Pray For MH370

Pray For MH370
Showing posts with label puspel. Show all posts
Showing posts with label puspel. Show all posts

KERAJAAN PR SELANGOR LAKUKAN APA YANG PATUT














Selangor usaha pecat CEO, pengerusi SYABAS

Kerajaan Selangor akan mengemukakan cadangan kepada lembaga pengarah Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) supaya memecat pengerusi eksekutif dan ketua pegawai eksekutifnya.

Keputusan itu diambil ekoran kedua-dua pihak itu didakwa tidak hadir memberikan penjelasan kepada Jawatankuasa Pemantauan SYABAS yang dipengerusikan oleh setiausaha kerajaan negeri.

"Dengan pemecatan ini, penjimatan kos operasi dari gaji pengerusi eksekutif SYABAS sahaja adalah berjumlah sekurang-kurangnya RM5.1 juta setahun," kata menteri besar Tan Sri Khalid Ibrahim.

Berikut kenyataan penuh Khalid:

Kerajaan Negeri Selangor telah menubuhkan Jawatankuasa Pemantauan SYABAS yang dipengerusikan oleh setiausaha kerajaan negeri Selangor lanjutan daripada kenyataan dan cadangan untuk membuat catuan air yang diumumkan oleh SYABAS.

Tujuan jawatankuasa ini untuk memantau secara harian keberkesanan, kecekapan perkhidmatan SYABAS dan kedudukan semasa pembekalan air kepada pengguna termasuk meninjau sendiri di tapak masalah kekurangan bekalan air yang dicanangkan oleh SYABAS.

Jawatankuasa ini akan mengkaji cadangan penambahbaikan dan pemulihan ke atas masalah bekalan air yang dihadapi. SYABAS telah diminta membentangkan dan melaporkan kepada Jawatan kuasa tersebut perkara-perkara berikut:

1. Pengeluaran air harian bagi setiap loji air dan paras empangan;
2. Permintaan air berdasarkan bil air (metered consumption) dari Januari 2012 hingga sekarang;
3. Unjuran permintaan air yang disediakan oleh SYABAS;
4. Maklumat mengenai paras kolam utama(balancing reservoir-terminal reservoir-service reservoir);
5. Kawasan yang mengalami masalah gangguan bekalan air ;
6. Maklumat terperinci mengenai rangkaian paip air utama termasuk kolam air hingga ke kawasan yang bermasalah termasuk NRW;
7. Punca-punca utama (micro) yang menyebabkan kawasan tersebut mengalami masalah air;
8. Cadangan penyelesaian yang dirancang oleh SYABAS ke atas masalah yang dibangkitkan; dan
9. Emergency response plan yang disediakan oleh pihak SYABAS.

Berdasarkan kepada hasil penelitian dan penyiasatan yang dibuat oleh jawatankuasa ini selama tiga hari, kerajaan negeri Selangor merumuskan bahawa:

1. Kerajaan Negeri Selangor akan mengemukakan cadangan kepada Lembaga Pengarah SYABAS supaya memecat pengerusi eksekutif dan ketua pegawai eksekutif SYABAS kerana tidak hadir memberikan penjelasan kepada jawatan kuasa tersebut. Dengan pemecatan ini, penjimatan kos operasi dari gaji pengerusi eksekutif SYABAS sahaja adalah berjumlah sekurang-kurangnya RM5.1 juta setahun.

2. Kerajaan negeri Selangor bersedia membelanjakan peruntukan bagi membina loji rawatan air baru untuk tujuan meningkat kapasiti pengeluaran air terawat dan dengan serta merta akan memanggil tender untuk Projek Mitigasi 2 yang berjumlah RM225 juta.

Langkah yang diambil kerajaan Negeri ini bagi melindungi kepentingan pengguna di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya yang terjejas kerana kegagalan SYABAS membekalkan air bersih seperti yang dipersetujui dalam perjanjian konsesi.

Kerajaan Selangor yakin kerajaan persekutuan tidak akan cuba menyulitkan usaha yang dirancangkan ini demi menjaga kepentingan dan kesejahteraan rakyat.

Sumber: Malaysiakini

Read More “KERAJAAN PR SELANGOR LAKUKAN APA YANG PATUT”  »»

SIRI KENALI MEREKA 3 : KEMELUT AIR DI SELANGOR

SPLASH shareholders comprise Gamuda Berhad (40%), The Sweet Water Alliance (30%) and the Selangor Government’s investment arm, Kumpulan Darul Ehsan Berhad-KDEB (30%). With combined capabilities and expertise, each being well-known names in their own fields and possessing individual strengths, SPLASH has the competitive edge in the water industry.


The Sungai Selangor Dam (SSD) and the Sungai Tinggi Dam (STD) are regulating dams located respectively at the riverheads of Sungai Selangor and Sungai Buloh, major tributaries of Sungai Selangor.

SPLASH is tasked to efficiently manage and regulate the water releases from these two dams to enable sustainable storage and to ensure sufficient quantity of raw water in the river to meet the water treatment plants’ requirements and other functional needs.

With the existence of these regulating dams, during rainy season the rain water would be collected and stored in the dams’ reservoirs instead of wastefully flow to the sea. During dry season, the stored water will be released into Sungai Selangor to augment the flow of the river hence preserve the ecosystem of the river.



1. SOKONG JANGAN TAK SOKONG AMBIL ALIH AIR


2. POLITIK AIR MENEMUI JALAN BUNTU


3. Ulasan Umno-reform isu AIR: Setuju Air Naik


Setuju Air Naik

Jawatankuasa Penaja Persatuan Pengguna - Pengguna Air Prihatin Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dilaporkan mengadakan satu demonstrasi di hadapan pejabat MTUC sebelum menyerahkan memorandum membantah tindakan MTUC dan CAWP menghantar memorandum "membantah penswastaan air dan peningkatan tarif air Selangor, Kuala Lumpur dan Putra Jaya" kepada Perdana Menteri Malaysia.

Inilah kali pertama dalam siri tamaddun manusia ada sekumpulan orang yang mengaku mewakili pengguna - pengguna Air menyokong SYABAS - sehingga sanggup melaung - laungkan Hidup Syabas - Hidup Syabas seakan merayu kepada SYABAS supaya menaikkan tarif air.

Pengerusi Penaja Persatuan tersebut adalah Dato Muhammad Azaham bin Abdul Wahab menyerahkan memorandum kepada MTUC kononnya berasa hati dan kecewa dengan Memorandum MTUC dan CAWP membantah penswastaan air dan penaikan tarif air yang dihantar kepada Perdana Menteri Malaysia.

Read More “SIRI KENALI MEREKA 3 : KEMELUT AIR DI SELANGOR”  »»

GANGGUAN BEKALAN AIR DI SELANGOR

Gangguan Bekalan Air Di Selangor Pada 8 , 9 Dan 15 Dis


KUALA LUMPUR, 5 Dis (Bernama) -- Gangguan bekalan air sementara akan berlaku di beberapa kawasan sekitar Petaling Jaya dan Hulu Selangor berikutan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) sedang melaksanakan kerja-kerja menaik taraf perkhidmatan bekalan air di beberapa kawasan di sekitar Selangor.

Menurut kenyataan Syabas pada Sabtu, gangguan akan berlaku di keseluruhan flat dan kondominium di Flora Damansara, Wilayah Petaling pada Selasa depan iaitu dari 10 malam sehingga 3 pagi keesokannya akibat kerja-kerja pemasangan injap kupu-kupu di Damansara Perdana oleh pemaju Saujana Triangle Sdn Bhd.

Gangguan bekalan air juga akan berlaku di Taman Seruling, Wilayah Hulu Selangor pada Rabu depan iaitu dari 7 pagi sehingga 7 malam akibat kerja-kerja henti tugas loji rawatan air Kuala Kubu Baru bagi kerja pencucian kolam imbangan oleh Puncak Niaga (M) Sdn Bhd.

Pada 15 Dis pula, gangguan bekalan air akan berlaku di Kampung Lembah Kinrara, Puchong; PJS 8/8 hingga PJS 8/14; Kondominum Suriamas, PJS 10/11; dan Mentari Court, PJS 8/9 akibat kerja-kerja pemasangan 'meter tekanan air' di saluran keluar kolam air Bukit Dengkil 10MG, Wilayah Petaling.

Sebarang pertanyaan lanjut, hubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan (Puspel) menerusi talian bebas tol 1-800-88-5252 atau menggunakan sistem pesanan ringkas (SMS) dengan menaip PUSPEL , dan hantar ke 39222.

-- BERNAMA

Read More “GANGGUAN BEKALAN AIR DI SELANGOR”  »»

GANGGUAN BEKALAN AIR DI SELANGOR DAN WP KL

Untuk sebarang pertanyaan atau aduan, hubungi talian bebas tol 1-800-88-5252

For queries or complaints, call Syabas’ Customer Service Centre at tollfree line 1-800-88-5252 or visit its website at http://www.syabas.com.my.

Water cut in KL and Selangor


SEVERAL areas in the federal capital and Selangor will experience water supply disruption between May 21 and June 4.

Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) corporate communications manager Abdul Halem Mat Som said in a statement, that the disruption was due to upgrading work on the water supply service.

The disruption in Kuala Langat will be on May 21 and 25, and June 1 and 4, from 9pm to 9am the following day.

The areas affected include Taman Amanah, Taman Sentosa, Taman Ria, Taman Yayasan, Taman Seri Jarom, Taman Desa Jarom, Kampung Jenjarom, Sungai Rambai, Taman Rambai Indah, Taman Kota, Kampung Seri Cheeding, Taman Periang, Taman Bakti, Taman Sejati, Taman Seri Manggis, Taman Seri Telok Datok, Telok Datok government quarters and the Telok Datok dialysis centre.

Other affected areas are Taman Mesra, Taman Seri Damai, Taman Nilam, Taman Orkid, Taman Kenanga, Taman Kemuning, Taman Cempaka, Taman Budiman, Taman Baiduri, Taman Kanchong Darat, Kampung Sungai Lang, Jalan Morib, Taman Desa Jaya, Taman Bersatu, Taman Sri Putra, Taman Setia Jaya, Taman Banting Jaya, Taman Banting Baru and Kampung Sungai Buaya.

In the federal capital, Alam Jaya, Wangsa Cheras, Sunway Cheras, Taman Mudun, Taman Emas and Taman Permata will experience water supply disruption from 10pm on May 21 to 5am the following day.

Several areas in Petaling will also face water cut for 12 hours beginning from 5pm on the same date, including Bandar Kinrara 19, Kinrara Industrial Park, Bukit Jalil fire station, Jalan Puchong Sungai Besi, Taman Alam Sutera, Bukit Jalil Temporary Detention Centre, Taman Mutiara, Enggang Apartment, Taman Mesra, Taman Aman Sari, Kinrara Business Centre and Lavender Condominium.

On May 25, the areas affected will be Kampung Kerinchi, Bukit Angkasa, Panorama Condomi-nium, Section 5, Section 16, Section 17 and Section 19 of Petaling Jaya, International Islamic University of Malaysia (IIUM) matriculation centre and Pantai Hillpark.

Consumers are advised to store sufficient water for their needs.

For queries or complaints, call Syabas’ Customer Service Centre at tollfree line 1-800-88-5252 or visit its website at http://www.syabas.com.my. – Bernama

Read More “GANGGUAN BEKALAN AIR DI SELANGOR DAN WP KL”  »»
 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Add caption *Relawan AMALNITA sedia bersama....*
    10 years ago
  • Shopping Back To School. - Oleh kerana 2 petugas kaunter demam dlm Program Jom Shopping Back To School DUN Meru, maka Yb Meru dan Dato Ketua Kampung membantu mengambil...
    10 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket









Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com