Pray For MH370

Pray For MH370

PENEMPATAN SEMULA SETINGGAN LEBIH BERHEMAH




Kerajaan Negeri Selangor dibawah Pakatan Rakyat akan melaksanakan polisi lebih berhemah dan bukan seperti yang telah dilaksanakan oleh kerajaan BN pimpinan Dr Khir Toyo. Begitulah kenyatan yang telah dibuat oleh Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan kepada wartawan Agenda Selangor. Ikuti penerangan selanjutnya di bawah ini.


Cara lebih berhemah tempatkan semula keluarga setinggan


YBiskandar125.jpg

OLEH BEN ROSA

Sumber Agenda Selangor
SHAH ALAM, Jumaat 23 Mei: Kerajaan Pakatan Rakyat tidak akan menggunakan kekerasan sebaliknya pendekatan lebih berhemah dalam usaha menempatkan semula setinggan di Selangor.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan Negeri, Iskandar A.Samad berkata, kaedah pengusiran setinggan dalam melaksanakan Setinggan Sifar oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) dahulu, memberi imej buruk serta trauma kepada mereka terbabit.

Beliau menyifatkan dasar sebelum ini gagal mencapai matlamatnya malah lebih kepada penindasan terhadap golongan setinggan di negeri ini.


Iskandar berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Khasim Abd Aziz (PAS-Lembah Jaya) pada Persidangan Dewan Undangan Negeri Selangor ke 12 di sini, hari ini mengenai keberkesanan kerajaan terdahulu menangani isu-isu setinggan.

“Pengusiran secara paksa termasuk menggunakan Ordinan Darurat 1969 tidak akan digunakan lagi. Rundingan bersama penduduk, akan diadakan sehingga masalah itu selesai,” katanya.

Iskandar berkata pada masa ini masih banyak penempatan dan bilangan keluarga setinggan di kawasan pentadbiran pihak berkuasa tempatan (PBT).

Katanya, mengikut laporan kerajaan lalu, penempatan setinggan yang belum dirobohkan terdapat di tiga kawasan PBT iaitu Majlis

Perbandaran Selayang (MPS) dengan enam penempatan membabitkan 895 keluarga manakala Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) pula melibatkan satu penempatan dengan 79 keluarga.

Majlis Perbandaran Klang (MPK) pula membabitkan tiga penempatan dengan 223 keluarga.

“Walau bagaimanapun, kerajaan yang baru telah adakan siasatan rambang dan apa yang kami dapati bahawa lebih banyak penempatan setinggan yang wujud lebih dari yang dilaporkan sebelum ini,” katanya.

Justeru katanya, semua PBT dan majlis daerah telah diarahkan mengadakan bancian semula untuk mengenal pasti jumlah setinggan yang ada.

Setakat ini kata Iskandar, MPK telah mengemukakan laporan bancian terbaru pada 7 Mei lalu dan beliau dapati terdapat 12 penempatan dengan 1,206 keluarga setinggan di kawasan itu.

Tambahnya, jumlah sebenar setinggan yang masih wujud di tapak hanya akan diketahui selepas kesemua laporan diterima pada pertengahan Jun depan.

Comments :

0 comments to “PENEMPATAN SEMULA SETINGGAN LEBIH BERHEMAH”
 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Add caption *Relawan AMALNITA sedia bersama....*
    8 years ago
  • Shopping Back To School. - Oleh kerana 2 petugas kaunter demam dlm Program Jom Shopping Back To School DUN Meru, maka Yb Meru dan Dato Ketua Kampung membantu mengambil...
    9 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket









Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com