Pray For MH370

Pray For MH370

SELANGOR IKTIRAF ILMUAN DUNAWI UKHRAWI

Kerajaan Negeri Selangor melalui jawatankuasa tetap pendidikan, pendidikan tinggi dan pembangunan modal insan akan meletakkan para ilmuan dari pelbagai bidang di tempat mereka yang sewajarnya agar menjadi ikon dan idola muda mudi generasi pelapis di negeri Selangor khusunya dan Malaysia amnya. Selama ini, hanya penggiat seni dan artis sahaja yang amat dikenali dan dicontohi oleh muda mudi. Jika ditanya anak muda tentang riwayat hidup dan biodata artis cukup mudah untuk mereka mengingatnya. Fakta seperti berapa kali sudah berkahwin, berapakah hantarannya, anugerah apa yang telah dimenangi dan sebagainya menjadi pengetahuan am para pelajar dan mereka yang baru meninggalkan bangku sekolah.

Kini sudah sampailah masanya rakyat memberi pengiktirafan kepada para akedemik, ilmuan, cendikiawan, 'alim ulama dan pencinta ilmu pengetahuan. Untuk organisasi, seterusnya negara menjadi berpengetahuan (berilmu) rakyat atau warganegaranya mestilah dahulu cintakan ilmu dan orang yang berilmu. Tidak mungkin boleh berlaku sesebuah organisasi yang tidak memberi penekanan dan keutamaan kepada empunya ilmu untuk ahli organisasi berkenaan berminat mempelajari ilmu dan menimba sebanyak ilmu yang mungkin. Himpunan atau "body" ilmu pengetahuan akan merosot dan lambat laun akan pupus dengan kematian ilmuan dan cendikiawan kecuali jika ilmu itu diperturunkan, dipanjangkan dan perkembangkan.

Kita tidak mahu menjadi seperti ilmu silat yang mana tok guru tidak akan memperturunkan kesemua "buah" silatnya kerana ditakuti anak muridnya lebih hebat dari dia. Maka apabila ia mati, ilmu "buah" silat itu akan turut terkubur. Di negara kita, budaya ilmu dalam masyarakat tidak akan berkembang jika tidak bermula dengan "tabiat" individu diubah dari tidak gemar dan minat ilmu kepada cinta dan minat ilmu pengetahuan. Biasanya ahli politik bercakap mengenai ilmu tetapi tak ramai dari mereka yang memiliki perpustakaan di rumah atau memegang buku apabila menunggu di kaunter pejabat pos dan sebagainya. Masyarakat kita kekurangan dan ketandusan ikon dan model yang menonjolkan tabiat serta budaya ilmu.


Comments :

0 comments to “SELANGOR IKTIRAF ILMUAN DUNAWI UKHRAWI”
 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Mesyuarat Agung Khas AMALNITA perihatin Pelancaran Tabung PDS AMALNITA dan anda
    8 years ago
  • "Paciaru" atau breakfast. - Yb Meru bersama Mr.Maniam turun padang memantau jalan2 berlubang di susur keluar highway Setia Alam ke Jln Meru dan Jln Korporat Kawasan Meru ...
    8 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket









Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com