Pray For MH370

Pray For MH370

ISLAM HADHARI YANG MENYELEWENG: kes johor

Islam yang telah lengkap dan sempurna (sila rujuk Al Maidah :3) dengan semua permasalahan dan aspek kehidupan manusia disentuh dan diberi petunjuk (Sila rujuk Al 'Anam : 38 dan An Nahl : 89), sentiasa relevan dan "segar" bagi menjawab cabaran yang lebih hebat dari globalisasi
dan apa jua konsep, methodologi serta kemelut yang otak manusia boleh fikir dan terokai. Adakah kemelut dan konsep lain yang lebih hebat dari konsep dan kemelut sakaratul maut dan hari kiamat (hari pembalasan atau DOOMSDAY).

Segala teori mengenai kehancuran bumi serta segala planet dan galaksi hanya polemik akademik. Persoalan pokok ialah bagaimana kita menghadapinya. Manusia bercakap tentang persiapan hari tua, jika ada tetapi manusia jarang bercakap tentang persiapan mengenai mati. Manusia akhir zaman tidak perlu menokok tambah, lebih-lebih lagi mengurangkan atau memperlekehkan ajaran Islam yang murni lagi agung.

Apa yang perlu dilakukan oleh pemerintah dan rakyat untuk mengembalikan keagungan dan kegemilangan umat Islam (bukan ISLAM itu sendiri), ialah untuk mereka kembali menceduk dan menghirup ajaran Islam dari sumbernya yang SAHIH seperti yang ditunjukkan oleh Ar Rasul SAW, para sahabat serta yang mengikut mereka hingga hari kiamat.

Ar Rasul SAW telah bersabda " Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara. Tidak sekali-kali kamu akan menjadi sesat selagi kamu berpegang (beramal) dengan kedua-duanya: kitab ALlah ( al Quran) dan sunnahku ( al Hadis)".

Dalam satu Hadith yang panjang Baginda Rasulullah SAW bersabda " Wajiblah kamu dengar dan taat walaupun terhadap seorang hamba habsyi. Sesungguhnya sesiapa yang sempat hidup selepas aku, maka akan ditemui dengan perselisihan yang banyak, oleh itu hendaklah kamu berpegang teguh dengan sunnahku dan sunnah Khulafa Ar Rasyidin yang mendapat petunjuk. Gigitlah sekuat-kuat dengan geraham kamu..."

Cuba saudara lihat keratan akhbar di bawah bertajuk " Johor semarak cinta berzanji" dipetik dari Harian Metro keluaran 6hb Jun 2008.


Ucapan Menteri Besar Johor yang mengatakan berzanji adalah kitab suci memperlihatkan kejahilan "penulis teks ucapan dan pembaca teks" tentang ISLAM. Ini sebahagian dari penyelewengan konsep Islam hadhari yang menjadi tunjang negara Malaysia. Kejahilan pemimpin dan seterusnya rakyat akan berterusan dan menjadi kian parah. Lama kelamaan, generasi mendatang yang mana kefahaman mereka tentang "ISLAM yang syumul" menjadi sangat lemah boleh menganggap "Islam Hadhari" yang ditonjolkan adalah satu lagi "Islam" baru.

Semua Imam seperti Imam Ahmad bin Hambal, Imam Malik dan lain-lain tidak pernah mengaku bahawa mereka "membawa ajaran baru atau mazhab baru". Tetapi jika kita lihat pada hari ini ramai umat Islam yang fanatik dengan mazhab mereka. Kenapa hal ini boleh berlaku? Antara sebab-sebabnya ialah penganut Islam masa kini tidak didedahkan dan diajar tentang Islam dari sumbernya yang asal seperti yang diterima oleh para sahabat seperti Abu Bakar dan Ali RA. Terlalu banyak tafsiran dan pandangan ditonjolkan seolah-olah murid tidak dapat membezakan antara pohon dan hutan rimba atau antara kayu dan pokok.

Kerajaan negeri Johor memiliki sistem pendidikan agamanya yang tersendiri yang mana para murid diajar dan dinilai dari segi akademik, bukan ditarbiyah atau dididik. Budaya orang Johor yang mengamalkan pembacaan Surah Yasin pada malam Jumaat dan berzanji pada bulan Rabiul Awal atau pada majlis cukur rambut atau khatam Al Quran telah sebati dalam kehidupan mereka hinggakan boleh tergamak mengatakan berzanji adalah kitab suci. Ini jelas menunjukkan bahawa tanpa memahami apa yang dibaca tatakala "membaca atau melagukan" al Quran, isi kandungan dan pengajaran Al Quran tidak akan diimani dan dihayati. Ibarat burung kakak tua yang pandai mengatakan "selamat pagi" tetapi tidak faham apa yang disebutnya, lalu pada malam hari ia akan menyebut "selamat pagi".

Tahmid dan Takbir. Kerajaan negeri Selangor dibawah Pakatan Rakyat tidak akan mempromosikan "Islam hadhari" dalam program-programnya di masjid dan sebagainya. Cukup setakat menerima dan mengamalkan "Islam yang syumul" . Di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat, majlis ilmu kian bercambah, forum hal ehwal Islam dihadhiri puluhan ribu rakyat Selangor, masjid dan surau kian diminati ahli qariah setempat, program jejak ilmuan dilancarkan bagi menjadikan Selangor "hub Ilmuan" dari pelbagai bidang duniawi ukhrawi.

Comments :

1
lan said...
on 

salam puan
maafkan saya menarik perhatian YB sedikit mengenai rancangan untuk mengadakan konsert sebelum perlawanan bola sepak piala sultan. saya dapat tahu perkara ini dari blog saudara roslan sms.

konsert tersebut bakal menghidangkan penyanyi seperti Ella dan Mas Idayu. Secara ringkasnya, acara ini nampaknya akan mengundang pelbagai keburukan dari kebaikan dan ia seperti program2 anjuran kerajaan lama. Kerajaan baru tentu ada cara untuk memberi hiburan yang lebih matang kepada rakyat

saya mintak kerajaan negeri mengkaji semula idea menganjurkan konsert itu.cukuplah dengan program sure heboh yang selama ini pun tidak memberi hasil yang banyak kepada kita suma

terima kasih puan yb

 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Add caption *Relawan AMALNITA sedia bersama....*
    8 years ago
  • Shopping Back To School. - Oleh kerana 2 petugas kaunter demam dlm Program Jom Shopping Back To School DUN Meru, maka Yb Meru dan Dato Ketua Kampung membantu mengambil...
    9 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket









Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com