Pray For MH370

Pray For MH370

LELAKI LEMBUT DAN WANITA TAK BERKAHWIN

Antara faktor wujudnya lelaki lembut adalah hormon wanita yang berlebihan dalam tubuh, genetik serta ketidakprihatinan ibu bapa mengikuti perkembangan tumbesaran anak-anak. Jika kecelaruan jantina dikesan di peringkat awal, rujukan kepada pakar psikatri boleh dibuat dan bentuk rawatan yang sesuai dimulakan.

Layanan ibu bapa serta ahli keluarga memainkan peranan yang penting. Terdapat ibu bapa yang inginkan anak perempuan tetapi tiada rezeki sebaliknya mempunyai ramai anak lelaki, lantas menyantuni anak lelaki yang paling kecil atau muda seolah-olah ia seorang perempuan dengan mengenakannya baju perempuan atau menyolekkannya.

Selain itu, latihan ataupun pendidikan yang diberikan kedua-dua ibu bapa semasa kecil juga turut mempengaruhi situasi ini. Terdapat keluarga yang bermasalah seperti ibu tunggal di mana "tokoh" bapa atau lelaki tidak wujud dalam keluarga tersebut dan proses "modelling" yang berlaku tidak berjalan dengan betul. Anak kecil seharusnya diberitahu berulang-ulang dan diajar tentang jantinanya, seperti ungkapan "abang budak lelaki, cuti sekolah nanti kena berkhatan. Berkhatan hanya sekali seumur hidup orang lelaki. Orang perempuan lagi teruk kena jahit setiap kali lepas bersalin."

Kajian terperinci yang melibatkan pelbagai agensi kerajaan dan di semua negeri harus dijalankan bagi mengenal pasti kenapa wanita tidak berkahwin dan selesa membujang hingga akhir hayat. Wanita yang "patah hati" atau kecewa dalam bercinta atau pernah berumah tangga tetapi tidak kekal dek kerana sebab-sebab tertentu, wajarkah dikategorikan sebagai "wanita tidak berkahwin". Jadi sebarang kajian yang hendak dibuat perlulah berhati-hati dalam memilih subjek (sampel). Rencana selanjutnya sila lihat di bwah.

Lelaki lembut punca wanita tiada jodoh?


sumber:Sinar Harian 29/05/08
Senario pada masa kini dapat dilihat wanita tidak berkahwin adalah perkara biasa di kalangan masyarakat kita. Pelbagai faktor yang menjadikan perkara ini semakin berleluasa terhadap golongan tersebut sehingga ia tidak difikirkan langsung oleh mereka.

Pada masa kini dapat dilihat ramai wanita tidak berkahwin walaupun sudah berusia. Banyak alasan diberikan antaranya belum ada jodoh, sibuk mengejar karier, tidak bertemu lelaki pilihan dan macam-macam lagi.

Bagaimanapun, salah satu punca mengapa wanita belum berkahwin kerana bilangan lelaki kurang dan semakin ramai lelaki berperwatakan lembut. Situasi begini membuatkan wanita teragak-agak memilih jodoh dan akhirnya membiarkan masa berlalu begitu sahaja.

Lelaki berjiwa lembut biarpun fizikal seperti lelaki sejati namun jiwanya cenderung kepada wanita. Perlakuan ini bertentangan dengan prinsip dan ajaran Islam serta masyarakat tidak dapat menerima perlakuan sebegini. Tidak hairanlah apabila lelaki lembut atau mak nyah ini dikeji dan dipandang serong oleh masyarakat.

Ada yang sanggup melakukan apa saja termasuk mengubah jantina dan diri semata-mata mahu kelihatan seperti wanita. Tidak kurang yang berpelesiran di lorong-lorong gelap untuk menjual diri. Malah, lebih dahsyat lagi ada di kalangan mereka yang mempunyai ‘suami’ atau ‘teman lelaki’ seperti wanita tulen.

Isu lelaki lembut sememangnya sudah lama diperkatakan dan tidak keterlaluan jika dikatakan ia akan menjadi serius jika tidak dibendung.

Antara faktor wujudnya lelaki lembut ini adalah hormon dan genetik serta ketidakprihatinan ibu bapa mengikuti perkembangan tumbesaran anak-anak. Selain itu, latihan ataupun pendidikan yang diberikan kedua-dua ibu bapa semasa kecil juga turut mempengaruhi situasi ini.

Namun begitu, tidak semua tentang lelaki lembut mahupun mak nyah buruk belaka. Ramai mengakui golongan ini memiliki daya kreativiti yang tinggi. Tidak hairanlah banyak butik pengantin dikendalikan oleh mereka. Bukan saja menjahit pakaian pengantin malah mereka juga mahir melakukan kerja tangan mengubah pelamin, rekaan pakaian dan sebagainya sebagai sumber rezeki.

Bukan setakat berbakat dalam kerja-kerja tangan ada juga di kalangan mereka yang berjaya sebagai usahawan, pemilik salun kecantikan, pendandan rambut, jurusolek, tukang jahit dan pakar masakan.

Golongan lelaki lembut ini biasanya bekerja lebih gigih untuk berjaya dalam pelajaran, latihan kemahiran dan kerjaya jika dibandingkan dengan lelaki tulen.

Justeru, wujudnya pandangan bahawa lelaki lembut ini punca wanita tidak berjodoh kerana dikatakan lelaki lembut yang terdapat di luar sana membuatkan wanita tidak mempunyai banyak pilihan dalam mencari jodoh. Sejauh manakah kebenaran penyataan?

Bukan punca lelaki lembut – Zuraida Kasim
“Bagi saya, isu ini ada pro dan kontra tersendiri. Lelaki lembut ini ada dua jenis. Pertama, lembut kerana jiwa mereka lembut tetapi dalam masa yang sama mereka masih berminat kepada perempuan. Mereka ini masih lelaki sejati cuma, jenis yang ‘home type’. Mereka lebih rapat dengan keluarga. Mereka juga suka memasak atau mengemas rumah.

“Jenis lelaki lembut kategori kedua ini pula sebaliknya. Mereka tidak berminat kepada perempuan sebaliknya lebih senang menyerupai perempuan. Malah, ada kalangan mereka yang mempunyai kumpulan mereka sendiri dan membuat perjumpaan bagi melakukan aktiviti. Kategori ini selalunya hanya berminat kepada lelaki.

“Berbalik kepada isu ini, tidak boleh dikatakan wanita itu tidak ada jodoh gara-gara lebih banyak lelaki lembut berbanding lelaki yang macho dan sebagainya. Jodoh setiap manusia itu sudah ditetapkan sejak azali lagi. Cuma cepat atau lambat sahaja jodoh itu datang. Apa yang perlu adalah usaha kedua pihak, lelaki dan wanita itu sendiri untuk mencari jodoh mereka.

“Zaman sekarang ini nisbah lelaki kurang daripada wanita, ia mungkin juga salah satu sebab wanita sukar atau lambat mendapat jodoh. Bukan itu sahaja, golongan wanita kini sudah semakin maju. Kualiti dan taraf hidup mereka semakin meningkat malah sudah melebihi lelaki.

Disebabkan sudah stabil dari pelbagai aspek seperti kewangan, kerjaya dan sebagainya lelaki tidak berani untuk mendekati mereka.

“Jadi, tidak bolehlah dikatakan lelaki lembut inilah punca wanita tiada jodoh. Ada faktor-faktor lain yang mendorong berlakunya hal sebegini.”

Faktor komitmen keluarga - Norhayati Samad
“Saya tak setuju dengan isu lelaki lembut menjadi punca wanita tiada jodoh. Tetapi saya akui, zaman sekarang wanita agak sukar mendapat jodoh mereka. Antara puncanya, lelaki tidak banyak yang berani untuk memikul tanggungjawab.

“Maksud saya mereka bimbang bila terpaksa memikirkan komitmen berkeluarga terutama dari segi kewangan, anak-anak, rumah, dan sebagainya. Kos untuk kehidupan berkeluarga terlalu tinggi membuatkan mereka tidak berani untuk menanggungnya.

“Mungkin disebabkan itulah mereka lebih gemar bersendiri daripada memikirkan untuk memberi komitmen pada rumah tangga. Disebabkan itu juga, mereka lebih senang bergaul dengan rakan-rakan lelaki kerana tidak perlu memikirkan hal-hal yang menyesakkan fikiran mereka.

“Selain itu juga, taraf hidup wanita juga merupakan satu sebab lain mereka memilih berkawan dengan lelaki sahaja. Wanita lebih berjaya, berduit dan berkerjaya. Walau tanpa lelaki serba-serbi lengkap. Tentunya lelaki gerun untuk mendekati mereka. Dengan sebab-sebab seperti di atas, tak bolehlah dikatakan wanita itu tiada jodoh gara-gara sekarang ini lelaki sudah banyak yang menjadi lembut atau bukan lelaki sejati.”

Lelaki gerun wanita berjaya -Siti Aminah Mahat
“Saya juga tidak setuju dengan isu yang diketengahkan ini. Sebaliknya, kita pertimbangkan dulu kenapa wujudnya lelaki lembut ini. Bagi saya lelaki lembut juga mempunyai jiwa lembut. Zahirnya sahaja mereka lembut tetapi dari aspek lain mereka seperti biasa. Mereka masih memerlukan wanita dalam hidup mereka.

“Perkara yang menjadi isu sekarang lelaki lembut yang dibuat-buat. Kadang-kadang, lelaki lembut ini disebabkan oleh ibu bapa yang teringinkan anak perempuan tetapi tidak dikurniakan. Jadi, anak lelaki yang ada menjadi mangsa. Sejak kecil, mereka dilayan seperti anak perempuan. Tidak cukup dengan itu mereka dipakaikan pula dengan baju perempuan.

“Selain itu, ada juga yang disebabkan pengaruh rakan-rakan. Bagi saya, tak ada lelaki yang dilahirkan terus lembut. Akibat terlalu terikutkan kawan yang mungkin serumah atau sebilik dengannya, mereka juga menjadi lembut. Jadi, saya tak rasa kita boleh katakan lelaki lembut ini penyebab wanita tiada jodoh ini mungkin salah satu sebab sahaja.

“Faktor lain juga banyak. Jika dilihat keadaan sekarang , peratus lelaki lebih rendah berbanding perempuan. Pada masa yang sama, bilangan wanita yang berjaya juga sudah mengatasi lelaki.

“Buktinya, kita lihat saja di institusi pengajian tinggi di negara kita. Wanita berjaya mendominasi lelaki. Seterusnya pula, lihat pula dalam bidang pekerjaan dari segi pangkat atau kedudukan. Melihat wanita yang sudah berjaya, ramai lelaki gerun untuk mendekati mereka.

“Kemudian, kita kaji pula sebab lain mengapa wanita itu tidak punya jodoh. Saya tak nafikan ada di kalangan wanita yang berkerjaya hebat, stabil dari segi kewangan dan sudah memiliki segalanya ini memikirkan mereka boleh hidup tanpa lelaki. Mereka berjaya atas usaha sendiri, tanpa bantuan lelaki.

“Faktor lain yang perlu dipertimbangkan adalah wanita yang pemilih. Mungkin kerana sikap pemilih yang terlalu mencari ciri-ciri atau kriteria lelaki idaman mereka, sedar tak sedar usia semakin meningkat. Lama-kelamaan mereka merasakan sudah tertutup peluang untuk mendapatkan jodoh.

“Sebenarnya, setiap wanita dan lelaki punya jodoh mereka sendiri. Tetapi bila melihat latar belakang diri, kemampuan wanita sendiri dari segi kedudukan, aset dan sebagainya, tak mustahil ada lelaki tarik diri. Tak ramai lelaki yang berani meneruskannya kerana takutkan risiko pada masa akan datang.

“Mereka juga bimbang pandangan sesetengah pihak yang melihat lelaki mengahwini wanita yang memiliki segalanya seperti harta benda, kewangan dan segalanya ibarat ‘cuci kaki’ tumpang tuah dan sebagainya.” katanya.

Comments :

0 comments to “LELAKI LEMBUT DAN WANITA TAK BERKAHWIN”
 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Add caption *Relawan AMALNITA sedia bersama....*
    8 years ago
  • Shopping Back To School. - Oleh kerana 2 petugas kaunter demam dlm Program Jom Shopping Back To School DUN Meru, maka Yb Meru dan Dato Ketua Kampung membantu mengambil...
    9 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket









Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com