Pray For MH370

Pray For MH370
Showing posts with label akta keselamatan dalam negeri. Show all posts
Showing posts with label akta keselamatan dalam negeri. Show all posts

ZAID IBRAHIM (MANTAN MENTERI UNDANG-UNDANG ) MENULIS DENGAN PENUH KEINSAFAN

Begitulah Sunnatullah, jika diberi peluang, ingin berubah, berfikiran terbuka serta menggunakan akal yang dikurnia, nescaya seorang insan (bukan haiwan) itu akan nampak tanda-tanda dan seterusnya KEBENARAN itu sendiri. Bacalah catatan Saudara Zaid Ibrahim yang diterbitkan secara digital oleh harakahdaily buat renungan kita semua.

Himpunan Anti ISA: Pengalaman pertama bersama rakyat


NUKILAN Zaid Ibrahim


Hari ini (1 Ogos 2009) buat kali pertama dalam sejarah hidup saya, saya menjadi mangsa bom gas pemedih mata. Pedih sungguh mata dan hati saya! Inilah pengalaman saya berhimpun dan berarak bersama dengan berpuluh ribu rakyat Malaysia di Kuala Lumpur. Ia benar-benar membuka mata saya di samping memberi banyak pengajaran.


Saya amat terkejut kerana tidak menyangka betapa kejamnya polis bertindak terhadap rakyat yang hanya berhimpun dan berjalan secara aman. Rakyat hanya mahu meluahkan perasaan tentang buruknya Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang perlu dimansuhkan secepat mungkin. Rakyat kita tidak membawa senjata, mereka hanya membawa anak-anak untuk menyedarkan warga kecil betapa kejamnya ISA.

Lelaki, perempuan, tua dan muda, pelbagai kaum, bermacam agama, semuanya berhimpun secara aman di ibu kota. Hak untuk berhimpun secara aman adalah hak asasi rakyat. Tapi nampaknya hak yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan ini sudah tidak ada guna lagi. Hak kita sudah hancur kerana polis yang bersenjata, yang berkuasa penuh, yang sombong dan angkuh, kini telah menentukan hak kita.

Bila polis kata perhimpunanan itu haram, maka kita semua yang berhimpun atas dasar kebebasan dan hak yang telah dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan, telah menjadi mangsa kekerasan polis. Ya, polis yang mengaku diri sahabat rakyat, kini menunjukkan belang sebenar mereka. Tak sangka, dengan sedikit kuasa itu, mereka sudah merasakan diri seperti Fira�un.

Saya sebagai warga Malaysia yang prihatin telah turut sama menyertai perhimpunan aman ini. Tapi saya bersama dua anak saya dan kawan-kawan lain tak tahu ke mana mahu dituju kerana polis telah tutup banyak jalan. Kami hanya mahu ke Istana Negara untuk menyaksikan penyerahan memorandum anti-ISA.

Kami telah tersepit di sebatang jalan dekat Masjid Negara. Ramai yang berarak menghala ke Jalan Kuching ke arah Selangor Club, kami pun ikut sama. Niat kami hanyalah untuk bersama-sama orang ramai menunjukkan sokongan. Tetapi bila sampai sahaja di belakang Selangor Club, polis dengan ganasnya telah menyembur gas pemedih mata dan menggunakan pncutan air tekanan tinggi. Lintang-pukang orang berlari. Saya pun tunggang-langgang lari.

Polis kemudian meminta orang ramai bersurai. Tetapi ke mana nak bersurai kerana semua jalan sudah ditutup. Tak ada cara lain kecuali patah balik ke arah Masjid Negara. Saya pun bersedia untuk bersurai. Tapi bila sampai dekat dengan Masjid Negara, ada pula sekatan jalan polis. Di situlah saya lihat orang ramai angkat tangan supaya polis membenarkan mereka bersurai ke arah bagunan Dayabumi.

Saya juga angkat tangan kerana kami memang nak bersurai. Ada dua orang wanita tua bersama saya yang merah serta berair mata mereka di samping terbatuk-batuk akibat bom gas pemedih mata. Seorang peserta lelaki yang cacat anggota dengan crutches nya tidak dapat lari. Saya tak tahu apa nasib manusia berani ini. Kasihan saya melihat mereka semua.

Rupa-rupanya polis sudah berniat jahat. Tanda angkat tangan tidak ada erti kepada mereka. Walau pun melihat ramai antara kami yang sudah mahu bersuara, polis terus melepaskan bom pemedih mata. Saya dapat lihat wajah-wajah polis berkenaan, kebanyakannya orang Melayu, yang penuh benci dan kesumat dendam.

Maka terpaksa lagi kami berlari elakan diri. Tapi nak ke mana lagi? Di Jalan Kuching dekat Selangor Club pun polis sudah melemparkan bom pemedih mata. Bom dari canisters yang tidak ada jenama kata kawan saya. Bererti bom jenis buatan haram. Di negara kita apa pun boleh dilakukan Ramai orang termasuk saya terpaksa lari masuk ke dalam hutan kecil berhampiran Jalan Kuching dengan melompat pagar bangunan di situ.

Mujur juga ada pengawal keselamatan di situ yang baik hati yang telah melepaskan kami keluar dari perkarangan bangunan tersebut. Semoga Allah membalas budi baiknya. Di sana barulah kami dapat keluar untuk bersurai. Masa itu mata kami semua sudah merah, suara parau dan seluar koyak akibat terpaksa melompat pagar. Saya pun baru sedar bila sudah berumur begini lutut sudah tidak sekuat waktu muda dulu.

Memang jelas hak dan kebesan kita semakin terhakis. Apa yang polis lakukan dengan cara mengepung orang ramai yang hanya mahu berhimpun secara aman dan membelasah mereka dengan semburan air dan bom pemedih mata adalah untuk menunjukan kepada rakyat bahawa kerajaan Barisan Nasional tidak peduli dengan kehendak dan keperluan rakyat.

Mereka mahu mengajar rakyat Malaysia bahawa era Pak Lah yang mahu mencuba membuka ruang kebebasan sudah tidak wujud lagi. Ini era Najib yang tak mahu dengar dan tak terima pandangan rakyat.

Bagi polis yang jelas bekerjasama dengan Umno dan Barisan Nasional, mereka mahu rakyat takut kepada mereka. Mereka tidak mahu kita di Malaysia bebas seperti Indonesia dan Filipina yang memberi rakyat peluang bersuara dan berhimpun secara aman.

Mereka mahu semua rakyat sedar bahawa Malaysia adalah Negara Polis seperti Myanmar. Sesiapa yang berhimpun dianggap bersalah kecuali mereka yang berhimpun untuk menyokong Najib dan pemimpin Umno yang lain. Inilah mesej 1Malaysia ciptaan Najib yang memberi amaran kepada rakyat bahawa kekerasan akan digunakan pada bila-bila masa sahaja demi mengekalkan kuasa.

Tapi rakyat Malaysia termasuk saya juga ingin menyampaikan berita kepada Najib. Kita akan berkorban apa saja untuk menentang kekejaman dan kezaliman. Kita yakin kita di pihak yang benar kerana kita menentang salaha guna kuasa, penyelewengan dan rasuah. Kuasa rakyat akan menang juga suatu hari nanti di negara Malaysia yang tercinta ini,

InsyaAllah. Pejuang Rakyat akan sentiasa dingati selalu, InsyaAllah

Harakahdaily

Read More “ZAID IBRAHIM (MANTAN MENTERI UNDANG-UNDANG ) MENULIS DENGAN PENUH KEINSAFAN”  »»

DEMOKRASI TENAT: SIMPTOM DAN TANDA-TANDA

Demokrasi sedang tenat di Malaysia

Oleh Peguam Mohamed Hanipa Maidin




Beberapa tahun lalu semasa menghadiri Muktamar PAS di Kota Bharu saya sempat berbual dengan seorang tetamu dari Australia yang turut hadir. Antara lain kami berbual tentang isu demokrasi di Malaysia. Beliau agak hairan bagaimana PAS boleh "survive" dalam keadaan pelbagai sekatan kebebasan seperti kebebasan bersuara dan berhimpun.

Beliau tidak boleh fikir mana-mana parti politik di Australia boleh hidup jika status demokrasinya seperti negara ini.

Sebenarnya saya juga tidak faham bagaimana PAS boleh terus hidup dengan demokrasi ala Malaysia ini. Lihatlah insiden-insiden di bawah ini dan kemudian saudara saudari tanyalah diri anda sendiri demokrasi apa yang kita sedang lalui sekarang.

a) Tan Sri Musa Hassan dilaporkan berkata bahawa pihak polis telah melarang sebarang bentuk himpunan di Negeri Perak;

b) Lebih kurang 10,000 hingga 20,000 salinan akhbar Suara Keadilan telah dirampas di beberapa tempat di negara ini pada bulan Januari. Ketua Pengarang Harakah juga mengesahkan ribuan salinan Harakah edisi Isnin dirampas dari penjual Harakah.

c) Persatuan Warga Istana Kedah (PKDK) telah mencadangkan kepada Y.M Sultan Azlan untuk melarang Pengerusi DAP memasuki negeri Perak di atas alasan kononnya tindakan Karpal bertentangan dengan Perlembagaan.

d) Kerajaan tidak menolak kemungkinan kesemua sembilan orang yang ditahan kerana merusuh semasa majlis angkat sumpah Menteri Besar BN Perak dikenakan tindakan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

e) Pemimpin Hindraf yang ditahan ISA sejak 2007 dilanjutkan tahanan mereka selama dua tahun lagi.

Bagi saya lima insiden di atas menunjukkan betapa tenatnya keadaan demokrasi dalam negara ini.

Bercakap soal demokrasii sekurangnya-kurangnya ianya menyentuh hak-hak berikut:

1. Kebebasan bersuara (termasuk kebebasan akhbar),


2. Kebebasan berhimpun dan berpersatuan,


3. Pilihan raya yang adil, bebas dan bersih,

4. Kedaulatan undang-undang (rule of law),


5.Rakyat bebas daripada undang-undang yang tidak adil dan draconian ; dan

6.Kebebasan badan kehakiman.


Negara yang bertamadun tidak sewajarnya menafikan rakyatnya menikmati hak-hak tersebut.

Saya sudah banyak menulis tentang hak berhimpun yang dijamin oleh Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan. Saya dah banyak berlawan dengan pihak polis di Mahkamah apabila mewakili pemimpin dan ahli PAS berhubung isu perhimpuan di bawah seksyen 27 Akta Polis 1967.

Setakat ini semua kes Alhamdulillah dimenangi PAS. Saya sanggup 'berperang' dengan Peguam Negara, Tan Sri Ghani Patail di dalam isu tragedi berdarah perhimpunan di Batu Buruk apabila beliau bersungguh menentang pemberian jaminan ke atas Suwandi dan Azman yang ditembak oleh polis.

Saya juga pernah menyertai rombongan pemimpin PAS Pusat diketuai oleh Tuan Guru Presiden PAS bertemu Ketua Polis Negara dan pegawai-pegawai kanan polis di Bukit Aman. Saya masih ingat dalam pertemuan itu, Musa Hassan dengan tegas menyatakan beliau tidak menganggap pemimpin politik yang terlibat dengan ceramah sebagai penjenayah.

Saya juga dah beberapa kali disembur gas, digari dan dimasukkan ke lokap polis di atas isu perhimpunan. Saya juga dah puas menjelajah di seluruh negara memberi penerangan berkaitan dengan isu perhimpunan di bawah Akta Polis 1967 kepada pemimpin, ahli dan pendokong PAS. Pendek kata apa yang saya boleh buat untuk menerangkan dan memperjuangkan hak rakyat untuk berhimpun telah sedaya upaya dilakukan.

Namun saya terpaksa mengakui bahawa polis di negara ini masih tidak bersikap profesional dan tidak memahami hak berhimpun yang dijamin oleh undang-undang. Apabila Ketua Polis Negara (KPN)menyatakan bahawa pihak polis telah melarang sebarang bentuk himpunan di Perak, saya hanya boleh menggelengkan kepala.

Di bawah kuasa mana dia boleh melarang sebarang bentuk perhimpunan di negeri Perak. Undang-undang manakah yang dipakai apabila dia menyatakan hal tersebut. Adakah beliau sedar jika seluruh perhimpunan di negeri Perak diharamkan, di mana beliau nak campakkan seksyen 27 dan 27A Akta Polis 1967?


Seksyen 27 Akta Polis 1967 memberi budibicara kepada Ketua Polis Daerah (KPD) untuk sama ada memberikan permit atau tidak bagi sebarang perhimpunan di tempat awam yang ingin diadakan di mana-mana bahagian negara ini. Saya katakan 'tempat awam' kerana perhimpunan bukan di tempat awam tidak memerlukan permit polis sama sekali kerana ia dikawal oleh Seksyen 27A Akta Polis.

Apabila Akta Polis memberi kuasa kepada KPD untuk memproses pemberian permit ini bermakna hanya beliau seorang sahaja yang ditugaskan untuk melakukan hal tersebut. Dengan lain perkataan beliau yang bertanggungjawab memberi permit mengikut perkiraan beliau sendiri dan jika dilihat kepada bahasa yang digunakan di seksyen 27(2) Akta Polis, KPD hendaklah cenderung memberi permit untuk rakyat berhimpun di tempat awam daripada menafikan pemberian permit. Dengan lain perkataan undang-undang menganggap membenarkan perhimpunan adalah satu yang biasa (norm) manakala menafikan perhimpunan adalah satu pengecualian.

Oleh kerana KPD diberi kuasa untuk memberi atau tidak memberi permit perhimpunan, maka beliau hendaklah memproses setiap permohonan bagi mendapatkan permit berasaskan "case-by-case basis". Contohnya beliau mungkin boleh menafikan pemberian permit di Ipoh tetapi tidak di Tanjung Malim atau di Gerik.

Oleh itu apabila Musa Hassan mengeluarkan arahan bahawa semua perhimpunan di negeri Perak diharamkan ianya adalah satu kenyataan mengarut. Bagaimanakah KPD kini boleh bertindak secara bebas untuk memproses permohonan permit jika KPN telah lebih awal mengharamkan perhimpunan?

Kita patut malu dengan negara jiran, Thailand apabila sebuah parti politik berdaftar dan sah boleh mengadakan ceramah di mana-mana dan pada mana-mana waktu tanpa sebarang permit polis.

Malangnya di Malaysia penceramah politik ditangkap oleh mereka yang gila merobek undang-undang. Apa nak buat... Malaysia Boleh!

Harakahdaily

Tajuk yang berkaitan di SINI

Untuk muat turun buku merah "POLIS DAN HAK ASAS ANDA"

Read More “DEMOKRASI TENAT: SIMPTOM DAN TANDA-TANDA”  »»

AKTA KESELAMATAN DALAM NEGERI AKAN DIGUNAKAN DI PERAK

Syed Hamid berkata polis akan memberi perlindungan kepada mereka yang melompat parti dan keluarga mereka sekiranya ada menerima ugutan. Beliau juga dilaporkan berkata bahawa mana-mana pihak yang menghasut dan menimbulkan kekacauan yang boleh menggugat keselamatan di Perak akan diambil tindakan di bawah ISA.


Tindakan Tegas Termasuk ISA Jika Timbul Kekacauan Di Perak


Tindakan tegas termasuk penahanan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) boleh diambil terhadap mana-mana pihak yang menghasut dan menimbulkan kekacauan yang boleh menggugat keselamatan di Perak.

Demikian amaran yang diberikan oleh Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Syed Hamid Albar berhubung tindakan anggota dan penyokong Pakatan Rakyat yang tidak berpuas hati selepas kehilangan majoriti bagi mengekalkan tampuk pentadbiran di negeri itu.

"Pakatan Rakyat boleh membawa perkara ini ke mahkamah jika mereka tidak berpuas hati tetapi jangan sekali membawanya ke jalanan sehingga menggugat keselamatan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas majlis pengisytiharan nama baru pasukan Polis Marin yang ditukarkan kepada Pasukan Gerakan Marin Polis Diraja Malaysia di Pusat Latihan Marin (Pulamar), Tampoi di sini, Jumaat.

Berdasarkan maklumat daripada Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan, Syed Hamid berkata sembilan orang ditahan kerana menghasut dan terlibat dalam aktiviti berdemonstrasi bagi membantah majlis angkat sumpah Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pangkor Datuk Dr Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar Perak yang baru di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar hari ini.

Demonstrasi diadakan di luar Masjid Ubudiah, 300 meter dari istana, di mana mereka membaling kayu, batu dan botol ke arah polis dan kenderaan yang melalui Jalan Istana.

Katanya polis akan mengambil apa sahaja tindakan termasuk membawa anggota polis dari luar Perak bagi memastikan tahap keselamatan di negeri itu terjamin.

Sebagai ahli Majlis Tertinggi Umno, beliau menyambut baik perkembangan politik di Perak itu yang memihak kepada Barisan Nasional (BN), namun katanya pada masa yang sama semua pihak dalam BN harus berhati-hati dan cuba untuk memenuhi kepentingan rakyat.

Mengenai tindakan empat ADUN Pakatan Rakyat yang keluar daripada parti masing-masing, beliau berkata pakatan yang terdiri dari Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan PAS itu memang mempunyai masalah dari awal lagi kerana mempunyai ideologi yang berbeza.

Jamaluddin Mohd Radzi (Behrang) dan Mohd Osman Jailu (Changkat Jering), kedua-duanya daripada PKR, dan Hee Yit Foong (Jelapang) daripada DAP mengisytiharkan menjadi wakil rakyat Bebas manakala Datuk Nasaruddin Hashim (Bota) yang baru-baru ini menyertai PKR telah kembali semula kepada Umno.

Ditanya sama ada ada ADUN terbabit menerima sebarang ugutan daripada mana-mana pihak berikutan tindakan mereka itu, Syed Hamid berkata polis akan memberi perlindungan kepada mereka dan keluarga mereka sekiranya ada menerima ugutan.

Bernama

Read More “AKTA KESELAMATAN DALAM NEGERI AKAN DIGUNAKAN DI PERAK”  »»
 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Add caption *Relawan AMALNITA sedia bersama....*
    9 years ago
  • Shopping Back To School. - Oleh kerana 2 petugas kaunter demam dlm Program Jom Shopping Back To School DUN Meru, maka Yb Meru dan Dato Ketua Kampung membantu mengambil...
    9 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket









Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com