Pray For MH370

Pray For MH370

YB LAU DARI DAP BERHUJAH DENGAN NAS AL QURAN

Perbahasan tentang Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA, Ikut Suka Aku) telah berlangsung di Dewan Undangan Negeri Selangor dan telah mengambil masa selama tiga jam. Yang Berhormat Pembangkang memilih untuk keluar dewan dan tidak terlibat dalam perbahasan mungkin sebab ada perkara yang lebih penting di luar Dewan yang memerlukan perhatian segera mereka. Lagipun mereka menganggap ISA suatu isu yang lapuk dan tidak relevan lagi. Yang paling menarik ialah YB bukan Islam lebih arif dan dapat berhujah menggunakan nas Al Quran. Anda bagaimana?

Usul Bantah ISA Lulus: Semua 20 Adun BN Tiada



FARUSH KHAN

Suara Selangor MAJU
Usul itu dibuat sebagai membantah penahanan berlanjutan Adun Kota Alam Shah, M Manoharan. Beliau yang menang atas tiket DAP, ditahan di kem Kamunting, Taiping, sejak Disember lepas.

Usul tersebut dibawa Adun Kampung Tunku dari DAP Lau Weng San dan dibahaskan sejak 6 petang hingga hampir 9 malam.

Usul itu berbunyi; “Bahawa Dewan ini menetap untuk mengkritik penahanan Yang Berhormat Tuan M Manoharan, Adun kawasan Kota Alam Shah serta pemimpin -pemimpin Hindraf (Barisan Bertindak Hak-hak Hindu) dan aktivis-aktivis sosial yang lain tanpa perbicaraan bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan menyeru Kementerian Dalam Negeri membebaskan tahanan-tahanan ini.”

Ia diluluskan sebulat suara oleh DUN Selangor tepat jam 9 malam ini. Semua Adun BN tidak menyertai perbahasan itu.

Manoharan dan empat lagi pemimpin Hindraf - P Uthayakumar, V Ganabatirau, R Kengadharan dan K Vasantha Kumar - ditahan pada 13 Disember selepas terbabit menganjurkan perhimpunan 25 November lalu.

Usul itu disokong dan dibahaskan oleh enam wakil rakyat, termasuk dua bekas tahanan ISA - Dr Mohd Nasir Hashim (PKR-Kota Damansara) dan Shaari Sungib (PAS-Hulu Kelang).

Dalam ucapan usulnya Lau, yang juga setiausaha DAP Selangor, juga menyifatkan akta tersebut sebagai bercanggah dengan prinsip Islam.

“Misalnya, ia bercanggahan dengan prinsip-prinsip kebenaran dan keadilan seperti yang diterangkan dalam al-Quran, iaitu ayat 58 surah an-Nisa', ayat 15 surah as-Syura dan ayat 90 surah an-Nahl,” kata Lau.

“Penahanan seseorang tanpa perbicaraan merupakan satu bentuk pencabulan hak asasi manusia yang patut dikutuk dan dikritik sekeras-kerasnya, khususnya dalam kes ini di mana seorang wakil rakyat telah dinafikan hak dan kebebasannya untuk menjalankan tugasnya sebagai seorang wakil rakyat.” –

Comments :

3 comments to “YB LAU DARI DAP BERHUJAH DENGAN NAS AL QURAN”
lan said...
on 

malu saya sebagai seorang Muslim pun tidak tahu mengenai ayat2 tersebut

Unknown said...
on 

Tak apa En Mohamad. Anggaplah ia sebagai cabaran untuk kita semua agar mendalami kitab suci kita. Terima kasih.

D'Rebok @ Ikhqoi said...
on 

ya betul tuer. sokong-sokong. orang UMNO melayu sebok dengan prinsip Islam hadhari yang sesat

 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Mesyuarat Agung Khas AMALNITA perihatin Pelancaran Tabung PDS AMALNITA dan anda
    8 years ago
  • "Paciaru" atau breakfast. - Yb Meru bersama Mr.Maniam turun padang memantau jalan2 berlubang di susur keluar highway Setia Alam ke Jln Meru dan Jln Korporat Kawasan Meru ...
    8 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket









Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com