Video Betapa Indahnya Sungai Kita
Seruan ini ditujukan kepada semua rakyat Malaysia yang berjiwa merdeka khususnya warga Selangor yang peduli tentang nasib mereka serta cucu cicit mereka dan mahu merancang dari sekarang.
Hentikan usaha Kerajaan Pusat untuk menyelamatkan syarikat kroni. Jangan biarkan masa depan anda ditentukan oleh beberapa individu yang mahu mengaut keuntungan sebanyak mungkin dan secepat mungkin. Mereka mahu merampas hak anda sebagai rakyat negeri Selangor. Mereka sedang memerah air keringat anda dan jika anda biarkan mereka bermaharajalela , air mata darah sekalipun keluar pada suatu hari nanti tiada gunanya.
JIKA udara yang anda hirup dan sedut secara percuma, tanpa sedar dan jarang sekali berterima kasih kepada tuan empunya, dapat mereka kawal selia atau berupaya mengambil alih dari Yang Maha Berkuasa, nescaya mereka akan memasang paip ke setiap rumah anda untuk disalurkan oksigen.
Anda akan dikenakan levi, caj, tarif atau istilah yang mereka suka gunakan atas alasan mereka telah menapis udara ini dan diperkaya dengan ion negatif, "tenaga hayat" dan sebagainya.
Sekiranya anda gagal menjelaskan caj bulanan, bekalan udara anda akan dipotong sama ada setelah notis diberi atau tidak kerana ia adalah hak mutlak syarikat bekalan UDARATOKSAYAPUNYA.
BAYANGKAN BAGAIMANA JIKA BEKALAN UDARA ANDA TERPUTUS SELAMA BEBERAPA MINIT....BEBERAPA JAM......BEBERAPA HARI....
Fikir-fikirkan nasib anda jika caj atau tarif air terus menerus naik, tol naik saban tahun, tarif eletrik tak pernah turun, tambang bas atau taksi naik dan naik, OK jika gaji atau elaun sara hidup dinaikkan selaras dengan kos sara hidup. Klik pada imej untuk diperbesarkan.
Politik Air Menemui Jalan Buntu
Kenyataan Media YAB MB Selangor Isu AIR
Video Kerajaan Pusat Rampas Hak Air
Isu AIR Yang Ditenggelamkan Oleh Isu Lembu
Untung Atas AIR
SOKONG JANGAN TAK SOKONG AMBIL ALIH SYARIKAT KONSESI AIR
Labels:
Jbas,
Puncak Niaga,
SPAN,
SPLASH,
SYABAS
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Comments :
Post a Comment