Pray For MH370

Pray For MH370

EXCO BAYANGAN PEMBANGKANG SELANGOR

Wakil Rakyat BN bentuk Exco bayangan diketuai Dr Khir
SHAH ALAM, Jumaat 4 April : Barisan Nasional (BN) Selangor membentuk Exco bayangan bertujuan menjadi pembangkang yang kuat selain berhasrat membela nasib rakyat tanpa mengira kaum di negeri itu yang kini dikuasai Pakatan Rakyat.

Kesemua 20 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) BN yang menang pada pilihan raya umum lalu, bertanggungjawab sebagai Exco dan timbalan Exco setelah semuanya bersetuju berbuat demikian dalam mesyuarat bersama Adun BN pada 24 Mac lalu.

Mesyuarat itu juga bersetuju membentuk Jawatankuasa Pembangkang Selangor diketuai bekas Menteri Besar, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo sebagai Ketua Pembangkang.



Beliau turut memegang portfolio yang disandang Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim iaitu Pembangunan Tanah, Kewangan, Majlis Tindakan Ekonomi Selangor (MTES), Belia dan Sukan.

Datuk Mohamad Satim Diman (Adun Seri Serdang) dilantik Timbalan Ketua Pembangkang, manakala Datuk Mohd Shamsudin Lias (Sungai Burung) Setiausaha dan Bendahari.

Bercakap dalam sidang media di sini, hari ini Dr Mohamad Khir berkata, portfolio yang disandang setiap Adun BN itu berdasarkan portfolio Kerajaan Selangor sekarang ini.

Katanya, Exco bayangan itu akan memantau pentadbiran kerajaan campuran PKR, Dap dan PAS serta membangkang jika ada tindakan yang tidak menguntungkan rakyat.

“Kita bersedia memberi sokongan jika ada keputusan yang membawa kebaikan kepada negeri dan rakyat,” ujarnya.

Katanya, kerajaan negeri sekarang diberikan tempoh 100 untuk mentadbir dan selepas itu sebagai pembangkang, semua Adun BN akan menentang perbuatan yang merugikan rakyat dan negeri.

"Kita akan jadi pembangkang yang baik. Mana yang tidak baik kita akan tegur dan mana yang baik untuk rakyat dan negeri, kita akan sokong," katanya di sini, hari ini.

Dalam pada itu katanya, semua Exco bayangan sedia mengisytiharkan aset jika diarah berbuat demikian bagi mengikut langkah kerajaan negeri.


Bagaimanapun, menurut Dr Mohamad Khir, pengisytiharan itu perlu membabitkan semua ahli keluarga tanpa pengecualian kepada anak Exco berumur lebih 21 tahun.

Katanya, pengecualian itu bertentangan Akta Pencegahan Rasuah 1997 yang menetapkan semua ahli keluarga yang ada pertalian darah mengisytiharkan harta tanpa pengecualian.

"Pengecualian kerajaan negeri ini membolehkan anak Exco ada kepentingan dalam bidang tertentu. Kita berharap Menteri Besar bertindaklah dengan mematuhi Akta Pencegahan Rasuah," katanya.

Dr Mohamad Khir berkata, beliau dan Exco kerajaan negeri terdahulu juga sedia membuat pengisytiharan harta kepada Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) jika diminta kerana tiada maklumat yang perlu disembunyikan.



Senarai Exco Bayangan BN Selangor :



1. Exco Pembangunan Tanah, Kewangan, MTES, Belia dan Sukan

-Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo

-Datuk Marsom Paing (timbalan)

2. Exco Hal Ehwal Islam, Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam

-Datuk Abdul Rahman Palil

-Datuk Mohamad Busro Mat Johor (timbalan)

3. Exco Permodenan Pertanian, Pengurusan Sumber, Pembangunan Usahawan dan Pembangunan Luar Bandar

-Datuk Raja Ideris Raja Ahmad

- Hasiman Sidom (timbalan)

4. Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan, Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan

-Datuk Mohamad Satim Diman

-Johan Abdul Aziz (timbalan)

5. Exco Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan

-Datuk Mohamad Idris Abu Bakar

-Datuk Subahan Kamal (timbalan)

6. Exo Kesihatan, Kerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin

-Datuk Dr Abdul Karim Mansor

-Sulaiman Razak (timbalan).

7. Exco Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar

-Datuk Mohamad Shamsudin Lias

-Datuk Warno Dogol (timbalan)

8. Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan

-Datuk Amiruddin Setro

-Mohd Isa Abu Kassim (timbalan)

9. Exco Pembangunan Kampung Baru dan Penyelesaian Kilang Haram

-Yap Ee Wah

-Ismail Sani (timbalan)

10. Exco Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Teknologi dan Inovasi

-Abdul Shukor Idrus

Comments :

0 comments to “EXCO BAYANGAN PEMBANGKANG SELANGOR”
 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Add caption *Relawan AMALNITA sedia bersama....*
    8 years ago
  • Shopping Back To School. - Oleh kerana 2 petugas kaunter demam dlm Program Jom Shopping Back To School DUN Meru, maka Yb Meru dan Dato Ketua Kampung membantu mengambil...
    9 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket









Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com