Pray For MH370

Pray For MH370

GANGGUAN BEKALAN AIR DI SELANGOR

Gangguan Bekalan Air Di Selangor Pada 8 , 9 Dan 15 Dis


KUALA LUMPUR, 5 Dis (Bernama) -- Gangguan bekalan air sementara akan berlaku di beberapa kawasan sekitar Petaling Jaya dan Hulu Selangor berikutan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) sedang melaksanakan kerja-kerja menaik taraf perkhidmatan bekalan air di beberapa kawasan di sekitar Selangor.

Menurut kenyataan Syabas pada Sabtu, gangguan akan berlaku di keseluruhan flat dan kondominium di Flora Damansara, Wilayah Petaling pada Selasa depan iaitu dari 10 malam sehingga 3 pagi keesokannya akibat kerja-kerja pemasangan injap kupu-kupu di Damansara Perdana oleh pemaju Saujana Triangle Sdn Bhd.

Gangguan bekalan air juga akan berlaku di Taman Seruling, Wilayah Hulu Selangor pada Rabu depan iaitu dari 7 pagi sehingga 7 malam akibat kerja-kerja henti tugas loji rawatan air Kuala Kubu Baru bagi kerja pencucian kolam imbangan oleh Puncak Niaga (M) Sdn Bhd.

Pada 15 Dis pula, gangguan bekalan air akan berlaku di Kampung Lembah Kinrara, Puchong; PJS 8/8 hingga PJS 8/14; Kondominum Suriamas, PJS 10/11; dan Mentari Court, PJS 8/9 akibat kerja-kerja pemasangan 'meter tekanan air' di saluran keluar kolam air Bukit Dengkil 10MG, Wilayah Petaling.

Sebarang pertanyaan lanjut, hubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan (Puspel) menerusi talian bebas tol 1-800-88-5252 atau menggunakan sistem pesanan ringkas (SMS) dengan menaip PUSPEL , dan hantar ke 39222.

-- BERNAMA

Comments :

0 comments to “GANGGUAN BEKALAN AIR DI SELANGOR”
 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Mesyuarat Agung Khas AMALNITA perihatin Pelancaran Tabung PDS AMALNITA dan anda
    8 years ago
  • "Paciaru" atau breakfast. - Yb Meru bersama Mr.Maniam turun padang memantau jalan2 berlubang di susur keluar highway Setia Alam ke Jln Meru dan Jln Korporat Kawasan Meru ...
    8 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket









Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com