Pray For MH370

Pray For MH370

PROGRAM MODAL INSAN BERKUALITI DI IPTA/IPTS

Terdapat IPTA di negara ini yang hanya mementingkan pencapaian akademik semata-mata dengan mengabaikan aspek kerohanian. Pentadbir dan pengurus IPTA sebegini telah hilang pedoman dan mungkin kurang peka serta tidak peduli dengan masalah muda mudi masakini. Mungkin mereka tidak nampak kepentingan menjadi insan yang seimbang dari segi intelektual, spritual, emosional, fizikal dan sosial. Ramai profesional yang cekap dalam bidang masing-masing tetapi terjebak dalam najis arak sama ada secara peribadi di rumah atau di khalayak ramai seperti di bar dan disko. Mereka ini mungkin mendapat ijazah kepujian kelas pertama atau CGPA 4.0 tetapi jiwa mereka kosong dan tercari-cari "jalan pulang".


Terdapat juga graduan yang dikurniakan IQ yang tinggi tetapi SQ (spiritual Quotient) menghampiri kosong serta mengisytiharkan diri mereka "free thinker" atau "athiest". Mereka lupa siapa yang mengurniakan darjah kepintaran dan kemahiran yang tinggi yang mereka miliki. Mereka ini menjadi "makhluk perosak" kepada apa jua yang berunsur keagamaan.

Saranan Prof Dato' Dr Dzulkifli Razak amatlah kena dan tepat pada masanya. Beliau seorang pengamal perubatan serta pakar dalam bidang farmakologi (ubat) merupakan seorang pendidik, penulis buku teks perubatan, pentadbir dan pemikir yang harus diteladani oleh para pentadbir IPTA/IPTS yang lain.

Sementara itu, Prof Datuk Dr Nik Mustapha Raja Abdullah, Naib Canselor Universiti Putra Malaysia, UPM berkata kecemerlangan Universiti boleh dipupuk menerusi penerapan etika kerja kakitangan , selain memperkasakan nilai diri untuk menjadi warga kerja yang berjaya dan terbilang di persada antarabangsa.


Teruskan membaca..


Pusat Islam IPT digesa sedia program modal insan berkualiti

Oleh Norakmah Mat Youb

Sumber: Berita Harian Online

Institut pengajian tinggi wajar wujud jawatankuasa rancang program sistematik bangunkan sahsiah pelajar

GEORGETOWN: Pusat Islam dan unit kerohanian di institut pengajian tinggi awam dan swasta (IPTA/IPTS) disaran mewujudkan jawatankuasa pusat bagi merancang program secara sistematik untuk melahirkan modal insan berkualiti.

Naib Canselor Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Datuk Dzulkifli Razak, berkata jawatankuasa itu akan bergerak sebagai satu pasukan yang dapat menyelesaikan isu berkaitan hal ehwal Islam secara kolektif.

"Hasil gabungan itu nanti dapat merancang program yang boleh menjadi panduan kepada pelajar mengharungi dan menyelesaikan masalah semasa sebagai satu pasukan," katanya berucap merasmikan Persidangan Pegawai Hal Ehwal Islam IPTA/IPTS Kebangsaan 2008 di sini, malam kelmarin.

Dzulkifli berkata, bagi membangunkan sahsiah pelajar, Pusat Islam hendaklah melaksanakan sistem perkongsian pintar dan gabungan strategik yang mampu membawa faedah kepada semua pihak.

Katanya, jalinan kerjasama pintar itu mesti diselaraskan dengan mekanisma yang terbaik supaya dapat memberi impak menyeluruh terhadap pembangunan Pusat Islam untuk suatu tempoh masa yang panjang.

"Rakan strategik pula tidak semestinya di kalangan warga IPT tetapi perlu dilebarkan kepada agensi pelaksana Islam seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Jabatan Agama Islam Negeri, Jabatan Mufti Negeri dan Institut Kefahaman Islam Malaysia (Ikim)," katanya.

"Perkongsian pintar juga dapat menjimatkan kos pelaksanaan sesuatu program, meningkatkan prestasi secara keseluruhan dan kemudahan perkongsian sumber maklumat," katanya.

Dzulkifli berkata, semua masjid di IPT juga perlu memainkan peranan lebih aktif bagi melahirkan modal insan yang berkualiti tanpa meminggirkan asas agama.

Katanya, fungsi masjid perlu diperluaskan dan kembali kepada peranan asalnya sebagai pusat penyebaran ilmu, pertemuan intelektual, pusat integrasi dan pusat ekonomi.

“Bagi memastikan matlamat ini dapat dicapai, sistem pengajian hendaklah mengambil kira tahap penguasaan pelajar yang berbeza-beza mengikut kebolehan mereka.

"Dari aspek pentadbiran pula, jawatankuasa masjid perlu memiliki wawasan untuk memperkasakan dan mengembalikan peranan masjid seperti zaman kegemilangan Islam lalu," katanya.

Dzulkifli berkata, masjid juga hendaklah mempunyai daya tarikan dengan menyediakan kemudahan tertentu yang mampu menarik minat warga kampus dan masyarakat setempat.


Warga universiti diakui menyumbang kejayaan

KAKITANGAN universiti berfungsi sebagai penyumbang kepada kecemerlangan sesebuah institusi, sekali gus menjadikan institusi berkenaan muncul pusat pengajian tersohor hingga ke peringkat global.

Naib Canselor Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Datuk Dr Nik Mustapha Raja Abdullah, berkata kecemerlangan boleh dipupuk menerusi penerapan etika kerja, selain memperkasakan nilai diri untuk menjadi warga berjaya dan terbilang di persada antarabangsa.

Beliau berkata, setiap kakitangan perlu memiliki semangat untuk mencipta kejayaan dan menjadi modal insan gemilang dengan mempunyai sifat keperibadian tinggi.

Apa juga perlakuan pincang, katanya, seharusnya tidak berulang malah bertekad membina keluruhan, kejujuran, keharmonian dan kesejahteraan.

“Kita perlu membina benteng kukuh daripada anasir yang boleh menggugat keperibadian dan meracuni pemikiran untuk maju

“Dalam usaha memupuk dan mengukuhkan etika kerja dan nilai murni di kalangan penjawat awam, kerajaan sudah membentuk beberapa dasar antaranya, kepimpinan melalui teladan, budaya kerja cemerlang serta bersih, cekap dan amanah,” katanya ketika berucap pada majlis Sambutan Hari Pekerja UPM dan Majlis Penutup Minggu Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, di Serdang, semalam.

Hadir sama Pengerusi Lembaga Pengarah UPM, Tan Sri Dr Zainul Arif Hussain dan Presiden Cuepacs, Omar Osman.

Umumnya, Nik Mustapha berkata, etika kerja dan nilai murni membina landasan cemerlang terhadap pengurusan dan pentadbiran sesebuah organisasi atau masyarakat.



Comments :

0 comments to “PROGRAM MODAL INSAN BERKUALITI DI IPTA/IPTS”
 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Add caption *Relawan AMALNITA sedia bersama....*
    8 years ago
  • Shopping Back To School. - Oleh kerana 2 petugas kaunter demam dlm Program Jom Shopping Back To School DUN Meru, maka Yb Meru dan Dato Ketua Kampung membantu mengambil...
    9 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket









Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com