Pray For MH370

Pray For MH370

NILAI SEBUAH MARUAH

Nazri nafi letak jawatan

PARIT BUNTAR 4 April – Datuk Seri Mohamad Nazri Abdul Aziz menafikan dakwaan sesetengah pihak kononnya beliau akan meletakkan jawatan sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri dalam tempoh terdekat.

Menurutnya, dakwaan itu tidak benar sama sekali dan beliau akan terus memegang jawatan tersebut selagi diperlukan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

‘‘Saya masih di sini sebab UMNO tidak kalah, Barisan Nasional (BN) juga tidak kalah. Saya sendiri masih menang dan kekal sebagai Ahli Parlimen Padang Rengas,” katanya.

Beliau menyatakan demikian kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan wang tunai antara RM500 hingga RM3,000 kepada 124 mangsa ribut daerah Kerian di sini hari ini.

Beliau sebelum itu diminta mengulas desas-desus bahawa beliau akan meletakkan jawatan sebagai menteri dalam tempoh terdekat.

Antara sebab beliau dikatakan wajar meletakkan jawatan adalah kerana kelantangannya di Parlimen telah menyebabkan ramai yang tidak menyukai sikapnya itu hingga pengundi menolak BN pada pilihan raya umum lalu.

Komen: Di negara Jepun, bagi mereka yang pernah bekerja atau melawat ke sana, maruah diri merupakan aspek terpenting dalam kehidupan orang Jepun. Tidak hairanlah jika mereka menemui kegagalan dalam suatu perkara, mereka tidak keberatan bukan setakat letak jawatan, malah mengambil nyawa sendiri. Kita tidaklah mencadangkan individu membunuh diri jika gagal dalam suatu perkara, cuma hendak menyatakan betapa tinggi maruah diri/ harga diri seorang insan berbangsa Jepun beragama Shinto. Masa era DR M dulu, polisi pandang ke timur begitu hebat diperkatakan rakyat dan pemimpin, tetapi kini sudah lesu dan dingin. "Hikmah adalah barang yang hilang dari orang Mukmin, ambillah ia di mana kamu temui", maksud hadith.

Di negara kita, berlakulah apa saja, sebut apa saja, jambatan runtuh, feri karam, tanah runtuh, pelaburan rugi, kilang meletup, bank bankrap, kanak-kanak maut, kapal selam tenggelam, jet pejuang terhempas, payung terjun tak terbuka dan lain-lain musibah, jangan mimpi malam atau siang pihak yang bertanggungjawab akan meletakkan jawatan. Pasal terima pujian atau penghargaan merekalah yang pertama mengaku buat itu dan ini, tapi bila sesuatu yang tak kena berlaku, itu bukan salah saya.

Kenapa berat sangat nak lepas jawatan? Sebab "so much and so many at stake". Inilah masanya nak buat harta, murah rezeki, peluang banyak, kabel kuat, projek atas bawah kiri kanan, komisyen tak habis makan dan bermacam-macam lagi keistimewaan serta manfaat. Bodoh, tak ada otak le nak lepas tak pasal-pasal.






Comments :

0 comments to “NILAI SEBUAH MARUAH”
 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Add caption *Relawan AMALNITA sedia bersama....*
    8 years ago
  • Shopping Back To School. - Oleh kerana 2 petugas kaunter demam dlm Program Jom Shopping Back To School DUN Meru, maka Yb Meru dan Dato Ketua Kampung membantu mengambil...
    9 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket









Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com