Pray For MH370

Pray For MH370

SECEBIS mengenai DIRI saya

BIODATA DR HALIMAH

Dr. Hjh Halimah Ali, 49 tahun

Pendidikan:

Elizabeth Matriculation College, Hobart, Tasmania
Bachelor Med. Sc.(Tas, Aust.)
Bachelor Of Medicine, Bachelor Of Surgery(Tas. Aust.)
Dip. Tasawwur Islam(Pelajar Terbaik)

Pengalaman Kerja

Hospital Universiti, Petaling Jaya
Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang
Klinik Kesihatan Ibu & Kanak-kanak Klang
Klinik Kesihatan Ibu & Kanak-kanak, Shah Alam
Pejabat Kesihatan Lapangan Terbang Antarabangsa Subang
Pejabat Kesihatan Daerah Petaling
Pegawai Kesihatan Sekolah Daerah Klang
Pengamal Perubatan Swasta selama 19 tahun di dua buah klinik, Klang

Penglibatan Dalam Masyarakat

Sukarelawan Misi Kemanusiaan Yayasan Amal Malaysia Untuk:
Bencana TSUNAMI, MEULABOH, ACEH
Bencana gempa bumi Kashmir/Pakistan
Bencana gempa bumi Yogyakarta
Mangsa perang Lebanon
Rakyat miskin mangsa Rejim Pol Pot Kampuchea
Mangsa banjir TDDI Jaya, Kpg Kebun Bunga, Shah Alam dan Johor
Aktivis Kempen Jerebu
Aktivis Kempen kesedaran kanser
Co -Author Buku Pendidikan Jasmani & Kesihatan Jilid 1(SPBT)
Kolumnis majalah Ummi
Pendakwah bebas di jabatan dan agensi kerajaan , swasta, masjid dan surau
Motivator jemputan di IPT, sekolah-sekolah dan tadika
Pernah menjadi Doktor undangan untuk program kesihatan di RTM( radio dan television)
Berjaya mengerakkan pihak berwajib untuk menyelesaikan masalah Kpg Melayu Nelayan Telok Gong.
Berjaya menggerakkan pihak berwajib untuk menyelesaikan masalah penduduk Taman Sentosa Perdana.
Berjaya menjadi pemangkin untuk menggerakkan pihak berwajib untuk membina SRJK(T) Jln Tepi Sungai, Klang dengan kadar segera.
Berjaya menyediakan 70x Klinik Bergerak Percuma di seluruh DUN Selat Klang termasuk Pulau Ketam, Sg Lima dan Bagan Hailam
Berjaya menjadi pemangkin penyediaan klinik bergerak oleh pihak berwajib.

Jawatan dalam NGO

2005-2007: Ketua Biro Perubatan & Kesihatan, Yayasan Amal Malaysia
2007-sekarang: Naib Presiden Yayasan Amal Malaysia
Merangkap Ketua Biro Pembangunan Wanita & Keluarga AMAL Malaysia
Merangkap Naib Pengerusi Yayasan Amal Selangor
2007-sekarang: Ketua Biro Perubatan & Kesihatan, MACMA Pusat(Malaysian Chinese Muslim Association)
2001Pengurus Pusat Motivasi Islam Cemerlang
2000 Pengasas Kelab Remaja Intan Islam
2003 Pengasan Kelab Ibu Muda
2005 Pengasas Kelab Remaja Explorers Islam
Pengarah Pustaka Gedung Ilmu

Penglibatan Dalam Politik

Jawatan dalam parti:

Timbalan Pengerusi Biro Solidariti(Perpaduan) Nasional PAS Pusat

EXCO Dewan Muslimat PAS Pusat

Pengerusi Biro Solidariti Dewan Muslimat PAS Pusat

Exco Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor

Exco PAS Kapar

Ketua Editor bulletin Mandarin Ren Min Shi Shi

Editor risalah Tamil Makkal Sethi

Pernah bertanding sebagai calon PAS 2004

Comments :

10 comments to “SECEBIS mengenai DIRI saya”
Anonymous said...
on 

PAS should have more leaders in the calibre of Dr Halimah Ali, Dr Mujahid Yusuf Rawa, Dr Zul Ahmad and the others who have successfully phased out the Islamic state issue. PAS should counter UMNO exploiting issue of the pig farm as Dr Halimah has done. Well done, Dr Halimah

Anonymous said...
on 
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...
on 

Yb Dr Halimah,
Satu sahaja soalan kepada YB,
Bila nak tamatkan jawatan Naib Canselor UNISEL Dr Razali Agus dan Canselor Rosmah Mansor dari UNISEL. Nak tunggu bila lagi. Tunggu bila dah nak tamat tempoh kerajaan PR Selangor, atau sampai bila perlu tunggu. Tengok apa Kem. Pengajian Tinggi buat pada TS Sanusi Junid sebagai Presiden UIA, kan dah kena pecat setelah keluar dari umno. Kita semua tahu siapa razali agus dan rosmah mansor , nak simpan buat apa lagi. Lambat bertindak maka jangkahayat kerajaan PR lagi pendek.
harap segera bertindak, sebelum saya nak imform YB Yaakub Sapari. Tolonglah cepat , tolong , jangan tunggu lagi, pecat mereka segera.

Tq
wanz

Anonymous said...
on 

email add saya
zailanomar@ajikl.com.my

tq
wanz

sekali lagi tolong cepat bertindak, panjang kan umur kerajaan PR Selangor.

Anonymous said...
on 

YB Dr Halimah,
Hadiah kepada pengundi Selangor.
Cerita pasal penghapusan keluasan kawasan rumah ibadat bukan islam dari 0.4H, adalah sesuatu yang sangat mendukacitakan. Walaupun pada tahap ini hanya cadangan tetapi masih belum kedengaran dari 3 exco PAS untuk membantah atau mengeluarkan sebarang kenyataan, ini satu oerkara yang sangat mengecewakan. Setelah hampir seratus hari PR Selangor memerintah sudah beberapa yang diputuskan melukakan hati orang melayu islam dalam pas. Kalau perkara sepenting ini masih lagi di kompromi adalah sangat malang, maka benarlah perjuangan PAS telah lari matlamat asal. Tulisan Dinsman dalam harakah reformasi sudah jadi reformoney.
Memang YB Dr menang di N45 atas undi cina dan india tapi adakahkerana itu kita kena tunduk kepada mereka.? Cuba buat bandingan penduduk india diSelangor 700ribu lebih, tapi kuil 1000 buah lebih, satu kawasan ada dua tiga buah kuil, eg(seri serdang 3 kuil berdekatan, uniten 3 kuil berdekatan, masjid 2 shj, jauh pulak tu, boleh cek dgn YB Yaakub Sapari) orang islam 3 juta lebih ada 380 masjid.
Sila pertahankan keluasan 0.4h untuk rumah ibadat bukan islam.jangan beri lebih kalau tak rugi kita.
hayat kerajaan PR tak panjang dalam kes ini.

sekian.
zailanomar@yahoo.com.my

Anonymous said...
on 
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...
on 

Assalamualaikum W.B.t

Masalah PBT/MAjlis Daerah Sabak Bernam.

Kami mewakili penduduk dan peniaga kecil di Sabak Bernam melihat kebelakangan ini, banyak berlaku isu panas dalam pentadbiran MDSB.Berikut saya senaraikan antara isu2 panas tersebut:-

1- Kenaikan Kadar sewa kedai milik MDSB.
Ini merupakan isu panas dimana MDSB telah menaikkan sewa mulai 1 januari 2009 antara 50%-150% dari sewa asal yang membangkitkan kemarahan para peniaga kecil di sekitar Sabak Bernam.

2. Larangan Berniaga di Tepi Jalan di Sungai Besar.
-Pada mulanya MDSB telah memberikan lesen penjaja sementara/bergerak kpd beberapa peniaga, malangnya di tarik balik bila ada 'komplen' dari pihak2 tertentu. Kenapa MDSB bertindak zalim dengan menidakkan punca rezeki peniaga2 kecil? sepatutnya mereka lebih "Pro Peniaga".

3-Penguatkuasa MDSB yang tak menjalankan tugas.
-Pemandangan biasa bila melihat kebanyakkan petugas, penguatkuasa MDSB yang suka minum, merayau tak tentu hala. malah ada beberapa aduan mereka memeras ugut dan meminta sogokan. Perkara ini telah berlaku sejak dari dulu.

4-Ahli2 Majlis PR yang Tak Bersuara.
-Banyak sekali maklumat yang menyatakan ahli2 majlis daerah PR yang baru tidak Bersuara malah mengiakan saja segala macam bentuk keputusan yang dibuat oleh YDP majlis yang terang2 tidak mempedulikan nasib penduduk dan peniaga2 kecil.

Diharap Dr Halimah dapat memanjangkan isu2 hangat sebegini ke dalam mesyuarat exco ataupun memanggil ahli2 majlis MDSB supaya bertindak lebih berkesan dalam memperjuangkan isu2 peniaga dan penduduk. ini kerana ia dilihat sebagai duri dalam daging kepada pemerintahan PR di selangor. apa yang pasti, kami percaya ujudnya tangan2 tersembunyi pihak tertentu yang berselindung dan memberi arahan kepda MDSB untuk bertindak menyalahi prinsip PR. sekiranya ia tidak ditanggani dengan baik, dikhuatiri ia akan memberikan kesan kepada nama baik kerajaan negeri pimpinan Pakatan Rakyat. Kami mengambil inisiatif ini kerana rasa sayangkan kerajaan baru yang menjanjikan kebajikan buat rakyat terbanyak.

Sekian. Harap ambil tindakan segera.

Anonymous said...
on 

Assalamualaikum..

Nama saya nursyahida bt mohd jaafar.

Saya seorang pelajar jurusan sains politik di sebuah universiti tempatan. Pada masa ini, saya sedang melakukan kajian tentang pengaruh kempen menggunakan internet pada pilihan raya yang lalu. Jika tidak keberatan saya ingin menemubual puan bagi mengumpul maklumat untuk kajian saya. Jika tuan bersetuju, saya akan mengemailkan beberapa soalan kepada puan.

Saya memohon maaf sekiranya tindakan saya ini tidak formal. Tetapi saya amat berharap dapat bekerjasama dengan pihak puan.


Terima kasih
n_syahida83@yahoo.com.my

SALSABILA HUMAIRAH IBNI SAFWATULLAH WALIUDDIN said...
on 

Assalamualaikum...
Timbul Kegusaran di dalam benak fikiran saya tentang PIMPINAN yang akan menerajui FIMAS di UNISEL Kampus Bestari Jaya. Takut-takut mereka hanya memilih insan yang tahu segalanya di dalam UNISEL tetapi mempunyai latar belakang yang tidak menampakkan ciri-ciri mahasiswa yang sepatutnya di tonjolkan

Unknown said...
on 

Assalamualaikum Dr,

Saya terpanggil untuk membuat aduan dimana saya diberitahu oleh rakan bahawa seorang penolong pendaftar(AR) di fakulti mass com UNISEL telah menawarkan dirinya sendiri untuk mengajar di fakult mass com secara part-time..AR ini sedang melanjutkan pelajaran dalam bidang MBA...tetapi saya ingin penjelasan, bolehkah seorang pegawai sokongan mengajar?...dimana kah kualitinyer?..etika kah dengan menawarkan diri sendiri untuk mengajar?...saya kenal AR ini secara peribadi dan ingin saya katakan kualitinya tidak baik..kalau pensyarahnya tidak berkualiti,...bagaimana ingin menghasilkan pelajar yang berkualiti?...saya sayangkan unisel, sayangkan kerajaan sekarang...tolonglah ambil tindakan...sekian

 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Mesyuarat Agung Khas AMALNITA perihatin Pelancaran Tabung PDS AMALNITA dan anda
    8 years ago
  • "Paciaru" atau breakfast. - Yb Meru bersama Mr.Maniam turun padang memantau jalan2 berlubang di susur keluar highway Setia Alam ke Jln Meru dan Jln Korporat Kawasan Meru ...
    8 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket









Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com