Pray For MH370

Pray For MH370

PENYAKIT BERJANGKIT DI MALAYSIA PADA 2006

Di atas adalah paparan dari laman web Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) tentang kadar penyakit berjangkit dan kadar kematian per 100,000 penduduk dalam tahun 2006. Jadual di atas di susun menurut abjad dan bukan mengikut urutan kadar insiden dan kematian. Kadar insiden berlakunya penyakit per 100,000 penduduk ialah:

Jenis Penyakit .. Kadar berlaku setiap.. Kadar Kematian
........................ 100,000 penduduk


1. Demam Dengue .. 64.37 .. 0.01

2.Tuberculosis (TB).. 62.56 .. 5.37

3.Keracunan
Makanan .. 26.04 .. 0.00

4. HIV (semua
jenis) .. 21.88 .. 1.43

5. Malaria .. 19.87 .. 0.08

6. Penyakit Tangan
Kaki & Mulut (HFMD) 19.30 ..0.02

7. Hepatitis Virus
(viral hepatitis) .. 9.37 .. 0.18

8. AIDS (semua
jenis) .. 6.91 .. 3.66


9. Demam Dengue
Berdarah (DHF) .. 4.10 .. 0.25

10. Siflis (semua jenis) .. 3.06 .. 0.01

Daripada statistik di atas agak jelas kepada kita bahawa wujud dua (2) kumpulan besar penyakit berjangkit yang kadar berlaku (insiden) di Malaysia begitu tinggi iaitu yang merebak melalui nyamuk dan satu lagi penyakit yang merebak melalui hubungan jenis (seksual). Secara umumnya penyakit bawaan vektor nyamuk ialah Demam dengue (DF), Demam Dengue Berdarah (DHF) dan malaria. Ketiga jenis penyakit ini boleh dicegah dan kos penyakit ini kepada individu, masyarakat dan ekonomi negara boleh dikurangkan.

Kumpulan penyakit berjangkit kedua ialah penyakit yang merebak melalui lazimnya hubungan seks rambang dan perkongsian jarum suntikan iaitu AIDS, HIV, siflis , gonorrhea dan hepatitis B. Penyakit-penyakit ini boleh dikategorikan penyakit gaya hidup sama ada gaya hidup bebas, mujur lalu melintang patah, pantang jumpa, apa dapat semua kebas, siapa aku nak pekena malam ini, siapa aku nak tiduri dinihari ni dan sebagainya. Memang tidak dapat dinafikan ada individu berpenyakit AIDS, HIV, hepatitis B dan siflis yang bukan salah mereka. Sebagai contohnya, kesilapan teknikal semasa pemindahan darah, pencemaran pada produk darah dan lain-lain tetapi kes sebegini amat rendah kadarnya. Ini memang dah nasib malang.

Kebanyakan kes seks rambang berlaku suka sama suka setelah berjumpa di pub, di disko, di karaoke, di parti dan seumpamanya. Tak kira hubungan homoseks, heteroseks atau biseks. Bujukan, rangsangan dan tarikan "persekitaran" yang mencabar "iman" muda mudi "memaksa" mereka mencuba (eksperimen) atau terpedaya, bergantung dari sudut mana kita lihat. Mungkin ada muda mudi yang jahil tentang AIDS atau siflis/gonorrhea, lantas menjadi mangsa keadaan. Bila dah kena, nak balik ke pangkal jalan amatlah sukar. " Jika menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan" mungkin motto hidup mereka. Adakah Sufiah, anak Malaysia yang cerdas pintar terpaksa jual diri setelah ditipu lelaki atau memang dia seronok dengan gaya hidup begitu. Adakah cara hidup ini SATU LAGI PROJEK BARISAN NASIONAL. Mari kita sama-sama fikirkan. Salah ibu mengandung ke ? Atau salah kerajaan yang memerintah? Atau salah anda sendiri kerana memilih pemimpin yang tak peduli soal moral dan tatasusila?

Comments :

0 comments to “PENYAKIT BERJANGKIT DI MALAYSIA PADA 2006”
 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Add caption *Relawan AMALNITA sedia bersama....*
    8 years ago
  • Shopping Back To School. - Oleh kerana 2 petugas kaunter demam dlm Program Jom Shopping Back To School DUN Meru, maka Yb Meru dan Dato Ketua Kampung membantu mengambil...
    9 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket









Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com