
Di Permatang Pasir, PAS kekalkan kemenangan besar
Harakahdaily/FOTO Malaysiakini
KUALA LUMPUR, 25 Ogos:PAS bakal mengulangi kemenangan besar yang dicapai dalam Pilihan Raya Umum ke-12 pada Mac tahun lalu apabila kiraan undi menunjukkan calonnya, Mohd Salleh Man mendahului pesaing daripada Barisan Nasional, Rohaizat Othman dengan majoriti melebihi 4,500.
Kiraan terbaharu menunjukkan PAS mendapat 9616 undi berbanding 5061 diperolehi BN, menambahkan lagi pukulan kepada BN yang belum pernah memenangi pilihan raya kecil di Semenanjung sejak pilihan raya umum lebih setahun lalu.
Kerusi Dun Permatang Pasir dimenangi wakil PAS Datuk Mohd Hamdan Abdul Rahman dengan majoriti 5,433 undi dalam Pilihan Raya Umum-ke 12, kemenangan ketiga dan dengan majorit terbesar dalam tiga pilihan raya dimenangi PAS sejak 1999.
MENANG MAJORITI 4451 UNDI DI PERMATANG PASIR
PRK N11 PMTG PASIR: CALON PAS IALAH UST MOHD SALLEH MAN
Permatang Pasir: Salleh Man lawan Rohaizad
PERMATANG PASIR, 14 Ogos: Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengumumkan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Mohd Salleh Man dipilih sebagai calon PAS mewakili Pakatan Rakyat untuk pilihan raya kecil Permatang Pasir.
Dengan pengumuman ini, beliau akan bertanding melawan calon BN, Rohaizad Otman, Setiausaha Umno Bahagian Permatang Pauh.
Sehingga kini, Kamarul Ramizu, bekas calon bebas Penanti dan Bukit Gantang akan turut serta dalam pilihan raya kecil ini sebagai calon bebas.
Penamaan calon pilihan raya ini akan diadakan pada 17 Ogos ini manakala pilihan raya akan diadakan pada 24 Ogos.
Wartawan Harakahdaily
====================================================================================
PRK N11: Penempatan Petugas PAS
Tempat agihan penempatan: Pusat Khidmat DUN Pmtg Pasir
No Telefon : 04-3984226
Peta Lokasi SINI
1.UPU Sama Gagah:
Ketua: Tuan Ibrahim Tuan Man (Naib Presiden PAS)
Negeri Pembantu: Pahang & Sarawak
Kawasan Pembantu: Jelutong & Tanjung
2.UPU Permatang Ara:
Ketua: DS Azizan Abdul Razak (MB Kedah)
Negeri Pembantu: Kedah & Sabah
Kawasan Pembantu: Tasek Gelugor
3.UPU Permatang Pauh:
Ketua: DS Ir Nizar Jamaluddin (MP Bkt Gantang)
Negeri Pembantu: Perak
Kawasan Pembantu: Bayan Baru
4.UPU Bukit Indra Muda:
Ketua: Dato' Dr Hasan Ali (Pesuruhjaya PAS Selangor)
Negeri Pembantu: Selangor
Kawasan Pembantu: Balik Pulau & Bukit Bendera
5.UPU Kampung Pelet:
Ketua: Dr Mahfodz Mohamad (Pesuruhjaya PAS Johor)
Negeri Pembantu: Johor & Melaka
Kawasan Pembantu: Bagan & Bukit Gelugor
6.UPU Kubang Semang:
Ketua: Dato' Ustaz Ahmad Yaacob (Timb. MB Kelantan)
Negeri Pembantu: Kelantan
Kawasan Pembantu: Nibong Tebal
7.UPU Tanah Liat:
Ketua: Hj Mohamad Nor Mohamad
Negeri Pembantu: Wilayah Persekutuan & Perlis
Kawasan Pembantu: Batu Kawan
8.UPU Cross Street:
Ketua: Zulkifli Omar (Pesuruhjaya PAS N Sembilan)
Negeri Pembantu: Negeri Sembilan
Kawasan Pembantu: Bukit Mertajam
9.UPU Permatang Tengah:
Ketua: Dato' Ustaz Harun Taib (Ketua Dwn Ulamak PAS Pusat)
Negeri Pembantu: Terengganu
Kawasan Pembantu: Kepala Batas
LARANGAN PEJUALAN ARAK KEPADA MUSLIM SATU BENTUK NAHI MUNKAR
Arak masih boleh dibeli di hotel kecuali sebuah hotel di Ampang iaitu Hotel De Palma, malah hotel ini juga menyediakan tempat istimewa untuk dijadikan "MASJID" pada hari Jumaat bagi pengunjungnya serta penduduk setempat. Hotel ini adalah milik PKNS.
Penjualan arak tidak dibenarkan kepada orang Islam. Dalam masa yang sama, tidak ada permit baru akan dikeluarkan bagi tujuan penjualan minuman beralkohol.
Hassan Ali, Ronnie Liu sepakat isu 'Arak' selesai
KUALA LUMPUR, 13 Ogos (Hrkh) - Pesuruhjaya PAS Selangor Dato' Dr Hassan Ali bersama Exco DAP Ronnie Liu menyatakan kata sepakat isu penjualan Arak dianggap sudah selesai.
Kedua-dua mereka dilihat berjabat tangan dan berdamai secara terbuka di satu sidang media bersama di Tropicanna dekat sini petang tadi.
Dalam kenyataan kedua-dua belah pihak, mereka bersetuju bahawa penjualan arak dibenarkan bagi orang bukan Islam.
Namun ianya mesti dikawal dan tidak dibenarkan kepada orang Islam. Dalam masa yang sama, difahamkan, kedua-duanya bersetuju bahawa tidak ada permit baru akan dikeluarkan bagi tujuan penjualan minuman beralkohol itu.
Turut hadir di sidang media yang dibuat sejurus selepas Seminar Pakatan Rakyat di Tropicana, ialah Penasihat KeADILan Dato' Seri Anwar Ibrahim, Penasihat DAP Lim Kit Siang dan Setiausaha Agung PAS Dato' Mustafa Ali beserta barisan pimpinan parti masing-masing.
Dalam sidang media itu Anwar menyatakan bahawa penubuhan Jawatankuasa Displin Pakatan Rakyat akan ditubuhkan di peringkat pusat bagi memantapkan lagi dasar dan pelan tindakan pemimpin Pakatan Rakyat.
Seminar itu juga adalah bertujuan memperkukuhkan Pakatan Rakyat sekaligus cuba menangkis pelbagai tohmahan dan serangan 'pyswar' yang dilakukan oleh Barisan Nasional (BN) dan Umno mutakhir ini.
azm/ Hazayani & Dzulfikar Mashoor/ Foto Wan Zahar/harakahdaily
DUNIA ARAK YANG SANGAT MENCABAR
BERITA MENARIK

SINGAPURA, 11 Ogos (Bernama) -- Pengarah Cawangan Khas Polis Diraja Malaysia Datuk Seri Ramli Sha'ari Selasa dikurniakan Pingat Jasa Gemilang Singapura
atas peranannya dalam mewujudkan hubungan yang semakin kukuh antara Cawangan Khas dan Jabatan Keselamatan Dalam Negeri Singapura (ISD).
Majlis bersejarah itu diadakan di Kementerian Dalam Negeri di sini di mana Menterinya Wong Kan Seng, yang juga Timbalan Perdana Menteri, mewakili Presiden republik itu S.R. Nathan menyampaikan anugerah itu.
Dalam satu kenyataan di sini, kementerian itu berkata Ramli begitu aktif memperkukuhkan hubungan antara Cawangan Khas dan ISD, dan di bawah kepimpinan beliau, hubungan antara dua cawangan polis itu semakin rapat dengan pertukaran risikan penting anti-keganasan dan operasi bersama terhadap Jemaah Islamiah (JI) dan sasaran lain yang ada kaitan dengan keganasan.
Sejak beberapa tahun lepas, kementerian itu berkata kerjasama antara Cawangan Khas dan ISD telah membawa kepada penangkapan beberapa anggota JI Singapura yang melarikan diri dan bersembunyi di Malaysia oleh polis Malaysia.
Kementerian itu berkata paling penting, Cawangan Khas menumpukan kepada usaha untuk menyiasat kemungkinan pemimpin JI Singapura Mas Selamat Kastari bersembunyi di Johor selepas melarikan diri dari Singapura tahun lepas.
Penangkapan Mas Selamat pada April lepas merupakan satu bukti sikap profesional dan kecemerlangan operasi Cawangan Khas dan pimpinan yang cekap oleh Ramli dalam menangani keganasan, katanya.
Kementerian itu berkata usaha-usaha anti-keganasan dan kejayaan Cawangan Khas telah membantu menjadikan Singapura dan rantau ini lebih selamat.
-- BERNAMA









