Tindakan mengarahkan seseorang wakil rakyat mengosongkan kerusi mereka bercanggah dengan prinsip perwakilan mewakili rakyat, kata beliau. “Melainkan dia sendiri mahu berundiur,” kata Wan Ahmad. Kata beliau, walaupun mereka bertanding atas tiket parti, tetapi Ahli Parlimen atau ADUN terbabit dipilih oleh rakyat atau pengundi kawasan yang mereka wakili. “Oleh itu adalah menjadi hak wakil rakyat (terbabit) untuk mengekalkan kerusinya sehingga akhir hayat mandat,” kata beliau lagi. Justeru Wan Ahmad berkata, wakil rakyat terbabit tidak perlu melepaskan kerusi yang dimenanginya, malah undang-undang juga tidak meminta mereka berbuat demikian. “Soal dia kena meletakkan jawatan, ini tidak timbul kerana dia hanya menggunakan simbol... parti politik tidak boleh mengarahkan seseorang wakil rakyat meletakkan jawatan sebagai wakil rakyat, parti tidak boleh memaksa mereka meletakkan jawatan,” katanya lagi. Jelas Wan Ahmad, apabila seseorang Ahli Parlimen dan ADUN dipecat mereka boleh memilih untuk menjadi wakil rakyat Bebas. “Sebab itu kita ada peruntukan sebagai wakil rakyat Bebas,” kata beliau mengulas keputusan tegas PKR memecat Zulkifli, Ahli Parlimen penggal pertama, dan diarahkan supaya mengosongkan kerusi Parlimen Kulim-Bandar Baharu. Bagaimanapun Zulkifli menegaskan beliau tidak akan merayu dan pada masa yang sama akan mengekalkan kerusinya yang dimenangi 8 Mac 2008. Dengan menjadi wakil rakyat Bebas di Dewan Rakyat, tiga rakannya yang telah keluar PKR untuk bertindak sebagai Ahli Parlimen Bebas ialah Datuk Seri Zahrain Hashim (Bayan Baru), Tan Tee Beng (Nibong Tebal) dan Fadzli Samsuri (Bagan Serai). Tahun lalu ADUN Pelabuhan Klang Badrul Hisham Abdullah juga diminta melepaskan kerusinya tetapi beliau bertindak keluar untuk menjadi wakil rakyat Bebas. Malah pada awal tahun lalu, SPR menolak daripada menerima surat peletakan tanpa tarikh ADUN Behrang dan Changkat Jering yang dikatakan ditandatangani sejurus selepas pilihan raya umum ke-12 8 Mac 2008. Kedua-dua ADUN itu menafikan mereka menandatangani surat berkenaan secara sukarela, sebaliknya mendakwa diminta menurunkan tandatangan sebagai langkah berjaga-jaga untuk mengelak mereka daripada melompat parti. 
#Anwar Boleh Kekal Sebagai Ketua Pembangkang, Kata PAS (Bernama)
#SPR: PKR tidak boleh paksa Zul Noordin kosongkan kerusi (Malaysian Insider)
#PAS: Benarkan MP paling tadah tanding semula (malaysiakini)
SPR kata parti-parti politik tiada hak untuk memaksa mana-mana wakil rakyat yang dipecat supaya mengosongkan kerusi mereka. SPR lupa hakikat yang petugas ketika berkempen semasa pilihan raya ialah penyokong serta ahli parti politik berkenaan. Kebenaran menggunakan lambang atau logo semasa pilihanraya adalah hak mutlak parti politik berkenaan. Malah ada parti politik yang menaja bahan kempen seperti poster dan sebagainya. Jika benar-benar seorang wakil rakyat itu menang dalam satu-satu pihanraya semata-mata dek kerana "popularitinya", maka disarankan wakil rakyat berkenaan bertanding di atas tiket bebas pada pilihan raya berikutnya.
Meletak jawatan sebagai wakil rakyat serta menarik diri hanya akan dilakukan oleh mereka-mereka yang punya harga diri, maruah dan takut malu. Malangnya kebanyakan kita tidak memiliki harga diri dan maruah peribadi.
PAS: Benarkan MP paling tadah tanding semula
Akta Pilihan Raya yang membataskan wakil rakyat yang meletakkan jawatan daripada bertanding semula, perlu dipinda bagi membuktikan calon tersebut mempunyai pengaruh di kawasan yang ditandinginya, kata Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali.
Ini kerana katanya, akta tersebut tidak membenarkan ahli parlimen atau adun yang mengosongkan kerusi mereka untuk bertanding semula selama lima tahun.
"Secara peribadinya, calon yang bertanding dalam sesuatu parti, (kemudian) keluar parti, secara moralnya, dia perlu meletakkan jawatan (sebagai wakil rakyat).
"Untuk membuktikan bahawa dia mempunyai sokongan daripada rakyat, dia perlu mempunyai peluang untuk bertanding semula, kalau ada pengaruh.
"Saya harap akta ini dipinda untuk membuktikan calon itu mendapat sokongan rakyat," kata Mustafa pada sidang media di ibu pejabat parti itu pagi ini.
Mustafa mengulas perkembangan terkini yang berlaku dalam Pakatan Rakyat termasuk beberapa ahli parlimen PKR yang berpaling tadah.
Mereka ialah Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim - Bayan Baru, Tan
Tee Beng - Nibong Tebal dan Mohsin Fadzil Samsuri (kiri, berketayap) - Bagan Serai yang baru-baru ini mengumum keluar parti dan menjadi wakil rakyat bebas.
Mengulas lanjut, Mustafa berkata dengan adanya pindaan itu, ia dapat mewujudkan demokrasi apabila wakil rakyat yang dipilih bernar-benar mendapat sokongan rakyat.
Katanya, beliau "tidak tahu menahu" mengenai sebab utama ketiga-tiga ahli Parlimen PKR itu berpaling tadah.
Bagaimanapun, berdasarkan pengalamannya, Mustafa berkata kemungkinan terdapat dua faktor - faktor dalaman dan luaran - yang menyebabkan mereka berbuat demikian.
Katanya, faktor dalaman itu adalah disebabkan terdapat ahli parlimen yang tidak tahan dengan suasana sebagai ahli parlimen kerana mendakwa ahli parlimen pembangkang tidak mendapat peruntukkan daripada kerajaan.
"Seseorang itu mempunyai sebab yang tidak sama. Ada yang tidak tahan dengan ujian. Mungkin ada ahli parlimen lain tahan, dia tak tahan," katanya.
Dari segi faktor luaran pula, Mustafa berkata, beliau tidak menolak kemungkinan Umno "berusaha untuk mendapatkan sokongan" ahli parlimen pembangkang untuk mendapat majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat.
"Kalau mereka boleh buat di Perak, (apa yang berlaku) ini bukan satu perkara yang pelik. Trek rekod Umno daripada dulu hingga sekarang (adalah) untuk tarik wakil rakyat dengan perlbagai cara. Ini yang saya nampak," katanya.
Sehubungan itu, beliau menegaskan agar wakil rakyat Pakatan Rakyat harus bersedia untuk menjadi sebagai wakil rakyat pembangkang di Parlimen
"Kalau takut dipukul ombak jangan berumah di tepi pantai. Jadi kita kena bersiap sedia.
"Kalau tidak istiqomah (dengan perjuangan) mungkin terdedah dengan perkara itu," kata Mustafa sambil menegaskan bahawa ahli Parlimen PAS tidak bertindak untuk keluar parti.
Katanya, tindakan keluar parti "tidak mungkin" berlaku di kalangan ahli PAS kerana mereka mempunyai keyakinan terhadap dasar dan perjuangan parti.
"Orang PAS tidak akan ikut individu. Mereka bukan mengikut pemimpin. Pemimpin boleh keluar tetapi ahli tidak akan ikut sebab berpegang dengan dasar perjuangan parti," katanya.
Susulan beberapa ahli parlimen PKR yang keluar PKR, Mustafa masih optimis, keadaan tersebut tidak memberi kesan kepada parti tersebut.
Ini kerana, katanya, mereka yang berpaling tadah itu bukan dari pemimpin PKR pada peringkat nasional yang mempunyai ramai pengikut.
Pada sidang media itu juga, Mustafa menegaskan sekali lagi, bahawa PAS akan terus tetap dalam Pakatan Rakyat bersama-sama DAP dan PKR.
Beliau juga berkata PAS akan terus memberi sokongan kepada Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai ketua pembangkang.
Abdul Rahim Sabri/malaysiakini
SPR: PKR tidak boleh paksa Zul Noordin kosongkan kerusi
KUALA LUMPUR, 7 Mac — Parti-parti politik tiada hak untuk memaksa mana-mana wakil rakyat yang dipecat supaya mengosongkan kerusi mereka, kata Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Seri Wan Ahmad Wan Omar.
Ini termasuklah kes terbaru membabitkan Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu Zulkifli Noordin yang dipecat oleh Parti Keadilan Rakyat semalam dan beliau diarah mengosongkan kerusinya. Parlimen akan bersidang mula 15 Mac ini.
“Parti politik boleh memecat wakil rakyat mereka tetapi tidak boleh memaksa atau mengarahkan mereka melepaskan jawatan mereka sama ada sebagai Ahli Parlimen atau Adun,” kata beliau ketika dihubungi The Malaysian Insider.
====================================================================================
Anwar Boleh Kekal Sebagai Ketua Pembangkang, Kata PAS
KUALA LUMPUR, 6 Mac (Bernama) -- PAS pada Sabtu menyuarakan sokongannya kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk terus kekal sebagai Ketua Pembangkang walaupun beberapa Ahli Parlimen Parti Keadilan Rakyat (PKR) keluar dari parti itu.
Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali berkata ketiga-tiga parti gabungan Pakatan Rakyat (PR) akan terus memberikan sokongan penuh kepada Penasihat PKR itu.
Katanya, kerajaan dan Speaker Dewan Rakyat tidak berhak untuk menentukan siapa Ketua Pembangkang di Parlimen kerana kedudukan tersebut ditentukan oleh anggota Parlimen pembangkang sendiri.
Isu jawatan yang dipegang Anwar timbul selepas bilangan Ahli Parlimen PKR menurun kepada 28 berikutan keputusan Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim, Tan Tee Beng (Nibong Tebal) dan Mohsin Fadzil Samsuri (Bagan Serai) bertindak keluar parti untuk menjadi Ahli Parlimen Bebas.
Mustafa memberitahu satu sidang akhbar di ibu pejabat PAS di sini bahawa kerjasama antara ketiga-tiga parti pembangkang itu tidak terjejas ekoran beberapa kejadian keluar parti itu.
Malah, katanya, gabungan pembangkang itu akan mengadakan sambutan dua tahun Pakatan Rakyat di Pulau Pinang yang berlangsung selama lima hari mulai malam Sabtu.
Pada Selasa lepas, DAP turut menyatakan sokongan sama kepada Anwar untuk mengekalkan jawatannya dalam Parlimen.
Mengenai anggota PKR yang keluar parti itu, Mustafa berkata kemungkinan seseorang itu tidak tahan dengan ujian yang dihadapi sebagai Ahli Parlimen pembangkang berbanding Ahli Parlimen kerajaan yang didakwa diberi peruntukan RM1 juta bagi membangunkan projek di kawasan masing-masing.
"Ahli Parlimen pembangkang tidak mendapat semua itu dan ini mungkin memberi tekanan untuk mereka memberi perkhidmatan kepada rakyat, dia rasa dia terhalang, mungkin orang lain boleh tahan tapi dia tak tahan...tapi sebagai orang politik, dia sepatutnya bersedia menghadapi suasana seperti ini.
"Pepatah Melayu ada menyebut kalau takut dipukul ombak, jangan berumah di tepi pantai. Pembangkang macam berumah di tepi pantailah, dia menghadapi ombak, belum tsunami lagi tu," katanya.
Bagaimanapun, beliau tidak menolak kemungkinan bahawa perkara itu ada hubung kait dengan usaha Barisan Nasional (BN) mendapatkan sokongan anggota Parlimen pembangkang untuk memperolehi dua pertiga majoriti dalam Parlimen.
BERNAMA
BENARKAH WAKIL RAKYAT MENANG TIADA KAITAN PARTI POLITIK
SATU PILIHANRAYA UMUM TERGEMPAR HAMPIR BERLAKU DI MALAYSIA
Beginilah bukti ketidaksungguhan ahli Parlimen Barisan Nasional dalam menjalankan amanah yang dipertanggungjawabkan ke atas mereka.
Mungkin sebelum ini perbuatan serta perangai mereka tidak begitu ketara tetapi insiden terbaru yang nyaris-nyaris membawa kepada satu pilihanraya umum tergempar apabila baget 2010 tidak dapat diluluskan, menonjolkan gelagat mereka apabila bergelar YB.
Ikuti komen YB dari Pakatan Rakyat.



MB:BN Nyaris Tumbang Bukti Ketidaksungguhan Wakil Rakyat
SHAH ALAM, 17 Dis - Insiden Barisan Nasional nyaris ‘tumbang’ dalam undi usul Bajet 2010 Isnin lalu menunjukkan ketidaksungguhan wakil rakyat kerajaan menyokong bajet itu.
Menteri Besar ,Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata perkara ini mungkin disebabkan hujah dan cadangan pembangkang lebih releven terutamanya dalam aspek menjana pendapatan negara.
Katanya, berbeza dengan Barisan Nasional, Pakatan Rakyat sentiasa meneliti dan berbincang mekanisme terbaru bagi memastikan dana yang diperuntukkan digunakan dengan lebih berkesan.
“Sebenarnya inilah kebaikan yang kita dapati selepas bulan Mac 2008 dimana kumpulan pembangkang terdiri daripada kumpulan Pakatan Rakyat telah mengadakan perbincangan yang begitu bermakna dengan menunjukkan fakta-fakta mengapa belanjawan yang dibuat oleh kerajaan Barisan Nasional untuk 2010 perlu diteliti dengan lebih terperinci dan beberapa kelemahan dari perkara-perkara tersebut termasuk dari segi penggunaan dana dan cara pengagihannya dan akhirnya perlaksanaan yang seterusnya”, katanya.
Tan Sri Khalid berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Selangor (MTES) di Shah Alam, tengahari tadi.
Ditanya mengenai kejadian yang menyebabkan kerajaan hampir kalah dalam usul Bajet 2010 kelmarin, Tan Sri Khalid berkata ianya sebagai pengajaran kepada parti itu dan pembaharuan kepada Pakatan Rakyat.
“Baguslah kalau dia tak hadir lagi sekali maknanya banyak lagi bil yang akan dikalahkan. Biasanya sebelum Mac 2008 parlimen ini atau Dewan Rakyat ini dianggap sebagai ‘rubber stamp’ maknanya masuk sahaja bil itu lulus, orang tak payah datang pun tak apa, tak da persediaan pun tak pa lulus,dia lulus.Sekarang bukan sekarang perkara ini ialah satu pembaharuan jadi pakatan rakyat telah membuat reformasi dari segi perbahasan di Parlimen,”katanya.
Isnin lalu, Bajet 2010 yang dibentangkan Perdana Menteri Najib Razak hampir tidak dapat diluluskan dalam perbahasan rakyat Isnin lalu apabila kerajaan hanya berbeza tiga undi dengan pembangkang, iaitu Barisan Nasional -66 dan Pakatan Rakyat-63.
Yang DiPertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia dilaporkan berkata, berdasarkan konvensyen sebuah Negara berparlimen, sekiranya bajet itu tidak dapat diluluskan, kerajaan BN terpaksa dibebaskan dan satu pilihanraya baru terpaksa diadakan.
Sementara itu, Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan, Iskandar Abdul Samad berkata undi tidak percaya itu telah memalukan kerajaan Barisan Nasional yang memerintah negara ini sejak kemerdekaan 1957.
“ Perkara ini adalah sesuatu yang amat memalukan kepada Barisan Nasional sebab mereka hampir mempunyai dua per tiga majoriti tetapi mereka hanya mendapat lebihan tiga undi pada hari tersebut”,katanya.
Selangorkini
Ahli Parlimen BN tidak amanah
SHAH ALAM – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sekinchan, Ng Suee Lim menyifatkan sikap Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) yang tidak menghadiri sesi pembentangan usul dan pengundian Bajet 2010 pada Sidang Parlimen baru-baru ini sebagai protes terhadap parti komponen itu.
Suee Lim berkata, kemungkinan ada antara mereka yang tidak bersetuju dengan isi kandungan Bajet 2010 yang diusulkan menyebabkan mereka enggan menghadirinya.
“Mungkin mereka tidak selesa dengan isi kandungan bajet itu tambahan pula berlaku banyak masalah dalaman parti.
“Dan mungkin juga mereka berasa dipinggirkan oleh pemimpin selama ini dan memilih cara ini untuk menunjukkan protes mereka,” katanya ketika dihubungi.
Sebelum itu, ramai Ahli Parlimen BN tidak menghadiri Sidang Parlimen semasa sesi pengundian Bajet 2010 dimulakan menyebabkan ramai antara mereka dipaksa hadir pada saat-saat akhir bagi memastikan undi sokongan melebihi undi bantahan, Isnin lalu.
Dalam pada itu, Suee Lim turut melahirkan kekesalannya terhadap sikap Ahli Parlimen yang sepatutnya hadir semasa sidang berlangsung untuk menyuarakan hak dan masalah rakyat di kawasan masing-masing.
“Perkara ini tidak sepatutnya berlaku. Sebagai Ahli Parlimen yang telah dipilih rakyat, hadir ke sidang adalah tanggungjawab mereka.
“Sesi pengundian Bajet 2010 lebih penting dari kerja di kawasan, malah rakyat juga akan faham sekiranya kita tidak ada di sekitar kawasan. Jadi tidak ada alasan untuk mereka tidak menghadiri sesi ini,” katanya.
Sementara itu, ADUN Taman Medan, Haniza Mohamed Talha berkata, peristiwa itu menunjukkan sikap Ahli Parlimen BN yang tidak komited terhadap tanggungjawab mereka sebagai wakil rakyat di Parlimen.
“Sepatutnya mereka hadir untuk bahaskan isu-isu rakyat. Tapi kalau itu pun mereka tidak dapat lakukan mereka tidak layak menjadi Ahli Parlimen,” katanya.
Selain itu katanya, keputusan undian usul bajet itu adalah penipuan kepada rakyat kerana sebahagian dari Ahli Parlimen yang mengundi hadir pada saat-saat akhir malah tidak mengikuti perbahasan usul itu.
“Inilah budaya dan amalan BN selama ini yang menganggap sesi pengundian itu hanya sebagai satu prosedur.
“Sehinggakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri terpaksa meninggalkan majlis yang dihadiri dan bergegas ke Parlimen untuk mengundi. Ini menunjukkan betapa terdesaknya mereka,” katanya.
------------------------------------------------------------------------------------
BN protes bajet Najib: Azmin
KUALA LUMPUR – “Pakatan Rakyat (PR) ada maklumat mengenai ketidakhadiran Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) adalah sebagai tanda protes mereka terhadap Bajet 2010, tetapi saya enggan membuat spekulasi itu,” kata Ahl:i Parlimen Gombak, Azmin Ali.
:Menurutnya, tindakan protes itu mencerminkan ketidaksungguhan Ahli Parlimen BN untuk menyokong bajet kerana merasakan cadangan pembangkang semasa sesi perbahasan adalah lebih relevan.
“I:ni menunjukkan ketidaksungguhan Ahli-ahli Parlimen BN u:ntuk menyokong Bajet 2010 yang begitu penting dan mereka tidak bersedia untuk mempertahankan Bajet 2010.
“Soalnya setelah Ahli-ahli Parlimen yakin dengan hujah-hujah kita semasa perbahasan yang dilihat lebih relevan. Tetapi untuk membantah , tindakan yang lebih selamat iaitu adalah dengan tidak menghadirkan diri,” katanya di lobi Parlimen semalam.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas situasi Bajet 2010 hampir tidak dapat diluluskan dalam perbahasan Dewan Rakyat Isnin lalu apabila kerajaan hanya berbeza tiga undi dengan pembangkang iaitu BN-66: dan PR 63.
:Mengulas mengenai tindakan ‘menyerbu’ ketika ketiadaan Ahli Parlimen BN adalah terancang, Azmin berkata: “Ini bukan tindakan kebudak-budakan kerana sebagai Ahli Parlimen kami hadir selaras dengan aturan mesyuarat Dewan Rakyat dan mengambil bahagian dalam perbahasan.
:“Ahli Parlimen Barisan Nasional seperti budak-budak. Sepatutnya mereka sertai perbahasan dan menyokong usul yang dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak,” katanya.
:Katanya, Bajet 2010 ditolak kerana kerajaan terlalu bergantung kepada pendapatan Petronas untuk menampung perbelanjaan negara.
:“Sejak dua dekad lalu kerajaan terlalu bergantung kepada pendapatan Petronas dan seharusnya kerajaan perlu menggunakan mekanisme lain bagi menjana pendapatan yang lebih mapan.
:“Kebimbangan jelas kerana pendapatan Petronas akan menurun sebanyak RM59 bilion pada Mac 2010 sekali gus menjejaskan prestasi ekonomi negara. Pakatan telah menegur kerajaan beberapa kali dan sewajarnya perlu menimbangkan mekanisme lain dan menumpukan insentif-insentif baru seperti meningkatkan pelaburan asing untuk jana pendapatan yang mapan,” katanya.
Sementara itu, Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub berkata, undi tidak percaya telah memberikan pengajaran besar kepada BN.
“Ini benar-benar telah memberi pengajaran yang besar terhadap kerajaan BN. Mereka leka dengan tanggungjawab dan kehadiran dalam Parlimen. Ini adalah masalah memberikan komitmen dalam situasi membahaskan Bajet 2010 yang melibatkan berbilion ringgit.
“Ini bukan perkara kecil dan tidak ada istilah menyerbu kerana itu peranan kami untuk hadir ke Parlimen untuk pastikan agenda dalam perbahasan adalah serius,” katanya.
Sinarharianonline
ADUN BN PERLU DIKURSUSKAN
JANGAN KHIANATI AMANAH DAN LUPA PERJUANGAN
MB- Wakil rakyat jangan mudah lupa diri
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengingatkan semua wakil rakyat supaya tidak mudah lupa dengan amanah rakyat setelah bergelar `Yang Berhormat' untuk melaksanakan dan mengutamakan tugas serta tanggungjawab membela nasib rakyat.
Dalam ucapan khas sempena sambutan 50 tahun Dewan Negeri di sidang Dewan Negeri Selangor, beliau berharap seluruh Adun dan exco kerajaan negeri tidak lupa dengan falsafah dan dasar perjuangan parti serta maksud kedudukan seorang wakil rakyat.
Ini kerana katanya, apabila wakil rakyat itu sudah disahkan bergelar `Yang Berhormat' kadang-kadang mereka mudah lupa dengan maksud kedudukan tersebut.
"Lebih parah jika terdapat sebilangan wakil rakyat terlupa falsafah yang lebih mendalam dan pengertian tanggungjawab kita tentang amanah yang besar ini," katanya dalam ucapan khas dalam sidang Dewan Negeri, pagi ini.
Menurut beliau, tugas untuk menangani masalah dan isu yang timbul satu persatu memerlukan tuntutan tanggungjawab yang tinggi serta komitmen daripada wakil rakyat.
Beliau mengharapkan semua wakil rakyat terus memperuntukkan masa dan ruang bagi melakukan penilaian terhadap tugas dan sumbangan dalam membela dan membantu rakyat.
"Kita jangan terleka dengan momokan yang diuar-uarkan sekarang `rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan' sedangkan hakikatnya nasib rakyat tidak dibela dan diutamakan," tegasnya.
Dalam mesyuarat kedua penggal kedua sidang Dewan Negeri ke-12 itu, beliau mengingatkan tentang kepercayaan rakyat yang memilih wakil rakyat Pakatan Rakyat.
Beliau menegaskan, hal itu menunjukkan bahawa dalam pilihan raya rakyat yang berkuasa memilih wakil untuk menyuarakan suara hati mereka, mengetengahkan kehendak mereka dan mempertahankan milik mereka.
Justeru katanya, rakyat Malaysia mengetahui bahawa Pakatan Rakyat yang memperjuangkan wujudnya satu bangsa Malaysia yang menerima layanan adil dan sama rata dalam semua bidang pada kempen pilihan raya umum lalu.
Berikutan itu beliau bersyukur kerana majoriti rakyat Selangor khususnya mula menikmati limpahan pembangunan yang diagihkan oleh kerajaan Pakatan Rakyat secara adil dan saksama tanpa perbezaan agama, kaum dan fahaman politik.
Saidah Hairan/SH/ harakahdaily


