Pray For MH370

Pray For MH370

JEJAK IBU MITHALI HARIAN METRO-SECRET GARDEN


Kisah kejayaan dan pahit maung para ibu yang berjaya bukan setakat membesarkan malah lebih penting mendidik dan menyekolahkan anak-anak yang ramai, ada kalanya sebagai ibu tunggal harus didokumentasikan serta disebarkan buat panduan ibu bapa era globalisasi.

Kisah mereka dapat dijadikan panduan dan teladan kepada kita semua. Riwayat hidup mereka jika dibukukan dan dibuat sebagai siri bacaan seperti yang dibuat oleh Mark Victor Hansen dan Jack Canefield dalam siri "Chicken Soup For The Soul" walaupun tidak mendapat "best seller status" namun merupakan suatu amal jariah dan saham akhirat untuk pemilik saham syarikat.

Penerbit tempatan seperti syarikat Karangkraft sesungguhnya telah melaksanakan sebahagian dari tugas sosial mereka apabila menganjurkan dan menaja anugerah ibu mithali di negara kita.


Hargai jasa tiga ibu

Oleh Maiamalina Mohamed Amin
maiamalina@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: “Mak cik selalu pesan pada lapan anak, walau apapun terjadi jangan sekali-kali lupakan pelajaran kerana hanya ilmu itu harta paling bernilai.

“Syukur mereka tidak pernah lupakannya dan kini berpesan pula pula kepada anak masing-masing,” kata penerima Anugerah Ibu Mithali Harian Metro-Secret Garden, Hasnah Hashim, 70.

Hasnah seorang daripada tiga penerima Anugerah Hari Ibu yang julung kali dianjurkan Harian Metro dengan kerjasama syarikat produk kecantikan, Secret Garden di Hotel Nikko di sini, semalam.

Beliau berkata, tiada apa lebih membanggakan apabila melihat kejayaan lapan anak, empat lelaki dan empat perempuan yang kini menjawat jawatan tinggi termasuk pegawai undang-undang, pakar kanak-kanak, jurutera dan pegawai diplomatik.

“Syukur semua anak sentiasa ingat pesanan mak cik dan buktinya masing-masing mendapat pendidikan di sekolah berasrama penuh dan universiti, malah kini menjawat jawatan tinggi.

“Sekurang-kurangnya kepayahan masa lalu ketika mereka masih kecil terbayar apabila masing-masing cemerlang dan sudah berkeluarga. Mereka juga tidak lupa diri dan asal-usul selain mengutamakan mak cik dan suami dalam semua perkara.

“Anugerah ini mak cik anggap tanda ingatan dan kasih sayang anak kepada mak cik,” katanya yang dilahirkan di Singapura sebelum menetap di Tanah Melayu (Malaysia) sekitar tahun 1947.

Turut menerima anugerah Norhayati Low Abdullah, 42, yang dipilih pemenang Anugerah Ibu Istimewa kategori orang kurang upaya (OKU).

Ibu dua anak itu yang cacat kaki kiri berikutan dipotong kerana gagal dalam pembedahan plastik, bertungkus-lumus memerah keringat memastikan dua permata hatinya tidak menderita seperti zaman mudanya.

“Cacat bukan penghalang saya melupakan tanggungjawab dan anak menjadi penguat semangat untuk teruskan kehidupan bagi memastikan mereka mendapat kehidupan selesa.

“Meskipun tanpa suami di sisi, saya tidak sekali-kali membiarkan anak menderita dan sentiasa bekerja keras memberikan pendidikan sebagai bekalan mereka pada hari tua,” katanya yang dua kali berdepan saat getir dalam hidup.

Kali pertama ketika berusia 17 tahun apabila dia kehilangan kaki kiri yang terpaksa dipotong, manakala kedua ketika proses menuntut cerai taklik, baru-baru ini.

Sementara itu, Wan Maimun Mohamed, 70, dari Kuala Terengganu menyifatkan pemilihannya sebagai penerima Anugerah Ibu Tunggal sebagai tanda ingatan 13 anak yang tidak jemu berada di sisi sejak kematian suami, 25 tahun lalu.

Katanya, dia tidak menganggap zuriat yang ramai sebagai beban, sebaliknya rezeki yang perlu diasuh menjadi insan berguna, lebih-lebih lagi selepas kematian suami.

“Berkat jerih perih dan kesungguhan mahu menyekolahkan anak-anak, saya berjaya membesarkan mereka seperti diamanahkan suami, malah berbangga dengan pencapaian mereka dalam akademik.

Semua penerima anugerah membawa pulang hadiah pakej pelancongan ke Bandung, Indonesia untuk dua orang bernilai RM2,500, baucar barangan elektrik bernilai RM2,000, plak anugerah, jambangan bunga dan hadiah iringan lain.

Hadiah disampaikan Timbalan Menteri Sumber Manusia yang juga Ketua Puteri Umno, Datuk Noraini Ahmad. Turut hadir, Timbalan Pengarang Kumpulan Berita Harian Sdn Bhd, Mustapa Omar dan Pengarang Eksekutif Harian Metro/Metro Ahad, Abdul Ghafar Ismail.

Comments :

0 comments to “JEJAK IBU MITHALI HARIAN METRO-SECRET GARDEN”
 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Add caption *Relawan AMALNITA sedia bersama....*
    8 years ago
  • Shopping Back To School. - Oleh kerana 2 petugas kaunter demam dlm Program Jom Shopping Back To School DUN Meru, maka Yb Meru dan Dato Ketua Kampung membantu mengambil...
    9 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket









Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com