Pray For MH370

Pray For MH370

UMNO cari strategi kekal di upah rakyat untuk tadbir Malaysia walau PKFZ,NFC, Jet hilang enjin, rasuah resam parti!!

Umno pilih tiga pendekatan lain bagi kekal berkuasa
Sebagai persiapan menghadapi pilihan raya umum ke-13, yang dianggap paling penting dalam sejarah Umno, tiga pemimpin utamanya menyampaikan ucapan dasar dengan berkobar-kobar, semuanya dengan tujuan menaikkan semangat perwakilan menjelang pemilihan itu.

NONEBagi presiden Umno, Datuk Najib Abdul Razak, beliau memilih kesederhanaan dan pendekatan untuk berdamai. Namun timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin pula memilih tema “Ketuanan Melayu” dan menjadi orang Cina sebagai momokannya.

Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin mengambil pendekatan lebih intelektual. Beliau menggesa ahli-ahli parti yang muda supaya lebih progresif dan liberal. Namun ini dijangka tidak dapat difahami oleh kebanyakan perwakilan.

Ketika ini, Umno cuba memperlihatkan parti itu sebagai terbuka tetapi pada masa yang sama berpegang kukuh terhadap konsep Melayu, meskipun Najib telah berulang-kali, khususnya sejak mengambil tampuk pentadbiran pada 2009 berkata Umno perlu melalui proses transformasi untuk kekal relevan.

NONERentak dan nada perbahasan pada perhimpunan kali ini ditetapkan oleh Muhyiddin Yassin yang pada malam Selasa lalu memalu gendang bahawa perpaduan Melayu hari ini menghadapi ancaman yang semakin menonjol daripada masyarakat Cina dan penganut Kristian.

Pada ucapannya beliau menggesa perwakilan supaya berjihad untuk agama, bangsa dan negara. Jihad untuk keadilan. Beliau juga menggambarkan parti DAP yang didominasi oleh masyarakat Cina sebagai "parti paling rasis" dan musuh utama Umno.

Read More “UMNO cari strategi kekal di upah rakyat untuk tadbir Malaysia walau PKFZ,NFC, Jet hilang enjin, rasuah resam parti!!”  »»

ISU KUIS: benarkah yuran naik?


KENYATAAN AKHBAR
Aduan “Pelajar KUIS dibebani pelbagai jenis yuran tak berkaitan” hal. 27 (2 November 2011), “Pelajar KUIS dibebani bayaran asrama tinggi” hal. 41 (4 November 2011)  dan “Minta KUIS pertimbang yuran asrama, elak tambah beban pelajar keluarga miskin” hal. 27 (8 November 2011) adalah dirujuk.
Berikut adalah kenyataan rasmi Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS).
Pihak pengurusan KUIS mengucapkan terima kasih di atas pendedahan berita tersebut dan ingin menjelaskan beberapa perkara bagi mengelakkan kekeliruan dan polemik yang berpanjangan.
1.         Isu kenaikan yuran penginapan yang ditimbulkan sebenarnya tidak berlaku kerana KUIS telah menetapkan kadar caj di antara RM5.50 hingga RM11.00 sehari untuk setiap pelajar bergantung kepada jenis bilik yang dipilih dan jumlah hari bagi sesuatu semester.
2.         Bermula tahun 2011, pihak pengurusan KUIS telah bersetuju untuk mewajibkan setiap pelajar untuk tinggal di asrama bagi menjayakan Program Ta’dib Pelajar yang menumpukan kepada pembangunan peribadi dan pengajian akademik pelajar. Namun demikian untuk kes-kes tertentu, pihak KUIS boleh mempertimbangkan permohonan pelajar untuk menetap di luar asrama dengan alasan yang munasabah.
3.         Berkenaan dakwaan lebihan PTPTN yang tidak mencukupi, dimaklumkan bahawa wang pinjaman pendidikan disalurkan kepada pelajar secara “direct debit” oleh pihak PTPTN di mana potongan yuran dimasukkan ke dalam akaun kolej manakala lebihan pinjaman dikreditkan terus ke dalam akaun pelajar berdasarkan data potongan yang telah dikemaskini pihak kolej.
4.         Pihak PTPTN juga mengenakan potongan insuran pinjaman bergantung kepada jumlah pinjaman, umur pelajar dan tempoh bayaran balik menyebabkan terdapat perbezaan di antara jumlah bayaran potongan yuran dan baki lebihan yang tidak sama.
5.         Sebagai sebuah IPTS yang berdaya saing, KUIS sentiasa memastikan proses pengajian dan pembelajaran berada di tahap yang memuaskan selain berusaha melakukan penambahbaikan secara berterusan. Sehubungan itu, KUIS mengenakan yuran perkhidmatan makmal komputer RM100 setiap semester bagi tujuan tersebut manakala yuran internet tanpa wayar hanya dikenakan kepada pelajar yang mendaftar perkhidmatan tersebut.
6.         Bagi proses gugur tambah kursus pula, pelajar perlu melaksanakan proses tersebut dalam tempoh yang telah ditetapkan untuk mengelakkan sebarang denda dikenakan seperti yang telah termaktub dalam Peraturan Akademik KUIS. 
7.         Pihak pengurusan KUIS turut bersedia untuk mengadakan sesi dialog dengan pelajar untuk memberikan penjelasan bagi mengatasi masalah pelajar yang berbangkit agar kualiti dan kecemerlangan akademik KUIS tercapai.

Kenyataan Akhbar oleh Tuan Haji Abdul Karim bin Noh Shah, Pendaftar Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor.

Read More “ISU KUIS: benarkah yuran naik?”  »»

Akhlak terpuji sangat dituntut daripada semua pejuang PAS



Jom hijrah daripada sifat jelek ke akhlak terpuji seperti Nabi s.a.w

Read More “Akhlak terpuji sangat dituntut daripada semua pejuang PAS”  »»

Jom bangungkan KHAIRA UMMAH!

Sambutan Tahun Baru Islam 1433Hijrah

    GeMS Selangor mahu mendepani masalah-masalah yang sinonim dengan golongan remaja Muslim seperti yang selalu terlalu terpapar di dada akhbar media massa arus perdana samada media cetak mahupun media elektronik dengan pendekatan proaktif dan positif.Ini berbeza dengan kaedah reaktif dan menekan serta punitif yang semakin menjauhkan golongan remaja-belia(golongan REM-BEL) ini dari kalangan dewasa. Ini bererti golongan REM-BEL akan semakin renggang dari ibubapa, guru-guru, pimpinan masyarakat seperti ketua kampung, imam, mana-mana ketua komuniti kerana wujudnya jurang komunikasi yang lebar. Jiwa mereka akan memberontak terhadap apa yang ditanggapi sebagai membebankan, membosankan dan membelenggukan dan menyakitkan hati, meluap perasaan hingga menatijahkan pemikiran yang sekaligus diikuti dengan tindakan yang negatif dan merugikan diri, keluarga, masyarakat dan negeri amnya.

 Lazimnya, golongan REM-BEL dianggap kanak-kanak dewasa yang sudah tidak perlu diberi perhatian khas kerana mereka sudah 'besar'. Perkembangan dan pembangunan harian, mingguan, bulanan mereka sangat jarang dirancang.Keluarga mereka dapati mereka 'tiba-tiba' besar secara fizikal.Mereka sudah pandai melawan kata-kata orang tuanya. Mereka sudah mula memarahi ibunya.Mereka sudah tidak pedulikan teguran ayahnya.Mereka sudah mula kerap keluar rumah tanpa had masa pulang.Akhirnya derita ibu dan bapa menyaksi gelagat anak yang dahulu kecil, lemah dan bergantung sepenuhnya kepada mereka sudah semakin 'hilang'.
   Bukan sekadar tutur bahasa yang biadap, tingkah laku yang tidak sopan, mengaji, belajar payah sekali.Si anak mula menghisap rokok.Kemudian naik pangkat kepada dadah berperingkat-peringkat tanpa disedari ibubapa. Akhirnya terlalu lambat.Nasi sudah menjadi bubur.Si anak menjadi penagih dadah.Untung-untung bukan pengedar dadah.Risiko tetap melangit untuk menjadi keldai dadah, pengedar bahkan penjenayah kerana runtunan ketagihan memaksa sipenagih melakukan apa sahaja hatta membunuh.
    Sanggup menjualkan maruah diri samada REM-BEL ini perempuan mahupun lelaki.
    Pemerhatian jawatankuasa Induk Menangani Gejala Sosial Ngeri Selangor(GeMS) menunjukkan REM-BEL Muslim mencari-cari pengisian JIWA mereka.Hati yang gersang kasih sayang, rohani tenat yang memerlukan rawatan spiritual jelas terbukti apabila lambakan golongan REM-BEL akan berada di dataran-dataran untuk menyambut tahun baru, buat perkara yang lagha hingga terlanjur ke kancah dosa dan  maksiat,minum arak dan berzina.

   Justeru, Jawatankuasa GeMS Negeri Selangor memutuskan memberi erti, makna dan nilai kepada sambutan tahun baru Islam, mulanya tahun baru dalam kalendar Islam.Mengembalikan signifikan peristiwa Hijrah di mana bermula kalendar Islam untuk dihayati dan dipahat kekal ke sanubari ummat. Inilah permulaannya proses hijrah daripada hidup dalam suasana jahil kepada suasana iman dan taqwa melalui proses pengilmuan berterusan diri.
   Maka, satu program tajdid fokus kepada REM-BEL dan semua stakeholders yang berkaitan dengan REM-BEL yang terdiri dari ahli keluarga, komuniti setempat, pemimpin, aktivis masyarakat serta role models melalui satu program yang berupa 'rebranding' atau penjenamaan semula program tahunan biasa yang selama ini seolah-olah tidak menggamit minat REM-BEL iaitu MAJLIS SAMBUTAN TAHUN BARU ISLAM 1433H.
  Perincian program:
Tarikh: Bermula 26.11.11(SABTU)
Waktu: 6.00ptg doa akhir tahun
             7.15mlm maghrib berjemaah
             7.30mlm doa awal tahun
              8.20mlm isya' berjemaah
              9.00mlm ceramah perdana
             10.30mlm kambing bakar(REM-BEL)
             12mlm:rehat
 27.11.11: 4.00pg:qiyamullail:Us Othman Ibrahim
              6.00pg: solat subuh
              6.20pg kuliyyah Subuh( Us.Don)
              7.30pg persiapan berarak
              9.00pg majlis perasmian
                   anugerah TOKOH MAAL HIJRAH KLANG; Anugerah pelajar cemerlang; anugerah jasamu dikenang

Tempat:MASJID NURUL AMIN, Kpg Delek, Klang.

JOM datang ramai-ramai.

Read More “Jom bangungkan KHAIRA UMMAH!”  »»

BN serba salah kes PTPTN?

MULA-mula disenaraihitamkan. Kemudian kata tidak perlu bayar kalau tidak dapat kerja.......interest @ riba meningkat tidak?!

Read More “BN serba salah kes PTPTN?”  »»
 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket









Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com