Pray For MH370

Pray For MH370

KADAR FAEDAH NAIK SELEPAS SUKAN OLIMPIK?

Keputusan Harga Minyak Naik Untuk kepentingan Negara

Keputusan kadar faedah untuk kepentingan negara


BeritaHarianOnline/Bernama
25/07/08

KUALA LUMPUR: Apa jua keputusan dibuat oleh bank pusat mengenai kadar faedah adalah bagi kepentingan terbaik negara, kata Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz.

“Kami akan lakukan bagi kepentingan terbaik negara ini. Kami akan melihat risiko kepada tinjauan terhadap inflasi, sama ada ia akan meningkat dan terus meningkat bagi tempoh masa berlanjutan atau sama ada terdapat faktor pengurangan lain,” katanya semasa ditanya jika kadar faedah akan dinaikkan.

Bank pusat dijadual mengadakan mesyuarat dasar monetari esok.

“Yang kedua, kami akan mengkaji apa risiko bagi penyederhanaan dalam tinjauan pertumbuhan. Ini adalah antara pertimbangan yang akan diambil kira,” katanya.

Beliau berkata, bagi negara yang memperoleh pertumbuhan kukuh dan terlampau cergas, dan dengan inflasi yang tinggi, penyelesaian ialah amat jelas bagi mereka — menaikkan kadar faedah.

"Bagaimanapun, adalah kurang jelas bagi negara dengan taksiran berbelah bahagi, di negara maju dan sedang membangun," katanya.

Sebuah ekonomi maju menerbitkan laporan mesyuarat mereka semalam dan ia menunjukkan bahawa terdapat pandangan atau taksiran bagi peningkatan, penurunan dan juga membiarkan kadar faedah tidak berubah, katanya.

Ditanya sekiranya bank pusat lebih bimbang terhadap inflasi atau pertumbuhan lebih perlahan, beliau menjawab:

“Saya tidak akan mengulas sebelum selesai penilaian itu.”

Zeti bercakap kepada pemberita selepas pelancaran Laporan Tahunan PKS 2007 di sini hari ini.
Mengenai jangkaan inflasi, katanya ia perlu dinilai dengan berhati-hati.

“Biasanya jangkaan inflasi menyebabkan kesan pusingan kedua. Inilah yang kami akan pantau dengan teliti — ke tahap mana pengubahsuaian harga ini.

"Apa yang kami telah lihat sekarang bahawa ia menyebabkan peningkatan 7.7 peratus dalam inflasi ialah penyusunan semula dan pengubahsuaian sekali gus yang dibuat.”

“Ke tahap mana ini menyebabkan peningkatan harga lain dan sama ada ia menyebabkan upah yang lebih tinggi maka ia membimbangkan kerana kita akan melihat tekanan inflasi muncul dan itu amat menjejaskan negara.”

Mengenai kadar pertukaran wang, gabenor itu berkata bahawa ia tidak boleh dijadikan alat dan perkakas dasar kerana parasnya berubah mengikut masa.

“Mungkin ada masa ia naik dan kemudian ia turun disebabkan faktor bukan ekonomi.”

Katanya kadar pertukaran wang boleh juga dipengaruhi oleh apa yang berlaku di bahagian lain dunia yang mengakibatkan pengambilan untung di pasaran bagi ganti rugi kerana kerugian di pasaran lain.

Comments :

0 comments to “KADAR FAEDAH NAIK SELEPAS SUKAN OLIMPIK?”
 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Mesyuarat Agung Khas AMALNITA perihatin Pelancaran Tabung PDS AMALNITA dan anda
    1 year ago
  • "Paciaru" atau breakfast. - Yb Meru bersama Mr.Maniam turun padang memantau jalan2 berlubang di susur keluar highway Setia Alam ke Jln Meru dan Jln Korporat Kawasan Meru ...
    1 year ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket

Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com