Pray For MH370

Pray For MH370

DANA, BALAK, TANAH, AIR DAN KHINZIR: KINI 5 ISU UTAMA DI SELANGOR

Aktiviti seperti pencerobohan hutan simpan, pembalakan haram, penjualan tanah kerajaan dan yang berkaitan dengan tanah rezab Melayu mesti cepat diketahui oleh pihak berwajib seperti Jabatan Hutan, Jabatan Mergastua, Pejabat Tanah dan Pejabat Daerah. Ini kerana pihak-pihak di atas sentiasa memantau dan membuat rondaan. Aktiviti raksaksa seperti pembalakan haram bukan boleh dibuat senyap-senyap dan pada waktu malam hari. Keluar masuk jentolak, lori balak, dan pacuan empat roda dari lokasi pembalakan haram ke jalan besar tidak boleh dirahsiakan. Isunya ialah mesti ada jerung besar yang mendalangi, yang melindungi dan yang tidak mempeduli jika terdapat aduan dari orang ramai.

Aktiviti seperti di atas juga biasanya dikaitkan dengan aktiviti rasuah, penyalahgunaan kuasa, penyelewengan, konspirasi dan phenomena " perkahwinan antara politik dengan duit ringgit menghasilkan kuasa dan lebih banyak ibu duit".

Kini orang Melayu heboh memperkatakan tentang kehilangan ketuanan Melayu. Maaf ya saya nak bertanya. " siapakah yang menjual tanah rezab Melayu? Siapakah yang meluluskan penjualan tanah rezab Melayu kepada syarikat yang berdaftar sebagai Bumiputera tetapi kesemua pengarah syarikat berkenaan terdiri dari kaum bukan bumputera kecuali seorang? Siapakah mereka yang banyak mendapat peluang projek berjuta-juta tetapi di'sub'kan atau dijual kepada bukan bumiputera dek kerana kurang modal atau hendak cepat kaya dengan berpuas hati sekadar dapat komisyen? Siapakah yang meluluskan permit AP (import kereta), lesen teksi, lesen bas, lesen import barangan penting seperti beras, gula, tepung, simen, baja, kain kapan, daging lembu, besi dan sebagainya? Siapakah yang masih terus menyokong ahli politik dan pemimpin Melayu yang mengamalkan kronisme, nepotisme, korupsi? Siapakah yang menghakiskan ketuanan Melayu itu sendiri?"



curibalak.jpg




curibalak2.jpg
Yaakob bersama Ng Swee Lim (kiri) melihat kawasan hutan yang sudah dikeluarkan balak sehingga menyebabkan saliran air ke kawasan sawah terkambus dan tersumbat.





Di kawasan lain, balak-balak yang sudah ditebang ditemui dalam tinjauan semalam.







Tanaman Padi Diancam Kemusnahan Akibat Pencerobohan Hutan Simpan





Sumber Suara Selagor Maju / Agenda Selangor


MURIZA ABDUL HAMID/ ROSLAN BIAN


TANJONG KARANG, 6 Mei – Satu kes pencerobohan hutan simpan dekat sini yang dikatakan berlaku sejak dua tahun lalu harus dipandang serius semua pihak.


Ia didedahkan hari ini apabila Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pemodenan Pertanian, Pengurusan Sumber Alam dan Pembangunan Usahawan, Yaakob Sapari bersama Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sekinchan, Ng Suee Lim membuat lawatan mengejut ke kawasan sekitar Hutan Simpan Raja Musa, di sini tengah hari tadi.

Dalam tinjauan bersama pihak media mendapati wujudnya aktiviti penebangan hutan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab di kawasan hutan simpan paya gambut berkeluasan 650 hektar itu.

Yaakob berkata tiada tindakan yang diambil oleh pihak terdahulu.

Malah katanya, Hutan Simpan Bestari Jaya dan Hutan Simpan Ladang Hopeful yang menjadi kawasan tadahan hujan turut menerima nasib yang sama.

“Jika perkara ini tidak dibendung ia memberi kesan jangka panjang kepada sektor penanaman padi di kawasan berhampiran,” katanya.

Menurutnya lagi, isu penebangan hutan itu dipandang serius oleh kerajaan negeri kerana ia membabitkan lebih 9,000 petani di Tanjong Karang, Sabak Bernam, Sekinchan dan Kuala Selangor yang akan menghadapi ancaman kemusnahan tanaman padi.

Beliau berkata isu penebangan hutan itu dipandang serius kerana mengakibatkan kawasan tadahan air itu kering kontang selain menjejaskan ekosistem alam sekitar.

Katanya dalam pertemuan dengan Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri semalam, beliau dimaklumkan tindakan telah diambil ke atas pihak yang tidak bertanggungjawab itu,


“Kegiatan penebangan hutan berulang walaupun kompaun telah dikenakan ke atas mereka. Saya sudah arahkan mereka mengambil tindakan lebih tegas,” ujarnya.

Yaakob berkata, perkara ini serius kerana membabitkan sawah padi yang menjadi punca pendapatan petani di sini selain mengalami kerugian sekiranya sawah tidak mendapat air yang mencukupi.

Ditanya sama ada perbuatan itu melibatkan sindiket tertentu, Yaakob berkata:"Saya yakin ada pihak tertentu terlibat dalam perkara ini, tapi sama ada melibatkan pejabat tanah atau tidak, saya tidak pasti."

Difahamkan tanah di kawasan terbabit turut dijual dengan harga antara RM8,000 dan RM8,500 setiap dua hektar oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
Setakat ini, kira-kira 100 orang dipercayai telah membeli tanah terbabit.

Yaakob berkata kerajaan negeri dengan kerjasama Jabatan Perhutanan Negeri, Pejabat Tanah dan Galian Negeri serta pihak berkuasa akan mengawal kawasan terbabit supaya tidak terus dicerobohi dan menjalankan usaha memulihkan semula kawasan itu dengan penanaman semula pokok.

"Pemulihan mungkin memakan sedikit masa tapi kita akan pastikan tiada lagi penebangan hutan berlaku," katanya.

Terdapat 9,332 pesawah membabitkan kawasan seluas 19,087 hektar di empat daerah itu dengan pengeluaran semusim sebanyak 13 tan melebihi sasaran kerajaan pusat yang meletakkan sasaran antara tujuh hingga lapan tan semusim.



Comments :

0 comments to “DANA, BALAK, TANAH, AIR DAN KHINZIR: KINI 5 ISU UTAMA DI SELANGOR”
 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Mesyuarat Agung Khas AMALNITA perihatin Pelancaran Tabung PDS AMALNITA dan anda
    8 years ago
  • "Paciaru" atau breakfast. - Yb Meru bersama Mr.Maniam turun padang memantau jalan2 berlubang di susur keluar highway Setia Alam ke Jln Meru dan Jln Korporat Kawasan Meru ...
    8 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket









Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com