Unisel: Pelantikan Raja Arshad bukti Selangor telus
Harakahdaily
SHAH ALAM, 14 Feb: Pelantikan Raja Tan Sri Arshad Raja Tun Uda (gambar) sebagai Canselor Universiti Industri Selangor (Unisel) bukti ketelusan dan kebertanggungjawab Kerajaan Selangor yang memilih professional berpengalaman luas sebagai peneraju sebuah universiti yang berperanan melahirkan generasi muda berkemahiran tinggi dan berilmu.
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan negeri, Dr Halimah Ali berkata, Raja Arshad dilantik Canselor Unisel yang baharu bagi menggantikan Datin Seri Rosmah Mansor manakala Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Tan Sri Ismail Adam dilantik sebagai Pro-Canselor Unisel.
“Pelantikan kedua-dua tokoh ini berkuatkuasa pada 21 Februari 2011. Tempoh pelantikan Rosmah sebagai Canselor Unisel telah tamat pada 5 Februari lalu,” ujarnya pada sidang media mengenai pelantikan itu, di sini, petang.
Beliau menambah, Kerajaan Selangor berbangga apabila kedua-dua tokoh ekonomi dan pentadbiran itu menerima pelantikan itu dan berharap Unisel akan terus mencapai kejayaan lebih gemilang pada masa akan datang.
“Kerajaan Negeri yakin dan percaya, gabungan dua tokoh professional dan berpengalaman ini akan memberi manfaat yang besar kepada pelajar dan rakyat Selangor khasnya kerana Unisel adalah milik rakyat negeri ini,” ujarnya yang juga Adun Selat Klang.
Raja Arshad berpengalaman luas dalam bidang ekonomi dan pentadbiran. Beliau adalah Pengarah Sime Darby Berhad, anggota Panel Kajian Semula Pencukaian (Tax Panel Review).
Beliau juga adalah Pengarah Pro-Canselor Unisel, Pengerusi Yayasan Raja Muda Selangor, anggota Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Fellow Institut Akauntan Bertauliah England dan Wales, anggota Institut Akauntan Malaysia.
Raja Tan Sri Arshad juga ahli Institut Akauntan Awam Bertauliah selama 24 tahun termasuk tiga tahun sebagai Presiden. Beliau juga adalah bekas Pengerusi Eksekutif PricewaterhouseCoopers (PwC) Malaysia.
Tan Sri Ismail Adam dilantik sebagai Ketua Pengarah JPA pada tahun 2004 sehingga sekarang. Beliau juga dalah Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan Malaysia sejak tahun 2000.
Beliau menceburi sektor perkhidmatan awam pada 1972 sebagai Penolong Pengarah Kementerian Perdagangan dan Industri selama tiga tahun.
Sejak itu beliau bertukar ke beberapa jawatan antaranya Penyelaras Program di Institut Pentadbiran Awam (INTAN), Ketua Pegawai Pentadbir di Jabatan Statist
ik Malaysia, Ketua Unit Perancangan JPA dan Timbalan Ketua pengarah JPA.
RAJA TAN SRI ARSHAD CANSELOR BARU UNIVERSITI SELANGOR
Kekuatan seorang 'pemimpin' kecil yang menjatuhkan kuku besi HOSNI MUBARAK
Setiap insan dibekalkan dengan potensi luar biasa. Wanita muda yang menunjuk keyakinan luarbiasa dan pengaruh yang mencetus kejutan berimpak fenonomenal membuktikan masyarakat Mesir yang sudah terlalu sabar dengan pemerintahan kukubesi Hosni Mubarak telah bangkit pantas daripada tidur lena dan mula mampu menunjukkan kekuatan rakyat luar biasa.
Langkah berstrategi si wanita muda ini menghasilkan natijah yang hampir tidak boleh dipercayai dunia dan memalukan Israel dan sekutunya AMERIKA SYARIKAT dan sudah tentu menjadi satu tanda ingat kepada mereka untuk lebih berhati-hati menghadapi kebangkitan rakyat dan luar negara yang mengikuti
Muslimat Selat Klang mengadakan solat hajat perdana di masjid NURUL AMIN
KERAJAAN SELANGOR TERUSKAN USAHA SERIUS PERANGI WABAK ZINA
13.2.11
DATARAN SHAH ALAM

S'gor perluas kempen anti zina, banteras gejala sosial
Feb 13, 11 9:35pm
Rentetan kejayaan Kempen Anti Zina siri satu dan dua sebelum ini telah membuatkan kerajaan negeri Selangor meneruskan kempen tersebut sehinggalah isu gejala sosial yang melanda masyarakat dapat dibanteras, lapor TV Selangor.
Menurut Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, sejak kempen ini diperkenalkan oleh kerajaan negeri, ia telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada pelbagai pihak."Saya berasa amat gembira apabila diberitahu sambutan anti zina kedua yang diadakan pada malam sambutan tahun baru yang sama, amat menggalakkan, telah berjaya mengumpulkan lebih daripada 5,000 sukarelawan," katanya.
Menurut beliau lagi, kempen seperti ini adalah bertujuan untuk memberi kesedaran kepada masyarakat Melayu beragama Islam dan bukan bertujuan untuk menakut-nakutkan masyarakat bukan Islam.
"Kempen anti zina ini bukanlah untuk mengganggu masyarakat bukan Islam tetapi adalah tanda amaran kepada umat Islam, dan ini bukan dianggap sebagai serbuan tetapi peringatan kepada orang Islam dan menjadi tanggungjawab mereka dalam mencegahnya," katanya. Simbolik Beliau yang bercakap ketika merasmikan Majlis Pelancaran Kempen Anti Zina Siri 3 yang diadakan di Dataran Shah Alam sebagai simbolik pelancaran ini Menteri Besar telah melepaskan sekumpulan konvoi yang disertai oleh 80 buah kereta dan 30 buah motosikal berkuasa tinggi.
Kumpulan yang dianggarkan kira-kira 500 orang ini akan berpusing seluruh Shah Alam sebagai "tanda amaran" untuk memberitahu orang awam bahawa kempen ini telah bermula sambil membunyikan hon.
Kempen siri kali ketiga ini mempunyai 3 fasa, iaitu fasa pertama adalah majlis pelancaran oleh Menteri Besar, manakala fasa kedua pula akan bermula pada jam 8 malam hingga 2 pagi, melibatkan sukarelawan yang terdiri daripada NGO yang diketuai oleh Yayasan Amal Malaysia Cawangan Selangor akan mengedarkan risalah mengenai bahaya zina kepada masyarakat.Antara NGO yang terlibat adalah Briged Amal, Angkatan Belia Malaysia (ABIM), Perkim (Selangor), Bakewanis dan lain-lain lagi.
Fasa ketiga bermula jam 2 pagi hingga 6 pagi, di mana akan menggempur beberapa lokasi dan premis yang telah dikenalpasti untuk diperiksa, kempen ini melibatkan semua jabatan dan agensi kerajaan, antaranya Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan lain-lain jabatan yang berkaitan dalam penguatkuasaan.
Kempen Anti Zina merupakan salah satu aktiviti yang dirancang oleh Program Generasi Idaman Selangor (GeMS) yang merupakan satu program khusus yang diwujudkan di bawah Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan.Khalid berkata kerajaan negeri sentiasa komited dalam menangani isu gejala sosial di Selangor apabila kempen seumpama ini dijalankan secara berterusan dari semasa ke semasa bagi mewujudkan persekitaran yang aman dan tenteram. Read More “KERAJAAN SELANGOR TERUSKAN USAHA SERIUS PERANGI WABAK ZINA” »»
BRAVE GIRL CREATED HISTORY AT TAHRIR SQUARE
Apabila keyakinan memuncak, kesedaran meluap dan keperluan melangit maka lahir satu kekuatan luar biasa yang mendorong gadis muda menyeru dengan lantang semua yang boleh dicapai melalui media baru internet yang dikembang secara viral untuk mendesak dan mencabar ribuan manusia berpusu-pusu dan bertahan lama hingga berjaya menggugurkan HOSNI MUBARAK daripada kerusi PRESIDEN yang telah disandang 30tahun lamanya.
ALLAHUAKBAR!!
Doa adalah senjata mukmin. Perjuangan akan sudah tentu menghadapi pelbagai rintangan, tentangan, dan sabotaj pihak musuh yang tidak tenang melihatkebenaran semakin terserlah.Ini amat menggerunkan puak-puak yang memang berbudayakan penipuan dan bergelumang pembohongan kepada yang tidak bermaklumat terperinci dan tepat dan juga bagi mereka yang masih terhijab mata hatinya.


