"Bagi mengiktiraf sumbangan para pendakwah dalam usaha membangun manusia dan melaksanakan amar makruf nahi mungkar, Kerajaan negeri Selangor melalui JAIS mulai tahun 2009 akan menganugerahkan "Tokoh Pendakwah Negeri Selangor". Walaupun anugerah ini tidak semahal anugeraqh yang diterima oleh penyanyi "Malaysian Idol" atau "One in A Million"
namun anugerah ini mampu menjadi pencetus semangat kepada para pendakwah untuk terus berusaha memberi sumbangan dengan lebih gigih l;aqgi hingga ke akhir hayat." Petikan ucapan YAB Tan Sri Dato' Abdul Khalid Ibrahim MB Selangor pada 31Mac 2009 di Dewan Auditorium MBSA Sha Alam.



HARON DIN TOKOH PENDAKWAH NEGERI SELANGOR 2009 SEMPENA BULAN DAKWAH SELANGOR
DYMM SULTAN SELANGOR RASMI SAMBUTAN MAULID SERTA PELANCARAN BULAN DAKWAH
Sultan Selangor Rasmi Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri
Majlis sambutan Maulidur Rasul peringkat negeri Selangor 1430H kelmarin telah dirasmikan DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj.
Sambutan yang diadakan pagi kelmarin dimulakan dengan perarakan 4,635 orang dari Stadium Mini Shah Alam, Seksyen 13 dan berakhir di Stadium Malawati diketuai Dato’ Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim serta Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.
Acara perarakan tahun ini disertai 103 kontinjen terdiri daripada jabatan kerajaan, badan berkanun, swasta, institusi pengajian tinggi serta institusi masjid.
Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Ramli Mahmud dalam ucapannya berkata sambutan seperti itu harus terus dijadikan asas bagi mempertingkatkan rasa cinta kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, dengan melaksanakan segala perintah yang telah disampaikan selama ini.
“Kita perlu terus memberi pengiktirafan bahawa akhlak yang mulia yang ditunjukkan kepada seluruh umat merupakan ikutan sebenar yang perlu dicontohi bagi mencapai kehidupan yang diredhai Allah SWT,” katanya.
Dalam majlis yang sama Sultan Selangor turut berkenaan melancarkan Bulan Dakwah Peringkat Negeri Selangor yang mana ia telah pun dirasmikan di peringkat persekutuan baru-baru ini.
“Sempena bulan dakwah ini kerajaan negeri telah merancang beberapa aktiviti terutama bagi mencapai tujuan sambutan bulan dakwah dan apa yang diharapkan kepada semua peringkat agar dapat turut sama menghadiri program-program yang dirancang,” kata Ramli.
Sementara itu, Anugerah Maulidur Rasul tahun ini menyediakan lima anugerah khas iaitu Anugerah Saidina Ali kepada Muhammad Ahmad Zahid, Anugerah Saidatina Khadijah kepada Khalijah Mohd Salleh, Anugerah Umar Bin Abdul Aziz kepada Tan Sri Dato’ Setia Amrin Buang.
Manakala Anugerah Imam Al- Ghazali kepada Safwan Fathy @ Mohammad Banon Railan dan Anugerah Khalid Al-Walid kepada Dato’Azman Rosli.
Setiap penerima anugerah membawa pulang wang tunai RM10,000, piala iringan, sepersalinan pakaian dan sijil penghargaan.
Turut menerima penghargaan, pemenang Kontinjen Perarakan Terbaik serta Sepanduk Perarakan Terbaik daripada pelbagai kategori.
Hadiah-hadiah disampaikan Sultan Sharafuddin.
MURIZA ABDUL HAMID / Selangorkini
Di sana adakah adakah lagi yang paling aula dan afdhal selain sambutan Maulidur Rasul


