Pray For MH370

Pray For MH370

MAHASISWA UiTM MENYAHUT CABARAN MENDAFTAR SEBAGAI RAKAN COP


Tahniah diucapkan kepada mahasiswa UiTM perak kerana menyahut cabaran menjadi ahli rakan COP (Community Oriented Policing). Ketua polis negara mensarkan keahlian di kalangan pelajar IPT seramai 300,000 orang. Namun angka itu belum tercapai. Dilaporkan jumlah mahasiswa UiTM seluruh Malaysia ialah lebih dari 100,000 orang.


2,803 mahasiswa UiTM daftar Rakan Cop


Oleh TAJUL SAFUAN ABU HASSAN
utusanonline

Zulkifli Abdullah memeriksa pembarisan ketika kempen penambahan keahlian Rakan Cop dan pencegahan jenayah di Ipoh, baru-baru ini.



SERI ISKANDAR 15 Ogos - Seramai 2,803 mahasiswa mendaftar sebagai Rakan Cop semasa kempen penambahan keahlian dan pencegahan jenayah yang berlangsung di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Seri Iskandar baru-baru ini.

Ketua Polis Perak, Datuk Zulkifli Abdullah berkata, Rakan Cop diwujudkan untuk melahirkan masyarakat majmuk yang penyayang dan cintakan keamanan.


Katanya, Rakan Cop merupakan sebahagian daripada program Community Oriented Policing atau nama singkatan 'COP' bertujuan menggembleng tenaga semua lapisan masyarakat agar bersama-sama polis memerangi jenayah.

''Sehingga kini 37,060 orang mendaftar sebagai ahli Rakan Cop di negeri ini dan kami mensasarkan akan memperoleh 50,000 keahlian sebelum hujung tahun ini.

''Sejak program ini dilancarkan tahun lalu, jenayah di negeri ini berjaya dikurangkan empat peratus kepada 6,200 sepanjang enam bulan pertama tahun ini.

''Semua mahasiswa yang kini sedang menuntut di mana-mana institusi pengajian tinggi awam dan swasta harus menyedari peranan mereka membantu usaha pihak polis dalam memerangi jenayah," katanya.

Katanya, jenayah seperti ragut, samun dan curi motosikal berlaku di mana-mana dan ahli Rakan Cop berupaya menghantar maklumat dengan cepat untuk tindakan oleh pihak polis.

''Setiap maklumat yang disampaikan oleh ahli ini akan disalurkan ke pusat kawalan polis kontinjen (CCC) yang seterusnya menghebahkan maklumat tersebut kepada semua anggota dan unit polis untuk tindakan cepat," katanya.

Menurut Zulkifli, dengan menjadi Rakan Cop, semua ahli boleh menyalurkan maklumat mengenai jenayah yang berlaku berhampiran melalui khidmat sistem pesanan ringkas (SMS).

Justeru itu, beliau berharap demi kesejahteraan dan keamanan negara, setiap pelajar perlu menyedari tanggungjawab bersama yang harus dipikul dan kelompok mahasiswa adalah antara terpenting dan dapat memberi impak besar untuk masa hadapan negara.

Program ini telah mendapat penyertaan dari 10 institusi pengajian tinggi awam dan swasta di seluruh negeri Perak.



Comments :

0 comments to “MAHASISWA UiTM MENYAHUT CABARAN MENDAFTAR SEBAGAI RAKAN COP”
 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Add caption *Relawan AMALNITA sedia bersama....*
    8 years ago
  • Shopping Back To School. - Oleh kerana 2 petugas kaunter demam dlm Program Jom Shopping Back To School DUN Meru, maka Yb Meru dan Dato Ketua Kampung membantu mengambil...
    9 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket









Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com