Pray For MH370

Pray For MH370

PAKATAN RAKYAT DIPERKASAKAN: TN GURU NIK ABD AZIZ

Kenyataan Mursyidul Am Pas sekaligus mengakhiri spekulasi dan cerita-cerita di blog, kedai kopi dan sebagainya tentang PAS akan menarik diri dari Pakatan Rakyat.

Pimpinan Pakatan Rakyat duduk mengeliling Mursyidul Am PAS, Tn Guru Nik Abd Aziz Nik Mat semasa Muktamar PAS di Ipoh baru-baru ini.


PAS perlu perkukuh Pakatan Rakyat - Mursyidul Am PAS

Lanjusoh | Foto Nasir Sudin
HARAKAHDAILY

IPOH, 17 Ogos (Hrkh) - PAS perlu memperkukuhkan Pakatan Rakyat memandangkan Umno sudah jelas tidak mahu kepada Islam dan sekiranya dibiarkan Malaysia akan menjadi seperti Turki.

Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, tidak perlu hendak bermuzakarah dengan Umno memandangkan parti itu sudah jelas tidak mahu menerima Islam.

"Kalau hendak muzakarah juga kita tanya mereka sebab apa tidak mahu menerima Islam dalam semua aspek kehidupan termasuk ekonomi dan budaya. Kita kena tanya mereka di mana tidak kena Islam sehingga Umno tidak mahu menerimanya.

"Hanya ini sahaja yang boleh.. kalau kita hendak muzakarah dengan Umno," katanya ketika berucap mengulas usul memperkukuh Pakatan Rakyat yang dibentang wakil Dewan Pemuda pada muktamar hari terakhir pagi ini.

ImageTuan Guru Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan memberitahu, ketika beliau hendak datang ke Perak, beliau diminta menyampaikan khutbah di sini.

Namun katanya, setelah sampai di Perak diberitahu pula beliau tidak boleh berkhutbah.

"Saya hendak tanya siapa yang tidak berikan kalau tidak Umno yang sejak dari dahulu lagi tidak mahu orang ramai mendengar ceramah agama.

"Jadi buat apa kita hendak berunding juga dengan mereka yang tidak mahu membenarkan orang ramai mendengar ceramah agama.

"Saya pun hairan, satu pihak hendak berunding dengan Umno dan satu pihak lagi hendak perkukuhkan Pakatan Rakyat, macam mana boleh berlaku sedemikian. Ini menggelirukan orang ramai," tambahnya.

Beliau juga bimbang sekiranya dibiarkan Umno terus menguasai negara, tidak dapat ditolak kemungkinan pada masa akan datang al Quran juga akan dicetak dalam bahasa Melayu seperti yang dilakukan di Turki semasa di bawah Kamal Antartuk.

Menurutnya, penyakit itu akan berlaku di Malaysia kalau kita biarkan parti itu menguasai pentadbiran negara. Beliau juga berkata, PAS dan Pakatan Rakyat perlu membuktikan orang Melayu hidup sejahtera di lima negeri yang ditadbir di bawah Pakatan Rakyat.

"Kalau Umno tiada di muka dunia ini.. orang Melayu pun tidak rosak. Di lima negeri yang dikuasai Pakatan Rakyat sekarang orang Melayu pun boleh hidup juga," katanya.

Mursyidul Am juga menegaskan penerimaan orang bukan Islam kepada Islam itu menjadi perkara utama baginya. Kata beliau orang Cina, India dan orang Asli boleh menerima perjuangan PAS sehingga mencapai kejayaan besar pada pilihan raya umum lalu. Oleh beliau sekali lagi menegaskan Pakatan Rakyat mesti diperkukuhkan.

"Kalau kita sayangkan Umno kita keluarkan mereka daripada kegelapan, yang tua-tua itu biarlah.. sudah payah, begitu juga mereka yang mempunyai duit banyak.. biarlah.

"Seperti juga kita payah hendak tebang pokok besar, kecuali dengan cara kita buangkan dahulu ranting, dahannya dan lama-kelamaan pokok besar itu akan mati juga.

"Cuma kita tumpulah kepada golongan muda dengan mengajak mereka kepada Islam," ujarnya.

Sekali lagi beliau menegaskan kalau Umno merasakan mereka cukup kuat sehingga tidak mahu menerima Islam, lebih baik buat bumi sendiri dan jangan tinggal di bumi ciptaan Allah Taala.

Pada kesempatan itu juga beliau memberitahu muktamar PAS kali ini merupakan gerbang kepada kehadiran bulan Ramadan tidak lama lagi.

Comments :

0 comments to “PAKATAN RAKYAT DIPERKASAKAN: TN GURU NIK ABD AZIZ”
 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Mesyuarat Agung Khas AMALNITA perihatin Pelancaran Tabung PDS AMALNITA dan anda
    1 year ago
  • "Paciaru" atau breakfast. - Yb Meru bersama Mr.Maniam turun padang memantau jalan2 berlubang di susur keluar highway Setia Alam ke Jln Meru dan Jln Korporat Kawasan Meru ...
    1 year ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket

Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com