Pray For MH370

Pray For MH370

PENYAKIT JIWA PERLU RAWATAN PSIKATRI DAN ALTERNATIF

Takziah kepada Sdri Norhanizah Ahmad serta ibu bapa Allahyarham Shaari Hamid. Bersabarlah di atas ujian yang getir ini. Sebagai pengajaran dan iktibar, selain dari sesi kaunseling, sekiranya terdapat ciri-ciri penyakit jiwa pada salah seorang pasangan suami isteri, hendaklah Pejabat Agama yang mengendalikan kes masalah rumah tangga sebegini merujuk klien kepada doktor pakar psikatri untuk penilaian dan seterusnya rawatan. Sekiranya penyalahgunaan dadah disyaki pada pasangan berkenaan, mohon rujukan kepada pihak yang berkenaan. Tidak berapa lama dahulu, kes yang yang hampir serupa melibatkan pengamalan ilmu hitam atau ajaran sesat.

Kisah membunuh anak diikuti dengan mencabut nyawa sendiri lazimnya berlaku di negara barat. Kini negara kita pun tidak terkecuali. Mari kita sama-sama cari jalan keluar secepat mungkin sebelum...............

Hanya lampin pengubat rindu

Oleh Ahmad Saufi Mansor
MyMetro
PARIT BUNTAR: Kain lampin dan mainan kanak-kanak menjadi pengubat rindu buat Norhanizah Ahmad, 27, yang kehilangan dua anaknya dipercayai diracun bapa mereka di Kampung Parit Kasa, Nibong Tebal, Pulau Pinang, kelmarin.

Malah, rumah ibu Norhanizah di Kampung Titi Serong, dekat sini, juga bertukar suram apabila tiada lagi keriuhan dan keletah dua beradik itu, Muhamad Shafril Shamir Shaari, 4, dan Nor Amelia Syafiqah, setahun.

Dalam kejadian menyayat hati itu, suaminya, Shaari Hamid, 34, menggantung diri menggunakan tali dalam bilik di rumahnya selepas dipercayai membunuh dua kanak-kanak itu dengan memberi mereka meminum racun.

Norhanizah ketika ditemui semalam masih diselubungi kesedihan akibat kehilangan serentak dua anak dikasihi itu.


Dia hanya mampu menitiskan air mata apabila teringat saat-saat gembira bersama mereka.
Menurutnya, kejadian yang menimpa dirinya dan keluarga begitu perit dalam hidupnya, namun dia perlu menerima ketetapan takdir Tuhan dengan hati terbuka.

“Saya benar-benar rasa kehilangan (dua anak) sebab sekarang sudah tiada apa lagi.

Barang mainan dan kain lampin yang sentiasa mereka pegang ketika minum susu akan menjadi pengubat rindu buat saya apabila teringatkan telatah Shamir dan Nor Ameelia.

“Malah, saya sukar melelapkan mata ketika tidur malam tadi (kelmarin) kerana teringat keletah anak, terutama Shamir yang mula petah bercakap,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Shaari ditemui mati tergantung di sisi dua mayat anaknya yang terbaring kaku di atas tilam dalam sebuah bilik di rumah mereka.

Dia dipercayai meracun kedua-dua anaknya berikutan penemuan botol susu di sisi seorang anaknya sebelum mengambil nyawanya sendiri.

Tragedi memilukan berkenaan hanya disedari kakak mangsa berusia 50-an yang tinggal berhampiran kira-kira jam 12.30 tengah hari ketika berkunjung ke rumah adiknya.

Norhanizah berkata, kali terakhir dia bertemu dengan dua beradik itu pagi Selasa lalu sebelum arwah suami datang untuk mengambil mereka kira-kira jam 11 pagi.

Katanya, dia juga tidak mengesyaki sesuatu akan berlaku apabila kedua-dua anaknya diambil arwah suami.

Ini kerana arwah suami akan menghantar mereka semula selepas dua hari bersamanya.

“Apa yang berlaku mengejutkan kerana sepanjang kami duduk berasingan, arwah suami sentiasa menghantar semula mereka.

“Saya percaya pada arwah suami kerana dia tidak pernah menimbulkan masalah,” katanya.

Sementara itu, nenek kepada dua beradik itu iaitu ibu Norhanizah, Yah Abdullah, 60, bermimpi mereka pulang ke rumahnya, semalam.

“Buka pintu, buka pintu, buka pintu,” pinta Yah, 60, kepada anaknya kerana menyangka kedua-dua cucunya pulang ke Kampung Titi Serong.

Dia sebenarnya hanya bermimpi kedua-dua cucunya pulang sambil memanggil ‘tok’ berulang kali.

Yah berkata, Shamir dan Nor Ameelia rapat dengannya kerana mereka dijaganya ketika Norhanizah bekerja.

Menurutnya, dia tidak mengesyaki apa-apa berlaku ketika arwah menantunya datang kerana dia meminta dengan cara baik sambil memaklumkan mahu membawa mereka ke rumah.

“Jantung saya berdegup kencang dan hampir rebah apabila dimaklumkan kejadian menimpa kedua-dua cucu hingga terpaksa dipapah anak.

“Saya tidak sangka langsung dia (arwah Shaari) akan bertindak sedemikian. Dia amat menyayangi mereka hingga masa bekerja pun sering teringat mereka.

Rumahnya kini semakin sunyi kerana tiada lagi kedengaran suara mereka bermain dengan sepupu, Muhamad Amirul Abd Samad, 3, dan Nor Alia Diana, 3.

“Arwah Shamir suka makan buah durian hingga boleh makan sampai dua biji apabila dibeli bapanya di pasar pagi berhampiran, selain betik dan pisang.

“Saya juga masih teringat keletah ceria Shamir apabila dia yang sudah petah bercakap bercita-cita mahu memandu kapal terbang bila besar nanti,” katanya yang menitiskan air mata ketika menceritakan kisah cucu kesayangannya.

Menurutnya, Norhanizah yang menghadapi masalah rumah tangga dengan suaminya menetap di rumahnya bagi memulihkan keadaan sejak tujuh bulan lalu.

Katanya, kedua-duanya juga sudah menjalani beberapa sesi kaunseling di Pejabat Agama Daerah Jawi bagi memulihkan hubungan mereka yang semakin keruh akibat masalah keluarga.

“Kedua-dua keluarga tidak mahu masuk campur dan masing-masing cuba memulihkan semula hubungan mereka yang terbina sejak lima tahun lalu kerana memikirkan masa depan anak yang masih kecil,” katanya.

Sementara itu, keluarga arwah Shaari yang mengadakan kenduri tahlil enggan ditemu bual sejak hari kejadian dan tidak melayani kehadiran media di rumah mereka di Kampung Parit Kasa, Sungai Bakau, Nibong Tebal, semalam.

Comments :

1
tajudin said...
on 

Ya YB saya pun tumpang sedih simpati, rumah depa pun tak jauh dari kampung isteri saya, dalam 2 km je..

 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Mesyuarat Agung Khas AMALNITA perihatin Pelancaran Tabung PDS AMALNITA dan anda
    8 years ago
  • "Paciaru" atau breakfast. - Yb Meru bersama Mr.Maniam turun padang memantau jalan2 berlubang di susur keluar highway Setia Alam ke Jln Meru dan Jln Korporat Kawasan Meru ...
    8 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket









Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com