RM SEJUTA BAGI SETIAP ADUN SELANGOR (dwibahasa)
TS Khalid berkata kerajaan Pakatan Rakyat merujuk kepada amalan kerajaan persekutuan "yang menganaktirikan Ahli Parlimen PR."
ADUN S'gor dapat peruntukan RM1 juta
Kerajaan negeri Selangor akan memperuntukkan RM1 juta kepada setiap ADUN Pakatan Rakyat untuk diagihkan dalam tempoh tiga bulan bagi menampung perbelanjaan membaikpulih keperluan asas di setiap kawasan.
Setiap ADUN diberi peruntukan RM1 juta untuk menggunakan duit itu untuk pemuliharaan jalan, pembinaan jambatan dan parit-parit yang perlu dibetulkan melalui pihak berkuasa tempatan berkenaan. Oleh sebab itu kita mesti membawa pembangunan dari peringkat bawah," kata Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim pada sidang media selepas mesyuarat exco di Shah Alam, petang semalam.
Selain itu, Khalid berkata, kepimpinan kerajaan Selangor akan memperhebatkan usaha turun padang mendekati rakyat untuk membawa perubahan di peringkat dasar.
Justeru, perancangan komprehensif tiga bulan akan datang akan menentukan pengurusan negeri yang lebih cekap.
Ditanya sama ada pihak pembangkang Selangor akan mendapat peruntukan yang sama, Khalid berkata kerajaan Pakatan Rakyat akan merujuk kepada amalan kerajaan persekutuan.
"Kalau kerajaan persekutuan buat untuk semua ahli parlimen dan kita akan melakukan perkara yang sama. Asalkan mereka buat dulu. Kita lihat dahulu. Bukan kita tidak lihat perkara ini tapi, tunggu dulu. Kita tawarkan. Kita lihat dulu kalau persekutuan dan beri sekata kepada semua ahli parlimen dan kita akan ikut," katanya.
Hazlan Zakaria/ Malaysiakini
=========================================================================
Selangor gives Pakatan reps RM1m each as polls loom
SHAH ALAM, Jan 12 – The Selangor Pakatan Rakyat (PR) government has allocated RM1 million for constituency projects to each of its assemblyman ahead of a possible general election this year.
Selangor Mentri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim said Barisan Nasional (BN) representatives were excluded from the allocations because the BN federal government similarly discriminated against PR MPs.
“If Parliament allocates funds for all MPs, we will do the same,” Khalid told reporters today.
PR holds 35 seats in the 56-seat state assembly.
Today, Khalid also said he would focus on improving his administration in the next three months.
“We will go down to the field more often,” said Khalid after a state executive council meeting today.
“Each (PR) assemblyman is given RM1 million to improve roads and build bridges,” he added.
By Boo Su-Lyn / Malaysian Insider Read More “RM SEJUTA BAGI SETIAP ADUN SELANGOR (dwibahasa)” »»
SATU PILIHANRAYA UMUM TERGEMPAR HAMPIR BERLAKU DI MALAYSIA
Beginilah bukti ketidaksungguhan ahli Parlimen Barisan Nasional dalam menjalankan amanah yang dipertanggungjawabkan ke atas mereka.
Mungkin sebelum ini perbuatan serta perangai mereka tidak begitu ketara tetapi insiden terbaru yang nyaris-nyaris membawa kepada satu pilihanraya umum tergempar apabila baget 2010 tidak dapat diluluskan, menonjolkan gelagat mereka apabila bergelar YB.
Ikuti komen YB dari Pakatan Rakyat.
MB:BN Nyaris Tumbang Bukti Ketidaksungguhan Wakil RakyatSHAH ALAM, 17 Dis - Insiden Barisan Nasional nyaris ‘tumbang’ dalam undi usul Bajet 2010 Isnin lalu menunjukkan ketidaksungguhan wakil rakyat kerajaan menyokong bajet itu.
Menteri Besar ,Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata perkara ini mungkin disebabkan hujah dan cadangan pembangkang lebih releven terutamanya dalam aspek menjana pendapatan negara.
Katanya, berbeza dengan Barisan Nasional, Pakatan Rakyat sentiasa meneliti dan berbincang mekanisme terbaru bagi memastikan dana yang diperuntukkan digunakan dengan lebih berkesan.
“Sebenarnya inilah kebaikan yang kita dapati selepas bulan Mac 2008 dimana kumpulan pembangkang terdiri daripada kumpulan Pakatan Rakyat telah mengadakan perbincangan yang begitu bermakna dengan menunjukkan fakta-fakta mengapa belanjawan yang dibuat oleh kerajaan Barisan Nasional untuk 2010 perlu diteliti dengan lebih terperinci dan beberapa kelemahan dari perkara-perkara tersebut termasuk dari segi penggunaan dana dan cara pengagihannya dan akhirnya perlaksanaan yang seterusnya”, katanya.
Tan Sri Khalid berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Selangor (MTES) di Shah Alam, tengahari tadi.
Ditanya mengenai kejadian yang menyebabkan kerajaan hampir kalah dalam usul Bajet 2010 kelmarin, Tan Sri Khalid berkata ianya sebagai pengajaran kepada parti itu dan pembaharuan kepada Pakatan Rakyat.
“Baguslah kalau dia tak hadir lagi sekali maknanya banyak lagi bil yang akan dikalahkan. Biasanya sebelum Mac 2008 parlimen ini atau Dewan Rakyat ini dianggap sebagai ‘rubber stamp’ maknanya masuk sahaja bil itu lulus, orang tak payah datang pun tak apa, tak da persediaan pun tak pa lulus,dia lulus.Sekarang bukan sekarang perkara ini ialah satu pembaharuan jadi pakatan rakyat telah membuat reformasi dari segi perbahasan di Parlimen,”katanya.
Isnin lalu, Bajet 2010 yang dibentangkan Perdana Menteri Najib Razak hampir tidak dapat diluluskan dalam perbahasan rakyat Isnin lalu apabila kerajaan hanya berbeza tiga undi dengan pembangkang, iaitu Barisan Nasional -66 dan Pakatan Rakyat-63.
Yang DiPertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia dilaporkan berkata, berdasarkan konvensyen sebuah Negara berparlimen, sekiranya bajet itu tidak dapat diluluskan, kerajaan BN terpaksa dibebaskan dan satu pilihanraya baru terpaksa diadakan.
Sementara itu, Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan, Iskandar Abdul Samad berkata undi tidak percaya itu telah memalukan kerajaan Barisan Nasional yang memerintah negara ini sejak kemerdekaan 1957.
“ Perkara ini adalah sesuatu yang amat memalukan kepada Barisan Nasional sebab mereka hampir mempunyai dua per tiga majoriti tetapi mereka hanya mendapat lebihan tiga undi pada hari tersebut”,katanya.
Selangorkini
Ahli Parlimen BN tidak amanah
SHAH ALAM – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sekinchan, Ng Suee Lim menyifatkan sikap Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) yang tidak menghadiri sesi pembentangan usul dan pengundian Bajet 2010 pada Sidang Parlimen baru-baru ini sebagai protes terhadap parti komponen itu.
Suee Lim berkata, kemungkinan ada antara mereka yang tidak bersetuju dengan isi kandungan Bajet 2010 yang diusulkan menyebabkan mereka enggan menghadirinya.
“Mungkin mereka tidak selesa dengan isi kandungan bajet itu tambahan pula berlaku banyak masalah dalaman parti.
“Dan mungkin juga mereka berasa dipinggirkan oleh pemimpin selama ini dan memilih cara ini untuk menunjukkan protes mereka,” katanya ketika dihubungi.
Sebelum itu, ramai Ahli Parlimen BN tidak menghadiri Sidang Parlimen semasa sesi pengundian Bajet 2010 dimulakan menyebabkan ramai antara mereka dipaksa hadir pada saat-saat akhir bagi memastikan undi sokongan melebihi undi bantahan, Isnin lalu.
Dalam pada itu, Suee Lim turut melahirkan kekesalannya terhadap sikap Ahli Parlimen yang sepatutnya hadir semasa sidang berlangsung untuk menyuarakan hak dan masalah rakyat di kawasan masing-masing.
“Perkara ini tidak sepatutnya berlaku. Sebagai Ahli Parlimen yang telah dipilih rakyat, hadir ke sidang adalah tanggungjawab mereka.
“Sesi pengundian Bajet 2010 lebih penting dari kerja di kawasan, malah rakyat juga akan faham sekiranya kita tidak ada di sekitar kawasan. Jadi tidak ada alasan untuk mereka tidak menghadiri sesi ini,” katanya.
Sementara itu, ADUN Taman Medan, Haniza Mohamed Talha berkata, peristiwa itu menunjukkan sikap Ahli Parlimen BN yang tidak komited terhadap tanggungjawab mereka sebagai wakil rakyat di Parlimen.
“Sepatutnya mereka hadir untuk bahaskan isu-isu rakyat. Tapi kalau itu pun mereka tidak dapat lakukan mereka tidak layak menjadi Ahli Parlimen,” katanya.
Selain itu katanya, keputusan undian usul bajet itu adalah penipuan kepada rakyat kerana sebahagian dari Ahli Parlimen yang mengundi hadir pada saat-saat akhir malah tidak mengikuti perbahasan usul itu.
“Inilah budaya dan amalan BN selama ini yang menganggap sesi pengundian itu hanya sebagai satu prosedur.
“Sehinggakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri terpaksa meninggalkan majlis yang dihadiri dan bergegas ke Parlimen untuk mengundi. Ini menunjukkan betapa terdesaknya mereka,” katanya.
------------------------------------------------------------------------------------
BN protes bajet Najib: Azmin
KUALA LUMPUR – “Pakatan Rakyat (PR) ada maklumat mengenai ketidakhadiran Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) adalah sebagai tanda protes mereka terhadap Bajet 2010, tetapi saya enggan membuat spekulasi itu,” kata Ahl:i Parlimen Gombak, Azmin Ali.
:Menurutnya, tindakan protes itu mencerminkan ketidaksungguhan Ahli Parlimen BN untuk menyokong bajet kerana merasakan cadangan pembangkang semasa sesi perbahasan adalah lebih relevan.
“I:ni menunjukkan ketidaksungguhan Ahli-ahli Parlimen BN u:ntuk menyokong Bajet 2010 yang begitu penting dan mereka tidak bersedia untuk mempertahankan Bajet 2010.
“Soalnya setelah Ahli-ahli Parlimen yakin dengan hujah-hujah kita semasa perbahasan yang dilihat lebih relevan. Tetapi untuk membantah , tindakan yang lebih selamat iaitu adalah dengan tidak menghadirkan diri,” katanya di lobi Parlimen semalam.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas situasi Bajet 2010 hampir tidak dapat diluluskan dalam perbahasan Dewan Rakyat Isnin lalu apabila kerajaan hanya berbeza tiga undi dengan pembangkang iaitu BN-66: dan PR 63.
:Mengulas mengenai tindakan ‘menyerbu’ ketika ketiadaan Ahli Parlimen BN adalah terancang, Azmin berkata: “Ini bukan tindakan kebudak-budakan kerana sebagai Ahli Parlimen kami hadir selaras dengan aturan mesyuarat Dewan Rakyat dan mengambil bahagian dalam perbahasan.
:“Ahli Parlimen Barisan Nasional seperti budak-budak. Sepatutnya mereka sertai perbahasan dan menyokong usul yang dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak,” katanya.
:Katanya, Bajet 2010 ditolak kerana kerajaan terlalu bergantung kepada pendapatan Petronas untuk menampung perbelanjaan negara.
:“Sejak dua dekad lalu kerajaan terlalu bergantung kepada pendapatan Petronas dan seharusnya kerajaan perlu menggunakan mekanisme lain bagi menjana pendapatan yang lebih mapan.
:“Kebimbangan jelas kerana pendapatan Petronas akan menurun sebanyak RM59 bilion pada Mac 2010 sekali gus menjejaskan prestasi ekonomi negara. Pakatan telah menegur kerajaan beberapa kali dan sewajarnya perlu menimbangkan mekanisme lain dan menumpukan insentif-insentif baru seperti meningkatkan pelaburan asing untuk jana pendapatan yang mapan,” katanya.
Sementara itu, Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub berkata, undi tidak percaya telah memberikan pengajaran besar kepada BN.
“Ini benar-benar telah memberi pengajaran yang besar terhadap kerajaan BN. Mereka leka dengan tanggungjawab dan kehadiran dalam Parlimen. Ini adalah masalah memberikan komitmen dalam situasi membahaskan Bajet 2010 yang melibatkan berbilion ringgit.
“Ini bukan perkara kecil dan tidak ada istilah menyerbu kerana itu peranan kami untuk hadir ke Parlimen untuk pastikan agenda dalam perbahasan adalah serius,” katanya.
Sinarharianonline
ADUN BN PERLU DIKURSUSKAN
KENYATAAN BERSAMA ADUN DAN AP PAKATAN RAKYAT SELANGOR
KENYATAAN AKHBAR ADUN & AP PAKATAN RAKYAT SELANGOR
1.Semua Adun dan Ahli Parlimen akan mempertahankan prinsip-prinsip keluhuran Perlembagaan serta mendukung sebulat suara kepimpinan Menteri Besar untuk terus memimpin Selangor.
2.Pentadbiran kerajaan Pakatan Rakyat yang dipimpin selama hampir setahun telah mempertahankan agenda dan program kebajikan rakyat dengan prinsip merakyatkan ekonomi Selangor.
3.Kerajaan Pakatan Rakyat dalam pentadbiran dan pembangunan dalam tahap yang cukup cemerlang dan kami yakin rakyat akan tetap memberikan mandat untuk Tan Sri memimpin dan menerajui Selangor.
4.Adun dan Ahli Parlimen Pakatan Rakyat Selangor berharap Jabatan Peguam Negara sewajarnya bertindak secara bebas, adil dan telus manakala SPRM pula tidak mengambil tindakan yang boleh dilihat sebagai badan yang tidak bebas.
Pengerusi SPRM bertindak sebagai Ketua Umno Cawangan
Ahli Parlimen dan Adun Pakatan Rakyat negeri Selangor sepakat menegaskan kenyataan Pengerusi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Dato' Ahmad Said Hamdan terhadap Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bersifat politik dan pendakwaan tersebut bertujuan mencemarkan nama baik Menteri Besar.
Kenyataan pertama sebulat suara daripada Adun dan Ahli Parlimen Pakatan Rakyat itu dinyatakan dalam sidang media sempena program Retreat Exco Selangor 2009, di Holiday Hotel, Subang Jaya selama tiga hari.
Menurut Naib Presiden KeADILan, Azmin Ali, berdasarkan fakta yang terkandung dalam saman Menteri Besar terhadap Ketua Pembangkang, Dato' Seri Dr Mohd Khir toyo adalah jelas menunjukkan bahawa dakwaan terhadap Khalid tidak berasas.
Tambahan pula kata beliau, semasa pendakwaan ia adalah bidang kuasa Jabatan Peguam Negara dan SPRM tidak berhak untuk membuat kenyataan terbuka sebelum sebarang keputusan muktamad dibuat oleh Jabatan Peguam Negara.
Azmin yang juga ahli Parlimen Gombak dan Adun Bukit Antarabangsa menjelaskan kenyataan Pengerusi SPRM boleh ditafsirkan sebagai satu percubaan untuk mempengaruhi budi bicara Peguam Negara yang bertanggungjawab bertindak secara bebas dan adil.
"Kami menuntut supaya SPRM dapat melaksanakan tugas secara bertanggungjawab dan kami mendapati ia merupakan usaha jahat yang terancang oleh Umno-BN untuk mengugat Pakatan Rakyat Selangor dengan memperalatkan institusi SPRM dan Jabatan Peguam Negara," tegasnya.
Beliau yakin wakil rakyat Pakatan Rakyat Selangor akan terus menjadi sasaran serangan fitnah Umno-BN dalam beberapa bulan yang akan datang.
Bagaimanapun, katanya, semua Adun dan Ahli Parlimen akan mempertahankan prinsip-prinsip keluhuran Perlembagaan serta mendukung sebulat suara kepimpinan Menteri Besar untuk terus memimpin Selangor.
Katanya, pentadbiran kerajaan Pakatan Rakyat yang dipimpin selama hampir setahun telah mempertahankan agenda dan program kebajikan rakyat dengan prinsip merakyatkan ekonomi Selangor.
"Kerajaan Pakatan Rakyat dalam pentadbiran dan pembangunan dalam tahap yang cukup cemerlang dan kami yakin rakyat akan tetap memberikan mandat untuk Tan Sri memimpin dan menerajui Selangor," jelasnya.
Beliau menegaskan kenyataan SPRM itu amat tidak bertanggungjawab dan seolah-olah Pengerusinya bertindak sebagai Ketua Umno Cawangan.
Kenyataan Pengerusi SPRM itu seolah-oleh menggambarkan bahawa SPRM tidak bebas dan menjadi alat serta diperkudakan oleh Umno-BN.
Justeru, Adun dan Ahli Parlimen Pakatan Rakyat Selangor berharap Jabatan Peguam Negara sewajarnya bertindak secara bebas, adil dan telus manakala SPRM pula tidak mengambil tindakan yang boleh dilihat sebagai badan yang tidak bebas
Saidah Hairan / harakahdaily
AHLI PARLIMEN BOLEH DAPAT SERANGAN JANTUNG LEBIH AWAL
Sekiranya inilah senario di Dewan Rakyat, kita yang melihat dapat "sakit jiwa" dengan gelagat ahli Parlimen. Semua orang nak bercakap, siapa pula yang akan mendengar.
Untuk yang berminat, sila lihat di [SINI]
Aktiviti Exco & Pembantu Exco Modal Insan pada 30/06/08: Taklimat kepada MP dan ADUN Selangor
Pada 30hb Jun 2008, bertempat di Bangunan Anex SUK Shah Alam, satu taklimat oleh Exco, Pembantu Exco dan Think Tank Pendidikan serta Pembangunan Modal Insan telah diberikan kepada Ahli Parlimen serta para ADUN Negeri Selangor.Di atas, YB DR Ahmad Yunus sedang memberikan slot beliau.
Peserta yang hadhir terdiri dari MP dan YB ADUN Selangor.