KELAB PENYOKONG PAS DIIKTIRAF SEBAGAI DEWAN
KUALA LUMPUR, 29 Dis: PAS menempa satu lagi sejarah dalam perjuangan dakwah dan politiknya apabila kini Kelab Penyokong PAS akan diserap menjadi Dewan Himpunan Penyokong PAS bertaraf sayap parti.
Dasar-dasar yang telah diderafkan sebagai legitimasi kepada dewan ini memberi kelansungan kepada sinar politik dan pengharapan masyarakat bukan Islam dalam meneruskan sokongan kepada PAS.
Mengupas tajuk ini, Wartawan Kanan Harakah, WAN NORDIN WAN YAACOB menemubual Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS Pusat, Dr Mujahid Yusof Rawa pada 23 Disember lalu.
Ikuti bingkisan wawancara tersebut.
Soalan: Assalamualaikum Dr Mujahid, boleh Dr jelaskan bila terbentuknya keputusan mengenai Himpunan Penyokong PAS, diperingkat pusat, dan bagaimana ia dipertimbangkan hingga terbentuknya dewan yang bersejarah ini?
Dr Mujahid: Waalaikumsalam..Terima kasih kepada pihak Harakan, ingin saya maklumkan bahawa ia bermula dengan pembentangan awal draf ini pada 'retreat' PAS Pusat Jun tahun 2009 di Alior Setar.
Kemudiannya kali kedua setelah kita buat selepas kita selesai beberapa pilihan raya kecil PRK, dalama dua tiga bulan yang sudah, kemudiannya mesyuarat terakhir baru-baru ini dibentang sekali lagi, bermakna dah tiga kali draf ini dibentang.
Draf ini yang membawa makna ia legitimasi kepada undang-undang yang membawa kewujudan kelab inilah, contohnya dia ada punya struktur sendiri, keahliannya, disiplinnya dan hak keperwakilannya ke adalam muktamar atau mesyuarat-mesyuarat PAS Pusat, negeri, hingga ke kawasan.
Ia juga ada syarat-syarat keanggotaan dan sebagainya.
Draf tersebut telah dibentang tiga kali dan pada mesyuarat terakhir kita di peringkat pusat telah bersetuju dari segi dasar yang bagi saya hampir selesai, cuma pembetulan dari segi teknikal bahasa sahaja, iaitu kita akan siapkan sebelum mesyuarat akan datang iaiatu 10 Januari 2010.
Dari segi dasar tiada masalah bahkan pada mesyuarat lalu mereka mahu namanya diberi sedikit kekuatan dengan diberi nama Dewan Perhimpunan Penyokong PAS supaya dilihat ia sayap yang berperanan penting seperti dewan lain, itu drafnya kita telah sediakan di mana bekas senator Haji Hassan Shukri selaku pengerusi.
Soalan : Baik, DR bagaimanakan kedudukan penyokong yang menjadi ahli kelab ini, terutamanya dalam muktamar dan peranan dalam PAS?
Mujahid : Kita ada cuba elakkan terutamanya soal keahlian, jika mereka ini hendak dijadikan ahli penuh maknaya kita perlu meminda perlembagaan, di mana ia akan melibatkan pendaftar pertubuhan (ROS) dan pengalaman kita dalam berurusan dengan ROS ini sebenarnya jika nak hantar satu pindaan yang besar kerana melibatkan satu prinsip atau asas dalam perlembagaan ia akan mengambil masa lama untuk ROS luluskan.
Malah ia perlu dibawa ke muktamar untuk pindaan.
Oleh kerana kita nak elak ia menjadi masalah yang panjang, kita menggunakan peruntukan (klause) yang ada dalam perlembagan kita yang menyatakan AJK PAS Pusat berhak membentuk apa-apa jawatankuasa yang dirasakan perlu.
Jadi dengan peruntukan itu, kita telah diberi kuasa menubuhkan jawatankuasa ini dan kita setuju keahlian dewan ini kehalian di peringkat dewan sahaja tak melibatkan ahli menyeluruh kerana berasaskan kepada masalah yang saya sebutkan tadi.
Namun demikian status sebagai dewan perhimpunan ini tetap beri hak hadir mesyuarat, hadir muktamar dan beri pandangan dan lebih dari itu jadi sayap parti khusus dalam persoalan bukan Islam.
Soalan : Adakah mereka juga ini ada hak untuk mengundi atau memilih perwakilan?
Dr Mujahid : Oleh kerana macam, saya kata sebentar tadi bahawa pindaan perlembagaan secara besar-besaran tidak berlaku, yang berlaku hanya klause yang menyatakan jawatankuasa boleh membentuk.
Di sana ada isu-isu yang menyentuh hak untuk mengundi di muktamar, dia tak menyebut nama dewan ini sebab belum dipinda, kita letak status mereka pemerhati rasmi, mereka berperanan macam perwakilan lain tetapi mereka tak boleh mengundi dan diundi buat masa ini, namun status itu tak kekal, maknanya ia boleh berubah tak kekal statusnya setakat itu sahaja.
Soalan : Ada keperluan ubah pada masa akan datang?
Dr Mujahid : Kemungkinana besar ada keperluannya nanti kerana kita baharu dalam peringjkat awal, ia berpadanan dengan bersifat pemerhati rasmi sahaja, namun bila kita lihat adanya keperluan kita akan pinda lagilah.
Soalan : Apakah respons penyokong bukan Islam terhadap pembentukan dewan ini?
Dr Mujahid : Sudah tentulah sebelum ini mereka setia dengan Kelab Penyokong PAS (KPP), sudah tenti bila kita (PAS) mengiktiraf mereka jadi dewan dan ada undang-undang sendiri dan boleh hadir muktamar dan mesyuarat, saya rasa itu bagi mereka yang setia bersama KPP, ini satu perubahan besar mereka yakjin masa depan dengan PAS cerah.
Dan bagi mereka yang bukan penyokong, mereka akan dapat melihat ini satu pembaharuan yang PAS lakukan bukan hanya retorik sahaja.
Soalan : Timbul persoalan, dalam menyentuh soal calon bagi Pilihan Raya Kecil mahupun Umum, adakah mereka dati kelab yang mahu menjadi calon ini boleh bertanding dengan lambang PAS, bagaimana Dr melihat ini, kerana ia pernah menjadi tuntutan KPP sebelum ini?
Dr Mujahid : Kalau kita tengok dalam draf undang0undang ini, antaranya ada disebutkan mencalonkan ataupun mencadangkan calon-calon untuk pilihan raya apabila dikehendaki atau diminta PAS Pusat, maknanya potensi mereka jadi calon ada.
Namun ianya terpulang kepada pertimbangnan PAS Pusat dan Majlis Syura Ulama yang biasanya menapis calon-calon ini.
Malah ia juga bergantung kepada suatu rundingan dengan sahabat-sahabat dalam Pakatan Rakyat samada untuk letak ditempat sesuai.
Draf juga menyebut mereka boleh beri calon kepada kita untuk kita pertimbangkan, mereka bukan sahaja duduk kekal sebagai dewan tetapi nak jadi calon untuk mereka ini sebagai tidak mustahil akan berlaku.
Isu ini perlu diperincikan keperluan siapa dan dimana.Secara peribadi saya rasa sangat perlu letak calon bukan Islam kalau tak ramai beberapa indidvidu di kawasan yang staretgik
Soalan: Dengan kekecamukan parti koponen BN seperti MIC, PPP dan MCA apakah peranan dewan ini dalam mendepani kemelut ini suapay sokongan bukan Islam akan terarah kepada PAS?.
Dr Mujahid : Peranan dewan ini besar walauun kini kita tumpukan soal penjelmaan dewan ini, ini bukan mudah insyaAllah akan kita selesaikan secepatnya.
Tetapi pada waktu yang sama juga apa yang berlaku iaitu kekecamukan dalam MIC, MCA dan PPP kita di peringkat PAS memerlukan mereka sertai kita, tetapi ditegaskan mereka yang nak masuk kena yakin dasar dan perjuangan PAS dan ada syarat dalam keahlian yang mana dalam kita alu-alukan kita juga mahu penyertaan mereka dengan keyakinan dengan dasar-dasar PAS.
Kita dah siap modul untuk ahli-ahli masuk serap jadi dewan kita dan kita adakan model latihan perkenalakan PAS.
Soalan : Adakah terbentuknya dewan ini, sokongan kepada PAS akan meningkat, atau rakyat hanya akan melihat ia satu perubahan politik semata?
Dr Mujahid : Sudah tentu meningkat, salah satu sebab mengapa ditubuhkan atau angkat jadi dewan ialah kerana aktivis kelab itu mereka rasa mereka mahu lebih dihargai dan berperanan dan mereka mahu jadi sebahagian dari kita dan seterusnya orang bukan ISlam ini bila lihat serap jadi dewan mereka lebih yakin dan bukan retorik kerana kita jadikan mereka sebahagian orgnaisasi kita, ini komitmen PAS yang begitu telus dalam garap persoalan bukan Islam ini.
Ini pengiktirafan besar, kita harap ia berkembang perkenalkan PAS bukan dari ,mulut orang Islam tetapi mulut hukan Islam.
Saya juga ingin memesan, bahawa Lajnah Perpaduan Nasional mahu minta semua pengerusi lujnah negeri memberi kerjasama erat supaya usaha kelab di negeri masing-masing diberi perhatian dan disokong supaya mereka dapat diserap dengan licin dengan daftar keahlian dan struktur negeri yang lebih tersusun.
Beri kerjasama atas arahan Lunjah pastikan proses ini berjalan lancar.
Wan Nordin Wan Yaacob /Harakahdaily
PAKATAN RAKYAT IS ASSURED OF INDIAN VOTES
Umno still faces an angry Indian electorate
PORT DICKSON,There is one reason why the majority of the 2,800 Indian voters in Bagan Pinang, who voted PAS in Election 2008, are likely to again vote for the Pakatan Rakyat (PR) in the Oct 11 by-election.
The reason is total neglect of the community, not just between March 2008 and now but over several decades.
In fact the worst neglect happened during the 24-year tenure of Tan Sri Isa Mohamad Samad, the Barisan Nasional (BN)/Umno candidate in the by-election.
“It is such an irony that the man who is to be largely blamed for the neglect of the Indian community in Bagan Pinang has returned to become the candidate,” said Vasantha Kumar, a former Hindraf leader who is urging the Indian voters to back PR.
“BN/MIC/Umno have all neglected them,” he said. “Now they are facing the same voters again and making the same unfulfilled promises.”
His former compatriot P. Uthayakumar, who is head of the yet unregistered Human Rights Party, is urging the Indian voters to boycott theby-election and refrain from voting to register their anger against their neglect.
The MIC and the newly formed Makkal Sakthi Party are also promising Umno that they can win over the Indians.
A cursory survey of the Indian votes, which form about 20 per cent of the total of about 13,000, shows they are marginalised and sidelined from mainstream development.
They are ripe for PR’s “change now” propaganda because they have suffered for many years watching development pass them by.
Issues close to their hearts — Tamil schools, temples, a Hindu lifestyle and upward mobility — have all been severely neglected in the past 30 years.
The seven Tamil schools in the constituency are in a dilapidated state with leaking roofs, creaking floors and crumbling walls.
The toilets are damaged, the pipes broken and the electrical wiring exposed, posing a danger to the students faced with an education that takes them nowhere.
One can see the same neglect in the temples, in the burial ground and in the sole crematorium which is so dilapidated that villagers are shy to show it to visitors.
Many of the youths have left the constituency and now work as unskilled labour in factories in Nilai, Seremban and in Johor, returning once a week with provisions for their aged parents and other siblings.
Many also do menial work in KLIA while others work in orchards and fish farms.
“I have tried my hand at many things — fish breeding, rearing cows and goats, lorry transport… you name it I have tried it,” said Ganesan, 37, who operates a tea stall by the roadside.
“We are on our own… no loans, no skills training, no recognition, nothing,” he said. “They have no eyes for us… they don’t see us.”
“Why should I vote for them?” he asked, referring to Umno.
How about the MIC? Ganesan snorts: “They take care of themselves… every branch chairman here has made it. It is tough to become a branch chairman… I tried but failed. I would have made it if I had succeeded.”
It is not that Ganesan and others like him in Bagan Pinang love PAS or they hate Umno. “It is more like we are frustrated… we want to be cared for, we want to be looked after, we want our children to have a future,” he said.
“I will vote PAS again because I am angry,” said Ragu, a patron at the stall. “We want to show our unhappiness. PAS is not great, it cannot change our lives but like us they are also poor, they are also struggling like us.”
“Like us they (PAS) are also under attack,” he said
A local Tamil school teacher, who spoke on condition of anonymity, said Isa was down to earth and respected but Indians who voted PAS in 2008 will stay with PAS.
“The older Indian voters would support Isa out of respect but don’t expect any kindness from the younger generation,” he said. “The youths are one angry lot… they are struggling to make ends meet. They will stay with PAS.”
Malays here have always liked Isa and it is home ground for him, said the teacher, adding that the former mentri besar has generated positive momentum and is leading the race.
He said the Indian votes are crucial for Isa to win by a big majority but he can still win just on the Malay and army votes.
By Baradan Kuppusamy/The Malaysian Insider
PAS PINGGIRKAN MELAYU SEBAB TIDAK DIWUJUDKAN KELAB PENYOKONG MELAYU
Kelab Penyokong PAS, perpaduan nasional tanpa Melayu? PAS memang pinggir Melayu??!!
Seolah-olah isu itu yang ingin di bangkitkan oleh Sdra Hasbullah Pit dalam blognya:
http://hasbullah.pit.my/2009/05/kelab-penyokong-pas-perpaduan-nasional.html
- Sdr Hasbullah menyatakan Kelab Penyokong PAS yang ditubuhkan oleh Lajnah Perpaduan Nasional PAS Pusat merupakan platform "bukan Islam" sahaja yang tidak mengintegrasikan kaum Melayu ke dalamnya, maka adakah bertepatan dengan peranan Lajnah tersebut.
Saya selaku Timbalan Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS Pusat bersyukur dan berterima kasih di atas keprihatinan dan sikap ambil berat saudara Hasbullah.. Sikap beginilah antara kaedah yang dapat menyubur serta merangsang perkembangan-pertumbuhan PAS sehingga mampu merentasi semua kelompok massa di Malaysia bagi maksud mencapai matlamat suci PAS. - Ada beberapa isu yang ditimbulkan. Pertama, isu kenapa ada bebarapa jenis Kelab Penyokong PAS (KPP): KPP Cina, KPP India, KPP Iban, KPP Siam dsb TETAPI tidak wujud Kelab Penyokong PAS Melayu.
- Semua rakyat Malaysia yang beragama Islam samada Melayu, Tionghua, India, Iban, Siam dll yang berminat untuk bersama dalam organisasi PAS BOLEH TERUS menjadi AHLI PAS dan terlibat dalam semua aktiviti PAS (sila rujuk Perlembagaan PAS).
- Ini Berbeza dengan kedudukan Non Muslim. Non Muslim yang sudah bersama dengan PAS belum boleh menjadi ahli PAS yang sepenuhnya kerana belum ada peruntukan dalam Perlembagaan PAS. Justeru pimpinan PAS mahu meraikan penyokong-penyokong PAS yang terdiri daripada bukan Melayu belum Islam yang sudi mencurahkan sumbangan bakti kepada PAS dengan lebih berkesan dan meluas. Mereka terpikat dengan perjuangan PAS setelah mengkaji prinsip perjuangan PAS. Mereka faham ideologi perjuangan PAS. Mereka dapat membezakan PAS dengan UMNO yang mana sekian lama UMNO mereka kenali sebagai tulang belakang kerajaan Barisan Nasional. Mereka sudah kenal siapa itu UMNO, halatuju UMNO serta dasar perjuangannya. Mereka sudah dapat menyelami hati perut orang UMNO/BN. Mereka sudah masak dengan tipu helah UMNO/BN. Mereka sudah muak dengan kepincangan pemerintahan UMNO/BN dan menanti-nanti corak pemerintahan alternatif. Benarkah di sana terdapat “politik bersih”? Boleh wujudkah pemerintahan tanpa rasuah? Mungkinkah menjadi kenyataan di mana kaum Melayu yang memerintah akan berlaku adil kepada semua kaum. Mereka sedia maklum Perlembagaan Malaysia. Mereka tahu konsep Raja Melayu. Namun mereka mahu biarlah pihak yang memerintah itu bersikap adil dan membela semua kaum, bangsa dan agama. Mereka sudah letih dianggap seperti melukut di tepi gantang oleh UMNO / BN. Keperluan asas kaum ini tidak diperjuangkan dan dibela oleh ketua masing-masing yang berada dalam MIC, MCA dll.
- Justeru, mereka melihat sinar harapan pada sebuah parti politik yang dilihat konsisten dan berpegang kepada prinsip dan ikhlas berjuang untuk semua kaum dan rakyat di Malaysia. Mereka tertarik dengan slogan PAS FOR ALL, PAS untuk semua yang telah dilancarkan oleh Timb. Presiden PAS pada September 11 2007, satu gagasan perpaduan dan integrasi kaum yang dibawa oleh Lajnah Perpaduan Nasional PAS Pusat di bawah Dr Mujahid Yususf Rawa. Saya sendiri selaku Pengarah Program Pelancaran PAS FOR ALL telah dipertanggunjawabkan untuk mengadakan pertandingan logo PAS for ALL yang mana penyertaannya terbuka kepada yang berminat dari dalam dan luar negara.
- PAS untuk semua membawa maksud PAS untuk orang kaya, PAS UNTUK ORANG MISKIN, PAS untuk orang bandar, PAS untuk orang desa/bagan/estat, PAS untuk orang Melayu, Cina, India, IBAN, Kadazan dll.
- Mereka dapat merasakan kejujuran dan kehangatan kasih sayang serta kemesraan 'orang' PAS. Mereka mula menaruh kepercayaan dan seribu harapan kepada PARTI ISLAM SEMALAYSIA (PAS) sebagai tunggak dan tempat berteduh mereka. Ada di antara kaum bukan Melayu belum Islam ini yang lebih ke hadapan dan agresif, mahu menyusun strategi bagi meyakinkan seramai mungkin kaum kerabat, sahabat handai serta kenalan mereka untuk bersama-sama menyokong parti yang faham aspirasi serta dapat memperjuangkan nasib / masa depan mereka. Mereka mahu bersama organisasi PAS. Maka, dengan kesedaran ini, PAS menyediakan satu wadah untuk semua yang telah terpanggil untuk bersama-sama PAS melalui KELAB PENYOKONG PAS. Inilah tujuan asal kelahiran Kelab Penyokong PAS.
- Bagi kaum Melayu yang sudah sedar kepincangan yang dibuat oleh UMNO/BN mereka boleh terus masuk menjadi PAS. Bukan sebab PAS tidak mahu mewujudkan KPP Melayu tetapi ia tidak menjadi satu keperluan.
- Isu Kedua: Lajnah Perpaduan Nasional seolah-olah tidak mampu mengintegrasikan kaum-kaum yang wujud di Negara ini kerana setiap kaum hanya merancang serta melaksanakan program yang berkisar di kalangan kaum masing-masing.
- Kita semua perlu faham sejarah Malaysia. Suka atau tidak, terima atau tidak kita harus akur dengan realiti bahawa semenjak zaman penjajah hingga ke hari ini dan akan diteruskan oleh UMNO/ Barisan Nasional (dulu, kini, selamanya) kaum-kaum di Malaysia dikendalikan dengan cara: pecah dan perintah atau divide and rule. Orang Melayu di kampung-kampung, orang India di estate dan ladang, orang Cina di bandar dan lombong bijih timah. Mereka terpisah daripada peringkat awal lagi dan sistem pendidikan telah menyempurnakan pengasingan/ pemisahan ini sehingga timbul gejala saling tidak memahami bahasa, budaya, agama dan pantang larang antara kaum-kaum yang wujud di Malaysia. Timbul syak wasangka, curiga mencurigai serta SALAH tanggapan DI ANTARA satu sama lain. Anak-anak yang berbilang kaum dan bahasa ibunda dihantar ke sekolah yang berlainan sistem pendidikan dan ini menjadi salah satu faktor utama wujudnya polarisasi kaum serta kurangnya perpaduan dan integrasi nasional.. UMNO membawa konsep ketuanan Melayu yang sukar di telan oleh kaum-kaum lain. UMNO cuba, memujuk kaum-kaum lain dengan beberapa taktik seperti menjaga kepentingan peribadi beberapa individu penting yang berpengaruh dalam satu-satu kaum yang mereka mahu kuasai. Taktik itu dapat bertahan berdekad-dekad sehinggalah makin ramai kaum Cina dan India yang menyedari bahawa pemimpin mereka tidak membela hak serta kepentigan majoriti kaum mereka sendiri.
- Tarikh keramat 8.3.2008 merupakan titik permulaan lahirnya kematangan non-Malay, non-Muslim: satu ledakan kesedaran bahawa mereka perlu 'mengajar' parti yang telah 'menipu' mereka ( these political parties must be taught a lesson). Sesungguhnya calon PAS menjadi pilihan undi mereka. Bukan Melayu yang tidak beragama Islam sudah tidak boleh lagi di takut-takutkan oleh UMNO/BN dengan 'fear and scare tactics' bahawa mereka akan dipaksa masuk Islam, dihukum dengan sistem hukuman dalam Islam seperti di 'potong' tangan dan sebagainya. Semua maklum "spin doctors" UMNO/BN menggambarkan sekiranya PAS memerintah, PAS akan melaksanakan hukum Islam dan yang paling tertonjol ialah hukum hudud. Ianya diperlihatkan begitu kejam dan ketinggalan zaman. Apabila golongan non-Muslim mengkaji apa itu hukum Islam yang digembar-gemburkan, khususnya apa itu hudud dan kenapa hukum hudud dilaksanakan, apa baik buruknya mereka menemui jawaban kepada soalan-soalan asas ini. Mereka yang pada asalnya takut kepada hukum hudud itu adalah orang yang sekarang mahu membantu PAS menerangkan isu hukum hudud kerana mereka faham falsafahnya serta yakin dengan kemampuannya menangani masalah sosial dan jenayah.
- Fenomena ajaib sudah berlaku. Orang bukan Islam sudah boleh menerima Islam sebagai satu sistem pemerintahan seperti mereka boleh menerima kewujudan masjid dan bacaan doa sebelum memulakan majlis. Rintihan serta suara hati mereka ialah 'kami wujud, kami juga manusia, Kami juga ada keperluan, kami juga lahir di bumi Malaysia ini'.
- Persoalan yang ditimbulkan oleh Sdra Hasbullah di mana beliau ingin melihat ahli KPP dan ahli PAS sama-sama kerja, pasang turun bendera, buat itu dan ini bersama maka barulah diakui perpaduan sebenarnya.
- Untuk menjawab soalan tersebut kita harus memahami secara mendalam konsep qudwah, dakwah fardhiyyah, dakwah dan siyasah, Kita harus mengerti sunnah perubahan bahawa ianya satu proses yang mengambil masa, satu evolusi dan bukan revolusi serta perlu melalui langkah-langkah kritikal. Pimpinan PAS yang mahu memimpin kelompok yang lebih besar dan menyeluruh harus mampu menyelami nilai dan paksi hidup pelbagai kelompok, bukan hanya berligar di sekeliling orang-orang yang sudah memahami perjuangan Islam (PAS). Pimpinan PAS di semua peringkat mesti mendekati semua kelompok dan terjun ke kancah masyarakat, menyaksi sendiri denyutan nadi kelompok yang mahu dipimpin, spektrum mad'u dalam jaringan pengaruhnya. Pimpinan PAS harus faham apa yang menggamit hati seorang insan sehingga timbul keinginan untuk bersama PAS, dan apa yang akan membawa mafsadah besar lantaran menutup terus pintu dakwah siyasah. Ini sudah tentu adalah malapetaka yang timbul kerana pendekatan gopoh-gapah dan kurang sabar, kurang cermat dan kurang berhemah sesetengah pihak sehingga timbul kekeliruan yang menyesatkan golongan sasaran non Malay, non Muslim.
- Pada pendapat saya yang perlu tampil ke hadapan dalam ertikata memulakan “engagement” serta hubungan yang erat dan berkesan dengan orang non-Malay, Non Muslim ialah orang PAS itu sendiri lebih-lebih lagi pimpinan PAS, bukan sebaliknya. Kita tidak harus samasekali mengharapkan ahli Kelab Penyokong PAS bersama-sama angkat barang, anjur program, pasang bendera dsb. Pertamanya, adakah pimpinan PAS kawasan, Dewan-dewan pernah menjenguk rumah-rumah mereka, mengambil tahu hal ehwal serta menjaga kebajikan mereka? Pendek kata adakah pimpinan PAS yang mendokong Islam yang disebut sebagai rahmat bagi seluruh alam (rahmatan lil ‘alamin), di semua peringkat telah memainkan peranan dan melaksanakan tanggungjawab menawarkan serta menghidangkan Islam sebagai rahmat, penyelesai masalah kepada orang Melayu, orang Cina, orang India nun di luar sana? Bagaimana orang-orang awam di luar gelanggang / medan akan tahu, memahami dan menerima perjuangan PAS sekiranya kita hanya syok sendiri berlegar dalam zon keselesaan dan mengulangi apa yang kita sudah lakukan bertahun-tahun tanpa menerobos serta menembusi pasaran baru, “the blue ocean strategy” yang lebih luas di luar sana.?
- Manusia hanya akan dapat disatukan dengan kebaikan, keadilan dan kesejahteraan yang dibawa Islam. Rakyat akan merasa nikmat sebenar apabila manusia menghayati prinsip hidup universal yang dibawa oleh Islam tanpa mengira kaum atau bangsa. Pendek kata perpaduan yang sebenarnya hanya akantberhasil dengan 'critical mass' sesebuah masyarakat termasuk non Muslim menerima Islam sebagai panduan hidup bermasyarakat.
- AKHIR sekali, saya berpesan kepada diri saya dan semua yang berada dipersada perjuangan “kalimatullah hiya ‘ulya” apakah strategi jangka pendek dan jangka panjang yang berkesan dan akan menghasilkan impak yang maksima serta output dalam bentuk “rijal” yang berkualiti dalam kuantiti yang semaksimum mungkin??!!
MAKLUMAN PENTING: PUSAT KHIDMAT MASYARAKAT DUN DI PULAU KETAM TELAH DIBUKA
Pusat Khidmat Masyarakat bagi DUN Selat Klang di PULAU KETAM telah mula beroperasi pada 20hb Julai 2008. Premise in terletak di Jalan Utama Pulau Ketam (Jln 1). Kakitangan terdiri dari sukarelawan Kelab Penyokong PAS Kaum Tionghua Pulau Ketam. Maklumat lanjut akan menyusul kemudian. Terima kasih
Aktiviti ADUN Selat Klang pada 04/07/08: Kelab Penyokong PAS kaum Cina Pulau Ketam
Dalam satu majlis bertempat di Pejabat ADUN Selat Klang di Jln Sg Bertih Klang, penubuhan serta penyerahan vest Kelab Penyokong Pas kaum Tioghua Pualau Ketam telah diadakan. Satu lagi peristiwa bersejarah dalam perjuangan PAS.Kelihatan Pegawai yang bertanggungjawab kawasan Pulau Ketam, Tn Hj Saroni, Pegawai Khas DUN Selat Klang serta S/U MTD Selat Klang.
KAUM CINA MENYOKONG PERJUANGAN PAS
Kaum Cina di Malaysia bukan sahaja boleh menerima perjuangan PAS malah menjadi penyokong dan ada yang mendokong perjuangan PAS itu sendiri. Di bawah ini diperturunkan keratan akhbar Sinar Harian tentang penyerahan borang Kelab Penyokong PAS kaum Cina dari Pulau Ketam Selangor, laporan oleh Fui K Soong, Pengarah Urusan INSAP ( Institut Analisis Strategik dan Penyelidikan Polisi ) satu think tank parti MCA dan satu video wawancara bersama Mr Hu Phang Chau, Pengerusi Kelab Penyokong PAS Malaysia. Sila buat penilaian.
Thursday June 5, 2008
PAS the real kingmaker in Malaysian politics
By FUI K. SOONG
Star On lineThese days, it’s the party that takes centre stage. PAS is the most organised, financially independent and talented organisation in the country.
DOES Sabah really hold the key to the future of the country? And will the Pakatan Rakyat actually take over the government come August or September? Excuse the pun, but the jumping frog is actually a red herring.
The true kingmaker in this current political scenario is actually PAS, not Sabah or Sarawak.
Last month, the Malay writers and intellectual group called Gapena held a meeting in Johor to discuss the future of the Malays in the light of the recent elections results.
And central to Gapena’s memo was the call to the rulers as well as Malay political leaders to fulfil their duties and responsibilities to preserve and protect Kedaulatan Melayu in order that this remains the core ideology in Malaysian politics.
Some may argue the extent of Gapena’s influence over a diverse Malay population but what is important to note is that Malay-based interest groups have been all out to woo the hearts and minds of the Malay constituents.
This includes Umno, PKR, PAS, the royal houses, the civil service and, as mentioned the Malay NGOs. The contest for the Malay space is heating up and is about to get hotter.
Could this be Tun Dr Mathathir Mohamad’s prime concern when he resigned from Umno on May 18?
There is no question of a succession plan as promised by Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi but when the succession is carried out will have a great bearing on what is to become of Malaysian politics.
PAS contested in 66 parliamentary seats in 2008.
This is 18 seats fewer than it did in the 2004 election because PAS made a pact with both PKR and DAP that they would all only hold straight fights with the BN this time.
If PAS had known the political tsunami was coming, would PAS have relinquished that many seats for its partners?
After all, DAP did not have to give up a single seat, and contested in five more seats in 2008 than it did in 2004.
Despite the sacrifices, PAS won 23 seats this time compared with seven in 2004. Its popular votes also increased but only from about 1.1 million to 1.14 million.
This is miniscule compared with DAP whose popular votes gained from 708,173 to 1,118,025.
Even more fantastic was PKR’s popular votes which leaped almost three-fold from 578,481 in 2004 to 1,509,080 in 2008.
PAS may have gained 16 more winning seats plus two more Mentris Besar but in terms of popular votes and the number of seats they could have won, PAS benefited the least of all the three Opposition parties.
Yet PAS is the most well organised, most financially independent and most talented party in Malaysia right now.
Not only did it give up some of its contestable seats, it shelved its Islamic agenda in the back burner for the sake of a cohesive strategy for the Opposition front.
What will happen in the next elections? Will PAS request for the return of the seats or will joining BN provide it with more security?
The fate of the country actually lies with PAS rather than with PKR or the East Malaysians.
It is said that it is unlikely that at this point in time PAS would regroup to become one big Umno while Datuk Nik Aziz Nik Mat, its spiritual and paramount leader is still around.
However, they would consider re-uniting with the BN. It will, after all, serve several ambitions and is probably the safest route to its long-term survival.
One, to be part of the ruling coalition would bring an end to the strenuous federal-state relations in at least three states.
Two, it would serve the wish of the Malay ground wanting to see more unity at least along the lines of Islam if not, Malay.
The Malay middle-class may have shown tendencies towards a more open multiracial concept and approach.
Islamic unity, on the other hand, is definitely more universal among all the classes.
Three, PAS gets to discipline Umno for its wayward ways in the name of Islam, Malay unity and future of Malaysia.
Four, the move to rejoin BN would secure its position for the next few general elections, ending the Opposition’s cat-and-mouse tactics.
The above fourth reason is the most seductive for Umno as it would bring an end to the current delicate impasse – whoever the president of Umno is or, might be in the future.
The next question would be – how would the component parties like the MCA then contend with the new BN? This will depend how well they wedge their future strategies between the two giants.
In the aftermath of the recent elections, it seems the new political game has barely even begun for Malaysia.
Fui K. Soong is the CEO of Institute of Strategic Analysis and Policy Research (INSAP), a think tank of MCA, an organisation dedicated to research on the removal of barriers and bias in policies that impede Malaysian unity, racial harmony and economic prosperity.
Read More “KAUM CINA MENYOKONG PERJUANGAN PAS” »»