Read More “PELAJAR MESIR: JADUAL KULIAH UNIVERSITI/FAKULTI” »»
KENYATAAN KONSUL JENERAL MALAYSIA DI JEDDAH: PEMINDAHAN WARGA MALAYSIA DARI JEDDAH KE MALAYSIA
KENYATAAN WISMA PUTERA: PEMINDAHAN PELAJAR/WARGA MALAYSIA

SITUASI TERKINI DI MESIR
(Sumber:Wisma Putera)
JADUAL PENERBANGAN BAGI 4 FEBRUARI 2011
Situasi terkini di Mesir masih tegang berikutan keganasan dan pertempuran yang tercetus di antara penyokong pro - Mubarak dengan penyokong antikerajaan terutamanya di bandar raya Kaherah dan Iskandariah.
Gerakan pemindahan (evacuation) diperlukan dan sedang dilaksanakan.
Semua penuntut dan rakyat Malaysia yang berada di Mesir adalah dilaporkan selamat.
Evakuasi pelajar Malaysia telah bermula pada 3 Februari 2011.
Seramai lebih kurang 3,600 pelajar/rakyat Malaysia dari Kaherah dan Iskandariah akan dipindahkan dari Mesir ke Jeddah pada hari ini, 4 Februari 2011. Ia melibatkan sebanyak sembilan (9) penerbangan RMF (tertakluk kepada kelulusan penerbangan pihak berkuasa Lapangan Terbang Antarabangsa Kaherah), dua (2) penerbangan MAS dan dua (2) penerbangan AirAsia X.
Pesawat pertama membawa pelajar Malaysia iaitu pesawat MAS (MH8010) telah selamat mendarat di Jeddah pada jam 6.15 pm (waktu tempatan), 3 Februari 2011 dengan membawa 365 orang pelajar Malaysia. Kesemua pelajar telah diberikan Visa on Arrival (VoA) oleh pihak Berkuasa Arab Saudi. MAS akan mengadakan penerbangan ulang-alik dari Jeddah-Kaherah-Jeddah dua kali sehari.
Pesawat Air Asia X telah mendarat di Jeddah pada jam 12.30 am (waktu tempatan), 4 Februari 2011 dengan membawa 312 pelajar Malaysia. Proses dokumentasi (VoA) sedang dijalankan.
Tiga pesawat C-130 TUDM, RMF 497; RMF 498; dan RMF 499 telah selamat sampai di Jeddah pada 2.15 am, 4 Februari 2011. Pesawat-pesawat tersebut dijangka akan memulakan operasi pemindahan pada hari ini.
Kapal Bunga Mas (BM5) akan sampai ke Suez Anchorage pada 5 Februari 2011, jam 4.00 pm (waktu tempatan) dan 9.00 pm (waktu Malaysia). Kapal ini boleh memuatkan 500 orang penumpang.
Kesemua 677 pelajar dan rakyat Malaysia yang dikeluarkan dari Mesir telah dan akan ditempatkan di Kompleks Tabung Haji di Madinatul Al Hujjaj, Jeddah yang boleh menempatkan seramai 2,000 orang. Makanan dan minuman sepanjang tempoh mereka di sana akan disediakan oleh Tabung Haji. Segala kos penginapan dan makan minum ditanggung oleh Kerajaan Malaysia.
Keputusan berhubung status rakyat Malaysia sama ada akan dibawa balik ke Malaysia selepas itu adalah bergantung kepada keputusan yang akan dibuat oleh Kerajaan Malaysia.
Nota:
Semua dakwaan berhubung rakyat Malaysia perlu membayar wang bagi membolehkan Kerajaan memindahkan mereka keluar dari Mesir ke Jeddah adalah tidak benar sama sekali. Rakyat Malaysia juga tidak perlu membayar untuk makanan dan minuman serta penginapan semasa di Jeddah.
KERAJAAN THAILAND BANTU WARGANYA DI MESIR
Read More “KERAJAAN THAILAND BANTU WARGANYA DI MESIR” »»
TERIMA KASIH MAS, TUDM, TLDM, AIRASIA KERANA MEMENUHI TANGGUNGJAWAB SOSIAL (CORPORATE SOCIAL RESPONSIBILITY)
Kumpulan pertama pelajar Malaysia yang menuntut di Mesir berjaya dibawa keluar dari Kaherah pada pukul 3 petang semalam waktu tempatan (9 malam waktu Malaysia) dan selamat tiba di Jeddah.
Kumpulan itu yang terdiri daripada 356 orang pelajar termasuk seorang bayi, berjaya dibawa keluar menerusi pesawat Boeing 747 milik Malaysia Airlines (MAS).
Naib Pengerusi Eksekutif Hubungan Luar MAS Kapten Datuk Mohd Nawawi Awang berkata MAS menggunakan pesawat itu bagi memaksimumkan jumlah pelajar dan rakyat Malaysia untuk dibawa keluar dari Kaherah ke Jeddah.
"Pesawat ini mampu ulang alik sebanyak tiga kali dalam sehari. Pun begitu, hari pertama kita tidaklah terlalu sukar (untuk mendarat di Kaherah) dan semuanya berjalan lancar seperti yang dirancang," katanya kepada pemberita di Jeddah hari ini.
Sementara itu, suasana ceria jelas terpancar di wajah pelajar-pelajar yang berjaya dibawa keluar dari Kaherah.
Ada antara mereka yang menangis, tertawa dan ada juga yang sibuk dengan telefon bimbit masing-masing menghubungi ibu bapa untuk memaklumkan keadaan terkini mereka.
Haslisah Khalil, 19, pelajar ijazah jurusan perubatan di Universiti Ainshams berkata, beliau bersyukur di atas keprihatinan kerajaan Malaysia yang mengambil inisiatif membawa mereka pulang.
"Gembiralah...sebab keadaan amat menakutkan saya walaupun telah diberikan perintah berkurung oleh pengurusan Rumah Negeri Selangor. Kami hanya boleh keluar selepas pukul 1 tengah hari. Itu pun dengan secepat mungkin.
"Perintah berkurung yang dikenakan ke atas kami bermula pukul 8 pagi hingga 1 tengah hari. Waktu itu kami manfaatkan membeli barangan asas seperti roti dan gula. Waktu itu juga, kami terpaksa berebut-rebut dengan wanita Arab," katanya
yang kini berada di tahun satu jurusan tersebut.
Mohd Shauqi Ismail, 26, yang berasal dari Melaka berkata tindakan kerajaan membantu warganya dalam kesusahan termasuk di luar negara membuktikan bahawa kerajaan di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak prihatin dan bertanggungjawab.
"Saya rasa bersyukur dan gembira hari ini. Sama ada bantuan tiba menerusi kapal terbang ke, kapal ke, apa yang penting ialah keselamatan kita. Jadi kita tak kira apa pun yang datang selamatkan kita," katanya.
Pelajar tahun satu jurusan Syariah Islamiah, Universiti Al-Azhar itu turut ditemani isteri yang juga menuntut di univerisiti itu dan anaknya berusia
dua tahun.
Kesemua pelajar tersebut kini ditempatkan sementara di asrama Tabung Haji di Jeddah.
Pemindahan pelajar selain mengunakan pesawat milik MAS, ia juga turut mendapat kerjasama AirAsia, Tentera Udara Diraja Malaysia dan Tentera Laut Diraja Malaysia.
Pada masa ini dianggarkan terdapat 14,000 pelajar Malaysia di Mesir yang berdaftar dengan Kedutaan Malaysia di sana.
Sejak 28 Jan lepas, beberapa demonstrasi jalanan dilaporkan berlaku di bandar-bandar besar Mesir termasuk di Kaherah, Dumyat, Suez, Tanta, Iskandariah dan Mansura bagi mendesak Presiden Hosni Mubarak meletakkan jawatan.
Bernama/Malaysiakini Read More “TERIMA KASIH MAS, TUDM, TLDM, AIRASIA KERANA MEMENUHI TANGGUNGJAWAB SOSIAL (CORPORATE SOCIAL RESPONSIBILITY)” »»
PEMINDAHAN PELAJAR MESIR: PERUBAHAN PELAN
Klik pada imej untuk lebih jelas lagi.
Perubahan destinasi penerbangan pemindahan pelajar: Kaherah ke Jeddah dan bukan Kaherah KLIA Read More “PEMINDAHAN PELAJAR MESIR: PERUBAHAN PELAN” »»











