Pray For MH370

Pray For MH370

DI SANA ADAKAH LAGI YANG PALING AULA & AFDHAL SELAIN SAMBUTAN MAULIDUR RASUL









Sambutan Maulidur Rasul kembali lagi dalam suasana kegawatan ekonomi global dan krisis perlembagaan atau politik di Perak. Saban tahun majlis diadakan untuk memperingati tarikh kelahiran Pemimpin Agung yang semestinya menjadi ikutan dan suri teladan sepanjang zaman.

Seperti adat yang sudah lazim dikerjakan, konsep ibadat mungkin dilupakan dalam perayaan menyambut ulangtahun keputeraan junjungan besar Nabi akhir zaman.

Semasa saya kanak-kanak, sambutan ini dikenali sebagai Maulid Nabi. Kemudian ia bertukar nama kepada Maulidur Rasul. Format sambutan tidak berubah. Cuma mungkin dahulu tiada orang bukan Islam menjadi penerima anugerah tokoh Maulidur Rasul tetapi kini sudah ada seperti Karam Singh Walia dan sebagainya.

Perarakan diadakan kerana jika tidak, sambutan kelihatan hambar. Pemenang perbarisan dan spanduk terbaik membawa pulang hadiah lumayan. Mungkin ini satu wadah penyatuan serta perpaduan ummah yang kelihatan sudah hilang tujuan dek kerana saling bercakaran lantaran tidak memahami ajaran Tuhan yang dibawa oleh ArRasul pilihan.

Riwayat hidup baginda diceritakan kembali bagi tujuan mengisi program, nasyid mengiringi aturcara sebagai selingan kepada ceramah yang mungkin membosankan kepada para dif-dif jemputan dan satu dua persembahan artis pujaan bagi menarik minat jejaka jalanan.

Apa sebenarnya yang dituntut untuk kita lakukan sebagai seorang Umat Muhammad. Adakah hanya sekadar boleh mengungkapkan kata-kata seperti " Nabipun maafkan umatnya"? Atau sekadar mengaku di lidah bahawa Muhamad itu Rasul ALlah. Selepas itu kitalah penentang paling kuat terhadap ajaran Muhammad serta pengikutnya yang cuba mengamalkan ajaran yang dibawa oleh Muhammad saw. Wali'auzubillah.

Jikalau ditanya apa sumbangan anda kepada Islam dan para pengikutnya, nescaya kita akan lantas menjawab apa perlu Islam kepada sumbangan dan pengorbanan kami? Jika ALlah yang menurunkan Addin ini, maka Ia yang akan memeliharanya. Apa perlu Sang Pencipta kepada pertolongan kita semua?

Masih ingatkah kita sumbangan serta pengorbanan Nabi SAW kepada Islam yang kita anuti sekarang?


"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka dengan (balasan) bahawa mereka akan beroleh Syurga, (disebabkan) mereka berjuang pada jalan Allah maka (di antara) mereka ada yang membunuh dan terbunuh. (Balasan Syurga yang demikian ialah) sebagai janji yang benar yang ditetapkan oleh Allah di dalam (Kitab-kitab) Taurat dan Injil serta Al-Quran dan siapakah lagi yang lebih menyempurnakan janjinya daripada Allah? Oleh itu, bergembiralah dengan jualan yang kamu jalankan jual belinya itu dan (ketahuilah bahawa) jual beli (yang seperti itu) ialah kemenangan yang besar."
( سورة التوبة , At-Taubah, Chapter #9, Verse #111)


"Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya?
Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan rasulNya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan agama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang sebenarnya).

(Dengan itu) Allah akan mengampunkan dosa-dosa kamu dan memasukkan kamu ke dalam taman-taman yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, serta ditempatkan kamu di tempat-tempat tinggal yang baik dalam Syurga "Adn". Itulah kemenangan yang besar.

Dan ada lagi limpah kurnia yang kamu sukai, iaitu pertolongan dari Allah dan kemenangan yang cepat (masa berlakunya) dan sampaikanlah berita yang menggembirakan itu kepada orang-orang yang beriman." As Saf"10-13

"Wahai orang-orang yang beriman! Jadikanlah diri kamu pembela-pembela (agama) Allah sebagaimana (keadaan penyokong-penyokong) Nabi Isa Ibni Mariam (ketika ia) berkata kepada penyokong-penyokongnya itu: Siapakah penolong-penolongku (dalam perjalananku) kepada Allah (dengan menegakkan agamaNya)?

Mereka menjawab: Kamilah pembela-pembela (agama) Allah! (Setelah Nabi Isa tidak berada di antara mereka) maka sepuak dari kaum Bani Israil beriman dan sepuak lagi (tetap) kafir. Lalu Kami berikan pertolongan kepada orang-orang yang beriman untuk mengalahkan musuhnya, maka menjadilah mereka orang-orang yang menang." As Saf: 14


" Katakanlah (wahai Muhammad): Jika bapa-bapa kamu dan anak-anak kamu dan saudara-saudara kamu dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu dan kaum keluarga kamu dan harta benda yang kamu usahakan dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan (daripada) berjihad untuk agamaNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka)."
( سورة التوبة , At-Taubah, Chapter #9, Verse #24)

Comments :

1
tajudin said...
on 

YB, terimakasih atas artikel ini. Selamat menyambut Maulidur Rasul.

 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Add caption *Relawan AMALNITA sedia bersama....*
    8 years ago
  • Shopping Back To School. - Oleh kerana 2 petugas kaunter demam dlm Program Jom Shopping Back To School DUN Meru, maka Yb Meru dan Dato Ketua Kampung membantu mengambil...
    9 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket









Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com