Sebenarnya mutakhir ini kita menyaksikan banyak buku-buku judul asal dan terjemahan di pasarkan di kedai-kedai buku, pasar malam, majlis ceramah dan sebagainya yang sangat-sangat sesuai untuk di beli sebagai bahan perpustakaan di rumah atau sekolah seterusnya dijadikan bahan bacaan serta perbincangan dalam majlis-majlis formal dan tak formal.
Kita seharusnya memperuntukkan sejumlah kecil gaji bulanan kita atau sumber-sumber lain untuk membeli buku-buku ilmiah dalam bidang profesion kita atau bidang keagamaan.
Sebagai permulaan, dicadangkan di sini sebuah buku dari judul Arab tulisan Fathi Yakan yang telah diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu oleh Abu Mustafa Hamidi terbitan Dewan Pustaka Fajar berharga RM10/= setebal 110 muka surat dan telah diulang cetak puluhan kali.
Buku ini telah banyak diulas oleh Ustaz-ustaz malah ada yang menggunakannya untuk teks Khutbah Jumaat serta bahan Usrah.
Buku kedua yang kita cadangkan ialah hasil nukilan Abd Hadi Awang, berjudul " FAHAMAN & IDEOLOGI UMAT ISLAM -Rujukan Lengkap Anutan dan Aliran Pemikiran Masyarakat Islam Sejak Zaman Khalifah Islam Pertama" terbitan PTS Islamika. Buku ini mempunyai muka taip teks Baskerville dan bersaiz 12.0 pt/ 14.0 , mudah dibaca kerana layout yang tidak menjemukan.
ULASAN BUKU:Tulisan Fathi Yakan & Abd Hadi Awang
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Comments :
Post a Comment