Pray For MH370

Pray For MH370
Showing posts with label Kelab Penyokong PAS.. Show all posts
Showing posts with label Kelab Penyokong PAS.. Show all posts

SAAT BERSEJARAH

Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) berpuas hati dengan kedudukan dewan itu yang setaraf dengan sayap lain di dalam PAS walaupun anggotanya tidak berhak mengundi dalam pemilihan parti.

Ketua DHPP, Hu Pang Chaw berkata beliau juga menyokong penuh keputusan PAS untuk menaik taraf kelab penyokong tersebut menjadi satu lagi sayap parti, setaraf dengan dewan Muslimat, Pemuda dan Ulama.

“Kami berbesar hati dengan kejayaan Kelab Penyokong PAS yang telah dinaik taraf kepada Dewan Himpunan Penyokong PAS.

“Dewan ini dibuka keahliannya kepada bukan Islam. Beza antara kami dan dewan yang lain ialah kami boleh menghadiri muktamar, mesyuarat, memberi pandangan dan kritikal, tetapi cuma kuasa memilih dan dipilih kami tiada,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini semalam.

Tambahnya, beliau menyokong penuh perjuangan PAS kerana parti itu terbukti boleh diterima oleh semua kelompok masyarakat.
“PAS telah mengamalkan dasar keterbukaan untuk semua kaum di Malaysia.

“Perjuangan PAS adalah keadilan untuk semua dan ia dituntut oleh semua kaum dan agama. Jadi kami tak rasa salah apabila menyertainya,” kata Hu lagi.

Timbalannya, N Balasubramaniam pula berkata, beliau menghormati keputusan oleh pucuk pimpinan untuk tidak membenarkan mereka mengundi dalam pemilihan parti.

“Mereka telah bagi semua hak kepada kita, cuma dalam pemilihan sahaja yang kita tidak boleh buat. Kita kena hormat keputusan itu,” katanya.
Penubuhan DHPP semalam menyaksikan seramai 20,000 anggota Kelab

Penyokong PAS sedia ada 'dinaiktaraf' dengan diserapkan sebagai ahli penuh DHPP.

Dewan tersebut dibentuk bagi menumpukan usaha penerangan dasar parti melalui program dialog dan ceramah.
Zulaikha Zulkifli/MALAYSIAKINI


Majlis Perasmian Pelancaran DHPP




Video Ucapan Dr Mujahid Bhg 1




Video Ucapan Dr Mujahid Bhg 2



Video Ucapan Presiden PAS bhg 1



Video Ucapan Presiden PAS Bhg 2



Video Ucapan Presiden PAS Bhg 3

Read More “SAAT BERSEJARAH”  »»

MAJLIS PELANCARAN DEWAN HIMPUNAN PENYOKONG PAS PERINGKAT KEBANGSAAN

Read More “MAJLIS PELANCARAN DEWAN HIMPUNAN PENYOKONG PAS PERINGKAT KEBANGSAAN”  »»

TANPA BUDAYA SUAPAN, ADA PUAK YANG TAK BOLEH CARI MAKAN

Tanpa budaya suapan atau sogokan, terdapat puak-puak tertentu yang tidak lagi dapat "cari makan"di Selangor dan mungkin terpaksa ke negeri lain yang ditadbir oleh BN. Foto kiri Yb Eli Wong sedang berucap dan foto kanan ialah En Hu Pang Chau, Presiden Kelab Penyokong PAS Pusat.

Tiada lagi budaya suapan projek di Selangor


Kerajaan Selangor mendedahkan ada pihak mengadu sukar melaksanakan projek di negeri terbabit kerana tidak ada budaya suapan sejak diterajui kerajaan Pakatan Rakyat.

Anggota Exco, Elizabeth Wong berkata, ketelusan yang diamalkan menyebabkan budaya suapan yang berleluasa di bawah kerajaan terdahulu tidak lagi berlaku sekarang.

Katanya, budaya suapan tidak berlaku kerana pemimpin kerajaan Pakatan Rakyat tidak pernah menggunakan wang rakyat untuk tujuan peribadi seperti makan angin ke Disneyland atau jumpa Mickey Mouse dan Donald Duck.

"Tapi wang rakyat digunakan untuk rakyat. Contohnya kerajaan negeri mengadakan skim Takaful untuk warga emas seperti dilaksanakan di Kelantan.

"Kerajaan Selangor juga akan menubuh tabung khas bayi baru lahir. Dan apabila usianya meningkat 18 tahun mereka boleh keluarkan tidak kurang dari RM1,500," katanya pada ceramah di Taman Puspa, Kok Lanas, malam semalam.

Oleh itu Elizabeth mendedahkan kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor banyak menerima tekanan pelbagai pihak termasuk Umno dan golongan kapitalis sejak memerintah negeri terbabit.

Bagaimanapun katanya, tekanan itu tidak mematahkan semangat kerajaan yang sentiasa menyedari mendapat sokongan padu rakyat.

"Kita tidak takut kepada sebarang tekanan. Kita dipilih oleh rakyat. Maka amanah rakyat menjadi kewajipan kita. Tidak ada sebab untuk takutkan kepada tekanan," jelasnya.

Menurutnya juga keseluruhan rakyat Selangor menerima baik kerajaan sekarang kerana banyak membawa pembaharuan kepada kestabilan tanpa mengira kaum.

Pada ceramah itu beliau melahirkan rasa terharu di atas nasihat Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat ketika beliau berdepan dengan peristiwa mengaibkan peribadinya sebelum ini.

Image "Nasihat Tuan Guru membuatkan saya merasa tenang menghadapi segala dugaan dan cabaran. Tuan Guru adalah the best and the great.

"Saya akan ingatkan nasihat Tuan Guru selama-lamanya. Benar kata Tuan Guru, sabar itu separuh daripada iman. Saya terima hakikat itu dengan penuh keyakinan," ujarnya.

Turut hadir pada majlis tersebut Ketua Dewan Pemuda PAS Kelantan, Ustaz Abdul Latiff Abdul Rahman, Naib Yang Dipertua PAS Ketereh, Senator Dato' Ahmad Rusli Ibrahim dan Pengerusi Kelab Penyokong PAS Pusat, Hu Pang Chaw.

Foto & teks mj/ Zuharman MN/harakahdaily

Read More “TANPA BUDAYA SUAPAN, ADA PUAK YANG TAK BOLEH CARI MAKAN”  »»

SOKONGAN MASYARAKAT CINA KEPADA WAHID MANTAP



















Sokongan bukan Islam luar biasa - Haji Wahid

Lanjusoh/ Harakahdaily
Tue | Jan 13, 2008

KUALA TERENGGANU, 13 Jan (Hrkh) - Sebelum ini banyak pihak mengandaikan kira-kira 8,000 pengundi Cina menjadi penentu pilihan raya kecil Kuala Terengganu Sabtu ini. namun fakta itu kini cuba dilupakan.

Tentunya ada sesuatu yang mengejutkan berlaku sehingga media massa tidak lagi memainkan undi kaum Cina menjadi penentu, sebagaimana pernah diuar-uarkan sebelum ini.

Menjelang hari-hari terakhir kempen, nampaknya calon Barisan Nasional (BN), Dato' Wan Ahmad Farid Wan Salleh terpaksa bergantung kepada faktor lain termasuk polis yang pernah berada di bawahnya sebelum ini.

Kehadiran berulang kali pemimpin-pemimpin kanan DAP antaranya Lim Kit Siang, Lim Guan Eng dan Teresa Kok, manakala pemimpin KeADILan, Tian Chua dan ramai lagi menyebabkan kampung yang didiami kaum Cina semakin mesra dengan calon PAS.

Penempatan tersebut termasuk Kampung Tiong dan Kampung Cina Inilah hakikat yang berlaku sekarang dan tidak dapat lagi dinafikan media kerajaan.

Mengulas perkembangan itu, Adun Wakaf Mempelam, Haji Mohd Abdul Wahid Endut juga memberitahu beliau begitu terharu dengan sokongan masyarakat bukan Islam terutamanya kaum Cina sekarang.

"Pertama kali saya bertanding pada pilihan raya kecil di Dun Bandar pada 1986, ketika saya datang menemui mereka di pasar, ramai yang enggan ditemui. Mereka tidak melayan kehadiran saya.

"Namun sekarang Alhamdulillah berlaku perubahan yang cukup luar biasa. Ketika saya berkunjung ke perkampungan mereka dengan rakan-rakan daripada Pakatan Rakyat sambutan cukup menarik.

"Malah ramai yang datang menemui saya dan menyatakan sokongan," katanya juga calon PAS pilihan raya kecil Kuala Terengganu ketika ditemui di rumahnya kelmarin.

Beliau baru pulang daripada berkempen kelihatan keletihan, namun masih sempat lagi berkongsi maklumat apa yang berlaku.

Abdul Wahid berkata, perubahan momentum sokongan rakyat bukan Islam dapat dilihat dengan jelas sekarang.

Bekas anggota parlimen Bachok, Wan Nik Wan Yusof berkata, situasi pilihan raya umum Mac tahun lalu kelihatan masih kekal di Terengganu sekarang, serupa dengan apa yang berlaku di Permatang Pauh sebelum ini.

Katanya, biar pun kerajaan telah menurunkan harga minyak, namun tekanan hidup masih berlaku kerana barangan barangan keperluan kekal tinggi.

Dan ditambah pula dengan harga bahan komoditi merudum teruk kebelakangan ini.

"Berdasar kepada situasi tersebut menyebabkan peluang calon PAS semakin cerah dan ditambah pula dengan masalah dalaman Umno Terengganu yang belum reda.

Read More “SOKONGAN MASYARAKAT CINA KEPADA WAHID MANTAP”  »»

BERITA KEGIATAN KELAB PENYOKONG PAS/ LPN

*Lebih 200 hadiri rawatan percuma Kelab Penyokong PAS
*Kempen 'Jom Sertai PAS' : Seru ahli Umno sertai perjuangan


Lebih 200 hadiri rawatan percuma Kelab Penyokong PAS

Khairul Azlam dan Intan Abdullah / harakah


Kemunculan Kelab Penyokong PAS Terengganu di negeri ini mendapat sambutan menggalakkan serta di luar dugaan pihak penganjur yang menganjurkan Program Pemeriksaan Kesihatan Percuma bagi penduduk di Kampung Tiong, Kuala Terengganu.

Program tersebut yang julung kali diadakan bermula seawal jam 8.30 pagi hingga 4.00 petang di lokasi Tempat Letak Kereta Kampung Tiong, dekat sini, semalam.

Tinjauan Harakah mendapati sambutan masyarakat setempat tanpa mengira bangsa dan agama termasuk di kalangan orang-orang Melayu, Tionghua dan India turut mendapatkan rawatan percuma yang ditawarkan itu.

Seorang warga emas, Ong Herg Ghok, 70, menyambut baik usaha kebajikan yang dilakukan oleh Kelab Penyokong PAS dan sangat dialu-alukan bagi membantu golongan miskin dan kurang upaya membuat pemeriksaan kesihatan.

"Saya orang lama di sini, sebelum ini tidak pernah ada program-program yang boleh memberi kemudahan kepada rakyat yang susah dan miskin," ujarnya.

Rakannya, Kam Yat Liong, 60, merakamkan ucapan terima kasih kepada kelab terbabit yang menganjurkan program-program khidmat masyarakat bagi penduduk di Kampung Tiong ini. Image

Katanya, masalah kemiskinan bandar tidak pernah diambil peduli oleh pemerintah dan hanya mengambil berat ketika musim pilihan raya.

"Saya ucap terima kasih pada penganjur (kelab) ini. Kami orang susah "nok" (hendak) pergi klinik swasta buat pemeriksaan kesihatan tidak mampu kerana kos mahal," ujarnya.

Menurutnya, hasil pemeriksaan rawatan tersebut perubatan secara tradisional atau pengambilan ubat-ubatan herba menjadi pilihan masyarakat tionghua. Wee Merg, 52, menyarankan agar kerajaan tidak menswastakan hospital sebagaimana yang dicadangkan kepada Institut Jantung Negara (IJN).

Katanya, khidmat rawatan di hospital wajar dikekalkan sebagai tanggungjawab sosial kerajaan kepada rakyat di negara ini.

"Saya harap kerajaan tidak jadilah hendak "jual" atau swastakan pusat perubatan jantung (IJN) itu kerana sudah jadi tanggungjawab kerajaan kepada rakyat.

"Rakyat yang miskin tidak mampu untuk bayar kos perubatan dan rawatan yang tinggi jika diswastakan kepada pihak lain yang berkepentingan perniagaan," ujarnya manakala, Khoo Mee Wah, 49, mahukan kerajaan negeri lebih bersikap adil membantu rakyat tanpa mengira fahaman politik masing-masing.

Katanya, rakyat di negara ini ada kebebasan memilih dan berpolitik yang perlu dihormati dan bukan meminggirkan kelompok yang tidak sehaluan.

"Kami tidak mahu kerana politik ada orang (rakyat) yang dapat dan ada yang tidak dapat apa-apa bantuan kerana politik. Rakyat berhak untuk dapat apa-apa bantuan kerajaan jika mereka layak walau pun dari kalangan penyokong PAS, DAP, Umno, MCA dan lain-lain," jelasnya.

Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional negeri Terengganu, Hanapiaf Mat berpuas hati dengan sambutan penduduk dan masyarakat setempat dengan program yang dianjurkan oleh Kelab Penyokong PAS Terengganu.

Katanya, keterbukaan masyarakat tionghua kini semakin baik serta dapat menerima kehadiran PAS tanpa perasaan "takut-takut" lagi.

"Alhamdulillah, saya tengok sambutan sangat baik dan menggalakkan dari masyarakat setempat di Kampung Tiong ini khususnya orang Cina dan berdasarkan sambutan tersebut yakin para pengundi Cina di Kuala Terengganu akan memilih calon PAS dalam pilihan raya kecil kali ini," katanya.

Harakah dimaklumkan, seramai tiga orang sukarelawan doktor serta hampir 200 orang penduduk setempat terutama dari kalangan masyarakat tionghua mendapatkan khidmat nasihat dan rawatan percuma tersebut. - azm
=====================================================================================



Kempen 'Jom Sertai PAS' : Seru ahli Umno sertai perjuangan


Nyza Ayob / Harakah

"Kempen 'Jom Sertai PAS' merupakan satu tawaran kepada orang ramai khususnya daripada ahli Umno untuk bersama-sama dalam perjuangan PAS."

Demikian kata Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS Pusat, Dr Mujahid Yusuff yang mengalu-alukan kempen "Jom Sertai PAS" anjuran Pemuda PAS Pusat dan berharap kempen tersebut menggalakkan lagi orang ramai menyertai PAS, iaitu sebuah parti yang pastinya jujur dan bertanggung jawab.

"Kempen Jom Sertai PAS merupakan satu tawaran kepada orang ramai khususnya daripada ahli Umno untuk bersama-sama dalam perjuangan PAS.

"Dalam keadaan Umno yang terumbang- ambing sekarang ini, inilah masanya ahli daripada parti tersebut meninggalkan Umno yang kita tahu penuh dengan korupsi," katanya yang menaruh keyakinan kempen tersebut berjaya mencapai sasaran dan matlamatnya.

Dalam pada itu, Mujahid memberitahu bahawa Kelab Penyokong PAS tekad dan berpadu tenaga bagi memastikan kemenangan PAS dalam pilihan raya kecil Kuala Terengganu pada 17 Januari nanti.

Katanya Kelab Penyokong PAS telah membuka Pusat Kelab Penyokong PAS di bandar Kuala Terengganu sebagai pusat jentera pilihan raya kelab tersebut.

Katanya, dengan kerjasama skuad Kelab Penyokong PAS Dun Kota Lama di bawah kelolaan Dato' Anwar Tan, pusat khidmat tersebut diadakan khusus bagi menghadapi pilihan raya Kuala Terengganu itu.

"Ia bukan sahaja sekadar satu pusat khidmat. Tetapi kita juga telah menjemput Kelab Penyokong PAS dari seluruh negara untuk sama-sama turun ke Kuala Terengganu. Sepanjang kempen tersebut kita menganggarkan dalam satu hari sekurang-kurangnya terdapat 10 hingga 20 orang petugas daripada ahli kelab.

"Dengan kerjasama Lajnah Perpaduan Nasional Terengganu juga kita adakan pejabat kelab di situ termasuklah kemudahan untuk penempatan,"katanya.

Sehubungan itu beliau berharap semua ahli kelab di seluruh negara melakukan perbincangan dengan Lajnah Perpaduan Nasional di setiap negeri serta memaklumkan kepada beliau mengenai perkara tersebut. - azm

Read More “BERITA KEGIATAN KELAB PENYOKONG PAS/ LPN”  »»

AHLI KELAB PENYOKONG PAS LEBIH FAHAM HUDUD DARI SESETENGAH AHLI UMNO

Sudah lebih 50 tahun UMNO berkawan dan berkongsi kuasa dengan rakan komponen dalam Barisan Nasional tetapi malang sekali UMNO tidak bersungguh-sungguh untuk menerangkan Islam sebagai addin malah lebih teruk lagi ialah UMNO telah memberi gambaran yang salah tentang Islam kepada rakan kongsinya dalam BN.

Gelagat dan perangai pemimpin UMNO dalam bentuk salah laku, rasuah, penyalahgunaan kuasa dan sebagainya memberikan imej yang jijik tentang Islam kepada orang bukan Islam. Sesetengah pemimpin MCA, Gerakan, PBS, SAPP dan lain-lain lebih baik akhlak mereka jika berbanding dengan sesetengah pemimpin UMNO.

Namakan pemimpin parti komponen di bawah ini yang faham tentang Islam? Apakah sumbangan anda kepada parti di bawah ini dalam meyakinkan mereka bahawa "ISLAM ADALAH RAHMATAN LIL 'ALAMIN"


* United Malay national Organisation (UMNO)
* Malaysian Chinese Association (MCA)
* Malaysian Indian Congress (MIC)
* Gerakan Rakyat Malaysia (Malaysian People's Movement)
* People's Progressive Party (PPP)
* Parti Pesaka Bumiputera Bersatu
* Sarawak United People's Party
* Sabah Progressive Party (SAPP)
* Parti Bersatu Sabah (PBS)
* Liberal Democratic Party
* Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS)
* United Pasokmomogun Kadazandusun Murut Organisation
* Sarawak Progressive Democratic Party
* Sarawak People's Party


Kelab Penyokong yakin PAS menang, faham isu Hudud

Harakahdaily


KUALA LUMPUR, 31 Dis (Hrkh) - Kelab Penyokong PAS akan mengadakan gerak gempur besar-besaran bagi memastikan pengundi Cina dan India memberi undian pukal kepada calon yang dipilih dan sekaligus memberi kemenangan kepada calon PAS nanti.

Pengerusi Kelab Penyokong PAS Kebangsaan, Hu Pang Chaw berkata semua ahli kelab dari seluruh negara akan turun memberi sokongan dihari penamaan calon dan ketika berkempen kelak.

"Kelab Penyokong PAS Cawangan Terengganu telah pun menyediakan satu bilik gerakan di DUN Bandar bagi dijadikan markas gerakan kita.

"Kita pilih DUN Bandar kerana kawasan tersebut merupakan kawasan paling ramai masyarakat bukan melayu iaitu 37 peratus pengundi Cina dan 1.14 peratus India dan lain-lain bangsa.

"Dan kita yakin Dun Bandar akan dapat kita tawan kerana MCA dan Umno semakin lemah dan pengundi juga lebih yakin kerana Pakatan Rakyat telah berjaya lima negeri. Ini akan memberi keyakinan kepada pengundi bukan melayu untuk memilih pakatan kali ini. kata Hu yang dipetik daripada Suara KeADILan online.

Menurut Hu, walaupun DUN Bandar mempunyai 18,952 pengundi berdaftar dari jumlah keseluruhan 80,229 pengundi namun DUN Bandar merupakan undi penentu kepada calun kerajaan maupun pakatan Rakyat.

Katanya, masa pilihan raya 8 Mac lalu, pengundi Cina dan India masih rasa takut-takut untuk menyokong pembangkang kerana Pakatan Rakyat yang diwakili PAS, DAP dan KeADILan belum lagi terbentuk secara sah.

"Sekarang dari tinjauan rambang dan melihat kejayaan di Permatang Pauh pada Ogos lalu kita dah dapat "lampu hijau" berhubung sokongan padu masyarakat bukan melayu pada Pakatan," Ujar Hu lagi.

Menyentuh isu hudud yang sedang dimainkan oleh media milik kerajaan sekarang Hu berkata isu tersebut tidak menjadi persoalan besar kepada masyarakat bukan melayu di Pantai Timur kerana masing-masing telah diberi kefahaman tentang persoalan hudud.

"Kita memang sedar bahawa isu hudud merupakan isu yang akan dimainkan kerajaan untuk mengabui mata pengundi bukan melayu ketika kempen yang akan berlangsung tahun depan.

"Kami dikalangan orang bukan melayu di pantai timur ni baik di Kelantan atau di Terengganu memang dah faham apa itu hukum hudud kerana Hudud hanya untuk orang Islam sahaja dan orang bukan Islam tidak terikat dengan hukum tersebut.

"Orang bukan melayu di Pantai Barat mungkin tidak berapa faham kerana telah diputarbelit oleh media kerajaan yang sengaja ditakut-takutkan dengan hukum rejam dan potong tangan. Walhal hudud bukan begitu," ujar Hu.

Sehubungan itu menurut Hu lagi, menerusi kempen yang akan dijalankan nanti isu memperbanyakkan suara pembangkang di parlimen bagi memantau pelbagai penyelewengan kerajaan antara akan dijadikan fokas kempen kepada bukan melayu nanti.

Selain itu menurut Hu, kempen juga bertujuan memberi kesedaran kepada pengundi supaya memilih wakil Pakatan bertujuan memantau segala wang rakyat dan wang royalti yang baru diterima supaya tidak disalah guna oleh kerajaan negeri.

"selain itu isu harga minyak dan barang yang masih tinggi serta agihan wang royalti yang tidak membantu meningkatkan taraf hidup rakyat juga antara isu yang mampu meraih sokongan masyarakat bukan melayu di negeri itu," kata Hu.

Read More “AHLI KELAB PENYOKONG PAS LEBIH FAHAM HUDUD DARI SESETENGAH AHLI UMNO”  »»
 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Add caption *Relawan AMALNITA sedia bersama....*
    9 years ago
  • Shopping Back To School. - Oleh kerana 2 petugas kaunter demam dlm Program Jom Shopping Back To School DUN Meru, maka Yb Meru dan Dato Ketua Kampung membantu mengambil...
    9 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket









Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com