
BN kekal majoriti 2/3 tapi hilang 8 kerusi Keputusan keseluruhannya, BN memenangi 55 kerusi, DAP (12), PKR (3) dan Bebas (1). Keputusan itu menunjukkan BN kehilangan lapan kerusi, berbanding 63 kerusi yang dimenanginya pada 2006. DAP dan PKR juga menyapu bersih semua lima kerusi di Kuching.
Sumber: malaysiakini

KEPUTUSAN PILIHANRAYA NEGERI SARAWAK
P. KLANG BAKAL MENJADI MEDAN PERTARUNGAN


"Kerusi dewan undangan negeri Pelabuhan Klang kosong"
Pengumuman itu dibuat oleh Speaker Selangor, Datuk Teng Chang Khim petang tadi di Bangunan Sultan Abdul Aziz Shah di Shah Alam.
Katanya, keputusan itu dibuat mengikut Perkara 69 dan 70 perlembagaan negeri. Tiada peruntukkan bagi merayu.
Apabila ditanya wartawan, Teng kemudiannya mengemukakan rekod menunjukkan Badrul Hisham tidak menandatangani borang kedatangan pada 8 November lalu. Laporan Malaysiakini bertajuk Speaker isytihar kerusi DUN Pelabuhan Klang kosong
PENGGULINGAN MB SELANGOR: NON-ISU


Tiada ahli parlimen PKR cuba guling Khalid
Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan dakwaan pihak tertentu bahawa terdapat beberapa ahli parlimen parti itu cuba menggulingkan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kerana tidak berpuas hati dengan cara pentadbirannya.
Beliau berkata, perkara tersebut langsung tidak dimaklumkan kepada beliau untuk dibincangkan di peringkat tertinggi parti.
"Kedudukan menteri besar memang tak berbangkt. Saya ikuti juga dalam media dan blog tapi saya tidak tahu mengenai perkara ini. Kalau betul-betul ada, takkanlah tidak dibawa kepada saya.
"Kalau nak gugurkan menteri besar (Khalid) mesti dalam makluman saya kerana saya adalah sedikit pengaruh sama ada nak ganti atau tidak. Perkara ini tidak dibangkitkan sama sekali, yang dibangkitkan supaya program kita untuk merakyatkan ekonomi Selangor mencapai matlamat," katanya yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.
Menjelaskan mengenai perletakan jawatan Khalid sebagai Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Selangor, Anwar berkata ianya dibuat bagi membolehkan Khalid menumpukan tugasan kepada usaha pentadbiran kerajaan negeri.
"Tan Sri Khalid terlalu banyak dibebani dengan tanggungjawab seperti menjaga soal pelaburan, diminta untuk menjaga Wilayah termasuk Kampung Baru. Jadi beliau minta untuk melepaskan tugas parti.
"Setelah berbincang, kita minta YB Azmin jaga Selangor dan Datuk Zaid jaga Wilayah.
"Sebab banyak tanggungjawab di negeri ini khususnya, banyak kerja yang dibuat jadi kita pertimbangkan keadaan tersebut dan bagi saya itu tidak ada masalah," katanya lagi.
Semalam, Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail mengumumkan perkara berkenaan selepas mempengerusikan mesyuarat pimpinan pusat parti itu di Shah Alam.
Azmin sebelum ini mengetuai PKR Wilayah Persekutuan dan kekosongan itu akan diambil alih oleh penyelaras Pakatan Rakyat, Datuk Zaid Ibrahim.
Hazayani Zakaria /Harakahdaily
SIAKAP SENOHONG GELAMA IKAN DURI CAKAP BOHONG AKAN JADI MENTERI

MP yang disebut Zahrain akan "melompat" jika Peristiwa 16 September 2008 benar-benar berlaku selain Ghapur (kiri), ialah Datuk Seri Anifah Aman (BN-Kimanis), Datuk Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan), Datuk Chua Soon Bui (Bebas-Tawau) dan Datuk Eric Majimbun (Bebas-Sepanggar).
Nama lain yang disebut ialah Dr Mohd Puad Zarkashi (BN-Batu Pahat), Datuk Seri Tengku Azlan Sultan Abu Bakar (BN-Jerantut) dan Tengku Razaleigh Hamzah (BN-Gua Musang).
Zahrain juga mendakwa seorang timbalan speaker dikatakan akan menyertai PKR
Ghapur: Zahrain penipu besar
Ahli parlimen Kalabakan, Datuk Abdul Ghapur Salleh, yang dinamakan sebagai satu daripada lapan MP yang akan berpaling tadah kepada pembangkang pada 16 Sept membidas Datuk Seri Zahrain Hashim yang didakwa menipu di Dewan Rakyat.
Bekas MP PKR yang mengisytiharkan dirinya sebagai ahli bebas itu, minggu lalu mendedahkan bahawa Abdul Ghapur yang mewakili Umno Sabah dinamakan antara kumpulan berkenaan.
Menurut Ghapur, Zahrain telah melakukan satu penipuan besar.
Sehubungan itu, beliau mahu ahli parlimen dari Bayan Baru itu segera menarik semula kenyataannya dan menyenaraikan mereka yang dikatakan akan berpaling tadah itu.
Abdul Ghapur juga mencabar Zahrain mendedahkan nama 30 MP yang dikatakan akan menyertai ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam rancangan Pakatan Rakyat untuk menumbangkan kerajaan Barisan Nasional, jika apa yang didakwanya sebelum ini adalah benar.
Beliau juga memberi amaran kepada Umno agar tidak menerima Zahrain sebagai ahlinya kerana jika bekas ketua PKR Pulau Pinang itu sanggup berpaling tadah terhadap Anwar, dia juga, katanya, suatu hari nanti akan menikam pemimpin BN juga.
Selain Ghapur (kiri), MP dari Sabah yang dinamakan oleh Zahrain ialah Datuk Seri Anifah Aman (BN-Kimanis), Datuk Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan), Datuk Chua Soon Bui (Bebas-Tawau) dan Datuk Eric Majimbun (Bebas-Sepanggar).
Nama lain yang disebut ialah Dr Mohd Puad Zarkashi (BN-Batu Pahat), Datuk Seri Tengku Azlan Sultan Abu Bakar (BN-Jerantut) dan Tengku Razaleigh Hamzah (BN-Gua Musang).
Zahrain juga mendakwa seorang timbalan speaker juga dikatakan akan menyertai PKR.
Hazlan Zakaria/malaysiakini
===============================================================
Pengundi Bayan Baru desak Zahrain kosong kerusi
Ahli parlimen Bayan Lepas yang keluar PKR baru-baru ini dan menjadi calon Bebas, Datuk Zahrain Mohd Hashim menerima kejutan hari ini apabila menerima petisyen yang mengandungi 2,108 tandatangan, mendesaknya mengosongkan kerusinya sebelum Dewan Rakyat bersidang mulai esok.
ADUN Pantai Jerejak, Sim Tze Tsin berkata, tandatangan itu dikutip dalam tempoh dua hari dari kalangan pengundi di sekitar pasar Bayan Baru dan Tapak Pesta di Sungai Nibong, Pulau Pinang.
DUN Pantai Jerejak terletak di bawah Parlimen Bayan Baru.
"Ramai yang merasa tertipu dengan tindakan Zahrain keluar parti, jadi kita terpaksa menghantarr mesej ini kepadanya," kata Sim yang juga timbalan ketua Angkatan Muda PKR Pulau Pinang.
"Saya diberitahu yang Zahrain terperanjat dan pucat sewaktu menerima petisyen tersebut, tetapi beliau tetap menerimanya," katanya.
Zahrain keluar PKR pada 12 Februari lalu selepas mengecam Ketua Menteri Pulau Pinang yang juga setiausaha agung DAP, Lim Guan Eng sebagai "seorang diktator dan perkauman.
Susan Loone/Malaysiakini
MOHSIN HARUS DIJADIKAN CONTOH
Mengkhianati perjuangan, berpaling tadah, mungkir dengan janji ketika berkempen, menyalahgunakan amanah serta mandat yang diberi rakyat dan enggan meletak jawatan sebagai wakil rakyat bagi membolehkan satu pilihan raya kecil diadakan adalah di antara sebab-sebab kenapa Mohsin diharuskan hukuman duniawi dari ALlah. Satu jalan keluar ialah Mohsin bermubahalah dengan pengundi kawasan Parlimen Bagan Serai.
Ahli parlimen Bagan Serai, Mohsin Fadzli Samsuri diberi tempoh tujuh hari untuk mengosongkan kerusinya ataupun menghadapi tindakan dikenakan solat hajat supaya dihukum oleh Allah.
Ahli Majlis Syura Ulama PAS Ahmad Awang (kiri) berkata pihaknya akan menganjurkan solat hajat selama tujuh hari tujuh malam supaya Mohsin diberikan hukuman setimpal kerana mengkhianati perjuangan.
“Kita beri tempoh tujuh hari supaya beliau letak jawatan. Jika tidak kita akan anjurkan solat hajat tujuh hari tujuh malam supaya Allah menghukumnya kerana khianat pada perjuangan.
“Bentuk hukuman tersebut, biarlah Allah sahaja yang menentukannya,” kata Ahmad yang juga pesuruhjaya PAS negeri Perak pada pilihan raya umum sebelum ini.
Bekas naib presiden PAS itu mengulas tindakan Mohsin yang keluar PKR dan menjadi wakil bebas dengan alasan tidak bersetuju dengan pendirian PKR berhubung isu kalimah Allah.
Pada sidang media bagi mengumumkan perkara itu semalam, Mohsin (kanan) dilaporkan berkata, beliau telah membangkitkan perkara itu melalui saluran dalaman tetapi mendakwa ia tidak dihiraukan.
Ketika menghubungi Malaysiakini semalam, Ahmad berkata, tempoh tujuh hari yang diberikan kepada Mohsin untuk meletakkan jawatan sebagai wakil rakyat bermula semalam apabila pengumuman itu dibuat.
Ditanya sama ada program berkenaan akan dianjurkan oleh PAS negeri, Ahmad berkata ia anjurannya sendiri yang bertanggungjawab menerima Mohsin sebagai calon kawasan tersebut pada masa itu.
Bagaimanapun, tambah Ahmad, beliau juga mengajak pengundi kawasan itu, penyokong PAS sekitar kawasan parlimen berkenaan dan kira-kira seribu pelajar daripada sebuah pusat pengajian agama yang diasaskannya di Perak bagi menyertai solat tersebut.
Ahmad sebelum itu telah dua kali bertanding pada pilihan raya umum di kawasan parlimen tersebut pada 1999 dan 2004. Bagaimanapun beliau tewas kedua-dua kali di tangan calon BN.
Mengimbau semula detik-detik ketika Mohsin dipilih sebagai calon bagi Pakatan Rakyat, ketika itu Ahmad berkata, bukan sahaja pengundi, tetapi penyokong PAS juga tidak mengenalinya.
“Semua orang tanya siapa beliau,” kata Ahmad yang berkata pihaknya bertungkus lumus berusaha bagi memastikan Mohsin menang.
“Waktu berkempen itu, kita bawa dia, iring ke sana ke mari. Saya (sendiri) cakap pada pengundi-pengundi, kalau tuan-tuan undi Mohsin, samalah macam tuan-tuan undi saya,” katanya.
Ahmad juga dilihat menunjukkan keraguannya terhadap tindakan politik Mohsin tersebut yang menurutnya berlaku secara tiba-tiba.
Katanya, beliau difahamkan, ketika seorang aktivis PAS kawasan tersebut berhubung dengan Mohsin kelmarin, soal peletakan jawatannya tidak timbul langsung.
“Berdasarkan sidang media beliau, daripada cara dia baca kenyataan akhbar, dengan salah sebut beberapa kali, saya rasa itu bukan beliau yang buat,” kata Ahmad.
Sementara itu, kira-kira jam 10 pagi ini, sejumlah 200 orang berhimpun di depan pejabat Mohsin di Bagan Serai bagi mendesak wakil rakyat itu meletakkan jawatan segera.
Jimadie Shah Othman/malaysiakini
PENGERUSI GERAK LETAK JAWATAN, SERTAI PKR (DWIBAHASA)
Pengerusi GERAK letak jawatan, mungkin sertai PKR
Gerakan Rakyat Integriti dan Anti Korupsi (GERAK Malaysia) mengumumkan peletakan jawatan pengerusinya, Mohd Nazree Mohd Yunus berkuatkuasa serta merta hari ini untuk menyertai bidang politik.
Keputusan ini dibuat setelah perbincangan dibuat bersama ahli majlis tertinggi GERAK Malaysia dan merupakan keputusan Mohd Nazri sendiri.
"Beliau telah memaklumkan kepada majlis tertinggi dan sukarelawan Gerak dalam siri-siri pertemuan bersama mereka berkaitan hasratnya untuk meletak jawatan bagi menyertai politik.
"Ia bertujuan supaya supaya Gerak Malaysia terus kekal sebagai badan bebas, neutral dan non-partisan dalam usaha badan ini berjuang membudayakan integriti dan anti korupsi," kata kenyataan sekretariat GERAK.
Sementara itu, Mohd Nazri disebut-sebut akan menyertai PKR.
Pemuda PKR pula mengumumkan akan mengadakan sidang akhbar khas esok, yang besar kemungkinan akan mengumumkan penyertaan Mohd Nazree dalam PKR.
Nazree sebelum ini pernah membuat laporan polis terhadap Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung agihan lembu korban di kawasan parlimennya di Bandar Tun Razak sewaktu Hari Raya Korban.
MALAYSIAKINI
=====================================================================================
Former Gerak head Mohd Nazree to join PKR
KUALA LUMPUR, 23 Jan: Former student leader Mohd Nazree Yunus is set to join PKR Youth and the official announcement is due to be made as early as Sunday, PKR insiders told Harakahdaily.
Mohd Nazree took over the helm of Gerak or Integrity and Anti-Corruption Movement after former PKR Youth chief Ezam Mohd Noor defected to Umno in May 2008. He has since resigned from Gerak, sparking a swirl of speculation that he was about to make his entree into politics.
“His joining PKR is a decision by the Youth wing. They believe he can add value to the party and to the Pakatan family," the PKR insider told Harakahdaily.
"It is hard to say if it is a good decision because there are some members who worry that he may cause trouble later on. However, he is being welcomed with an open mind and there are high hopes that he expand the reach of the Youth wing."
A thing of the past
Of late, Gerak appears to have stood more on the side of the Umno-BN rather than the Pakatan Rakyat. A good example is the police report Mohd Nazree lodged against PKR Mentri Besar of Selangor Khalid Ibrahim.
The Gerak chief accused Khalid of abusing his powers by spending RM110,400 of state funds to buy 46 cows during the Hari Raya korban or sacrifice festival. The cattle was slaughtered and distributed to Khalid’s constituents in Bandar Tun Razak.
Despite the frivolous nature of the allegation, it stirred up heat for PKR as Selangor Umno leaders such as former MB Khir Toyo seized on the opportunity to discredit Khalid and his state administration.
Mohd Nazree was formerly the head of the Universiti Malaya Muslim Students Association.
Harakahdaily
SELCAT ISSUE DISCUSSED AT SPECIAL MEETING OF PAS STATE LIAISON COMMITTEE
After a 3 hour long meeting comprising 60 party members of the PAS Selangor liaison committee today, a resolution was passed in support of its commissioner Datuk Dr Hasan Ali over the Selcat controversy.
Selangor PAS backs Hasan over Selcat
SHAH ALAM, Sept 27 - The PAS Selangor liaison committee today passed a resolution in support of its commissioner Datuk Dr Hasan Ali over the Selcat controversy.
Hasan recently criticised the state’s select committee for competency, accountability and transparency (Selcat) for “bullying public servants” during a recent public inquiry.
The outburst by the PAS leader has reignited discussions on Hasan’s loyalty and his party’s commitment to Pakatan Rakyat in Selangor.
Hasan previously clashed with PR colleagues over the sale of beer at convenience outlets in Shah Alam, and a plan to empower mosque committee members and workers to police immoral activities in the state.
PAS state liaison committee secretary Mohd Khairuddin Othman has also issued a statement of the party’s support for Hasan and warned that the party was considering pulling out of the state government.
In its resolution today, PAS Selangor agreed that Hasan’s position as PAS Commissioner and executive councilor should not be questioned because the posts were decided by the party president and the Selangor mentri besar respectively.
The committee also supports the opinion of Hasan and stressed that state institutions like Selcat will not function properly if the party commissioner’s proposals are not considered.
The committee also urged the state government to take the necessary steps to reform Selcat to protect the state watchdog’s credibility.
Hasan explained that the meeting was held to discuss what he called a “little” controversy following the comments and statements he made on Selcat.
“PAS Selangor would like to highlight that the relationship between the state government and civil servants must always remain at the best possible state.
"There was an overwhelming agreement of what we have discussed. This means that PAS agrees to what was said by the PAS Commissioner in other words it is the belief of PAS leaders including members and supporters of PAS,” he told reporters after chairing the 3 hour long meeting.
Hasan pointed out however that the party never released any statement saying it was going to leave Pakatan Rakyat.
“PAS will always be together with Pakatan Rakyat and this matter should not be questioned,” he noted.
He also admitted that it might have been his fault that certain parties did not understand his statement.
“All of Selcat’s pubic inquiries have been reported by newspapers. And after each inquiry, Selcat’s chairman will hold a press conference.
“The press conference is also given wide coverage such as the ineffectiveness of the district officer and how he is not fit to be a district officer. When this becomes public knowledge, I believe my statements were appropriate,” he explained.
He added that not only witnesses in the public inquiry were affected but also their families.
“You know how many people have their hearts broken because of this. I was told the wife of the Klang district officer is ashamed to go out and go to work because his image has been tarnished by proceedings in Selcat,” he said.
However Shah Alam MP Khalid Samad still believes that Hasan should not have discussed the matter publicly.
“There was a bit of discussion whether he should have made the statement before discussing it in the exco and there was some difference of opinion on that. Datuk (Hasan Ali) feels that he has the prerogative whether to discuss publicly.
“That is a matter of opinion (whether he has done anything wrong.) My personal opinion is that he should not have discussed it publicly and we will wait and see what happens after that,” he told reporters after the meeting which was attended by 60 party members.
He added that disciplinary action against Hasan was not discussed because it was not for state leaders but the national leadership to decide.
By Asrul Hadi Abdullah Sani/MalaysianInsider
ADUN UMNO TERENGGANU KELUAR PARTI?


Retak Menanti Belah. Roda kehidupan terus berputar. Apa yang di atas suatu hari akan ke bawah.
*Berita Adun Umno keluar parti semakin panas
*Anwar sendiri temui 9 ADUN Umno
Berita Adun Umno keluar parti semakin panas
KUALA TERENGGANU, 1 Sept — Bermula dengan laporan dari The Malaysian Insider, kini berita sembilan Adun Umno Terengganu akan melompat parti semakin panas diperkatakan.
Terbaru, seorang Exco kerajaan negeri dikatakan sudah tidak sabar lagi dengan apa yang berlaku dalam kerajaan negeri Terengganu pimpinan Datuk Ahmad Said.
Beliau dikatakan mengugut akan meletakkan jawatan tidak lama lagi jika keadaan yang ada terus berkekalan.
Isu yang berlaku di Terengganu sangat-sangat tidak disenangi oleh Adun Umno khasnya yang tidak bersama dalam kem Ahmad Said.
Ini kerana, sejak tersisih mereka kehilangan segala-galanya bukan sahaja jawatan bahkan juga projek-projek kerajaan negeri.
Ini kerana, mereka bukan lagi hanya bersaing dengan penyokong Ahmad Said bahkan juga mereka yang berselindung di belakang Istana Terengganu yang menabalkan Ahmad Said.
Ahmad dilantik sebagai MB Terengganu selepas pilihan raya umum 2008 apabila Datuk Seri Idris Jusoh ditolak oleh istana walaupun nama beliau dikemukakan oleh Umno sebagai bakal MB.
Akibat tidak bersetuju dengan penolakan terhadap Idris, sekumpulan ahli Umno telah mengadakan demo di perkarangan kediaman rasmi MB Terengganu dan menaikkan beberapa kain rentang yang amat sensitif.
Antara kain rentang itu berbunyi “Kami nak Deris Jusoh natang”. Ia disiarkan oleh sebuah stesen TV dan gambarnya disebarkan merata-rata selepas itu.
Tafsiran yang berbangkit dari kain rentang itu amat ketara iaitu seolah-olah mereka menyifatkan Sultan Terengganu yang juga Yang Dipertuan Agung adalah ‘binatang’.
Sejak itu, hubungan antara penentang istana dengan istana semakin renggang.
Ada juga yang mendakwa, Ahmad Said bukan lagi MB Terengganu yang sebenar tetapi pihak yang mengambil kesempatan dengan apa yang berlaku terhadap beliau.
Ekoran itu, peluang perniagaan dan projek untuk penentang Ahmad Said semakin tipis bahkan hilang terus. Ini menyebabkan mereka terpaksa mencari jalan lain.
Jalannya adalah bekerjasama dengan PAS dan membentuk kerajaan baru kerana PAS juga mempunyai hubungan baik dengan istana Terengganu.
“Tetapi bagi saya, para pemimpin Umno ini penakut. Sebab itu sampai sekarang mereka tak berani nak tinggalkan Umno,” kata seorang pemimpin PAS Terengganu.
Namun begitu, seorang demi seorang mengaku dan meluahkan perasaan tidak senang mereka secara terbuka kepada media.
Baru-baru ini, ADUN Hulu Besut, Nawi Mohamad mengaku ada rundingan dibuat yang melibatkan beberapa orang wakil rakyat berkenaan cadangan untuk lompat parti.
Nawi sebagaimana dilaporkan sebuah laman web berkata, cakap-cakap mengenai tindakan untuk meninggalkan Umno bermula sejak dua bulan lalu.
“Ini bermula daripada cadangan. Cadangan ini ada daripada PKR dan ada daripada individu,” katanya tanpa menamakan individu-individu berkenaan.
Menurut Nawi, pertemuan seumpama itu juga diadakan secara tidak rasmi di antara beliau sendiri dan beberapa lagi wakil rakyat Umno negeri itu.
Beliau turut mengesahkan terdapat sembilan orang wakil wakyat Umno yang kini tidak lagi menyokong kepimpinan ADUN Kijal sebagaimana dilaporkan The Malaysian Insider sebelum ini.
“Memang betul kami tidak berpuas hati dengan menteri besar,” kata Nawi lagi.
Malaysian Insider
===================================================================================
Anwar sendiri temui 9 ADUN Umno
Ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri mengadakan pertemuan bersama sembilan ADUN Umno Terengganu tetapi tidak pasti ia melibatkan usaha menggulingkan kerajaan negeri.
Wakil rakyat Hulu Besut, Nawi Mohamad hari ini mengakui bahawa pertemuan antara Anwar dan sembilan orang wakil rakyat itu – yang diura-urakan menyertai PKR sebelum bergabung dengan lapan ADUN PAS – memang telah diadakan.
Nawi bagaimanapun menjelaskan tidak mempunyai maklumat lengkap kandungan perbincangan kedua-dua pihak berkenaan.
"Saya tidak tahulah apa yang dibincangkan dan ia juga tiada kena-mengena dengan saya," katanya, sambil menegaskan beliau sendiri tidak tersenarai dalam sembilan ADUN yang akan meninggalkan parti.
"Yang sembilan orang itu tidak termasuk saya. Kalau sepuluh orang pun tidak termasuk lagi," katanya kepada Malaysiakini hari ini.
Tambahnya, beliau tidak termasuk daripada 10 ADUN Umno yang bertindak memboikot persidangan DUN Terengganu, April lalu.
Tidak lama selepas insiden yang mengejutkan itu, kedengaran ura-ura PKR mendekati beberapa ADUN Umno untuk meninggalkan parti dan menyertai PKR.
Salhan K Ahmad/malaysiakini
LIM SOO NEE GANTI RADHI SEBAGAI EXCO KEDAH
*Sultan perkenan Radzhi gugur, Lim Soo Nee ganti (harakahdaily)
*Kedah MB drops Mohd Radzhi from state Exco (Mysinchew)
Sultan perkenan Radzhi gugur, Lim Soo Nee ganti
ALOR SETAR, 26 Ogos: Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah memperkenankan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lunas, Mohd Radzhi Salleh, digugurkan daripada jawatan Exco berkuatkuasa Selasa, kata Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak.
"Perkara ini telah dimaklumkan kepada Mohd Radzhi melalui pembantu peribadinya kerana beliau tidak ada di pejabat, dan Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri juga telah diarahkan untuk memaklumkan bahawa jawatan Exco telah digugurkan mulai 25 Ogos," katanya dalam satu sidang media di Wisma Darul Aman, di sini, Rabu.
an, di sini, Rabu.
Menurut beliau lagi, Sultan Kedah turut memperkenankan pelantikan ADUN Kulim dari PKR, Lim Soo Nee untuk mengisi jawatan Exco yang kosong itu manakala majlis angkat sumpah akan diadakan minggu depan.
Mohd Radzhi sebelum ini mengumumkan keluar dari PKR dan menjadi wakil rakyat Bebas.
Berikutan tindakan itu, Azizan menghadap Sultan Kedah bagi menyerahkan surat memohon perkenan supaya Mohd Radzhi yang mengisytiharkan dirinya wakil rakyat Bebas digugurkan daripada jawatan Exco.
Tindakan itu dibuat berikutan Mohd. Radzhi yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Pembangunan Masyarakat dan Sumber Tenaga Manusia negeri bukan lagi mewakili komponen Pakatan Rakyat (PR).
Ketua Penerangan PKR, Lateefa Koya menyifatkan tindakan Mohd Radzhi itu tidak menguntungkan Umno dan Barisan Nasional (BN).
Mohd Radzhi sering dihebohkan dengan dakwaan mempunyai beberapa rekod buruk sebelum menjadi Adun lagi termasuk semasa dia bertugas di Pejabat Pos Universiti Utara Malaysia (UUM).
Ketika menjadi Exco pula, dalam keadaan disifatkan sebagai gagal menjalankan tugasnya sebagai wakil rakyat dan juga exco, beliau masih mengemukakan tuntutan perbelanjaan melampau kepada kerajaan negeri sehingga menyebabkian beliau disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia SPRM.
Zulkifli Sulong/harakahdaily
------------------------------------------------------------------------------------
Kedah MB drops Mohd Radzhi from state Exco
ALOR SETAR: Mohd Radzhi Salleh, the Lunas state assemblyman who declared himself an independent member on Sunday, has been dropped from the Kedah State Executive Council (Exco).
Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak said the Sultan of Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah, had consented to the decision.
He said the decision to drop Mohd Radzhi, the Exco member for Tourism, Community Development and Human Resource was efffective Tuesday.
"The decision had been relayed to Mohd Radzhi via his personal assistant as he was not in office. The Deputy State Secretary had been directed to inform Mohd Radzhi that he had been dropped from the Exco post effective Aug 25," he told a media conference at Wisma Darul Aman here Wednesday.
On Sunday, Mohd Radzhi announced that he had quit PKR and all party posts and declared himself an independent assemblyman as he had lost confidence in the party leadership.
Azizan said the Sultan had also consented to the appointment of Kulim state assemblyman Lim Soo Nee of PKR to fill the vacant Exco post.
"The swearing-in ceremony will be held next week as many officers are still abroad. We must also check Tuanku's calendar."
The menteri besar said he would discuss with the State Secretary on whether to add or change the Exco portfolios adding that he would be holding the vacant post until the swearing-in ceremony.
Meanwhile, Kedah PKR chairman Ahmad Kassim said Lim's choice as replacement for Mohd Radzhi was made following talks between the menteri besar and the PKR adviser.
He said Lim's choice was also based on geographical factor since Lunas was situated near Kulim. (Bernama)
PKR RADHI QUITS
MENANG MAJORITI 4451 UNDI DI PERMATANG PASIR

Di Permatang Pasir, PAS kekalkan kemenangan besar
Harakahdaily/FOTO Malaysiakini
KUALA LUMPUR, 25 Ogos:PAS bakal mengulangi kemenangan besar yang dicapai dalam Pilihan Raya Umum ke-12 pada Mac tahun lalu apabila kiraan undi menunjukkan calonnya, Mohd Salleh Man mendahului pesaing daripada Barisan Nasional, Rohaizat Othman dengan majoriti melebihi 4,500.
Kiraan terbaharu menunjukkan PAS mendapat 9616 undi berbanding 5061 diperolehi BN, menambahkan lagi pukulan kepada BN yang belum pernah memenangi pilihan raya kecil di Semenanjung sejak pilihan raya umum lebih setahun lalu.
Kerusi Dun Permatang Pasir dimenangi wakil PAS Datuk Mohd Hamdan Abdul Rahman dengan majoriti 5,433 undi dalam Pilihan Raya Umum-ke 12, kemenangan ketiga dan dengan majorit terbesar dalam tiga pilihan raya dimenangi PAS sejak 1999.
MANEK URAI: MENGHURAIKAN YANG TERSURAT DAN TERSIRAT

PANDANGAN SAYA
Sekali lagi PAS dan Pakatan Rakyat telah diberikan kepercayaan oleh rakyat untuk memimpin. Walaupun dengan majoriti yang lebih kecil, namun lebih separuh rakyat Manek Urai memberikan kepercayaan terus kepada PAS.
Dalam kegembiraan kita menerima kemenangan itu, saya selaku Exco kerajaan negeri Selangor ingin merakamkan kebimbangan saya kalau-kalau apa yang berlaku di negeri ini telah menghantar isyarat negetif kepada pengundi di Manek Urai.
Ini kerana, lebih 100 pengundi Manek Urai tinggal di negeri ini dan mereka pulang mengundi dalam pilihan raya tersebut.
Tindakan kita mencuci pakaian kotor di tempat awam (wash the dirty linen in public) amat tidak sesuai sekali dengan semangat kita berpakat dalam Pakatan Rakyat.
Sehubungan itu, saya menyeru para pemimpin Pakatan khasnya Adun dan Anggota Parlimen Selangor agar berbincang dengan baik dan bukannya menyelesaikan masalah kita di depan awam khasnya dalam media.
Marilah kita memberikan harapan kepada rakyat bukannya memberikan mereka kerungsingan melihat kita bergaduh di khalayak ramai sebagaimana yang berlaku sekarang.
Saya bimbang, apa yang berlaku di Selangor dan lain-lain tempat sekarang telah memberikan kesan di Manek Urai dan bakal memberi kesan yang lebih besar lagi selepas ini.
Saya menyokong penuh cadangan YB Lim Kit Siang agar Pakatan Rakyat menubuhkan Jawatankuasa Disiplin untuk menjaga nama baik kita bersama.
Dr Halimah Ali
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan Tingi, Pendidikan dan Pembangunan Modal Insan Selangor.
!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!?????????????????????????????????????
Ini berdasarkan krisis di kalangan Adun Pakatan Selangor sekarang di samping keputusan PAS menang majoriti 65 undi di Manek Urai.
Wang dan janji melonjatkan prestasi Umno di Manek Urai?
KEPUTUSAN PENANTI MENGUNDANG PELBAGAI REAKSI
Apa kata beberapa Penganalisis Politik tentang Keputusan PRK DUN Penanti yang dimenangi oleh PKR dengan majoriti 5558 undi;
Dr Sivamurugan Pandian dari Universiti Sains Malaysia(USM) berpendapat PKR tidak mencapai sasaran membawa antara 65 dan 70 peratus pengundi untuk turun mengundi; majoriti tinggi yang diperolehi menunjukkan bahawa penyokong setia mereka keluar berama-ramai untuk mengundi berbanding pada pilihan raya lepas,
Dr Oh Ei Sun, seorang penganalisis politik, berkata bahawa keputusan pilihan raya itu tidak membawa sebarang makna kerana ia lebih berupa kemenangan mudah apabila lawan utamanya tidak mengambil bahagian. Kedua-dua pihak boleh memberikan apa jua tafsiran mengenai keputusannya, namun apa yang nyata ialah ia tidak membawa sebarang makna
Beberapa pemimpin politik terutama dari BN mendakwa bahawa majoriti tinggi yang diperolehi oleh calon PKR tidak boleh digunakan sebagai kayu pengukur kerana beliau memenanginya dalam pertandingan menentang calon Bebas.
Apa Makna Keputusan Pilihanraya Kecil Penanti?
Oleh Alan Ting
Keputusannya memang dijangka, namun peratus yang keluar mengundi, tidak.
Sebagaimana yang dijangka calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) Dr Mansor Othman memenangi pilihan raya itu selepas memperolehi 6,052 undi menewaskan tiga calon bebas yang terdiri daripada Aminah Abdullah, 56, Nai Khan Ari a/l Nai Keow, 41, dan Kamarul Ramizu Idris, 42, dengan majoriti 5,558 undi.
Apa yang tidak dijangka ialah peratus yang mengundi pada hari itu berjumlah 46.15 peratus sahaja, atau kira-kira 7,100 orang berbanding 15,384 pengundi yang layak, iaitu pengurangan ketara daripada 82.1 peratus pengundi yang dicatatkan pada pilihan raya lepas.
Ramai penganalisis politik dan jentera parti terkejut dengan jumlah yang kecil itu kerana rata-rata menjangka jumlahnya antara 60 dan 70 peratus, sebaliknya jumlah yang mengundi pada hari itu adalah "jumlah peratus keluar mengundi yang paling kecil dalam sejarah pilihan raya negara".
Penganalisis politik Dr Sivamurugan Pandian dari Universiti Sains Malaysia(USM) berkata keputusan itu menunjukkan bahawa semua penyokong setia PKR turun mengundi pada hari itu, mengesahkan kajian baru-baru ini yang menganggarkan bahawa PKR dan Umno masing-masing memiliki antara 30 dan 35 peratus penyokong setia di kawasan itu.
"Walaupun ia bukanlah sesuatu yang sihat bagi proses pilihan raya, dan PKR tidak mencapai sasaran membawa antara 65 dan 70 peratus pengundi untuk turun mengundi; majoriti tinggi yang diperolehi menunjukkan bahawa penyokong setia mereka keluar berama-ramai untuk mengundi berbanding pada pilihan raya lepas," katanya.
Beliau berkata walaupun BN tidak bertanding, ia perlu mengkaji dan memahami pelbagai aspek mengenai pilihan raya ini, seperti bagaimana PKR dapat menghimpunkan penyokong setia mereka untuk keluar mengundi, di samping meneruskan kempen mereka walaupun lawan utamanya tidak bertanding pada pilihan raya itu.
Barisan Nasional (BN) memutuskan untuk tidak bertanding pada pilihan raya kecil itu kerana merasakan bahawa kekosongan itu tidak berdasarkan kepada sebab-sebab yang dinyatakan di bawah Perlembagaan Persekutuan.
"BN perlu mengkaji strategi yang digunakan oleh PKR, yang berjaya membawa penyokong setia mereka dalam jumlah yang lebih ramai berbanding sebelum ini. Semasa pilihan raya lepas PKR menang akibat penyokong BN beralih menyokong PKR, sekaligus memberikan Fairus (Mohammad Fairus Khairuddin) kira-kira 2,000 majoriti, tapi kali ini adalah jelas bahawa undi itu diberikan oleh penyokong setia mereka," katanya.
Dr Sivamurugan berkata PKR juga perlu menilai semula hasil pilihan raya kecil ini kerana ia secara jelas menunjukkan bahawa pengundi atas pagar tidak benar-benar terpengaruh dengan isu yang dibawa kepada mereka semasa pilihan raya kecil itu, sekaligus mengakibatkan jumlah yang mengundi amat rendah.
"PKR mengharapkan 70 peratus pengundi akan keluar mengundi. Mereka menjangka seluruh penduduk di kawasan itu menyokong mereka dalam isu-isu semasa, namun hasilnya jelas menunjukkan bahawa jangkaan mereka itu tersasar. Kegagalan mereka mempengaruhi pengundi atas pagar menyebabkan kelompok pengundi ini mengambil keputusan untuk tidak turun mengundi," katanya.
Seorang lagi penganalisis politik Dr Oh Ei Sun berkata keputusan pilihan raya itu tidak membawa sebarang makna kerana ia lebih berupa kemenangan mudah apabila lawan utamanya tidak mengambil bahagian.
"Malah boleh dikatakan jika ada pertandingan sekalipun, ia masih kemenangan mudah buat parti itu. Kedua-dua pihak boleh memberikan apa jua tafsiran mengenai keputusannya, namun apa yang nyata ialah ia tidak membawa sebarang makna," katanya.
Dr Oh berkata PKR boleh menafsirkan bahawa ia menang sekali lagi, manakala BN boleh berkata jumlah yang turun mengundi amat kecil menunjukkan bahawa orang ramai tidak bersetuju dengan pilihan raya kecil itu.
Satu-satunya yang menarik pada pilihan raya ini ialah walaupun tiga calon bebas hilang deposit, mereka masih boleh mengumpulkan undi yang jika digabungkan ketiga-tiganya berjumlah kira-kira lima peratus.
"Ramai yang merasakan bahawa mereka tidak penting selama ini, namun mereka berjaya memperolehi undi. Ini membangkitkan beberapa persoalanan dan menunjukkan bahawa PKR perlu mengadakan penyelarasan yang lebih baik antara pemimpin peringkat nasional, negeri serta tempatan, dan melihat kepada sentiman dalaman parti," katanya.
Pada masa yang sama beberapa pemimpin politik terutama dari BN mendakwa bahawa majoriti tinggi yang diperolehi oleh calon PKR tidak boleh digunakan sebagai kayu pengukur kerana beliau memenanginya dalam pertandingan menentang calon Bebas.
"Dalam politik hari ini, calon bebas sebenarnya tidak mempunyai tempat, melainkan mereka benar-benar disukai oleh penduduk tempatan. Calon bebas adalah politik semalam, dan sekiranya anda menang dengan menewaskan mereka, ia sebenarnya tidak membawa apa-apa makna," kata Pengerusi Gerakan Pulau Pinang Datuk Teng Hock Nan.
BERNAMA
PENGARAH PR PAS PUSAT TOLAK KEHENDAK PEMUDA MAHU BERTANDING DI PENANTI

PAS tertakluk kepada perjanjian yang telah dipersetujui dalam Pakatan Rakyat (PR). Semua parti dalam PR telah bersetuju, jika berlaku pilihan raya kecil, calon yang bertanding mestilah daripada parti yang bertanding pada pilihan raya umum sebelumnya.
PAS Pusat Tolak Kehendak Pemudanya Mahu PAS Bertanding Di Penanti
PAS Pusat menolak hasrat Pemuda PAS Pulau Pinang supaya PAS meletak calon untuk bertanding pada pilihan raya kecil kawasan Dewan
Undangan Negeri (DUN) Penanti.
"Ini kerana PAS tertakluk kepada perjanjian yang telah dipersetujui dalam Pakatan Rakyat (PR). Semua parti dalam PR telah bersetuju, jika berlaku pilihan raya kecil, calon yang bertanding mestilah daripada parti yang bertanding pada pilihan raya umum sebelum itu," kata Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Datuk Mustafa Ali (foto kanan atas).
Kerusi Penanti kosong berikutan peletakan jawatan penyandangnya dari Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohammad Fairus Khairuddin yang juga bekas Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinnag.
PKR telah mengumumkan calon mereka untuk bertanding di Penanti iaitu Timbalan Pengerusi Perhubungan PKR Pulau Pinang, Mansor Othman, 56.(foto kiri bawah)
Selain PKR, calon bebas, Aminah Abdullah, 56, (foto kiri atas) bekas Ketua Wanita PKR Pulau Pinang, turut menyatakan hasrat untuk bertanding.
Barisan Nasional (BN) belum menamakan calon mereka.
Bernama
FAIRUS SAH LETAK JAWATAN TKM1 P.PINANG
Terjawab sudah teka teki dan spekulasi. Fairus akan menyambung
pelajaran di peringkat ijazah lanjutan di luar negara , namun masih berkhidmat sebagai ADUN Penanti.
Fairus letak jawatan TKM Pulau Pinang
Mohamad Fairus Khairuddin disahkan telah meletakkan jawatan sebagai Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang dan Exco negeri.
Perkara itu disahkan oleh Ketua Menteri, Lim Guan Eng tengah hari tadi">
Keputusan itu berkuat kusa 8 April iaitu sehari selepas tiga pilihan raya kecil serentak.
Bagaimanapun beliau akan kekal sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penanti.
Dalam pada itu, Pengerusi Perhubungan Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) Pulau Pinang, Dato' Zahrain Mohamed Hashim berkata, dalam surat letak jawatan yang dikemukakan hari ini ada disebutkan bahawa Fairus mahu melanjutkan pengajian ijazah lanjutan.
Penasihat KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim juga berkata, Fairus telah meminta cuti untuk memikirkan kedudukannya dalam kerajaan selepas mendapat tawaran belajar.
"Dia telah pilih untuk teruskan pelajaran dan hal itu menyukarkan beliau untuk teruskan tugas sebagai Exco dan Timbalan Ketua Menteri," katanya.
Difahamkan beliau telah menerima tawaran untuk belajar di luar negara.
Zahrain berkata, Fairus telah mengadakan perbincangan dengan Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum mengemukakan surat letak jawatan pagi ini.
azm /Harakahdaily
TEKA TEKI TERJAWAB AKHIRNYA
AKAN DATANG DI PAWAGAM "PERAK DARUL RIDHUAN" : DUA PILIHANRAYA KECIL
Sama-sama kita tunggu hari-hari yang penuh aksi dan debaran!!!!!!
Dua Adun KeADILan letak jawatan, pilihan raya kecil dalam masa 60 har
Dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perak dari KeADILan yang didakwa "hilang" dan "tidak dapat dihubungi" sejak lima hari lalu, telah meletakkan jawatan sebagai wakil rakyat berkuat kuasa hari ini dan pilihan raya kecil dijangka berlaku dalam masa 60 hari.
Kedua-dua Adun berkenaan ialah Jamaluddin Mat Radzi (Behrang) dan Mohd Osman Jailu (Changkat Jering).
Jamaluddin, 52, adalah Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Usahawan, Koperasi, Pertanian dan Perladangan manakala Osman, 57, pula pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Pembangunan Insan dan Pertubuhan Bukan Kerajaan.
Sebelum ini kedua-dua mereka menghadapi tuduhan rasuah melibatkan kelulusan sebuah projek pembangunan bernilai RM180 juta di Seri Iskandar dan perbicaraan kes berkenaan akan didengar di Mahkamah Sesyen pada 10 Februari ini.
Ia dinyatakan oleh Speaker Dewan Undangan Negeri Perak, V. Sivakumar di Ipoh pukul 5.45 petang tadi kepada mstar online dan kata beliau, kedua-dua mereka menghantar surat menggariskan keputusan itu menerusi faks yang dihantar ke rumahnya.
"Kedua-dua Mohd. Osman dan Jamaluddin meletakkan jawatan sebagai ADUN berkuat kuasa serta-merta dan saya menerima peletakan jawatan mereka di bawah Perkara XXXV Perlembagaan Negeri.
"Sebagai Speaker, saya akan mengumumkan kedua-dua kerusi N14 Changkat Jering dan N59 Behrang kosong secepat yang mungkin," kata beliau dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini.
Speaker akan memaklumkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) secara rasmi esok.
Pakatan Rakyat mempunyai 32 anggota Dewan Undangan Negeri termasuk Adun Bota, Dato' Nasarudin Hashim yang menyertai KeADILan minggu lepas manakala BN dianggotai 27 wakil dan walaupun dua Adun KeADILan berkenaan keluar, kerajaan negeri masih mempunyai majoriti satu kerusi.
Menteri Besar Perak, Dato' Seri Mohammad Nizar Jamaluddin ketika dihubungi mStar Online berkata, pihaknya sudah dimaklumkan mengenai perkara itu dan akan meminta supaya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengadakan pilihan raya.
"Sah kedua-dua mereka (ADUN) letak jawatan... saya telah dimaklumkan mengenainya sebentar tadi," katanya.
Sumber: harakahdaily
Versi lain tentang berita di atas SINI
ADUN BOTA BERHIJRAH BUKAN MELOMPAT
Dato' Nasaruddin Hashim menyebut kemasukkan beliau ke dalam Pakatan Rakyat bukan disebut "melompat" tetapi lebih wajar dipanggil "hijrah". Betul sebab dari situasi yang kurang baik kepada sesuatu yang lebih baik.
"Sebab, kalau disebut "melompat" itu seolah-olah saya dengan tiba-tiba sahaja tanpa berfikir panjang terus terjun ke dalam Pakatan Rakyat tambah beliau.
Adun Bota diraikan 50,000 rakyat
Adun Bota, Dato' Nasaruddin Hashim yang baru berhijrah dari Umno/BN ke pangkuan Pakatan Rakyat diraikan oleh kehadiran 50,000 orang rakyat ketika berceramah di Stadium Mini Bota Kanan di sini semalam.
Beliau bersama isterinya dengan wajah gembira disambut kehadirannya oleh Ketua Pembangkang di Parlimen, Dato' Seri Anwar Ibrahim dan penyokong-penyokongnya rakyat Bota serta ahli Pakatan Rakyat yang membanjiri seluruh tapak padang di stadium tersebut, meraikan kemunculan julung kalinya berceramah dalam Parti Pakatan Rakyat.
Beliau menjelaskan bahawa kemasukkanya ke dalam Pakatan Rakyat bukan disebut "melompat" tetapi lebih wajar dipanggil "hijrah" ke dalam Pakatan Rakyat.
"Sebab, kalau disebut "melompat" itu seolah-olah saya dengan tiba-tiba sahaja tanpa berfikir panjang terus terjun ke dalam Pakatan Rakyat. Tetapi lebih manis diibaratkan perbuatan saya ini sebagai berhijrah kerana ia bermaksud, dari tempat kucar-kacir masuk ke parti yang disenangi iaitu Pakatan Rakyat Perak," katanya.
Pada ceramah malam tersebut, beliau mengulangi bahawa kemasukkan ke dalam Pakatan Rakyat adalah dengan rela hati, tidak ada paksaan sesiapa serta jauh sekali menerima sebarang tawaran dari Pakatan Rakyat seperti didakwa oleh pihak Umno/BN.
"Tuan-tuan jangan sekali-kali percaya dengan tomohan dan fitnah dilemparkan oleh Umno/BN yang kononnya saya dapat ganjaran atas kemasukkan saya ke dalam Pakatan Rakyat. Segalanya itu adalah bohong belaka dan cuma rekaan mereka kerana sakit hati," tegas Nasaruddin di depan 50,000 orang hadirin.
Tegasnya, beliau membantah sekeras-kerasnya dan menolak dakwaan Umno/BN bahawa beliau tidak melakukan sebarang kesalahan atau mengkhianati sesiapa pun sebab apa yang dilakukan adalah dengan cara rasional dan relavan.
Tindakan tersebut katanya, telah difikirkan semasak-masak beberapa bulan lalu, berbicang sesama keluarga, isteri dan anak-anak dan akhirnya dapatlah kesimpulan muktamad yang paling baik iaitu berhijrah menyertai Pakatan Rakyat.
"Sebabnya, saya fakir tuan-tuan pun tentu telah tahu bagaimana keadaan pimpinan kerajaan Umno/BN sejak dahulu hingga sekarang, tidak perlu dinyatakan lagi hanya dapat dijelaskan dengan mudah seperti kata pepatah, "Kalau tidak apa-apa tak mungkin burung tempua bersarang rendah," jelas Nasaruddin disambut tepukan gemuruh hadirin.
Ekmal Yusof/ harakahdaily
KENYATAAN MEDIA DATO' NASARUDIN HASHIM KENAPA KELUAR UMNO
Assalamualaikum,
Setelah membuat pertimbangan terutamanya apabila melihat perkembangan suasana politik khasnya arah tuju sokongan rakyat selepas Pilihanraya Umum ke 12 pada bulan Mac 2008, serta keadaan-keadaan yang wujud dalam parti dan kepimpinan Umno, saya dengan ini mengambil keputusan untuk keluar dari Umno dan seterusnya menyertai PKR iaitu salah satu parti dalam Pakatan Rakyat.
Keputusan ini diambil setelah lama meneliti dan mempertimbangkan kepentingan rakyat seluruhnya khususnya buat para penyokong dan pengundi saya di kawasan Dewan Undangan Negeri Bota.
Saya amat yakin dengan kepimpinan Parti Keadilan Rakyat yang mempunyai iltizam dan idealisme yang kuat untuk memperjuangkan hak-hak dan kepentingan rakyat yang terdiri dari pelbagai kaum di negara ini.
Saya yakin Parti Keadilan Rakyat akan tetap menjunjung dan menghormati hak-hak yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan khususnya dalam kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi kebangsaan, kedaulatan Raja-Raja Melayu dan kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan.
Saya percaya Parti Keadilan Rakyat dan rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat mampu untuk menjadi sebuah permuafakatan komponen parti-parti yang lebih baik demi kepentingan rakyat seluruhnya.
Untuk membolehkan saya menjadi ADUN yang lebih berkesan dan memberi khidmat terbaik kepada penduduk setempat memandangkan Pakatan Rakyat sudah pun menubuhkan kerajaan di Negeri Perak.
Lagi di SINI dan SINI
BERSYUKUR PADA ILAHI, BERTERIMA KASIH PADA PENGUNDI, YANG PASTI KOMPONEN PR SENDIRI & PETUGAS PARTI
PAS serta komponen parti Pakatan Rakyat mencatat sejarah dengan kemenangan selesa di PRK P035. Kerjasama yang erat dalam gerak kerja pilihanraya telah diterjemahkan dengan kemenangan yang sangat manis selepas kemenangan PRK Permatang Pauh.
Pahit maung dan suka duka dalam mengharung Pilihanraya Kecil, bermula dari perisytiharan calon, kepada Hari Penamaan Calon, seterusnya hari-hari berkempen yang padat tetapi terasa sekejap sahaja, membawa kepada Hari Pembuangan Undi dan saat kemuncaknya ialah Pengumuman Calon yang menang. Jika kemenangan itu tipis, hari-hari menunggu petisyen pilihanraya jika ada amatlah mendebarkan.
Sesungguhnya kemenangan itu anugerah Ilahi, sebagai peluang untuk berbakti dan memainkan peranan lebih terperinci. Jika kekalahan itu pahit untuk ditelan, namun, kemenangan adalah kemanisan yang boleh bertukar menjadi pahit bak hempedu bila-bila masa sahaja. Tahniah diucapkan kepada Sdr Mohd Abdul Wahid Endut, bertambahlah beban, tanggungjawab dan pengorbanan anda. Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung sehingga kemenangan menjadi realiti.
Keputusan Pilihanraya Kecil P036 Kuala Terengganu
Mohd Abdul Wahid Endut (PAS): 32,883
Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh (BN): 30,252
Azharudin Mamat (Bebas): 193
Undi Rosak:665
Majoriti:2631
Jumlah Keluar Mengundi: 63,993
Jumlah Keseluruah Pengundi: 80,229
Peratus Keluar mengundi: 79.693%
Keputusan PRU 12 (2008)
Jumlah Pengundi: 80,325
Peratusan Kaum: M: 88.14% C: 10.94% I: 0.65% L: 0.27%
1. Datuk Razali Ismail (BN) (32,562)
2. Maimun Yusuf (Bebas) (685)
3. Mohamad Sabu (Pas) (31,934)
Majoriti: 628
MOHD ABDUL WAHID ENDUT LWN WAN AHMAD FARID WAN SALLEH
Penerbit Utusan dalam Mingguan Malaysia telah menggunakan taktik kotornya sekali lagi dengan bertindak tanpa etika dan profesionalisme kewartawanan dengan menyunting wawancara calon PAS PRK 036 Kuala Trengganu, dengan meninggalkan perkataan "tidak" sebelum frasa "mengamalkan rasuah".


Wawancara Wahid, Mingguan Malaysia digesa mohon maaf dan perbetul kesilapan
Wan Nordin Wan Yaacob | Foto Wan Zahari Wan Salleh / HARAKAHDAILY
KUALA TERENGGANU, 11 Jan (Hrkh) - Akhbar Mingguan Malaysia digesa memperbetulkan kesilapan menghilangkan perkataan dalam laporan wawancara bersama Calon PAS, Mohd Abdul Wahid Endut yang tersiar dalam akhbar berkenaan hari ini.
Akhbar milik Utusan Melayu (M) Berhad ini telah menyiarkan wawancara dua calon yang bertanding iaitu Wahid dan calon BN, Dato' Wan Ahmad Farid Wan Salleh di halaman tujuh.
Akhbar itu juga diminta memohon maaf kepada Calon PAS berikutan kesilapan yang bagi Pesuruhjaya PAS, Mustafa Ali sebagai sesuatu yang mungkin disengajakan.
"Kalau tersalah ejaan mungkin kita boleh terima, tetapi ini salah perkataan, seperti disengajakan," katanyakepada wartawan dalam satu sidang medianya di PusatMedia PAS, Kuala Ibai hari ini.
Wawancara yang disiarkan itu antara lain menyebut Wahid kononnya berkata " Saya kenal Allahyarham Razali (Dato' Razali Ismail bekas ahli Parlimen Kuala Terengganu). Allahyarham seorang yang profesional dan mengamalkan rasuah,".
Menurut Mustafa, perkataan 'mengamalkan rasuah' itu sebenarnya salah, sebaliknya setelah beliau meminta penjelasan sebenar Wahid, beliau menyatakan perkataan 'tidak' sepatutnya mendahului perkataan sebelum 'mengamalkan rasuah'.
"Sepatutnya ia ditaip 'tidak mengamalkan rasuah'," kata Mustafa Ali yang turut kesal dengan insiden yang dianggap sebagai kesilapan yang keterlaluan.
Bagi Mustafa, ia melanggar etika dan profesionalisme media, dan beliau mengharapkan ia tidak diulangi.
Beliua turut menyatakan pihaknya kini sedang mengkaji tindakan selanjutnya jika akhbar terbabit tidak membuat pembetulan dan memohon maaf dalam tempoh sebelum hari pembuangan undi.
Selain itu Mustafa juga mengulangi amaran kepada pihak BN agar tifak terus menggunakan media arus perdana untuk menyelewengkan fakta mengenai kenyataan pembangkang.
Malah paling dikesali, isu hudud yang tidak relevan dengan isu yang sepatutnya dibangkitkan dalam pilihan raya kecil ini dimainkan sekali lagi oleh akhbar arus perdana, katanya.
Mereka kekurangan modal dan isu untuk menghentam pembangkang hingga isu yang tidak ada kena mengena dengan situasi kempen dimainkan dalam media, katanya.
Mustafa sekali lagi memberi amaran kepada pihak terbabit agar profesional dalam melaporkan kenyataan mana-mana pihak yang terbabit dalam pilihan raya kecil ini
Tiga kesilapan pilih Wan Farid
Mohd Rashidi Hassan /HARAKAHDAILY
KESILAPAN besar Umno ialah dengan meletakkan Wan Ahmad Farid Wan Salleh menjadi calon Barisan Nasional untuk mempertahankan kerusi Allahyarham Razali Ismail.
Silap bukan kerana Wan Farid calon pilihan Perdana Menteri, Abdullah Ahmad Badawi yang tidak diterima kumpulan TPM, Mohd Najib Abdul Razak.
Walaupun ada cerita-cerita orang Umno, Najib lebih suka jika Roslan Awang Chik, Presiden Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia menjadi calon.
Wan Farid dan Roslan berseteru. Roslan yang dikenali lebih rapat dengan TPM sebelum ini adalah Ketua Umno Bahagian Kuala Terengganu yang ditewaskan oleh Wan Farid ketika menjadi Setiausaha Politik Abdullah beberapa tahun lepas.
Perseteruan ini bukannya persepsi. Perseteruan ini adalah realiti yang tidak dapat ditolak Umno, akibat perpecahan dalaman yang serius. Perseteruan yang berpanjangan ini merupakan kesilapan pertama Umno.
Sehingga ada orang-orang Umno tertentu, sudah menyatakan sokongan dan kesediaan untuk mengundi calon PAS, Mohd Abdul Wahid Endut secara diam-diam.
Hari ini Umno-BN yang meletakkan Wan Farid sebagai pengganti Razali, berkempen dengan memuji kehebatan serta jasa-jasa bekas Ahli Parlimen itu.
Rakyat di luar Terengganu boleh dibohongi. Tetapi orang-orang Umno dan rakyat Terengganu sendiri menyaksikan bagaimana ketika hayat Razali, beliau diketepikan dan dikalahkan oleh orang-orang Wan Farid dalam pemilihan bahagian.
Bagaimana mungkin Wan Farid atau Umno KT, boleh menjaja beliau sebagai kesinambungan legasi Razali, jika allahyarham bekas timbalan menteri itu langsung tidak dipedulikan ketika hayatnya?
Kesilapan kedua ialah soal personaliti Wan Farid. Bukan soal hendak dibahaskan dia orang baik atau jahat. Bukan juga nak dibangkitkan kegemarannya berkaraoke.
Masalahnya ialah beliau tidak dilihat mewakili golongan marhain dan golongan miskin bagi negeri Terengganu, yang sentiasa terletak dalam kelompok negeri-negeri termiskin di Malaysia.
Masalahnya bukan pada rakyat sahaja. Ada kalangan orang-orang Umno sendiri yang mendakwa Wan Farid jenis 'hidung tinggi'. Barangkali beliau tidak begitu, mungkin pada raut wajahnya kelihatan begitu tetapi hatinya tidak.
Soalnya perkara ini bukan persepsi atau ia menjadi bahan serangan kempen PAS untuk memburuk-burukkan personaliti lawan.
Ianya adalah hakikat yang berlaku, wujud dalam Umno sendiri. Sehingga ada kalangan Umno yang mendakwa, jika pun keluarga Wan Farid membuat kenduri, beliau lebih mengutamakan kawan-kawan di KL daripada orang Terengganu sendiri. Itu cerita orang Umno, entah betul entah tidak.
Tetapi, jika TPM sendiri yang risau dengan personaliti calon BN ini, dan meminta beliau lebih tersenyum kerana raut wajahnya yang serius berbanding Abdul Wahid, maka ada banyak perkara yang 'tidak kena' kepada calon BN itu.
Kesilapan ketiga ialah isu penguasaan kekayaan negara, sama ada peruntukan dari Kerajaan Persekutuan dan penggunaan wang royalti yang dikaitkan dengan Wan Farid serta Idris Jusoh dan anggota keluarga mereka.
Orang-orang Umno ramai yang tidak berpuashati dengan penguasaan kedua-dua mereka kepada hasil kekayaan negeri. Penglibatan abang calon BN iaitu bekas Adun Ladang, Wan Hisham Wan Salleh dalam projek besar Monsoon Cup diratib dibibir orang Umno.
Kedua-duanya Wan Farid dan Idris dikatakan tidak disenangi kumpulan Menteri Besar, Ahmad Said.
Kedua-dua mereka adalah kroni rapat menantu PM, Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang juga Ahli Parlimen Rembau dan Patrick Lim yang dikenali sebagai Patrick Badawi.
Ketiga-tiga isu ini adalah isu besar kepada Umno. Ianya bukan rahsia dan amat diketahui oleh rakyat, khususnya pengundi-pengundi di KT.
Hakikat daripada ini menyebabkan, BN menjadi terlalu defensif. BN tidak mampu lagi menjual idea pembangunan.
Mereka terpaksa menjawab isu-isu ini sebelum rakyat menjatuhkan hukuman terhadap BN.
Bagaimanapun di kalangan BN juga sedar bahawa tidak mungkin dalam tempoh seminggu dua ini semuanya dapat di atasi.
Bagaimana mungkin calon BN yang sudah lama dikenali termasuk dalam golongan elitis yang tidak mesra rakyat, boleh mengubah sikapnya dalam tempoh dua minggu.
Bagaimana mungkin seseorang yang sifatnya susah untuk 'manis muka' boleh diterima rakyat hanya selepas menjadi seperti 'badut sarkas' dalam tempoh dua minggu sahaja?
Hakikatnya, angin perubahan rakyat selepas PRU Mac 2008 sudah tidak dapat lagi dibendung. Umno sudah semakin tidak relevan dan BN semakin tidak diterima rakyat.
Implikasi kekalahan Wan Farid bukan setakat beliau hilang jawatan timbalan menteri, senator atau setiausaha politik, ia adalah signal bahawa rakyat terus menolak legasi Abdullah dan tidak menerima kepimpinan yang bakal diwarisi Najib.
TEKS UCAPAN DR SYED HUSIN ALI DI PERASMIAN KONGRES AMK & WANITA PKR
Dr Syed Husin Ali, Timbalan Presiden KeADILan berucap ketika merasmikan Kongres Tahunan Angkatan Muda KeADIlan (AMK) dan Wanita KeADILan di Stadium Malawati Shah Alam 28 November bersamaan hari Jumaat. Dikutip dari Harakahdaily.
Ucapan Perasmian Kongres AMK dan Wanita KeADILan Oleh Dr Syed Husin Ali
Saya memanjat kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dapat merasmikan Kongres Wanita dan Angkatan Muda pagi ini di tempat yang begitu luas dan selesa. Ini dimungkinkan berkat kemenangan besar kita dalam PRU 12 dan kejayaan Parti Keadilan Rakyat (keADILan) memimpin pemerintahan PAKATAN di Selangor. Sekarang, Insyaallah, kita tidak lagi menghadapi masalah mendapat tempat bagi majlis seperti ini.
Tentu ramai saudara dan saudari yang ingat betapa susahnya pada masa lalu kita hendak mendapat tempat untuk berkongres. Semenjak Kongres Parti Keadilan Rakyat yang pertama di Ipoh pada tahun 2004, kita bersidang di bermacam-macam tempat dan dalam berbagai-bagai suasana.
Di mana ada hotel yang berani menyewakan dewannya, kita bersidang di hotel. Akan tetapi di mana tidak ada hotel yang berani atau tidak tahan ugutan dari pihak-pihak tertentu. Mujurlah ada tokong Budhis atau sekolah Cina yang berani dan bermurah hati menyewakan dewan mereka.
Begitu juga, dulu bendera yang kita kibarkan sempena beberapa kongres yang lalu sering diragut turun oleh pihak penguatkuasa majlis bandaran atas arahan Umno-BN yang memerintah. Tetapi hari ini kita gembira kerana beribu bendera Parti terus berkibar megah di samping bendera negeri dan Jalur Gemilang di sepanjang jalan ke mari.
Saya percaya kerajaan PAKATAN tidak akan membalas dendam dengan mengarahkan mana-mana jabatan menurunkan bendera Umno dan parti-parti sekutunya apabila mereka mengadakan perhimpunan tahunan. Saya yakin pimpinan kerajaan kita tidak berhati kecut seperti para pemimpin kerajaan tidak adil dan korup yang kita ganti.
MERAYAKAN KEMENANGAN
Sememangnya, kita besyukur kerana dapat merayakan kemenangan kita yang di luar dugaan dalam PRU12 pada 8hb Mac 2008. Dari seorang ahli Parlimen, kita kini mempunyai 31 orang. Ini kenaikan sebanyak 3100 peratus. Tetapi, dari jumlah 31 orang ini, bilangan Wanita dan Angkatan Muda tidaklah sebesar yang diharapkan. Cuma ada tiga orang dari Wanita dan empat orang dari Angkatan Muda, ertinya masing-masing dalam lingkungan 10 dan 13 peratus.
Dalam Dewan Undangan pula, kejayaan kita melompat sebanyak 4100 peratus, iaitu daripada seorang kepada 41 orang. Akan tetapi, dari jumlah ini terdapat hanya empat orang dari sayap Wanita. Jumlahnya lebih ramai dari Angkatan Muda (termasuk beberapa orang yang berumur kurang dari 40 tahun tetapi tidak menjadi anggota AMK). Mereka berjumlah 16 orang ataupun lebih kurang 40 peratus. Ini merupakan satu petanda baik serta kejayaan besar. Tetapi yang kurang menyenangkan sedikit ialah cuma dua orang dari ADUN muda ini terdiri dari orang perempuan. Diharap keadaan ini berubah.
Beberapa faktor mempengaruhi kemenangan besar parti-parti dalam PAKATAN. Ada yang menyifatkannya sebagai tsunami politik di negara ini. Antaranya ialah: kemarahan serta tidak puas hati rakyat terhadap dasar serta tindakan Umno-BN; kelemahan pimpinan dan perpecahan dalam Umno; kerjasama baik antara keADILan, DAP dan PAS yang memungkinkan pertandingan satu lawan satu; dan keadaan organisasi parti yang agak memuaskan di beberapa tempat.
Faktor penting sekali ialah kemarahan rakyat terhadap dasar dan tindakan Umno-BN yang menimbulkan keadaan ekonomi yang menghimpit rakyat ramai. Tidak kurang pentingnya ialah rasa meluat dan tidak puas hati di kalangan rakyat terhadap pimpinan negara yang agak lembab, berpecah belah dan terlalu mengutamakan kepentingan diri. Oleh itu rakyat dari semua kaum bangkit dengan penuh kesedaran untuk mengundi dengan penuh harapan untuk perubahan.
Mereka memberi sokongan kepada Harapan Baru yang ditawar oleh PAKATAN di bawah pimpinan Sdr Anwar Ibrahim. Buat kali pertama mereka bersedia dan berani mengundi tanpa dipengaruhi faktor kaum dan agama yang sempit. Orang Cina dan India sanggup mengundi calon Melayu, walaupun dari PAS. Orang Melayu serta Islam pula berani memberikan undi mereka kepada DAP. Seterusnya pengundi dari semua kaum dan lapisan menyokong keADILan.
Saya percaya sekiranya SPR mengendalikan pilihanraya secara telus serta adil dan seandainya penipuan, salahguna kuasa serta rasuah tidak boleh dilakukan oleh pihak Umno-BN dengan begitu meluas, sudah tentu kebangkitan rakyat ini boleh menjelmakan perubahan yang lebih besar lagi. Kerajaan BN mungkin boleh tersungkur dan kerajaan PAKATAN tegak berkuasa di seluruh negara bukan di lima buah negeri saja.
Tidak hairanlah selepas pilihanraya umum itu majoriti rakyat dari pelbagai lapisan menyambut dengan ghairah serta penuh harapan apabila timbul berita bahawa pertukaran kuasa mungkin berlaku. Dijangkakan bahawa sebilangan cukup Ahli Parlimen dari Umno-BN akan berpindah ke PAKATAN. Apabila ini tidak berlaku pada 16hb September, iaitu tarikh yang diwar-warkan, ramai yang merasa kecewa.
Media 'pengampu' yang dikuasai atau dimiliki oleh parti-parti pemerintah secara langsung atau tidak langsung memalu gendang propaganda yang kuat. Ada yang menuduh kononnya pimpinan PAKATAN, khususnya Anwar berbohong tentang bilangan Ahli Parlimen yang hendak berpindah. Pada masa yang sama ada pula yang mendakwa PAKATAN gagal kerana kononnya Umno-BN dan pimpinannya kuat dan bersatu padu.
Tidak ramai yang mempercayai propaganda ini. Malangnya saya lihat ada juga segelintir paling kecil anggota keADILan, termasuk AMK serta Wanita, yang termakan oleh propaganda murahan ini. Tetapi sebilangan besar rakyat dan hampir semua anggota parti dalam PAKATAN, terutama sekali keADILan tetap mengharapkan berlaku perubahan pemerintahan. Jikalau tidak esok, lusa; jikalau tidak pada masa terdekat, dalam PRU13.
Saya tahu bahawa seluruh anggota Parti dan rakyat yang mahukan perubahan yakin Anwar becakap benar tentang bilangan Anggota Parlimen yang hendak berpindah itu cukup. Tetapi ramai mereka yang tidak tahu ahli-ahli Parlimen ini menerima tekanan serta ugutan yang kuat. Misalnya pihak SB (Cawangan Khas) sepanjang masa bertunggu bertangga mengawasi segenap pergerakan mereka.
Ada juga yang ditawarkan wang sangat banyak. Kita tahu ramai telah memberi surat pengakuan atau menyediakan surat sumpah akan berpindah. Namun ada yang takut mungkin disekat apabila diperlukan bangun dalam Parlimen untuk membuktikan sokongan mereka kepada sebarang usul yang dikemukakan oleh pihak PAKATAN.
Selain itu percubaan pihak pimpinan PAKATAN hendak bertemu Perdana Menteri dan meminta sidang khas diadakan bagi membincang dan memutuskan tentang perpindahan kuasa ini sentiasa ditolak. Memandangkan segala hambatan dan halangan ini maka perpindahan kuasa belum dapat dilaksanakan lagi. Tetapi ini bukannya bermakna ia gagal dilaksana buat selama-lamanya.
Tidak perlu saya berbicara panjang menghuraikan perkara ini. Saya kira perkara ini akan diulas dengan lebih teliti oleh Presiden dan terutama sekali Ketua Umum dalam ucapan mereka nanti.
MEMPERKEMAS ORGANISASI
Anggota Parti ramai yang menyedari dan pimpinan Parti sering mengingatkan bahawa kejayaan keADILan dalam pilihanrya umum lapan bulan lalu lebih banyak ditentukan oleh kebangkitan spontan rakyat daripada kekuatan organisasi Parti kita. Kita tidak malu mengakui, sebagai Parti yang masih muda, organisasi keADILan mempunyai banyak kelemahan. Tetapi kita tidak boleh membenarkan kelemahan itu berterusan.
Kita perlu membina organisasi parti yang kuat dan padu. Ini bukannya soal pimpinan dan pentadbiran saja. Ia mesti berpaksikan kepada pemahaman dan penghayatan asas-asas politik perjuangan Parti. Kita perlukan Parti yang kuat untuk mempertahan kejayaan yang telah dicapai setakat ini.Kita perlukan Parti yang kuat untuk menghadapi PRU13 dengan lebih mantap supaya boleh meraih kemenangan lebih besar pada masa hadapan.
Selanjutnya kita perlukan Parti yang kuat supaya bersedia untuk menyambut secara tersusun baik seandainya pertukaran kuasa berlaku lebih awal. Akhirnya kita perlukan Parti yang kuat untuk menghadapi serta menangkis dengan berkesan segala serangan kotor dari pemimpin dan media Umno-BN yang berterusan mencemar nama baik Parti serta pimpinan kita untuk menjatuhkan PAKATAN.
Saya ingin menasihat bahkan menggesa Wanita dan Angkatan Muda mengadakan perbincangan, membuat keputusan dan menetapkan jadual perlaksanaan bagi projek memperkasakan organisasi masing-masing. Saya syorkan projek ini dilaksanakan pada tiga peringkat, iaitu: (i) peringkat ahli, (ii) peringkat organisasi Parti, dan (iii) peringkat kerjasama PAKATAN.
i. Peringkat Ahli:
Pada peringkat ahli, projek memperbanyakkan ahli Wanita dan Angkatan Muda hendaklah dimulakan segera dengan berkesan. Mereka perlu ditarik dari pelbagai kaum di seluruh negara, dari kota ke desa, dari pekan kecil ke kawasan pedalaman terpencil, dari kilang ke ladang. Setelah anggota-anggota baru didaftar, mereka tidak harus ditinggalkan begitu saja. Kursus-kursus pengenalan hendaklah segera diadakan bagi mereka untuk memperkenalkan sejarah, struktur serta dasar parti.
Melalui pelbagai aktiviti seperti ceramah, latihan dan kegiatan di kalangan massa, kita harus menyemai sifat berani, ikhlas jujur serta beretika. Kita perlu menanam semangat disiplin dan komitmen kepada perjuangan parti. Kita perlu menggalakkan amalan suka membaca dan mencari ilmu di kalangan ahli. Kita perlu juga menanam sikap supaya ahli Parti tidak terlalu mengutamakan kepentingan diri sehingga mengkesampingkan kepentingan parti dan masyarakat. Dari kalangan ahli-ahli baru, kita perlu juga mengenalpasti mereka yang mempunyai potensi untuk menjadi aktivis dan pemimpin parti yang baik.
Kita harus menumpu bukan hanya kepada ahli-ahli baru Ahli-ahli lama tidak boleh kita abaikan. Ramai di antara mereka, termasuk yang menjadi pemimpin akar umbi, kurang arif tentang kesinambungan sejarah dan asas perjuangan Parti. Mereka perlu dikursuskan tentang ini. Ramai juga yang kurang disiplin serta komitmen. Ada sebilangan kecil yang cepat sangat membawa kekecewaan atau rasa tidak puas hati mereka keluar dari parti, melalui internet bahkan media musuh. Tidak kurang pula yang kadang-kadang tidak memandang berat tentang hal penyertaan dalam aktiviti Parti.
Sebagai contoh, saya terlibat dengan beberapa kursus/ bengkel yang diuruskan oleh Parti dan AMK. Saya dapati biasanya separuh dari mereka yang sudah berjanji menyertai tidak menghadirkan diri tanpa penjelasan atau alasan. Hal seperti ini harus dipandang berat. Tindakan perlu diambil ke atas mereka yang mungkir janji ini. Pada hal mereka mengakibatkan kerugian wang pihak penganjur. Ada di antara mereka ini cukup ghairah apabila menyertai kempen pilihanraya. Ini memang baik. Tetapi, mereka perlu juga mengimbangkan keghairahan ini dengan komitmen kepada kegiatan lain anjuran Parti.
Apa yang hendak saya tekankan di sini ialah kita perlu membentuk di kalangan ahli-ahli parti, wanita dan muda-mudi yang merupakan manusia baru, yang harus mempunyai disiplin dan komitmen kuat terhadap perjuangan. Mereka harus bertanggungjawab serta prihatin terhadap nasib rakyat dan tidak keterlaluan mementingkan diri. Mereka hendaklah berilmu, bermoral dan hromat menghormati di antara sesama manusia tanpa dipengaruhi oleh perbezaan atau prejudis jantina, darjat, kepercayaan dan kaum. Saya tegaskan semua ini, walaupun ada yang tidak saya sentuh sebelum ini.
ii. Peringkat Organisasi:
Organisasi parti terdiri dari Cawangan (yang bakal mengganti JDM) ke Bahagian, Negeri hinggalah ke Pusat. Organisasi yang baik sekurang-kurangnya mesti mempunyai pimpinan yang cekap, berdisiplin serta berdedikasi; ahli-ahli yang bersatu serta bermutu; arah tuju yang jelas dan hubungan licin serta tersusun antara semua peringkat organisasi; dan menjalankan pelbagai aktiviti berfaedah dalam parti dan di kalangan rakyat.
Pada keseluruhannya organisasi Parti di semua peringkat kini semakin baik. Pusat, di bawah gandingan pimpinan Ketua Umum dan Presiden kita bertambah utuh dan mantap. Kebanyakan Negeri dan majoriti Bahagian memperlihatkan ciri-ciri organisasi yang baik seperti dijelaskan tadi. Kami yakin keadaannya akan bertambah baik lagi.
Tetapi ada sebilangan kecil Bahagian dan Negeri yang masih bermasalah. Pimpinan mereka sering lemah, kurang inisiatif dan tidak begitu cekap bekerja secara berpasukan. Kadang-kadang ia didominasi oleh seorang atau sekumpulan klik kecil yang membuat keputusan sendiri tanpa perbincangan. Acapkali kumpulan kecil ini tidak suka melihat kemunculan pimpinan baru yang lebih baik. Bahkan mereka tidak begitu bersedia menerima baik kemasukan ahli baru yang ramai kerana bimbang kedudukan mereka terancam.
Maafkan saya kerana berterus terang sedikit menyatakan pandangan serta perhatian saya bahawa beberapa kelemahan dan tendensi negatif dalam Parti kadang-kadang lebih ketara lagi di kalangan Angkatan Muda dan kurang sedikit di kalangan Wanita. Kami mengharapkan di setiap Bahagian akan wujud sayap Wanita dan Angkatan Muda yang betul-betul boleh menjadi teras dan penggerak kekuatan Bahagian dan Parti seluruhnya.
Kami mengharapkan juga pimpinan, yang penting sekali peringkat Pusat Wanita dan AMK, seperti di peringkat Parti juga, mengukuhkan tradisi membuat keputusan dan menjalankan aktiviti secara kolektif. Memang diakui seorang atau sekumpulan pemimpin yang aktif dan dominan boleh menjadi aset yang bernilai dalam Parti. Akan tetapi proses membuat keputusan di kalangan pemimpin perlulah dilakukan secara perundingan dan berasaskan cara yang demokratik. Perlu ditarik seramai-ramai pemimpin terlibat dalam segala kegiatan Parti. Tidak harus ada yang sengaja dipinggirkan atau dibenarkan untuk memanaskan kerusi saja.
Wanita dan Angkatan Muda Parti mestilah merapati dan menarik semua golongan dan lapisan wanita dan angkatan muda dalam masyarakat � dari petani dan buruh membawa kepada professional dan intetelek bahkan juga korporat. Lebih ramai bukan Melayu atau bukan Islam perlu ditarik menjadi anggota dan pemimpin Wanita dan Angkatan Muda. Seboleh-bolehnya komposisi mereka harus mencerminkan nisbah bilangan penduduk dan menjelmakan Parti sebagai benar-benar terbuka kepada siapa saja dari pelbagai lapisan dan aliran sebagai ahli bahkan pemimpin, asalkan saja mereka menerima Perlembagaan dan sedia menertai perjuangan Parti.
iii. Peringkat Pakatan:
Sebagaimana kita semua ketahui sebelum PRU12, DAP, PAS dan keADILan sebagai tiga buah parti luar kerajaan yang utama kerjasama untuk memastikan pertandingan satu lawan satu dengan Umno-BN. Kerjasama ini merupakan salah satu faktor pembantu kepada kemenangan kita pada 6hb Mac 2008. Ia diperkukuhkan lagi dengan pembentukan PAKATAN selepas pilihanraya umum itu dan terdirinya pemerintahan PAKATAN di lima buah negeri. Beberapa orang dari Wanita dan Angkatan Muda dibawa menyertai pentadbiran negeri terutama di Selangor. Kini diakui sesetengah mereka memainkan peranan yang agak signifikan.
Di peringkat pimpinan nasional terdapat kerjasama antara parti yang agak rapat terutama. Kita mempunyai Majlis Pimpinan PAKATAN yang sering bertemu untuk membincangkan pelbagai soal berhubung parti dan bermacam masalah yang dihadapi rakyat dan negara. Beberapa buah negeri dan bahagian telah berjaya mengadakan Majlis Pakatan Negeri dan Permuafakatan Bahagian. Kadar kejayaan kerjasama mereka berbeza-beza. Tetapi, ada Negeri dan Bahagian yang masih belum menubuhkannya lagi.
Saya lihat di peringkat Wanita dan Angkatan Muda, sudah ada kerjasama dalam beberapa hal dengan komponen lain dalam PAKATAN. Namun organisasi atau struktur yang formal belum kelihatan utuh lagi. Saya harap ini dapat dibangunkan segera supaya lebih banyak aktiviti bersama dapat diadakan dalam pelbagai bidang dan atas bermacam-macam isu. Ini sekaligus boleh memperkuat perpaduan dan mengurangkan percanggahan di antara mereka, di samping membantu memperkukuh kedudukan kerajaan negeri di bawah PAKATAN. Peranan serta sumbangan Wanita dan Angkatan Muda penting dan perlu dialu-alukan.
Sekarang ini, pimpinan dan kerajaan PAKATAN di lima negeri sering dikritik dan diburuk-burukkan oleh media yang hampir semuanya dimiliki atau dikuasai oleh Umno-BN atau nomini mereka. Sebagaimana yang disebut lebih awal, mereka tidak henti-henti menjalankan propaganda untuk memburukkan Menteri Besar atau Ketua Menteri dan pemerintahan negeri di bawah PAKATAN. Jikalau boleh mereka hendak menjatuhkan MB/KM serta negeri-negeri ini, dan merampas semula kuasa. Mereka pasti akan gagal apabila pimpinan pemerintahan PAKATAN berjaya menjalankan tugas untuk membela rakyat dan menaikkan taraf ekonomi, sosial dan kerohanian mereka.
Tidak payahlah saya mengingatkan bahawa Wanita dan Angkatan Muda sangat-sangat dikehendaki memainkan peranan positif dan kuat bagi memastikan PAKATAN boleh mempertahan pemerintahan kelima-lima buah negeri ini.
ANCAMAN PERKAUMAN
Selepas PRU12 kelihatan jelas ada semacam percubaaan yang dirancang oleh pihak-pihak tertentu untuk membakar api sentimen perkauman sempit. Ini dilakukan terutama sekali oleh segelintir kecil pemimpin jumud dalam Umno-BN yang merasa terpalu sangat oleh kemenangan PAKATAN khususnya di lima buah negeri itu. Mereka didukung oleh sebilangan kecil pertubuhan dan individu yang mereka dapat pengaruhi atau kuasai. Yang lebih berbahaya mereka mendapat sokongan kuat dari beberapa media cetak dan media elektronik. Bahkan hampir semua media ini mereka miliki dan kawal juga.
Golongan kecil ini mendakwa ketuanan Melayu terancam oleh kerana mereka melihat peranan bukan Melayu bertambah sedikit. Mereka melihat dengan mata yang juling dan berfikir dengan minda yang sempit bahawa orang Melayu dari Umno saja yang boleh membela nasib orang Melayu.
Mereka lupa dan menafikan hakikat bahawa selama 50 tahun memerintah, pemimpin Melayu dari Umnolah yang paling banyak bertanggungjawab merampas hak orang Melayu dan merompak kekayaan negara. Pada masa sama sebilangan kecil pemimpin dan sanak saudara serta kroni mereka membesarkan tembolok sendiri. Mereka membenarkan sebahagian besar orang Melayu yang miskin dan berpendapatan rendah terus terbiar atau terpinggir. Mereka juga tidak menghiraukan nasib orang bukan Melayu yang turut terpinggir dan terbiar sama.
Untuk menaikkan suhu kepanasan suasana perkauman, mereka membangkitkan bermacam-macam isu. Di Pulau Pinang menimbulkan soal Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan kedudukan istimewa orang Melayu, dan di Perak pula mereka membesarkan soal kedaulatan raja-raja. Di Selangor pula, misalnya, beberapa orang pemimpin Umno dan media mereka membangkitkan isu ladang khinzir. Walhal merekalah, semasa berkuasa dalam kerajaan, yang mula-mula meluluskan projek itu, dengan tujuan untuk membuka ruang serta peluang perniagaan serta keuntungan bagi kroni-kroni mereka.
Selain itu, mereka juga mengambil peluang membesarkan isu perlantikan seorang wanita Tionghua sebagai Pemangku Ketua Pengurus PKNS. Soal ini diapi-apikan secara perkauman. Akan tetapi, mereka tidak pernah mengeluarkan sedikit suarapun walaupun banyak penyelewengan berlaku selama beberapa tahun Umno-BN memerintah Selangor. Banyak pihak mengetahui PKNS lebih banyak meluluskan atau terlibat dengan projek-projek yang menguntungkan golongan korporat, sebilangan besarnya bukan Melayu.
Segolongan orang Melayu yang berkhidmat dalam PKNS dan sebahagian orang awam di luar, dengan diberi sokongan kuat oleh media tertentu mempertingkatkan kempen mereka. Mereka mendesak supaya seorang pegawai kanan Melayu dilantik menerajui PKNS. Mereka menuduh bahawa Menteri Besar Selangor bersikap anti-Melayu. Akan tetapi, ramai orang mengetahui atau sekurang-kurangnya beranggapan pegawai-pegawai kanan PKNS yang ada tidak telus dan kurang bersih. Bahkan terdapat juga pihak yang menuduh pegawai Tionghua itu pun turut terlibat dan terpalit juga.
Saya tidak megetahui sepenuhnya sama ada kesemua anggapan dan tuduhan ini benar atau tidak. Yang saya tahu, kerana anggapan dan tuduhan ini wujud, hanya sebuah badan penyiasat bebas dengan kerjasama Badan Pencegah Rasuah yang boleh mensahihkan perkara ini. Tetapi katakanlah keadaan dalam pimpinan pentadbiran PKNS itu benar sudah bobrok sangat. Ini bererti jikalau seorang dari kalangan mereka, walaupun Melayu yang dilantik secara tetap, maka kebobrokan itu mungkin berterusan tanpa dapat dikawal.
Sekarang MB mengangkat seorang bukan Melayu, tetapi hanya selama kurang setahun. Saya kira langkah ini akan lebih memudahkan MB untuk menggantikannya kelak dengan seorang Ketua Pengurus baru yang bersih dan boleh membersihkan segala kebobrokan yang wujud dalam PKNS selama ini. Apakah tidak mungkin beliau boleh melantik seorang Melayu yang professional? Adakah beliau mempunyai muslihat yang baik bagi menyelamatkan badan ini supaya dapat membela orang Melayu yang benar-benar memerlukan pembelaan.
Saya menghuraikan semua hal ini oleh kerana dua sebab. Pertama, memang ada rancangan intensif dari pihak pimpinan Umno khususnya yang memperalatkan media mereka miliki dan kuasai untuk memburukkan pimpinan dan kerajaan di lima negeri itu. Tetapi sasaran utama mereka ialah terhadap MB dan pentadbiran baru Selangor. Cara mereka ialah untuk meyakinkan orang Melayu, dengan tuduhan-tuduhan palsu dan separuh palsu bahawa MB dan pentadbirannya lebih memihak kepada orang bukan Melayu. Ini cara mereka mengapikan sentimen perkauman Melayu.
Kita sudah biasa dengan kempen besar-besaran yang menuduh dan mendakwa Ketua Umum kita, Sdr Anwar Ibrahim bukan saja peliwat dan agen Yahudi, bahkan sudah menjual diri dan orang Melayu kepada Cina. Dengan izin Allah dan sokongan kuat rakyat, keADILan menang 31 kali ganda untuk kerusi Parlimen dan 41 kali ganda kerusi DUN. Selepas itu, dalam pilihanraya kecil Permatang Pauh, majoriti kemenangan Anwar bertambah besar. Saya percaya dan berdoa kerajaan-kerajaan negeri pemerintahan PAKATAN, terutama sekali di Selangor akan berjaya.
Kedua, taufan perkauman yang diharapkan oleh pihak-pihak oportunis dan jumud itu agar bertambah besar, tidak berlaku. Semakin ramai yang tidak mahukan pertentangan kaum tercetus, kerana akibatnya buruk ke atas negara dan rakyat. Lagi pula, khususnya di kalangan golongan muda, kesedaran semakin meluas supaya mereka harus berfikir dan bertindak tidak secara perkauman. Mereka inginkan pembentukan sebuah negara dan bangsa Malaysia yang bersatu padu.
Sehubungan ini saya berharap dan yakin bahawa Wanita dan Angkatan Muda keADILan tidak akan terpengaruh oleh percubaan golongan oportunis dan jumud yang cuba hendak membakar api sentiment perkauman itu. Bahkan mereka berdiri gagah di hadapan sebagai perwira-perwira yang menumpaskan anasir-anasir memecah belah dan perosak itu. KEADILAN UNTUK SEMUA
Apabila keADILan diwujudkan, para pemimpin serta ahlinya telah mengambil langkah berani untuk menjadikan Parti ini wadah politik pelbagai kaum. Mereka boleh mengambil jalan senang dan mengikut saja kaedah lama politik dengan menjadikannya sebuah parti untuk satu kaum saja. Sebaliknya mereka memilih jalan baru yang lebih sukar, kadang-kadang penuh dengan ranjau dan duri.
Mereka percaya jikalau benar-benar hendak mendirikan satu bangsa Malaysia yang bersatu padu, mereka harus bermula dengan membina sebuah parti pelbagai kaum, yang berjuang atas landasan untuk membela nasib semua kaum dan bukannya membela nasib satu kaum saja. Kita meneruskan jalan yang mereka pilih itu. Kita sebenarnya memenuhi tuntutan masa hadapan rakyat dan Negara. Hal ini terbukti apabila kita kaji corak pengundian dalam pilihanraya umum lalu.
Sebahagian besar pengundi muda dari saluran-saluran mengundi selepas 1 dan 2, iaitu saluran 3 dan berikutnya, menunjukkan tendensi jelas memilih parti pembangkang, Mereka tidak memilih calon atau parti berdasarkan latar belakang kaum dan agama. Mereka memberikan mesej agak jelas bahawa parti yang melaksanakan dasar, menjalankan kempen dan mengambil tindakan membela hak satu kaum sahaja dan menafikan hak kaum lain semakin tidak diterima. Mereka nyata memberi petunjuk bahawa hayat parti-parti seperti Umno, MCA dan MIC tinggal pendek sahaja lagi.
Sesuai dengan kedudukannya sebagai parti yang tidak perkauman, dari segi ahli dan dasar, keADILan memilih moto atau cogan kata perjuangan �Keadilan Untuk Semua�. Malangnya, pihak Pendaftar Pertubuhan, mungkin kerana arahan dari pihak atasan, seolah-olah takut dengan cogan kata ini. Itu sebabnya mereka memaksa kita membuat pindaan dan memasukkan ke dalam Perlembagaan Parti moto yang mereka tentukan, iaitu �Kesaksamaan Untuk Semua�. Namun begitu untuk semua tujuan, tempat dan masa kita masih tetap berpegang kepada �Keadilan Untuk Semua�.
Berpandukan cogankata ini, Parti ingin melihat semua warga negara dari pelbagai kaum hendaklah mendapat peluang, diberi layanan dan dijamin keadilan yang sama di bawah Perlembagaan dan undang-undang. Tidak ada sebab atau alasan mengapa mesti ada diskriminasi atas dasar perbezaan gender, pangkat dan apatah lagi kaum. Sebagai sebuah parti yang berprinsip, keADILan berpendirian bahawa semua rakyat harus mendapat peluang, diberi layanan dan dijamin keadilan yang serupa. Ini meliputi semua bidang, termasuk ekonomi, politik, kehakiman, pendidikan, kesihatan dan perumahan.
Atas prinsip keadilan untuk semua ini, Ketua Umum Parti dengan berani dan tegas membuat pengumuman bahawa DEB perlu diganti. DEB sudah wujud hampir 40 tahun dan semakin ketinggalan zaman. DEB telah diubah kepada Dasar Pembangunan Negara, akan tetapi perubahan ini hanya pada nama saja bukan pada isi sebenarnya. Anwar mengesyorkan supaya DEB diganti dengan suatu yang baru, iaitu Agenda Ekonomi Malaysia (AEM), yang boleh dikatakan mempunyai isi, semangat serta orientasi berlainan . Beliau menyiapkan sebuah kertas panduan mengenai Agenda ini.
Saya ingin menyeru supaya setiap pemimpin dan perwakilan Wanita dan Angkatan Muda yang hadir di Kongres ini menghadamkan kertas mengenai AEM ini. Ia harus menjadi panduan kepada segala aktiviti � seperti semua taklimat serta ceramah yang diberi dan risalah yang diedar - tentang soal ekonomi dan kedudukan istimewa orang Melayu. Taklimat, ceramah dan risalah ini hendaklah diusahakan dengan meluas, meliputi semua kampung, ladang, kilang, pasar, taman perumahan, jalan dan segala ceruk rantau di seluruh negara. Wanita dan Angkatan Muda hendaklah mempelopori kegiatan ini.
Ini perlu dilakukan secara berkesan kerana dua sebab. Pertama, pendirian sebenar Anwar dan Parti tentang DEB tidak diberikan liputan oleh media yang hampir semuanya dikuasai dan dimiliki oleh Umno-BN secara langsung atau tidak langsung. Kedua, pandangan Anwar dan pendirian Parti sering diselewengkan. Tuduhan palsu sering dilemparkan bahawa kononnya Anwar dan Parti mahu menghpuskan kedudukan istimewa Melayu dan hendak menjual hak Melayu kepada Cina. Tujuan mereka ialah untuk menghakis sokongan rakyat Melayu kepada beliau dan Parti.
Anwar dan keADILan sentiasa menegaskan kami mendukung semangat Perlembagaan Persekutuan dan akur kepada kehendak Fasal 153 tentang kedudukan istimewa itu. Fasal 5.10 dalam Perlembagaan keADILan menegaskan, �Berdasarkan prinsip keadilan, memastikan kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputra Sabah dan Sarawak digunakan khusus untuk menaikkan taraf sosio-ekonomi mereka yang miskin dan terbiar, serta pembelaan yang adil bagi golongan bukan Melayu dan bukan Bumiputra yang miskin dan terbiar, demi mencapai kesaksamaan untuk perpaduan nasional�.
Yang kita pertikaikan ialah atas nama Bumiputra dan Melayu, �hak istimewa� dan DEB diperalatkan untuk kemewahan segelintir pucuk pimpinan yang berkuasa bersama sanak saudara, suku sakat dan kroni. Mereka merompak hasil serta sumber kekayaan Negara, yang seharusnya diamanahkan untuk kebajikan rakyat, bagi menimbun tambah kekayaan diri sendiri. Pengagihan rezeki dan kekayaan tidak adil Ia memihak kepada golongan yang berkuasa, berpangkat dan berdarjat.
Kita mahukan pengagihan itu memihak kepada rakyat ramai untuk memberi keuntungan serta kebajikan lebih besar kepada golongan miskin, terbiar dan terpinggir. Kira-kira 70 peratus dari golongan miskin dan berpendapatan rendah di Negara kita ini terdiri dari orang Melayu. Jikalau dalam pembahagian kekayaan dan rezeki negara lebih banyak diagihkan kepada golongan miskin dan berpendapatan rendah, dengan sendirinya yang paling ramai mendapat faedah daripadanya ialah orang Melayu.
Tetapi, pada masa yang sama, kita mahu golongan bukan Melayu yang miskin dan berpendapatan rendah juga mempunyai hak untuk mendapat rezeki yang sama seperti golongan Melayu yang miskin dan berpendapatan rendah. Tetapi ini tidak bermakna wang ringgit saja yang diagihkan secara adil. Bahkan lebih banyak kemudahan sosial seperti pendidikan dan kesihatan bermutu, perumahan murah dan perhubungan baik perlu disediakan terutamanya untuk semua rakyat yang miskin, terbiar dan terpinggir.
Tiada sesiapapun harus dinafikan apa-apa semata-mata atas dasar perbezaan kaum. Sekiranya orang bukan Melayu yang miskin, terbiar dan terpinggir diberikan peluang dan hak yang sama seperti orang Melayu, saya percaya dengan sendirinya rasa marah atau rasa didiskriminasi akan berkurangan, jikalau pun tidak hapus terus. Ini akan menimbulkan suasana lebih sihat dan sesuai bagi memupuk persefahaman kaum dan menjana perpaduan nasional.
KEPEDULIAN RAKYAT
Ketua Umum dan Presiden kita sering mengungkapkan kata-kata �Kepedulian Rakyat�. Ertinya, kita sebagai ahli Parti - tidak kira wanita atau lelaki, muda atau tua � harus mempedulikan atau mengambil berat terhdap nasib rakyat ramai. Ini sesuai dengan Perlembagaan Parti Fasal 5.10 yang disebut tadi bahkan juga Fasal 5.9 dan 5.11, yang berbunyi seperti berikut:
5.9 �Melaksanakan ekonomi yang adil serta dinamik, yang mengutamakan pertumbuhan serta pengagihan yang adil, dan bebas daripada penindasan, kecurangan serta pembaziran, di samping mengatasi kemiskinan dan mencegah penumpuan kekayaan.�
5.11 �Menyediakan kemudahan pendidikan, kesihatan, perumahan, pengangkutan awam yang bermutu dengan bayaran yang berpatutan sebagai tanggungjawab sosial pemerintah, terutama sekali bagi golongan pendapatan rendah dan sederhana.�
Sistem ekonomi, politik dan sosial yang diasaskan oleh penjajah dan dilanjutkan oleh pemerintahan Umno-BN. Lebih mudah bagi yang kaya dan berkuasa menimbun kekayaan daripada rakyat jelata mendapat murah rezeki; lebih senang mereka yang berwang dan berdarjat membina mahligai, memasuki sekolah dan hospital yang baik daripada orang miskin. Bahkan semakin sering sekarang ini mereka yang berkuasa dan berpangkat mendapat layanan dan keputusan istimewa apabila dihadapkan ke mahkamah. Bahkan ada yang dilepaskan dari pendakwaan sama sekali.
Kita tidak menyekat orang berusaha menjadi kaya raya dan hidup mewah. Tetapi janganlah sampai menjolok mata kerana keterlaluan sangat. Sudah tentu kita mahukan kekayaan dan kemewahan itu diperolehi dengan jalan yang halal, tidak didorong oleh ketamakan dan tidak mengakibatkan pembaziran. Lebih penting lagi, penumpuan kuasa dan kekayaan hendaklah jangan sampai menjejas kebajikan umum dan menyebabkan kemiskinan di kalangan rakyat jelata.
Sudah tentu kita mahukan kemudahan sosial dan layanan lebih baik dari segi undang-undang bagi rakyat biasa. Sudah tentu kita tidak ingin melihat mereka terus hidup dalam gobok buruk yang digelar �haram� atau diasak beramai-rami ke flet yang sempit tanpa kemudahan yang lebih berperikemanusiaan.
Sudah tentu kita tidak sanggup melihat mereka yang tidak mampu memiliki kenderaan sendiri terdedah dalam hujan ribut dan panas terik, menunggu bas kenderaan awam yang jarang sekali sampai mengikut masa.
Sudah tentu kita tidak mahu rakyat biasa menunggu berjam-jam untuk mendapat layanan baik di hospital atau mendapat rawatan percuma. Kita tidak mahu mereka dibebankan dengan bayaran mahal apabila terpaksa mendapatkan pemeriksaan segera dan khidmat lebih baik, khususnya di hospital swasta.
Sudah tentu kita tidak rela mereka yang berkuasa dan berdarjat mudah saja dibebaskan dari pendakwaan mahkamah, manakala polis cabuk dan mereka yang selalu dipandang hina sebab berkedudukan sosial yang rendah mudah dan cepat saja diheret ke mahkamah dan dihukum dengan tidak setimpal.
Apa yang hendak saya tegaskan di sini ialah kita semua sebagai ahli keADILan, terutama dari pimpinan Wanita dan Angkatan Muda, hendaklah menanam dan memupuk sikap serta semangat prihatin terhadap nasib rakyat jelata. Seperti yang sering ditekankan oleh Ketua Umum dan Presiden yang kita hormati, kita mesti sentiasa bertindak atas prinsip �kepedulian rakyat�. Prinsip ini, saya percaya, sesuai dengan kehendak kemanusiaan dan tuntutan agama.
PENUTUP
Sebenarnya banyak lagi yang hendak saya bicarakan. Tetapi cukuplah rasanya setakat ini saja. Banyak perkara yang saya kemukakan menyentuh bidang yang luas. Tetapi saya cuba kaitkan dengan peranan dan tugas Wanita dan Angkatan Muda secara khusus. Apa yang hendak saya tegaskan, dan saya harap bejaya sedikit sebanyaknya, ialah supaya Wanita dan Angkatan Muda melakukan muhasabah diri secara serius, supaya berjaya meningkatkan mutu ahli dan organisasi.
Sehubungan ini pimpinan Wanita dan Angkatan Muda hendaklah mengadakan lebih banyak lagi rancangan latihan, kursus dan bengkel bagi meningkatkan mutu ahli serta kepimpinan dan menambah pemahaman dasar parti dan politik Negara. Mereka juga harus membanyak dan menggiatkan aktiviti di kalangan rakyat untuk mendapatkan sokongan lebih besar dan.menaikkan semangat juang ahli-ahli sendiri.
Saya sungguh-sungguh mengharapkan Wanita dan Angkatan Muda, mulai dari Kongres hari ini membuat perubahan besar bagi memperkasakan Parti. Saya berharap sangat-sangat Wanita dan Angkatan Muda mempersiapkan diri supaya berjaya menyambut atau menghadapi segala cabaran masa hadapan. Kita tidak harus mengecewakan rakyat selepas mereka memberikan kepercayaan kelak untuk Parti kita menerajui pemerinahan Negara yang tercinta ini.
Akhirnya, dengan lafaz �Bismillahir Rahmanir Rahim�, saya dengan gembiranya merasmikan Kongres Wanita dan Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat kelima pada tahun 2008 yang penuh sejarah ini. Terima kasih.


