Pray For MH370

Pray For MH370

ULASAN BUKU:"JANGANLAH BERSEDIH JADILAH WANITA YANG PALING BAHAGIA"

Dalam satu program yang saya diminta sebagai perasmi, pihak penganjur telah menghadiahkan sebuah buku karangan Penulis yang tidak asing di Timur Tengah dan Indonesia iaitu Dr 'Aidh Bin 'Abdullah Al-Qarni yang telah diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu oleh Muhammad Huzaifah.

Buku kecil yang berharga RM19.80 diterbitkan oleh Pustaka Al Hidayah, W.P Kuala Lumpur. Saiznya ialah 6" x 9" , setebal 303 muka surat dan berat 500g. Ini bermakna ia ringan dan mudah dibawa ke mana-mana.

Dalam muqaddimah buku ini, dinyatakan bahawa buku kecil ini mengandungi senyuman, cita-cita, harumnya aroma harapan dan cerahnya berita gembira bagi setiap wanita yang merasa sempit dadanya, terhimpit oleh kesususahan dan kian bertambah parah kecemasannya. Siapa yang tidak?


Saya dapati sususan buku ini sungguh menarik dan cuma seperti biasa kebanyakan buku dalam bahasa Melayu, indeks dan sumber rujukan tidak begitu dititikberatkan. Apapun, buku ini pasti memenuhi citarasa anda yang baru berjinak-jinak dengan buku ilmiah kerana setiap tajuk hanya memenuhi tidak lebih dua muka surat dan hanya terdapat 130 tajuk sahaja. Ini bermakna, di peringkat permulaan, anda boleh membelek buku ini ketika berhenti di satu Lampu isyarat dan sekaligus dapat menghabiskan satu tajuk. Saya pasti, jika anda terperangkap dalam kesesakan lalulintas kotaraya, buku yang tidak ternilai harganya akan dapat anda habiskan.

Peringkat seterusnya, untuk anda meningkat ke tahap yang lebih tinggi ialah cuba memikirkan apa yang dibaca dan menilai atau membandingkan dengan ilmu atau maklumat yang telah anda sedia miliki atau maklum. Dan, seterusnya ialah peringkat pelaksanaan. Jumpa anda di PUNCAK JAYA.

Comments :

0 comments to “ULASAN BUKU:"JANGANLAH BERSEDIH JADILAH WANITA YANG PALING BAHAGIA"”
 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Mesyuarat Agung Khas AMALNITA perihatin Pelancaran Tabung PDS AMALNITA dan anda
    1 year ago
  • "Paciaru" atau breakfast. - Yb Meru bersama Mr.Maniam turun padang memantau jalan2 berlubang di susur keluar highway Setia Alam ke Jln Meru dan Jln Korporat Kawasan Meru ...
    2 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket

Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com