Pray For MH370

Pray For MH370

IBU YANG MELAWAN FITRAH

Saya terpaksa membaca keratan akhbar Sinar harian keluaran 9hb Jun 2008 di bawah ini beberapa kali kerana ia agak kurang jelas. Thomas Beatie asalnya seorang perempuan agaknya LESBIAN, lalu menukar jantina melalui pembedahan sepuluh tahun yang lalu tetapi mengekalkan ovari dan rahimnya. Ia juga telah membuang payudaranya. Thomas mendirikan rumah tangga dengan seorang wanita bernama Nancy, mungkin juga sealiran filiran dan ideologi dengannya.

Nak ditunjukkan kekuasan dan kehendak Ilahi, sang suami, Thomas pun mengandung kini sudah 36 minggu, hanya tinggal lagi 4 minggu untuk "bersalin" melalui pembedahan Caesarian. Secara kebetulan, Nancy tidak boleh hamil kerana telah membuang rahimnya.

Saya agak hairan kenapa para pakar perubatan musykil Thomas boleh hamil. Itu kekuasaan Allah SAW Dok. Allah telah berfirman yang bermaksud kurang lebih " sekiranya anak adam ini telah ditakdirkan akan lahir ke dunia, tiada siapa yang dapat menghalangnya."

Saya fikir Thomas mendapat sperma dari "Bank Sperma" yang biasa diwujudkan di negara Barat. Keratan akhbar menyatakan sperma itu darinya.

Inilah "kehebatan" manusia era globalisasi melawan Sunnatullah. Jadi baka anak yang bakal dilahirkan bukan dari gene Thomas dan Nancy tetapi Thomas dan "lelaki" lain.

Ini juga kisah ibu mithali, harap-harap bukan ibu mithali Islam hadhari.

Comments :

0 comments to “IBU YANG MELAWAN FITRAH”
 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Add caption *Relawan AMALNITA sedia bersama....*
    8 years ago
  • Shopping Back To School. - Oleh kerana 2 petugas kaunter demam dlm Program Jom Shopping Back To School DUN Meru, maka Yb Meru dan Dato Ketua Kampung membantu mengambil...
    9 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket









Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com