Ya, saudara. Apa ada pada nama. Apa ada pada ranking dunia. Apa ada pada pengiktirafan. Apa ada pada akreditasi. Apa pentingnya piawaian/standard. Apa pentingnya kualiti. Apa pentingnya piala. Apa pentingnya jadi juara. Apa pentingnya.........................
Datuk Nicole David telah dinobatkan ratu skuasy dunia atau pemain nombor satu dunia untuk beberapa musim . Lee Chong Wei baru saja menduduki tangga kedua dunia di belakang pemain Cina dalam acara badminton perseorangan lelaki. Baru boleh disebut sebagai cermerlang, gemilang terbilang. Tahniah untuk mereka dan syabas. Saya sebagai rakyat Malaysia menumpang gembira dan kagum dengan prestasi serta pencapaian anda berdua. Dan, teruskan usaha kerana adalah lebih sukar untuk mengekalkan satu-satu kemenangan berbanding dengan mencapainya buat kali pertama.
Dalam dunia pendidikan khususnya kedudukan Universiti kita berbanding dengan negara di Asia dan dunia, kita agak ketinggalan jauh di belakang jiran kita Singapura,Indonesia,Thailand, Jepun, Taiwan dan Korea. So what? Penting ke untuk bersaing di peringkat antarabangsa dalam bidang pendidikan tinggi? Jangan cuba nak membandingkan Universiti di mana saya lulus dengan Universiti anak saya belajar? anak jiran saya, anak menantu saya, dan seterusnya.
Semuanya sama sahaja apabila keluar nanti dapat segulung kertas, kerja makan gaji dengan kerajaan , tak ada bezanya tangga gaji graduan lulusan Harvard Universiti dengan graduan Universiti XYZ Malaysia. Jika adapun mungkin sedikit kelebihan bagi lulusan Harvard berbanding dengan MIT (yang mana satu agaknya, MIT Massachusetts Institute Of Technology, atau Melbourne Institute of Technology atau **** Institute Of Technology) jika bekerja di sektor swasta.
Jadi kenapa dijadikan isu universiti mesti berdaya saing, berdaya maju dan mampu menangani cabaran gobalisasi jika semua universiti adalah sama sekadar menjadi "alat" untuk mendapat segulung kertas sebagai tiket untuk mendapat kerja, seterusnya menerima gaji dan menjalani kehidupan sementara di atas muka bumi?
Boleh atau tidak kita samakan "Universiti" dengan sebuah "kilang"? Proses yang berlaku antara pengeluaran graduan universiti dengan pengeluaran "produk" dari kilang tidak sama tetapi ada kesamaan. Jadi kesimpulannya, jangan susah hati kalau tak dapat masuk Cambridge atau Oxford. Tak penting. Apa ada pada nama. Bila mati tinggal segala kecuali "nama".
Kedudukan (Ranking) Universiti di Asia
| | |
Kedudukan (Ranking) Universiti di Dunia
1 Massachusetts Institute of Technology

2 Harvard University

3 Stanford University

4 University of California Berkeley

5 Pennsylvania State University

6 University of Michigan

7 Cornell University

8 University of Minnesota

9 University of Wisconsin Madison

10 University of Texas Austin

11 University of Illinois Urbana Champaign

12 University of Pennsylvania

13 University of Washington

14 Carnegie Mellon University

15 Columbia University New York

16 Purdue University

17 University of California Los Angeles

18 University of Florida

19 University of Chicago

20 University of Maryland

21 University of Arizona

22 Texas A&M University

23 Georgia Institute of Technology

24 Virginia Polytechnic Institute and State University

25 Princeton University

26 University of Cambridge

27 Michigan State University

28 University of Toronto (Note 1)

29 University of North Carolina Chapel Hill

30 Rutgers University

31 New York University

32 Swiss Federal Institute of Technology Zurich

33 Indiana University

34 University of California San Diego

35 University of Southern California

36 North Carolina State University

37 Duke University

38 University of Colorado Boulder

39 Johns Hopkins University (Note 2)

40 California Institute of Technology

41 University of Pittsburgh

42 Australian National University

42 University of Helsinki (Note 3)

44 Yale University

45 University of Virginia

46 University of California Davis

47 University of Oxford

48 Washington University Saint Louis

49 University of British Columbia

50 University of Calgary

64 University College London
202 Tel Aviv University
929 Universiti Teknologi Malaysia
977 Universiti Sains Malaysia
1219 University Kebangsaan
1281 Universiti Putra Malaysia
1328 University of Malaya
1802 Universiti Teknologi Mara
1961 Universiti Utara Malaysia
2536 Universiti Malaysia Perlis
2816 Universiti Malaysia Sabah
3308 Universiti Malaysia Sarawak
3458 Universiti Teknologi Petronas
3,758Universiti Tenaga Nasional
3978 Universiti Tun Abdul Razak
Comments :
Post a Comment