Pray For MH370

Pray For MH370

SEKARANG SEMUA PIHAK JELAS TENTANG PENDIRIAN PAS: PRESIDEN

Penjelasan dari Presiden PAS Dato' Seri Hj Abd Hadi Awang merungkai kekusutan fikiran bukan sahaja ahli PAS, komponen Pakatan Rakyat malah rakyat Malaysia sendiri.

*Penjelasan Presiden PAS rungkaikan kegusaran perwakilan


*Pakatan Rakyat: PAS tidak akan bakar jambatan yang dibina



Penjelasan Presiden PAS rungkaikan kegusaran perwakilan

Lanjusoh, Mohd Nor Yahya
HARAKAHDAILY

Sun | Aug 17,

IPOH, 17 Ogos (Hrkh) - Tepat jam 3 petang Muktamar PAS kali ke-54 yang mencatat sejarah diadakan di Stadium Indera Mulia melabuh tirainya.
Setiausaha Agung PAS, Dato' Kamaruddin Jaffar berharap perwakilan dapat merungkaikan segala masalah yang terbuku sebelum ini dengan isu muqabalah (muzakarah).

"Ucapan penangguhan presiden diharap dapat memberi kefahaman yang lebih jelas kepada seluruh perwakilan dan pemerhati bagi memastikan mereka tidak keliru lagi," katanya selepas muktamar berakhir.

Menurutnya penjelasan itu dapat merungkaikan segala permasalahan yang ditimbulkan perwakilan sebelum ini.

Ucapan penangguhan ringkas dan penuh bermakna itu dirungkai Presiden PAS, Dato' Seri Abdul Hadi Awang untuk dibawa balik perwakilan dan pemerhati.

Beliau berkata, laporan media sama ada cetak atau elektronik yang membesarkan isu tersebut sebelum ini seolah-olah menggambarkan sesuatu yang besar berlaku pada muktamar kali ini.

"Muktamar ini dikatakan tak boleh dikawal dan berlaku perpecahan hebat seperti mana digambarkan media massa.

"Sedangkan kita ada rahsia, di mana Islam mengajar kita untuk berparti atau berjemaah untuk wala' kepada pemimpin.

"Muktamar sebenarnya tempat kita berkhilaf pendapat, berbahas dan bertukar pandangan. Adab inilah kita amalkan dalam muktamar ini. Ia hedaklah dihafal dan diamal oleh ahli bagi memperkasakan parti," katanya.

Beliau berkata, ahli parti hendaklah berilmu, beriman dan berakhlak melalui program tarbiyah.

Beliau juga berkata, agenda kerajaan Pakatan Rakyat hendaklah dilaksana dengan melahirkan Majlis Menteri Besar melibatkan semua pemimpin peringkat kerajaan.

Menurutnya juga Kelab Penyokong PAS akan diperkasakan di mana sebelum ini ada cadangan mahu melantik mereka sebagai senator.

Namun katanya belum lagi ada persediaan untuk mereka sebagai senator memandangkan ia melibatkan banyak prosedur.

Selain itu ada juga cadangan melantik senator dari kalangan ahli PAS di Sabah dan Sarawak di negeri-negeri yang diterajui kerajaan Pakatan Rakyat.

Beliau juga merakamkan ucapan terima kasih kepada PAS Perak kerana berjaya menjadi tuan rumah muktamar kali ini

Pakatan Rakyat: PAS tidak akan bakar jambatan yang dibina

Intan Abdullah | Foto Wan Zahari Wan Salleh
Harakahdaily
Sun | Aug 17, 08

IPOH, 17 Ogos (Hrkh) - PAS tidak akan membakar jambatan yang telah dibina bersama Pakatan Rakyat dan tidak berniat untuk mencetuskan situasi yang menggugat keutuhan perpaduan antara parti-parti komponen Pakatan Rakyat.

Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menegaskan bahawa kerjasama yang dibuat bersama rakan-rakan Pakatan Rakyat yang lain adalah berdasarkan kepada prinsip persefahaman yang saling menerima prinsip dan dasar perjuangan parti masing-masing.

"Ianya dibuat tanpa meruntuhkan dasar dan prinsip perbezaan ideologi untuk mengadakan kerjasama selain tidak mencetuskan perkara yang boleh membakar jambatan yang telah dibina," katanya kepada Harakah dalam satu sidang wawancara di Muktamar Tahunan PAS ke-54 di Dewan Indera Mulia, Ipoh. Image

Sebelum ini, terdapat pandangan yang disuarakan oleh perwakilan yang memperlihatkan seolah-olah PAS mencurigai perjuangan Penasihat KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim.

Bagi Ustaz Abdul Hadi, terlalu awal untuk menilai keutuhan pakatan yang dibina setelah Pakatan Rakyat dibentuk pada pilihan raya umum ke-12 lalu.

"Apa yang penting, semua pihak perlu memainkan peranan masing-masing bagi memastikan agenda untuk memartabatkan Islam serta memberi khidmat kepada rakyat terlaksana," ujarnya.

Tambahnya, kekeliruan yang timbul dalam kebanyakan isu sejak akhir-akhir ini sama ada di peringkat ahli mahupun pimpinan wujud akibat usia pakatan yang masih baru, serta perlu lebih dimantapkan.

Ditanya mengenai kesediaan PAS untuk mengisi kemenangan sekiranya Pakatan Rakyat berjaya menerajui Kerajaan Persekutuan, Ustaz Hadi menjelaskan bahawa PAS lebih bersedia berbanding yang lain.

"Persediaan PAS adalah lebih awal dibuat berbanding yang lain memandangkan usia PAS yang lebih awal ditubuhkan," katanya.

Ustaz Abdul Hadi turut menyentuh mengenai tema muktamar tahunan ini iaitu PAS untuk semua.

"Apa yang saya maksudkan adalah perpaduan yang dibina merentasi sempadan masa, tempat, bangsa, agama dan segalanya. Ianya lebih bersifat global," tambahnya lagi.

Mengulas mengenai perjalanan muktamar kali ini, beliau berpendapat perwakilan muktamar begitu matang dan berjaya melontarkan idea yang bernas dalam memperkasakan parti.

"Dalam suasana yang hangat dibakar media massa dan bloggers, saya lihat sikap perwakilan begitu matang dan profesional," ujar Ustaz Hadi.

Katanya, Umno yang trauma dengan kekalahan, masih tidak dapat menerima kenyataan.

"Ini amat menggembirakan saya, selain teguran dan cadangan yang diberikan secara bernas," demikian ujarnya.

Comments :

0 comments to “SEKARANG SEMUA PIHAK JELAS TENTANG PENDIRIAN PAS: PRESIDEN”
 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Add caption *Relawan AMALNITA sedia bersama....*
    8 years ago
  • Shopping Back To School. - Oleh kerana 2 petugas kaunter demam dlm Program Jom Shopping Back To School DUN Meru, maka Yb Meru dan Dato Ketua Kampung membantu mengambil...
    9 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket









Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com