemak maklumat mengenai daftar pemilih serta tempat mengundi.

Pengarah Pilihan Raya Terengganu Mohd Noor Daud berkata operasi biasa SPR dari 8 pagi sehingga 5 petang dilanjutkan sehingga ke pukul 12 tengah malam bagi tujuan memberikan perkhidmatan terbaik kepada pengundi di kawasan itu.

Beliau berkata SPR menerima lebih 200 panggilan dari pengundi kawasan itu yang ingin menyemak status pendaftaran pemilih mereka sejak tempoh operasinya dilanjutkan.

Sementara itu, jurucakap JPN Terengganu pula berkata pihaknya melanjutkan operasi sehingga ke pukul 10 malam bagi memudahkan SPR membuat semakan terhadap daftar pemilih.

"Kami masih beroperasi seperti biasa iaitu dari 8 pagi hingga 5 petang. Pukul 5 petang hingga 10 malam itu untuk kami 'standby' bagi memudahkan SPR menyemak daftar pemilih seseorang selepas menerima panggilan pengundi yang ingin menyemaknya," katanya.

Beliau berkata sekiranya terdapat keraguan mengenai daftar pemilih, SPR akan meminta JPN menyemak dari segi tarikh lahir, nama, alamat dan nombor kad pengenalan individu tersebut secara online.

Mengenai dakwaan bahawa jabatan itu akan mengeluarkan Mykad sementara menggunakan nama orang yang sudah meninggal dunia untuk pilihan raya kecil itu, katanya jabatan itu tidak mengeluarkan sebarang pengenalan diri dengan sewenang-wenangnya.

Pesuruhjaya PAS Terengganu Datuk Mustafa Ali dalam satu persidangan media sebelum ini mendakwa SPR dan JPN bersekongkol untuk mewujudkan pengundi hantu dengan menggunakan nama mereka yang sudah meninggal dunia pada hari pengundian nanti.

Pilihan raya kecil ini menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon BN Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh, calon PAS Mohd Abdul Wahid Endut dan Azharudin Mamat atau Adam, dari Bebas.

Read More “BUKAN SEMUA PENJENAYAH MENERIMA HUKUMAN DI DUNIA”  »»

SIAPA YANG AUDIT SPR ATAU JPN? DI MANA ISO ATAU BS BADAN INI?

Mengenai tuduhan pembangkang bahawa Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bersekongkol dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk mewujudkan pengundi hantu, Najib berkata perkara seperti itu tidak berlaku.

"Tak ada, tak ada, tak ada. Bila dia (pembangkang) menang, dia senyap. Ini taktik pembangkang," katanya. Lihat SINI

Jika rekod keluar masuk Jabatan Immigresyen boleh dipadam atau dimusnahkan, inikan pula mewujudkan atau mengeluarkan Kad Pengenalan sementara, tentu enteng saja, bisa diurus. Syaratnya mesti ada pegawai atasan yang "override" sistem atau sesiapa yang memiliki kata laluan. Pernahkah kita mendengar Jabatan Pendaftaran Negara dan SPR memperolehi ISO atau BS? Siapa yang audit SPR atau JPN?

Pengundi hantu ganti pengundi yang tidak keluar mengundi?


Dalam usaha terdesaknya mengekalkan kemenangan dalam Pilihan Raya Kecil Parlimen Kuala Terengganu, 17 Januari ini, Barisan Nasional dijangka mengulangi taktik kotornya mengambil kesempatan ke atas mereka yang tidak keluar menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi.

Kecenderungan itu dibayangi beberapa pemimpin Pakatan Rakyat yang kini giat berkempen membantu calon PAS, Mohd Abdul Wahid Endut, di sini.

"Memang kita ada menerima maklumat ada pihak kini telah mengenalpasti nama-nama pengundi yang telah tidak keluar mengundi sejak dua pilihan raya lalu. Mereka ini dianggap tidak berminat mengundi dan mungkin tidak akan keluar juga kali ini. Parti itu akan letakkan orang dia mengundi bagi pihak mereka ini," kata Ketua Penerangan PAS Terengganu, Muhyidin Abdul Rashid.

Beliau ditemui dalam satu majlis penjelasan isu-isu terkini bagi Pilihan Raya Kecil Parlimen Kuala Terengganu kepada wakil-wakil media alternatif, di Pusat Media Pilihan Raya Kecil, dekat sini.

Beliau bagaimana pun enggan mengulas lanjut maklumat diperolehinya mengenai kaedah digunakan parti berkenaan bagi membolehkan 'orangnya' masuk mengundi bagi pihak pengundi-pengundi tersebut.

Kebimbangan serupa turut disuarakan anggota Exco Kerajaan Selangor, Elizabeth Wong, yang turut berada di Kuala Terengganu berkempen untuk PAS.


Menurutnya, pengundi yang tidak keluar mengundi berkemungkinan akan membolehkan pihak tidak bertanggungjawab menggunakan pengenalan mereka dalam pilihan raya ini.

"Saya bimbang jika pengundi tidak datang menunaikan tanggungjawab mereka, pihak tertentu akan menggunakan kad pengenalan mereka dalam pilihan raya ini, walau pun mereka tidak berada di sini," ulasnya. Sehubungan itu, beliau merayu kepada pengundi yang tinggal di luar kawasan agar pulang mengundi, Sabtu nanti.

Oleh Mat Zain Mat Isa/ harakahdaily

Read More “SIAPA YANG AUDIT SPR ATAU JPN? DI MANA ISO ATAU BS BADAN INI?”  »»
 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Add caption *Relawan AMALNITA sedia bersama....*
    10 years ago
  • Shopping Back To School. - Oleh kerana 2 petugas kaunter demam dlm Program Jom Shopping Back To School DUN Meru, maka Yb Meru dan Dato Ketua Kampung membantu mengambil...
    10 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket









Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com