Pray For MH370

Pray For MH370
Showing posts with label Keputusan SPM 2008. Show all posts
Showing posts with label Keputusan SPM 2008. Show all posts

RINTANGAN KEDUA UNTUK LEPASAN SPM/STPM 2008

1. Kemasukan ke IPTA menjadi semakin mencabar. Lepasan SPM dan STPM mencecah ratusan ribu pelajar tetapi tempat di IPTA amatlah terhad sekali.

2. Seramai 1,676 calon SPM 2008 memperoleh gred 1A dalam semua mata pelajaran yang diambil. Jumlah Biasiswa dan dermasiswa juga sangat terhad.

3. Kriteria kemasukan ke IPTA ialah berdasarkan kepada kelayakan akademi sebanyak 90 peratus dan 10% kegiatan kokurikulum seeorang pelajar.

4. IPTS diminta agar jangan menaikkan yuran pengajian. Pihak berwajib hendaklah memantau hal ini.

5. Kemusykilan: Pak Timbalan Menteri Pengajian Tinggi disebut sebagai berkata 41,000 tempat di 20 buah IPTA seluruh negara mencukupi untuk menampung ratusan ribu lepasan SPM dan STPM yang layak?

41,000 Tempat Belajar Tersedia Di IPTA

Terdapat kira-kira 41,000 tempat di 20 buah Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) bagi menampung kemasukan pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2008.

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Dr Hou Kok Chung berkata jumlah itu adalah mencukupi bagi menampung pelajar yang benar-benar layak untuk memasuki IPTA.

"Ini ditambah pula dengan tempat yang akan ditawarkan oleh 41 universiti dan kolej swasta serta politeknik. Secara keseluruhan terdapat 433 institusi pengajian tinggi di negara ini yang boleh menampung kemasukan pelajar SPM dan STPM," katanya kepada pemberita pada majlis menandatngai memorandum persefahaman kerjasama pendidikan antara Kumpulan Kolej Legenda dengan Thompson Rives Universiti, Kanada, di sini Jumaat.

Bagaimanapun Hou berkata kelayakan untuk diterima masuk IPTA yang kini semakin sengit adalah berdasarkan kepada kelayakan akademi sebanyak 90 peratus dan selebihnya kegiatan kokurikulum seeorang pelajar.

Beliau juga meminta universiti dan kolej swasta supaya tidak menaikkan yuran pengajian mereka.



BERNAMA

Keputusan SPM 2008 memberangsangkan



Kementerian Pengajian Tinggi

Read More “RINTANGAN KEDUA UNTUK LEPASAN SPM/STPM 2008”  »»

CALON SPM 2008 JALANI PPSMI MULAI TINGKATAN SATU BUKAN DARJAH SATU

"Seorang calon rabun dari Sekolah Menengah Sains Keluang, Johor, Mohamad Shafiq Sahdon berjaya memperoleh 12 1A manakala calon pekak dari Sekolah Menengah Kebangsaan, Jalan Bukit, Kajang, Selangor, Agilan Narayanan mendapat 11 1A" menurut Ketua Pengarah Pelajaran Dato' Alimuddin Mohd Dom.(gambar kanan)


"Kalau kita hendak membuat perubahan kepada dasar ini, kita perlu mengambil kira seramai 6.1 juta pelajar yang telah melalui dasar PPSMI, 126,000 guru terlibat dan jumlah hampir RM3 billion yang kita laburkan dalam melaksanakan dasar ini, jadi ianya bukan satu perkara yang perlu dengan sewenangnya membuat keputusan," kata Menteri Pelajaran.

"Ada yang kata kita lambat buat kajian mengenai dasar ini, saya ingin menjelaskan bahawa dasar ini diperkenalkan pada 2003, dan cohort pertama baru saja mendapat keputusan UPSR hujung tahun 2008" tambah Hishamuddin.

Ulasan saya:1. Bukan semua pelajar di negara kita memiliki IQ seperti Agilan Narayanan yang pekak dan belajar dalam "bahasa isyarat". Sesuatu polisi digubal berdasarkan keperluan majoriti bukan minoriti.


2. Ketua Pengarah Pelajaran berhujah PPSMI baik berdasarkan keputusan SPM 2008 yang mana para calon telah mula menggunakan PPSMI sejak tingkatan satu (tahun 2003) Ini bermakna mereka telah mempelajari Sains dan matematik dalam bahasa Melayu dari darjah satu hingga enam dan beralih ke PPSMI pada tingkatan satu.

3. Menteri Pelajaran berhujah bahawa perbelanjaan yang tinggi telah dihabiskan bagi membiayai PPSMI. Menurut Suara Keadilan edisi terkini, kebanyakan pembekal peralatan komputer, LCD dan sebagainya melibatkan syarikat kroni.


*Kajian Dasar PPSMI Dibentang Sebelum Akhir Mac
*PPSMI tak jejas pencapaian pelajar SPM




Kajian Dasar PPSMI Dibentang Sebelum Akhir Mac


Menteri Pelajaran Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata hasil kajian mengenai dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) dijangka dibentangkan ke kabinet sebelum berakhir bulan ini.

Beliau berkata kementeriannya perlu membuat kajian terperinci termasuk menerima maklumbalas daripada kementerian lain sebelum membentangkannya kepada jemaah menteri.

"Kementerian Pelajaran telah mengedarkan memorandum mengenai PPSMI kepada semua kementerian yang terlibat untuk diberikan ulasan, bergantung kepada kementerian (lain) kembalikan ulasan mereka sebelum kita bawa ke Jemaah Menteri, saya rasa bulan ini juga," katanya kepada pemberita selepas mengadakan perjumpaan tertutup dengan Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob di sini, Khamis.

Hishammuddin berharap semua pihak bersabar kerana kajian itu memerlukan tempoh tertentu dan ia melibatkan soal dasar.

"Cohort penentu kepada PPSMI ialah cohort pertama yang melalui enam tahun PPSMI iaitu yang mengambil Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun lepas, dan keputusan UPSR 2008 baru dua setengah bulan diumumkan (hujung tahun lepas)," katanya.

Beliau berkata semua pihak perlu rasional apabila memperkatakan isu itu tanpa melibatkan emosi atau mempolitikkannya.

"Kalau kita hendak membuat perubahan kepada dasar ini, kita perlu mengambil kira seramai 6.1 juta pelajar yang telah melalui dasar PPSMI, 126,000 guru terlibat dan jumlah hampir RM3 billion yang kita laburkan dalam melaksanakan dasar ini, jadi ianya bukan satu perkara yang perlu dengan sewenangnya membuat keputusan," katanya.

Hishammuddin berkata beliau juga telah mengadakan perbincangan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung perkara itu.

"Ada yang kata kita lambat buat kajian mengenai dasar ini, saya ingin menjelaskan bahawa dasar ini diperkenalkan pada 2003, dan cohort pertama baru saja mendapat keputusan UPSR hujung tahun lepas, kira-kira dua bulan setengah, tempoh dua bulan setengah itu sebenarnya bukan satu tempoh yang panjang (lama)," katanya.

Beliau juga amat berharap pejuang-pejuang bahasa tidak mempolitikkan perkara itu sebaliknya turut sama memberikan idea yang lebih bernas daripada mengadakan demonstrasi jalanan yang 'ternyata telah dipolitikkan pihak tidak bertanggungjawab'
-------------------------------------------------------------------------------------
PPSMI tak jejas pencapaian pelajar SPM

Seramai 6,277 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun lalu memperoleh gred A dalam semua mata pelajaran, meningkat 24.05 peratus berbanding 5,060 pada 2007.

Keputusan peperiksaan itu juga menunjukkan peningkatan kelulusan dalam Sains dan Matematik, sekali gus membuktikan pelaksanaan pembelajaran dan pengajaran kedua-dua subjek itu dalam bahasa Inggeris (PPSMI) tidak menjejaskan pencapaian pelajar.

Mengumumkan keputusan peperiksaan itu di sini semalam, Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Alimuddin Mohd Dom, berkata prestasi calon bandar dan luar bandar serta pada peringkat nasional bagi mata pelajaran itu terus meningkat.

Subjek Sains mencatat kelulusan 91.2 peratus berbanding 87 peratus pada tahun sebelumnya, manakala Matematik 77.5 peratus berbanding 75.8 peratus pada 2007.

Seramai 442,936 calon menduduki SPM tahun lalu, yang menjadi kumpulan kedua mengikuti PPSMI sejak Tingkatan Satu pada 2003.

Alimuddin berkata, calon yang memperoleh gred 1A dalam semua mata pelajaran juga meningkat, iaitu seramai 1,676 orang berbanding 892 pada tahun sebelumnya.

Tiga calon mendapat keputusan 1A dalam semua 16 subjek diduduki; 15 mata pelajaran (dua); 14 mata pelajaran (enam); 13 mata pelajaran (41); 12 mata pelajaran (229); 11 mata pelajaran (610); 10 mata pelajaran (614) dan sembilan mata pelajaran (171).

Seramai 10,080 calon pula berjaya memperoleh 10A atau lebih, 5,863 memperoleh 9A dan 5,909 (8A).

Beliau berkata, 181,416 calon atau 46.7 peratus lulus semua mata pelajaran berbanding 175,452 calon pada 2007.

"Seramai 208 atau 47.8 peratus daripada 435 calon berkeperluan khas pelbagai kecacatan pula berjaya mendapat sijil SPM berbanding 189 pada tahun sebelumnya.

"Seorang calon rabun dari Sekolah Menengah Sains Keluang, Johor, Mohamad Shafiq Sahdon berjaya memperoleh 12 1A manakala calon pekak dari Sekolah Menengah Kebangsaan, Jalan Bukit, Kajang, Selangor, Agilan Narayanan mendapat 11 1A," katanya.

Mengenai calon yang menjawab kertas soalan subjek Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (BI), beliau berkata ia menunjukkan perkembangan memberangsangkan.

Seramai 45,662 calon menjawab kertas soalan Matematik 1 dalam BI sepenuhnya, berbanding 44,207 dalam Bahasa Melayu (BM) dan 55,550 menggunakan kedua-dua bahasa, manakala bagi Matematik 2, 227,720 menjawab soalan dalam BI sepenuhnya berbanding 86,463 dalam BM dan 41, 630 dalam dwibahasa.

Bagi Sains Kertas 1, 41,078 calon menjawab dalam BI, 16,557 (BM), 47,156 (dwibahasa); Sains Kertas 2, 36,855 (BI), 130,725 (BM), 36,041 (dwibahasa); Kimia Kertas 1 (4,347 (BI), 29,833 (BM), 25,367 (dwibahasa); Kimia Kertas 2, 90,669 (BI), 12,589 (BM), 23,907 (dwibahasa) dan Kimia Kertas 3, 79,920 (BI), 12,592 (BM), 11,551 (dwibahasa).

Mengenai penurunan prestasi mata pelajaran teras BI, Alimudin berkata, jumlahnya kecil serta tidak ketara.

"Kita sudah mengambil pelbagai langkah untuk meningkatkan penguasaan BI di kalangan guru, antaranya mengikuti kursus dan latihan termasuk ke Pusat Bahasa Serantau (RELC), Pertubuhan Menteri-Menteri Pelajaran Asia Tenggara (Seameo) di Singapura," katanya.

Beliau turut mengumumkan 3,098 daripada 6,240 calon Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2008 memperoleh sijil dengan pangkat lulus (maqbul) berbanding 3,341 calon pada tahun sebelumnya.

STAM ialah sijil yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran dan menggunakan sepenuhnya bahasa Arab sebagai pengantar peperiksaan.

Bahan Untuk Berfikir



Keputusan SPM 2008 memberangsangkan

Keberkesanan PPSMI Ambil Masa, Kata Alimuddin

Bantahan Penggunaan Bahasa Inggeris Telah Dipertimbangkan

Bekas Menteri Akui Wujud Kecelaruan Dalam PPSMI

K'jaan Utamakan Empat Perkara Dalam Keputusan PPSMI

Dua Pendekatan Bagi Transformasi Sistem Pendidikan - Hishammuddin

Perhimpunan Agung Umno Bincang Isu PPSMI

Sokongan Kuat Orang Ramai Mengenai PPSMI

MCA Serah Kepada Kabinet Putus Isu PPSMI

Isu PPSMI Tidak Perlu Dipolitikkan - Alimuddin



Bahasa: Ke mana kita? OLEH DATUK DR. WAN HASHIM WAN TEH

Read More “CALON SPM 2008 JALANI PPSMI MULAI TINGKATAN SATU BUKAN DARJAH SATU”  »»

PELAJAR NIK NOR MADIHAH DARI KELANTAN TERBAIK SPM 2008

SPM: Pelajar Maahad Perempuan dapat 20A


Pelajar Maahad Muhammadi Perempuan, Nik Nor Madihah Nik Mohamad Kamal (pic) 18 mendapat 20A (19A1, 1A2) dipercayai pelajar terbaik SPM 2008 peringkat kebangsaan.

Anak nelayan dari Kampunug Sabak, Pengkalan Chepa menerima slip keputusan tersebut daripada anggota Exco kerajaan negeri, Ustaz Mohd Amar Abdullah di sekolah tersebut hari ini.

Dengan keputusan itu Nik Nur Madihah juga meraih pelajar paling cemerlang di Kelantan dalam peperiksaan terbabit.

Tiga tahun lalu, pelajar sekolah yang sama Siti Fatimah Mukhtar muncul sebagai pelajar cemerlang negara apabila mendapat 18A (17A1 dan 1A2).

Seorang lagi pelajar, Nor Farah Aisyah Nazim, 18 memperolehi keputusan 17A.

Manakala Suhazlinda Ghazali diumumkan sebagai pelajar cemerlang dalam peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) apabila memperolehi pencapaian 10 mumtaz dalam peperiksaan itu tahun lepas.Image

Hadir sama pada majlis penuh bersejarah tersebut, ibu Nik Nur Madihah, Mariani Omar, 42 dan ayahnya Nik Mohammad Kamal.

Turut hadir Ketua Penolong Pengarah Yayasan Islam Kelantan (Yik), Ustaz Zakaria Mohamad dan penolong-penolong pengarah Yik, tenaga pengajar sekolah terbabit, pelajar serta ibu bapa serta pelajar cemerlang SPM 2006, Siti Fatimah.

Mohd Amar ketika mengumumkan keputusan berkenaan berkata, sebanyak 17 sekolah Yik memperolehi keputusan peperiksaan 100 peratus dalam SPM termasuk Maahad Tahfiz Sains Tanah Merah yang pertama kali menduduki SPM.

Katanya, dua pelajar Maahad Tahfiz Sains mendapat 11A.

Image "Pencapaian keseluruhan membanggakan memandangkan tahun 2007 hanya 15 sekolah Yik memperolehi kelulusan 100 peratus," katanya.

Beliau juga berkata, seramai tiga pelajar memperolehi keputusan 13A, 11 orang (12A) dan lima orang (11A).

Kata beliau secara keseluruhannya pencapaian peperiksaan SPM 2008 meningkat sebanyak 2.45 peratus apabila melonjak kepada 98.01 peratus.

Mohd Amar juga meluahkan rasa kecewa apabila keputusan peperiksaan tersebut lewat diumumkan kerana kurang mendapat kerjasama pegawai Jabatan Pelajaran Negeri Kelantan (JPN).

Difahamkan pegawai JPN melengah-lengah penyerahan slip keputusan sekolah agama kepada pegawai Yik yang datang mengambil keputusan tersebut pagi tadi.

"Tak perlulah kita nak sorok atau rahsiakan kejayaan pelajar Maahad Muhammadi Perempuan. Apa salahnya kalau dimaklumkan awal kepada kami," ujarnya.

Mohd Amar juga berkata, antara rahsia kejayaan pelajar agama di bawah Yik kerana tidak pernah membelakangkan syariat dalam semua hal termasuk pendidikan.

"Namun sikap pihak tertentu yang memperlekehkan sekolah agama dan hari ini mereka melihat sendiri kejayaannya," kata beliau.

Salmah Mat Husien/mj/ Foto Rizal Tahir/harakahdaily

Read More “PELAJAR NIK NOR MADIHAH DARI KELANTAN TERBAIK SPM 2008”  »»

KEPUTUSAN SPM 2008 MEMBERANGSANGKAN

Seramai 442,936 calon menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2008 berbanding 439,255 calon pada 2007 .

  1. Seramai 435 calon istimewa menduduki peperiksaan itu berbanding 355 calon pada tahun 2007.
  2. 181,416 atau 46.7 peratus calon lulus semua mata pelajaran yang diambil berbanding 175,452 calon pada 2007.
  3. 6,277 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2008 memperoleh gred A dalam semua mata pelajaran yang diambil berbanding 5,060 calon pada 2007.
  4. 1,676 memperoleh gred 1A dalam semua mata pelajaran berbanding 892 pada tahun sebelumnya.
  5. Tiga pelajar berjaya memperoleh gred 1A dalam semua 16 mata pelajaran yang diambil, dua memperoleh 15 1A dan enam pelajar mendapat 14 1A
  6. Mata pelajaran teras iaitu Matematik, Sains, Sejarah, Pendidikan Moral dan Bahasa Melayu menunjukkan peningkatan.
  7. Bahasa Inggeris dan Pendidikan Islam menunjukkan sedikit penurunan.
  8. Seramai 182,270 calon mengambil bahasa Inggeris 1119 telah berjaya dianugerahkan Cambridge Assessment (CA) dan daripada jumlah itu 12,645 memperoleh gred 1A atau 2A dan 87,383 calon memperoleh sekurang-kurangnya gred 6C.



Semakan melalui sistem dalam talian boleh dibuat dengan melayari laman web Majlis Peperiksaan Malaysia http://www.mpm.edu.my

6,277 Calon SPM Dapat Gred A

Sejumlah 6,277 calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2008 memperoleh gred A dalam semua mata pelajaran yang diambil berbanding 5,060 calon pada 2007.

Daripada jumlah itu seramai 1,676 memperoleh gred 1A dalam semua mata pelajaran berbanding 892 pada tahun sebelumnya.

Ketika mengumumkan keputusan peperiksaan itu hari ini, Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Alimuddin Mohd Dom berkata 181,416 atau 46.7 peratus calon lulus semua mata pelajaran yang diambil berbanding pada 2007 iaitu seramai 175,452 calon.

"Daripada kumpulan calon cemerlang pula, tiga pelajar berjaya memperoleh gred 1A dalam semua 16 mata pelajaran yang diambil, dua memperoleh 15 1A dan enam pelajar mendapat 14 1A," katanya ketika mengumumkan keputusan SPM dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) di sini.

Beliau berkata dua daripada pelajar yang memperoleh 16 1A itu dari Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Yoke Kuan, Sekinchan Selangor dan seorang lagi dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Teong Hua, Sibu, Sarawak.

Seramai 442,936 calon menduduki SPM 2008 berbanding 439,255 calon pada 2007 manakala bagi calon istimewa pula, seramai 435 calon menduduki peperiksaan itu berbanding 355 calon pada tahun sebelumnya.

Di kalangan pelajar istimewa, calon rabun penglihatan Mohd Shafiq Sahdon dari Sekolah Menengah Sains Kluang, Johor memperoleh 12 A manakala pelajar cacat pendengaran Aghilan Narayanan dari SMK Jalan Bukit, Kajang Selangor memperoleh 11 A.

Alimuddin berkata pencapaian daripada aspek mata pelajaran teras iaitu Matematik, Sains, Sejarah, Pendidikan Moral dan Bahasa Melayu menunjukkan peningkatan manakala Bahasa Inggeris dan Pendidikan Islam menunjukkan sedikit penurunan.

Beliau berkata seramai 60,902 calon sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) berjaya mendapat sekurang-kurangnya gred 6C dalam semua mata pelajaran yang diambil dan seramai 2,589 calon gagal atau mendapat gred 9G.

Bagi calon yang mengambil mata pelajaran Bahasa Inggeris 1119, seramai 182,270 calon berjaya dianugerahkan Cambridge Assessment (CA) dan daripada jumlah itu 12,645 memperoleh gred 1A atau 2A dan 87,383 calon memperoleh sekurang-kurangnya gred 6C.

Calon yang mengambil mata pelajaran Prinsip Perakaunan pula seramai 87,355 dan seramai 30,046 berjaya mendapat sijil London Chambers of Commerce and Industry (LCCI).

Seramai 20,347 calon juga layak mendapat pengecualian menduduki kertas Certified Accounting Technicial One (CAT 1) daripada The Association of Chartered Certified Accountants (ACCA) England.

-----------------------------------------------------------------------------------------------
Seramai 442,936 orang calon telah mendaftar untuk menduduki peperiksaan SPM 2008 dan daripada jumlah itu 388,079 atau 87.6 peratus adalah calon sekolah Kementerian Pelajaran, 16,019 (3.6 peratus) calon sekolah kerajaan negeri dan tajaan badan-badan tertentu, 10,331 (2.3 peratus) calon sekolah swasta dan 28,507 (6.5 peratus) calon persendirian perseorangan, katanya.

Alimuddin juga berkata sebanyak 3,939 pusat peperiksaan telah disediakan untuk peperiksaan itu di seluruh negara.

Peperiksaan bertulis SPM 2008 dijalankan dari 11 Nov hingga 5 Dis 2008.

Bagi peperiksaan STAM pula, seramai 6,240 calon telah mendaftar untuk mendudukinya, katanya.

Daripada jumlah itu, katanya 886 atau 13.9 peratus adalah calon sekolah bantuan penuh kerajaan, 4,219 (67.6 peratus) calon sekolah agama tadbir kerajaan negeri, 788 (12.6 peratus) calon sekolah agama rakyat serta sekolah swasta dan 367 (5.9 peratus) calon persendirian perseorangan.

Sementara itu, keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2008 akan diumumkan pada 10 Mac ini.

Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) dalam kenyataan berkata calon sekolah boleh mendapatkan keputusan peperiksaan mereka di sekolah masing-masing bermula pukul 12 tengah hari manakala calon persendirian individu akan memperolehnya melalui pos.

Di samping itu, katanya calon juga boleh menyemak keputusan mereka melalui Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) dengan menaip STPM dan hantar ke 39003.

Selain itu, katanya keputusan juga boleh disemak melalui sistem dalam talian dengan melayari laman web Majlis Peperiksaan Malaysia http://www.mpm.edu.my mulai pukul 12 tengah hari pada hari berkenaan.

Katanya analisis pengumuman keputusan peperiksaan berkenaan akan diadakan pada 10 Mac pukul 11.30 pagi di MPM.

Seramai 53,638 orang calon telah mendaftar untuk menduduki peperiksaan itu dan daripada jumlah tersebut, 46,319 atau 86.35 peratus adalah calon sekolah kerajaan, 2,189 (4.08 peratus) calon sekolah swasta dan 5,130 (9.56 peratus) calon persendirian individu.


BERNAMA

Read More “KEPUTUSAN SPM 2008 MEMBERANGSANGKAN”  »»
 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Add caption *Relawan AMALNITA sedia bersama....*
    9 years ago
  • Shopping Back To School. - Oleh kerana 2 petugas kaunter demam dlm Program Jom Shopping Back To School DUN Meru, maka Yb Meru dan Dato Ketua Kampung membantu mengambil...
    9 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket









Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com