Pray For MH370

Pray For MH370
Showing posts with label WIJAYA BARU. Show all posts
Showing posts with label WIJAYA BARU. Show all posts

SUBSIDI RAKYAT DINAFIKAN

APA SEBENARNYA YANG DIKATAKAN "KRONI DIDAHULUKAN"





Subsidi rakyat dikerat, kroni dibayar RM222.58 juta

Abdul Aziz Mustafa/HARAKAHDAILY

KUALA LUMPUR, 29 Julai: Tindakan kerajaan mengarahkan Lembaga Pelabuhan Klang (LPK) membuat pembayaran RM222.58 juta kepada Kuala Dimensi Sdn Bhd (KDSB) membuktikan lagi bahawa kepentingan kroni lebih diutamakan berbanding rakyat, kata Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub.

Bernama melaporkan, semasa membuat keputusan itu, kerajaan melalui kenyataan Kementerian Pengangkutan mendakwa telah mengambil kira semua faktor berkaitan termasuk komitmen kerajaan kepada pemegang bon, serta tanggungjawab LPK di bawah perjanjian yang telah ditandatangani.

Salahuddin mempersoalkan, adakah ia merupakan tanggungjawab Lembaga Pelabuhan Klang (LPK) atau tanggungjawab KDSB.

Beliau merujuk kepada laporan mengenai jaminan KDSB bahawa sebarang kekurangan dalam pembayaran semula bon adalah tanggungjawab syarikat tujuan khas itu dan wang rakyat tidak akan digunakan untuk membayarnya.

"Kerajaan perlu menjelaskan, tanggungjawab siapa untuk menanggung bebanan ini? Tanggungjawab rakyat atau KDSB?

"Kalau untuk rakyat, subsidi direntap, dikerat. Kalau untuk kroni, adakah kerajaan senang-senang belanjakan RM222.58 juta walaupun ahli lembaga LPK memutuskan tidak mahu membuat pembayaran tersebut," katanya.

Bagi Ahli Parlimen Kubang Kerian itu, tindakan kerajaan itu menguatkan lagi ingatan rakyat kepada dakwaan salah seorang Ahli Jawatankuasa Pusat MCA, Datuk Tee Lian Ker bahawa ramai tokoh Umno dan MCA yang menerima wang dari Ketua Pegawai Eksekutif KDSB, Datuk Seri Tiong King Sing.

Tiong juga adalah Ahli Parlimen Bintulu dan Pengerusi Kelab Penyokong Barisan Nasional (BNBBC).

"Sebelum ini beria-ia (Menteri di Jabatan Perdana Menteri), Datuk Seri Idris Jala kata subsidi berterusan akan menyebabkan negara ini bankrap sembilan tahun lagi, tetapi pada masa yang sama kerajaan semakin kelihatan membelanjakan wang rakyat dengan sesuka hati," kata Salahuddin lagi.

PKA withhold payment to PKFZ


SEMENTARA ITU......

Bekas menteri pengangkutan, Tun Dr Ling Liong Sik hari ini didakwa di Mahkamah Sesyen Putrajaya atas tuduhan pecah amanah berkaitan skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).

Ling, 67, juga adalah bekas presiden MCA. Beliau adalah antara ahli politik terkemuka pernah didakwa atas tuduhan rasuah sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Selanjutnya di SINI.


PAC syor siasat bekas menteri pengangkutan

Read More “SUBSIDI RAKYAT DINAFIKAN”  »»

PEGAWAI KDSB, ARKITEK & BEKAS GM LPK DIHADAPKAN KE MAHKAMAH (dwibahasa)

Isu PKFZ: Tiga hadapi lebih 30 dakwaan

Isu PKFZ: Tiga hadapi lebih 30 dakwaan
Bekas pengurus besar Lembaga Pelabuhan Klang (LPK), Datin Paduka OC Phang dan dua lagi ditahan hari ini berhubung skandal projek Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).

Phang tiba di Mahkamah Sesyen Klang hari ini untuk menghadapi



pertuduhan bersama Steven Abok, seorang pegawai tinggi Kuala Dimensi Sdn

Bhd (KDSB) sebagai kontraktor utama PKFZ, dan seorang arkitek Benard Tan Seng Swe.

Pada 9 September lalu, pasukan petugas Kementerian Pengangkutan dilaporkan mengenal pasti berlakunya dakwaan penyelewengan serius oleh kakitangan utama, termasuk bekas menterinya Datuk Seri Chan Kong Choy dan juga Phang.

Difahamkan, lebih 30 pertuduhan akan dibacakan terhadap ketiga-tiga individu berkenaan.





====================================================================================

PKFZ: OC Phang, 2 others facing cheating, CBT charges


Former Port Klang Authority general manager OC Phang and two individuals were arrested this morning over the PKFZ scandal.

The two individuals were the chief exeutive officer of Kuala Dimensi Sdn Bhd Steven Abok and Bernard Tan Seng Swe, a consultatnt architect.

They were brought to the Klang Sessions court in the afternoon and are awaiting charges. They are expected to face more than 30 charges for alleged criminal breach of trust and cheating.

The case is expected to be heard before judge Yong Zaridah Sazali, prosecuted by deputy public prosecutor Manoj Kurup, Dzulkifli Ahmad and Hashley Tajudin.

Phang is represented by lawyer Ng Aik Guan while Tan Hock Chuan is appearing for Abok. Lawyer George Varghese is representing Tan.

Phang, 63, was accompanied by husband and daughter to the court.

Phang was blamed for the ballooning cost of the Port Klang Free Zone (PKFZ) project.

Public Accounts Committee (PAC) chairperson Azmi Khalid recommended that Phang and former Transport Minister Chan Kong Choy be investigated for criminal breach of trust over the scandal.

Malaysiakini

Read More “PEGAWAI KDSB, ARKITEK & BEKAS GM LPK DIHADAPKAN KE MAHKAMAH (dwibahasa)”  »»
 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Add caption *Relawan AMALNITA sedia bersama....*
    10 years ago
  • Shopping Back To School. - Oleh kerana 2 petugas kaunter demam dlm Program Jom Shopping Back To School DUN Meru, maka Yb Meru dan Dato Ketua Kampung membantu mengambil...
    10 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket









Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com