Menurut Abdul Khalid, perkara itu akan dilaksanakan berperingkat-peringkat selepas membuat kajian kesesuaian pelaksanaannya dalam proses pembangunan negeri Selangor. “Kita ingin tahu (kajian) sama ada rakyat perlu cukai pintu diturunkan atau mahu perkhidmatan yang lebih baik. Kita sedang senaraikan apa yang mampu kita berikan kebajikan kepada rakyat,” katanya. Sebagai contoh katanya, kerajaan negeri akan melaksanakan janji memberi air percuma 20 meter padu pertama mulai 1 Jun ini. Katanya, kerajaan negeri akan berusaha menunaikan janji-janji tersebut selepas mengkajinya dalam penyediaan Bajet 2009 hujung tahun ini. Kelmarin Abdul Khalid mengumumkan kerajaan negeri tidak dapat menurunkan cukai pintu sebanyak 20 peratus itu memandangkan keadaan ekonomi Selangor ketika ini masih belum mencapai tahap memuaskan bagi membolehkan janji-janji itu dilaksanakan. Ekoran itu banyak pihak termasuk Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, mempertikaikan keupayaan kerajaan Selangor yang kini dipimpin PKR, DAP dan Pas, gagal menunaikan janji mereka. Dalam pada itu, Abdul Khalid berkata kerajaan negeri menerima pertanyaan daripada pelabur yang berminat dari Timur Tengah manakala ahli perniagaan China dan India terus melihat negeri ini sebagai satu daripada destinasi pelaburan kegemaran mereka. “Sebilangan besar pelabur sedia ada juga telah mengembangkan perniagaan mereka di negeri ini. Ini membuktikan Pakatan Rakyat juga berjaya menarik pelabur bagi meningkatkan ekonomi di Selangor,” katanya. Mengulas mengenai pencerobohan Hutan Simpan Raja Muda di Tanjung Karang, Abdul Khalid berkata kerajaan negeri akan menyediakan bantuan guaman kepada individu yang rasa tertipu dengan membeli tanah daripada pihak tertentu yang menceroboh kawasan tadahan air itu. |
KERAJAAN NEGERI SELANGOR BERMULA PADA 26/03/08
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Assalamu'alaikum,
Saya setuju dengan kenyataan iu - harus diberikan masa sebelum janjian itu terlaksana.
Cuma satu pengajaran bermakna - biarlah sesuatu janji didahului dengan asas dan kajian terperinci.
Apapun, ada laporan akhbar mengatakan kerajaan baru selangor membeli 3 faks baru pada harga 1500 ringgit - berganda tinggi dari harga pasaran. Adakah ini benar atau fitnah? Harap ada siasatan dan jika perkara ini fitnah, harap dapat bersihkan nama kerajaan.
Artikel itu - http://www.sun2surf.com/article.cfm?id=21981