Pray For MH370

Pray For MH370

CALON SPM 2008 JALANI PPSMI MULAI TINGKATAN SATU BUKAN DARJAH SATU

"Seorang calon rabun dari Sekolah Menengah Sains Keluang, Johor, Mohamad Shafiq Sahdon berjaya memperoleh 12 1A manakala calon pekak dari Sekolah Menengah Kebangsaan, Jalan Bukit, Kajang, Selangor, Agilan Narayanan mendapat 11 1A" menurut Ketua Pengarah Pelajaran Dato' Alimuddin Mohd Dom.(gambar kanan)


"Kalau kita hendak membuat perubahan kepada dasar ini, kita perlu mengambil kira seramai 6.1 juta pelajar yang telah melalui dasar PPSMI, 126,000 guru terlibat dan jumlah hampir RM3 billion yang kita laburkan dalam melaksanakan dasar ini, jadi ianya bukan satu perkara yang perlu dengan sewenangnya membuat keputusan," kata Menteri Pelajaran.

"Ada yang kata kita lambat buat kajian mengenai dasar ini, saya ingin menjelaskan bahawa dasar ini diperkenalkan pada 2003, dan cohort pertama baru saja mendapat keputusan UPSR hujung tahun 2008" tambah Hishamuddin.

Ulasan saya:1. Bukan semua pelajar di negara kita memiliki IQ seperti Agilan Narayanan yang pekak dan belajar dalam "bahasa isyarat". Sesuatu polisi digubal berdasarkan keperluan majoriti bukan minoriti.


2. Ketua Pengarah Pelajaran berhujah PPSMI baik berdasarkan keputusan SPM 2008 yang mana para calon telah mula menggunakan PPSMI sejak tingkatan satu (tahun 2003) Ini bermakna mereka telah mempelajari Sains dan matematik dalam bahasa Melayu dari darjah satu hingga enam dan beralih ke PPSMI pada tingkatan satu.

3. Menteri Pelajaran berhujah bahawa perbelanjaan yang tinggi telah dihabiskan bagi membiayai PPSMI. Menurut Suara Keadilan edisi terkini, kebanyakan pembekal peralatan komputer, LCD dan sebagainya melibatkan syarikat kroni.


*Kajian Dasar PPSMI Dibentang Sebelum Akhir Mac
*PPSMI tak jejas pencapaian pelajar SPM




Kajian Dasar PPSMI Dibentang Sebelum Akhir Mac


Menteri Pelajaran Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata hasil kajian mengenai dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) dijangka dibentangkan ke kabinet sebelum berakhir bulan ini.

Beliau berkata kementeriannya perlu membuat kajian terperinci termasuk menerima maklumbalas daripada kementerian lain sebelum membentangkannya kepada jemaah menteri.

"Kementerian Pelajaran telah mengedarkan memorandum mengenai PPSMI kepada semua kementerian yang terlibat untuk diberikan ulasan, bergantung kepada kementerian (lain) kembalikan ulasan mereka sebelum kita bawa ke Jemaah Menteri, saya rasa bulan ini juga," katanya kepada pemberita selepas mengadakan perjumpaan tertutup dengan Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob di sini, Khamis.

Hishammuddin berharap semua pihak bersabar kerana kajian itu memerlukan tempoh tertentu dan ia melibatkan soal dasar.

"Cohort penentu kepada PPSMI ialah cohort pertama yang melalui enam tahun PPSMI iaitu yang mengambil Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun lepas, dan keputusan UPSR 2008 baru dua setengah bulan diumumkan (hujung tahun lepas)," katanya.

Beliau berkata semua pihak perlu rasional apabila memperkatakan isu itu tanpa melibatkan emosi atau mempolitikkannya.

"Kalau kita hendak membuat perubahan kepada dasar ini, kita perlu mengambil kira seramai 6.1 juta pelajar yang telah melalui dasar PPSMI, 126,000 guru terlibat dan jumlah hampir RM3 billion yang kita laburkan dalam melaksanakan dasar ini, jadi ianya bukan satu perkara yang perlu dengan sewenangnya membuat keputusan," katanya.

Hishammuddin berkata beliau juga telah mengadakan perbincangan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung perkara itu.

"Ada yang kata kita lambat buat kajian mengenai dasar ini, saya ingin menjelaskan bahawa dasar ini diperkenalkan pada 2003, dan cohort pertama baru saja mendapat keputusan UPSR hujung tahun lepas, kira-kira dua bulan setengah, tempoh dua bulan setengah itu sebenarnya bukan satu tempoh yang panjang (lama)," katanya.

Beliau juga amat berharap pejuang-pejuang bahasa tidak mempolitikkan perkara itu sebaliknya turut sama memberikan idea yang lebih bernas daripada mengadakan demonstrasi jalanan yang 'ternyata telah dipolitikkan pihak tidak bertanggungjawab'
-------------------------------------------------------------------------------------
PPSMI tak jejas pencapaian pelajar SPM

Seramai 6,277 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun lalu memperoleh gred A dalam semua mata pelajaran, meningkat 24.05 peratus berbanding 5,060 pada 2007.

Keputusan peperiksaan itu juga menunjukkan peningkatan kelulusan dalam Sains dan Matematik, sekali gus membuktikan pelaksanaan pembelajaran dan pengajaran kedua-dua subjek itu dalam bahasa Inggeris (PPSMI) tidak menjejaskan pencapaian pelajar.

Mengumumkan keputusan peperiksaan itu di sini semalam, Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Alimuddin Mohd Dom, berkata prestasi calon bandar dan luar bandar serta pada peringkat nasional bagi mata pelajaran itu terus meningkat.

Subjek Sains mencatat kelulusan 91.2 peratus berbanding 87 peratus pada tahun sebelumnya, manakala Matematik 77.5 peratus berbanding 75.8 peratus pada 2007.

Seramai 442,936 calon menduduki SPM tahun lalu, yang menjadi kumpulan kedua mengikuti PPSMI sejak Tingkatan Satu pada 2003.

Alimuddin berkata, calon yang memperoleh gred 1A dalam semua mata pelajaran juga meningkat, iaitu seramai 1,676 orang berbanding 892 pada tahun sebelumnya.

Tiga calon mendapat keputusan 1A dalam semua 16 subjek diduduki; 15 mata pelajaran (dua); 14 mata pelajaran (enam); 13 mata pelajaran (41); 12 mata pelajaran (229); 11 mata pelajaran (610); 10 mata pelajaran (614) dan sembilan mata pelajaran (171).

Seramai 10,080 calon pula berjaya memperoleh 10A atau lebih, 5,863 memperoleh 9A dan 5,909 (8A).

Beliau berkata, 181,416 calon atau 46.7 peratus lulus semua mata pelajaran berbanding 175,452 calon pada 2007.

"Seramai 208 atau 47.8 peratus daripada 435 calon berkeperluan khas pelbagai kecacatan pula berjaya mendapat sijil SPM berbanding 189 pada tahun sebelumnya.

"Seorang calon rabun dari Sekolah Menengah Sains Keluang, Johor, Mohamad Shafiq Sahdon berjaya memperoleh 12 1A manakala calon pekak dari Sekolah Menengah Kebangsaan, Jalan Bukit, Kajang, Selangor, Agilan Narayanan mendapat 11 1A," katanya.

Mengenai calon yang menjawab kertas soalan subjek Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (BI), beliau berkata ia menunjukkan perkembangan memberangsangkan.

Seramai 45,662 calon menjawab kertas soalan Matematik 1 dalam BI sepenuhnya, berbanding 44,207 dalam Bahasa Melayu (BM) dan 55,550 menggunakan kedua-dua bahasa, manakala bagi Matematik 2, 227,720 menjawab soalan dalam BI sepenuhnya berbanding 86,463 dalam BM dan 41, 630 dalam dwibahasa.

Bagi Sains Kertas 1, 41,078 calon menjawab dalam BI, 16,557 (BM), 47,156 (dwibahasa); Sains Kertas 2, 36,855 (BI), 130,725 (BM), 36,041 (dwibahasa); Kimia Kertas 1 (4,347 (BI), 29,833 (BM), 25,367 (dwibahasa); Kimia Kertas 2, 90,669 (BI), 12,589 (BM), 23,907 (dwibahasa) dan Kimia Kertas 3, 79,920 (BI), 12,592 (BM), 11,551 (dwibahasa).

Mengenai penurunan prestasi mata pelajaran teras BI, Alimudin berkata, jumlahnya kecil serta tidak ketara.

"Kita sudah mengambil pelbagai langkah untuk meningkatkan penguasaan BI di kalangan guru, antaranya mengikuti kursus dan latihan termasuk ke Pusat Bahasa Serantau (RELC), Pertubuhan Menteri-Menteri Pelajaran Asia Tenggara (Seameo) di Singapura," katanya.

Beliau turut mengumumkan 3,098 daripada 6,240 calon Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2008 memperoleh sijil dengan pangkat lulus (maqbul) berbanding 3,341 calon pada tahun sebelumnya.

STAM ialah sijil yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran dan menggunakan sepenuhnya bahasa Arab sebagai pengantar peperiksaan.

Bahan Untuk Berfikir



Keputusan SPM 2008 memberangsangkan

Keberkesanan PPSMI Ambil Masa, Kata Alimuddin

Bantahan Penggunaan Bahasa Inggeris Telah Dipertimbangkan

Bekas Menteri Akui Wujud Kecelaruan Dalam PPSMI

K'jaan Utamakan Empat Perkara Dalam Keputusan PPSMI

Dua Pendekatan Bagi Transformasi Sistem Pendidikan - Hishammuddin

Perhimpunan Agung Umno Bincang Isu PPSMI

Sokongan Kuat Orang Ramai Mengenai PPSMI

MCA Serah Kepada Kabinet Putus Isu PPSMI

Isu PPSMI Tidak Perlu Dipolitikkan - Alimuddin



Bahasa: Ke mana kita? OLEH DATUK DR. WAN HASHIM WAN TEH

Comments :

0 comments to “CALON SPM 2008 JALANI PPSMI MULAI TINGKATAN SATU BUKAN DARJAH SATU”
 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Mesyuarat Agung Khas AMALNITA perihatin Pelancaran Tabung PDS AMALNITA dan anda
    1 year ago
  • "Paciaru" atau breakfast. - Yb Meru bersama Mr.Maniam turun padang memantau jalan2 berlubang di susur keluar highway Setia Alam ke Jln Meru dan Jln Korporat Kawasan Meru ...
    2 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket

Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com