Pray For MH370

Pray For MH370

AWAS JANGAN TERTIPU: SMS/EMAIL/PANGGILAN YANG LUAR BIASA

Saudara Yang Di Muliakan: Kita dikurniakan aqal untuk berfikir dan membuat pertimbangan buruk baik, benar tipu, sahih palsu, karut marut, truth fraud, kenyataan atau lakonan dan seterusnya. Dalam kehidupan kita akan dilontar dengan pelbagai persoalan, berita, maklumat dan cerita yang mana kebanyakan waktu mahu tidak mahu kita terpaksa buat keputusan. Setelah keputusan dibuat kita kadang-kadang kena ambil tindakan atau berbuat sesuatu. Di sinilah integriti dan pegangan hidup kita tercabar.

Kisah-kisah wanita Malaysia terjerat oleh sindikat dadah antarabangsa dan penipuan saham internet heboh diperkatakan. Bagimana logik akal menunjukkan kita bahawa tidak munasabah dengan , tiba-tiba, tidak semena-mena satu email memberitahu yang kita adalah pemenang loteri di Netherland atau pewaris harta yang tersimpan di Bank Timbaktu atau kad SIM telah layak menerima hadiah lumayan. Kesemua kes di atas meminta nombor akaun kita atau kita terpakasa membayar dahulu sejumlah wang.

Kisah Wanita Malaysia merengkuk di penjara luar negara gara-gara terpedaya dengan lelaki Afrika yang manis mulut atau "tall, dark and handsome gaya Shah Rukh Khan" telah banyak berlaku. Chatting yang berakhir dengan kes rogol, tertipu wang ringgit atau rompakan telah banyak dilaporkan.

SMS berantai dan surat berantai hari-hari kita terima. Kenapa perlu ada mesej "sebarkan" di akhir pesanan ringkas. Sungguh mudah nak masuk syurga hanya " hantar SMS ini kepada 7 orang rakan anda yang baik-baik" atau "Masjid Aqsa sedang dikepung sekarang, baca........Sebarkan".

Di email khusus untuk aduan rakyat di DUN Selat Klang, saya telah menerima 70 spam yang memberitahu saya telah menang jutaan EURO atau USD!!!!!!!!!!!!! Cerita selanjutnya di bawah.






myMetro » BeritaUtama 25hb Mei 2008


Imam terjerat

Oleh Rashidi Karim


am@hmetro.com.my


KANGAR: “Saya perasan (sedar) kes penipuan ini kerana pernah ternampak notis amaran dilekatkan di bank mengenai sindiket penipuan menerusi SMS Akademi Fantasia 6 (AF6), tetapi entah macam mana saya sendiri boleh terpengaruh,” kata Imam Masjid Negeri di Arau, dekat sini, Muridi Mohammad.

Muridi, 42, berkata, beliau bernasib baik kerana hanya memberi satu daripada tiga nombor akaun bank kepada anggota sindiket terbabit yang jumlah simpanannya sedikit berbanding dua akaun lain.

“Saya mempunyai tiga akaun simpanan dan memberi hanya satu daripadanya kepada ahli sindiket SMS ini, tetapi mujurlah jumlah simpanan di dalamnya kecil saja,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Imam terbabit ialah mangsa terbaru yang kerugian RM240 apabila wang terbabit lesap daripada akaun simpanannya selepas diperdaya sindiket penipuan SMS AF6 yang kononnya dikendalikan Astro, Selasa lalu.



Mengimbas kejadian itu, Muridi berkata, beliau menerima SMS daripada nombor telefon +6281584051 yang tertera ‘From Astro AF6. Nombor Sim Card anda berjaya memenangi RM14,000. Untuk info sila hubungi 0062817705397’ pada Selasa lalu.
Menurutnya, ketika dihubungi, seorang lelaki bertutur dengan pelat Indonesia mendakwa wakil Astro mengesahkan Muridi adalah pemilik kad modul pengenalan pengguna (SIM) bertuah, lalu meminta nombor akaun bank untuk urusan deposit wang hadiah.

“Pada mulanya saya sedikit ragu untuk mengikuti arahan terbabit, tetapi terpedaya dan menyerahkan satu daripada tiga nombor akaun milik saya yang mempunyai nilai simpanan paling sedikit.

“Saya kemudian diminta ke bank dan menghubungi nombor berkenaan untuk kali kedua, tetapi mula meragui dan terus memeriksa baki akaun sebelum mendapati dua transaksi tidak sah dilakukan dengan nilai pengeluaran masing-masing RM120.

“Pelik dengan kejadian berkenaan, saya terus meminta penjelasan bank sebelum dimaklumkan ia kejadian pertama seumpama itu dan terus membuat laporan di Balai Polis Kangar,” katanya

Selain itu, beliau membuat aduan mengenai penipuan terbabit di pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) negeri, di sini.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Perlis, Deputi Superintendan Wong Ing Sung, ketika dihubungi mengesahkan laporan dibuat mangsa.

Menurutnya, sepanjang empat bulan pertama tahun ini, pihaknya menerima 12 kes hampir sama terutama membabitkan penipuan SMS yang diklasifikasikan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

“Sindiket penipuan AF bukan perkara baru dan sudah lama berlaku. Malah, pihak berkuasa termasuk polis dan institusi perbankan di negara ini sudah berkali-kali mengingatkan orang ramai jangan mudah terpedaya.

“Berdasarkan maklumat, kami percaya mereka mempelbagaikan taktik termasuk menggunakan nama pelbagai jabatan atau syarikat termasuk Astro sebagai samaran untuk memperdaya mangsa bagi menyerahkan nombor akaun bank,” katanya.

Sementara itu, Pengarah KPDNHEP Perlis, Mohd A Aruwan Ab Aziz, berkata walaupun perkara ini bukan baru, ia aduan pertama diterima di negeri ini, terutama membabitkan penipuan SMS AF6.

“Kami akan memanjangkan aduan kepada pihak atasan untuk tindakan lanjut. Sementara itu, orang ramai diminta tidak menyerahkan sebarang butiran peribadi kepada pihak tertentu terutama yang menawarkan hadiah lumayan tanpa sebab.

“Seelok-eloknya, semak terlebih dulu sebarang peraduan melalui SMS dengan syarikat terbabit, sebelum memberikan maklumat bagi mengelak menjadi mangsa,” katanya.

Comments :

0 comments to “AWAS JANGAN TERTIPU: SMS/EMAIL/PANGGILAN YANG LUAR BIASA”
 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Mesyuarat Agung Khas AMALNITA perihatin Pelancaran Tabung PDS AMALNITA dan anda
    8 years ago
  • "Paciaru" atau breakfast. - Yb Meru bersama Mr.Maniam turun padang memantau jalan2 berlubang di susur keluar highway Setia Alam ke Jln Meru dan Jln Korporat Kawasan Meru ...
    8 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket









Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com