Pray For MH370

Pray For MH370

TERIMA KASIH MAS, TUDM, TLDM, AIRASIA KERANA MEMENUHI TANGGUNGJAWAB SOSIAL (CORPORATE SOCIAL RESPONSIBILITY)

Kumpulan pertama 356 pelajar tiba di Jeddah

Kumpulan pertama pelajar Malaysia yang menuntut di Mesir berjaya dibawa keluar dari Kaherah pada pukul 3 petang semalam waktu tempatan (9 malam waktu Malaysia) dan selamat tiba di Jeddah.

Kumpulan itu yang terdiri daripada 356 orang pelajar termasuk seorang bayi, berjaya dibawa keluar menerusi pesawat Boeing 747 milik Malaysia Airlines (MAS).

Naib Pengerusi Eksekutif Hubungan Luar MAS Kapten Datuk Mohd Nawawi Awang berkata MAS menggunakan pesawat itu bagi memaksimumkan jumlah pelajar dan rakyat Malaysia untuk dibawa keluar dari Kaherah ke Jeddah.

"Pesawat ini mampu ulang alik sebanyak tiga kali dalam sehari. Pun begitu, hari pertama kita tidaklah terlalu sukar (untuk mendarat di Kaherah) dan semuanya berjalan lancar seperti yang dirancang," katanya kepada pemberita di Jeddah hari ini.

Sementara itu, suasana ceria jelas terpancar di wajah pelajar-pelajar yang berjaya dibawa keluar dari Kaherah.

Ada antara mereka yang menangis, tertawa dan ada juga yang sibuk dengan telefon bimbit masing-masing menghubungi ibu bapa untuk memaklumkan keadaan terkini mereka.

Haslisah Khalil, 19, pelajar ijazah jurusan perubatan di Universiti Ainshams berkata, beliau bersyukur di atas keprihatinan kerajaan Malaysia yang mengambil inisiatif membawa mereka pulang.

"Gembiralah...sebab keadaan amat menakutkan saya walaupun telah diberikan perintah berkurung oleh pengurusan Rumah Negeri Selangor. Kami hanya boleh keluar selepas pukul 1 tengah hari. Itu pun dengan secepat mungkin.

"Perintah berkurung yang dikenakan ke atas kami bermula pukul 8 pagi hingga 1 tengah hari. Waktu itu kami manfaatkan membeli barangan asas seperti roti dan gula. Waktu itu juga, kami terpaksa berebut-rebut dengan wanita Arab," katanya
yang kini berada di tahun satu jurusan tersebut.

Mohd Shauqi Ismail, 26, yang berasal dari Melaka berkata tindakan kerajaan membantu warganya dalam kesusahan termasuk di luar negara membuktikan bahawa kerajaan di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak prihatin dan bertanggungjawab.

"Saya rasa bersyukur dan gembira hari ini. Sama ada bantuan tiba menerusi kapal terbang ke, kapal ke, apa yang penting ialah keselamatan kita. Jadi kita tak kira apa pun yang datang selamatkan kita," katanya.

Pelajar tahun satu jurusan Syariah Islamiah, Universiti Al-Azhar itu turut ditemani isteri yang juga menuntut di univerisiti itu dan anaknya berusia
dua tahun.

Kesemua pelajar tersebut kini ditempatkan sementara di asrama Tabung Haji di Jeddah.

Pemindahan pelajar selain mengunakan pesawat milik MAS, ia juga turut mendapat kerjasama AirAsia, Tentera Udara Diraja Malaysia dan Tentera Laut Diraja Malaysia.

Pada masa ini dianggarkan terdapat 14,000 pelajar Malaysia di Mesir yang berdaftar dengan Kedutaan Malaysia di sana.

Sejak 28 Jan lepas, beberapa demonstrasi jalanan dilaporkan berlaku di bandar-bandar besar Mesir termasuk di Kaherah, Dumyat, Suez, Tanta, Iskandariah dan Mansura bagi mendesak Presiden Hosni Mubarak meletakkan jawatan.

Bernama/Malaysiakini

Comments :

0 comments to “TERIMA KASIH MAS, TUDM, TLDM, AIRASIA KERANA MEMENUHI TANGGUNGJAWAB SOSIAL (CORPORATE SOCIAL RESPONSIBILITY)”
 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Add caption *Relawan AMALNITA sedia bersama....*
    8 years ago
  • Shopping Back To School. - Oleh kerana 2 petugas kaunter demam dlm Program Jom Shopping Back To School DUN Meru, maka Yb Meru dan Dato Ketua Kampung membantu mengambil...
    9 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket









Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com