Pray For MH370

Pray For MH370

SUMPAH LAKNAT YANG PENUH KONTROVERSI

Satu percubaan untuk melihat peristiwa SUMPAH LAKNAT (MUBAHALAH) oleh Saiful di hadapan "imam" Ramlang Porigi, sehari sebelum hari penamaan calon Pilihanraya kecil Permatang Pauh yang mana tertuduh (DSAI) terlibat, lafaz sumpah yang banyak tersasul dengan memegang mushaf Al Quran di tangan kiri dan tangan kanan yang tidak diangkat seraya memegang nota sambil duduk di sebelah ayahnya (video uncensored). Ikuti ulasan bapa Saiful, Karpal Singh dan beberapa orang Ulama' PAS seperti yang dilaporkan oleh akhbar tempatan.

Saya ingin mencadangkan agar cendikiawan Islam dalam dan luar negara duduk semeja dan membincangkan bagaimana seharusnya SUMPAH LAKNAT dijalankan serta isu yang berkaitan dengan pertuduhan LIWAT (zina).

JIKA TIDAK, pelbagai pendapat akan dilontar termasuk mereka yang tidak pernah mengaji tentang Islam secara formal.

JIKA TIDAK perundangan Islam akan kelihatan tidak kemas dan terdapat masih banyak ruang untuk perselisihan pendapat. Sedikit sebanyak maruah bukan sahaja peribadi-peribadi yang terlibat tetapi umat Islam keseluruhannya terjejas dengan kes sebegini.

JIKA TIDAK, generasi umat Islam di Malaysia akan datang mungkin akan terus membincangkan hal ini di kedai-kedai kopi dan dijadikan bahan cemuhan dan ketawa.

JIKA TIDAK, akan berlaku tuduhan sodomi yang ke III di masa akan datang terhadap individu tertentu yang dibuat oleh pihak-pihak yang tidak bermoral bagi tujuan "pembunuhan karakter".

JIKA TIDAK, bahana, bahang, tempias, impak, kesan dan bahaya SODOMI aka LIWAT akan terkena pada umat Islam di Malaysia, semoga dilindungi Allah dari hal yang demikian.


Kelihatan Saiful bersalam dengan Ramlang Porigi dalam Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur





*Saiful bersumpah
*Saiful’s swearing the talking point at PAS Muktamar
*Bapa Pertahan Sumpah Saiful
*Nik Aziz: It's against Islam
*Saiful Hadhir Ke Pejabat JAWI
*http://sloone.wordpress.com/2008/08/20/i-saw-saiful-bukhairy-in-permatang-pauh/


---------------------------------------------------------------------


Saiful bersumpah

Oleh ASSIM HASSAN
UTUSANOLINE 16/08/08

MOHD. Saiful Bukhari Azlan melafazkan sumpah sambil diperhatikan oleh bapanya, Azlan Mohd. Lazim (kanan) dan imam masjid, Ramlang Porigi (kiri) di Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta, Kuala Lumpur, semalam.

KUALA LUMPUR 15 Ogos – Mohd. Saiful Bukhari Azlan hari ini mengotakan janjinya untuk bersumpah laknat (mubahalah) mengikut syariat Islam bagi membuktikan kebenaran dakwaan dirinya diliwat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dalam upacara yang berlangsung di Dewan Solat Utama Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta di sini pada pukul 6.25 petang, Mohd. Saiful, 23, melafazkan sumpah itu disaksikan oleh bapanya, Azlan Mohd. Lazim dan salah seorang imam masjid itu, Ramlang Porigi.

Sambil duduk bersila menghadap kiblat, bekas pembantu peribadi Anwar itu yang bersongkok dan berbaju Melayu warna coklat memegang al-Quran ketika melafazkan sumpah berikut:

“Bismillahir rahmanir rahim. Pada hari ini, 15 Ogos 2008, saya Mohd. Saiful Bukhari Azlan, nombor kad pengenalan 850706-01-5687, sesungguhnya dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang berikrar dan bersumpah seperti berikut:

“A'uzubillahi minas syaitanir rajim. Bismillahir rahmanir rahim. Wallahi, Wabillahi, Watallahi. Saya bersumpah bahawa saya telah diliwat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 26 Jun 2008 iaitu pada tarikh tersebut Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memasukkan zakarnya ke dalam lubang dubur saya.

“Jika saya berdusta atas pengakuan ini, maka saya berdusta terhadap Allah SWT dan saya sanggup menerima azab, dilaknat dan kutukan daripada Allah SWT sehingga kiamat. Wallahualam.”

Mohd. Saiful yang memilih hari Jumaat untuk melakukan upacara bersumpah tersebut sebelum itu mengucapkan kalimah syahadah sebanyak tiga kali, diikuti bacaan surah Al-Fatihah.

Majlis itu berlangsung selama 15 minit.

Turut dilihat berada di masjid itu ialah Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Datuk Che Mat Che Ali, beberapa pegawai masjid tersebut serta ahli keluarga Mohd. Saiful.

Seramai 40 orang berkumpul di dalam dewan solat itu ketika Mohd. Saiful bersumpah.

Upacara bersumpah laknat adalah suruhan mengikut syariat Islam yang terkandung dalam al-Quran sebagai cara membuktikan kebenaran sesuatu tuduhan zina apabila tidak boleh membawakan saksi-saksi.

Perintah untuk membawa saksi dan juga bersumpah laknat itu terkandung dalam Surah al-Nur, ayat 4, 6 dan 9, kitab suci al-Quran.

Dalam kes liwat Anwar dan Mohd. Saiful, saranan untuk bersumpah laknat atau bermubahalah itu dicetuskan oleh Mufti Perlis, Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin pada 3 Julai lalu.

Mohd. Saiful menerusi peguamnya sebelum ini telah menyatakan kesediaan untuk melakukan sumpah laknat selepas selesai siasatan polis terhadap laporan yang dibuatnya pada 28 Jun lalu berhubung dakwaan diliwat oleh Anwar.

Dalam laporannya, Mohd. Saiful menuduh Anwar meliwatnya beberapa kali, kali terakhir pada 26 Jun lalu.

Pada 7 Ogos lalu, Anwar mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini terhadap tuduhan melakukan seks luar tabii bersama Mohd. Saiful.

Anwar, 61, didakwa melakukan perbuatan itu pada 26 Jun lalu antara pukul 3.01 dan 4.30 petang di Unit 11-5-1, Desa Damansara Kondominium, No. 99, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara di sini.

Bekas Timbalan Perdana Menteri itu didakwa mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun jika sabit kesalahan.

Anwar dibebaskan dengan jaminan RM20,000 dan kes itu akan disebut semula pada 10 September ini.

Sementara itu, selepas upacara bersumpah di Masjid Wilayah Persekutuan, Mohd. Saiful yang diiringi bapanya bergegas meninggalkan masjid dan enggan menemui para wartawan yang ingin menemu ramah beliau.

Beliau terus menuju ke Hotel Dynasty di Jalan Ipoh di sini bagi mengadakan sidang akhbar selama setengah jam bermula kira-kira pukul 7.30 petang.

Pada sidang akhbar itu, Mohd. Saiful memberitahu, beliau bersyukur kepada Allah dan berasa sangat lega sejurus selesai melakukan upacara bersumpah itu.

Tegasnya: “Saya amat memahami akibat bersumpah dengan nama Allah. Jika ia tidak benar atau satu ciptaan saya atau mana-mana pihak, maka saya akan dilaknat, ditimpa mala petaka serta bencana kepada diri saya, keluarga serta keturunan saya selama-lamanya.”

Beliau menafikan sengaja bersumpah dan bertemu wartawan hari ini iaitu sehari sebelum penamaan calon pilihan raya kecil Permatang Pauh yang melibatkan Anwar sebagai calon Parti Keadilan Rakyat (PKR).

“Secara kebetulan saja. Kalau nak ikutkan, saya pun tak tahu Anwar akan bertanding. Saya buat laporan pada 28 Jun lalu. Saya pun tak tahu bila dia akan bertanding.

“Selama ini saya mencari kekuatan mental dan rohani. Allah telah beri kekuatan kepada saya pada hari ini iaitu Jumaat, hari yang sangat dirahmati Allah,” ujarnya.

--------------------------------------------------------------------------------------
Comments by PAS Delegates At Muktamar
by Ridzwan Abdullah
NSTonline
IPOH: Mohd Saiful Bukhari Azlan's act of swearing on the Quran to substantiate his sodomy allegations against Datuk Seri Anwar Ibrahim was a popular talking point at the 54th muktamar here yesterday -- but in hushed tones on the sidelines.

While the matter was not raised during the debate sessions, there was plenty being said about it outside the Indera Mulia Indoor Stadium, where the assembly was being held.

Delegates deliberated and voiced their views on what took place at the Federal Territory mosque on Friday. Some criticised Mohd Saiful's act and accused him of being a tool, while others felt it was time that Anwar responded the same way.

Party leaders, however, were not happy, saying that Mohd Saiful's act was not only an insult to Islam but also politically motivated.

Pas president Datuk Seri Abdul Hadi Awang said in Islam there was no such thing as swearing on the Quran.

He said the act was made even more unfortunate because religious officials were involved, and they were supposed to have knowledge of such things.

"It was a stupid move by him (Mohd Saiful) and what made it worse was that it involved those who use the name of Islam.

"Swearing on the Quran is not in keeping with the demands of Islamic law. What we have in Islam is li'an (swearing involving married couples). Swearing on the holy book is a practice of Christians, who swear on the Bible.

"For Muslims, it is li'an, which is the case of a man accusing his wife of having illicit sex, but Anwar and Mohd Saiful are not husband and wife."

Abdul Hadi said the right thing to do was to let the syariah court decide the matter, since both the accuser and the accused were Muslims.

Abdul Hadi also said Mohd Saiful's sodomy claims were politically motivated.

"Why did he do it (swear) on the eve of the (Permatang Pauh by-election) nominations? It is clear that a dirty political game is being played."

Nevertheless, Abdul Hadi believed that the voters in Permatang Pauh would not be influenced, and expressed confidence that Anwar would win the by-election.

"I believe in Anwar's innocence and I am confident more will vote for him after seeing all this happening."

Pas deputy spiritual leader Datuk Dr Haron Din echoed Abdul Hadi's sentiments, saying there was no such thing as swearing on the Quran and doing it in the mosque.

In any case, he said Mohd Saiful's actions were odd as it was usually the accused, and not the accuser who should do it.

Meanwhile, a delegate from Johor, who wanted to remain anonymous, said: "This (swearing on the Quran) is not a laughing matter. I think it is time for him (Anwar) to respond, perhaps in the same way."

He said Anwar should also swear on the Quran to prove his innocence.

"He must do it if he wants to clear his name."

A Pahang delegate, who believed Anwar was innocent, also felt the same way, adding that doing likewise would silence (Anwar's) critics once and for all.

"Malaysians, especially Muslims, are watching this very closely.

----------------------------------------------------------------------------------------

Bapa pertahan sumpah Saiful

Monday, 18 August 2008 09:52am

©Utusan Malaysia
Oleh Siti Athirah Dzulkifly

KUALA LUMPUR 17 Ogos – Azlan Mohd. Lazim, bapa Mohd. Saiful Bukhari, mempertahankan tindakan anaknya mengangkat sumpah di masjid bagi membuktikan dakwaannya diliwat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Katanya, upacara sumpah laknat pada Jumaat lalu itu adalah mengikut syariat Islam kerana ia dibuat selepas Mohd. Saiful mendapat nasihat daripada ulama.

Azlan menegaskan, tiada sebab untuk anaknya mengangkat sumpah sekali lagi walaupun ada pihak cuba mempertikaikan cara yang digunakannya sehingga ada pemimpin Pas sanggup menyamakan sumpah yang dibuat di dalam masjid itu dengan amalan Kristian.

Sehubungan itu, beliau mencabar pihak yang masih mempertikaikan sumpah laknat atau mubahalah yang dilakukan oleh Mohd. Saiful supaya tampil mengemukakan contoh atau ‘cara Islam yang betul’ seperti dakwaan mereka.

“Saya yakin Mohd. Saiful telah menjalani proses mengangkat sumpah secara tertib mengikut apa yang disyariatkan dalam Islam.

“Ini termasuklah diadakan di dalam masjid pada hari Jumaat, dalam keadaan suci berwuduk, berkiblatkan Kaabah serta mengucapkan lafaz Wallahi, Wabillahi dan Watallahi.

“Kerana itu, saya mencabar mereka yang mengkritik Mohd. Saiful untuk tampil menunjukkan ‘cara yang betul’ bagi membuktikan kaedah yang digunakan oleh anak saya adalah salah,’’ katanya.

Beliau berkata demikian kepada Utusan Malaysia sebagai mengulas perbuatan beberapa pihak, terutama para pemimpin Pas, yang tidak bersetuju dengan cara Mohd. Saiful mengangkat sumpah bagi membuktikan kebenaran dirinya diliwat oleh Anwar.

Mohd. Saiful, 23, melafazkan sumpah laknat (mubahalah) di Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta di sini pada pukul 6.25 petang Jumaat lalu dengan disaksikan oleh Azlan, ahli-ahli keluarganya, imam Ramlang Porigi dan para pegawai Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi).

Dalam sumpah itu, pemuda itu menegaskan bahawa Anwar telah meliwatnya pada 26 Jun lalu.

Azlan tidak menolak isu kaedah sumpah tersebut timbul kerana pihak-pihak yang terlibat mempunyai agenda politik masing-masing selain terlalu taksub dengan Anwar yang kini berkempen dalam pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh.

Beliau hairan dengan tindakan golongan itu yang mempertikaikan cara anaknya bermubahalah sedangkan upacara sumpah itu pertama kali dilakukan di negara ini.

“Saya minta mereka berhenti mempersoalkan perkara remeh sedemikian kerana anak saya telah mengangkat sumpah dengan cara yang betul di sisi Islam, bukan dengan pegangan agama lain.

“Yang penting keikhlasan dan keberanian beliau untuk menjalani proses itu tanpa keraguan... jadi hentikanlah mengkritik,’’ ujarnya.

Dalam hal ini, Azlan enggan mengambil peduli cakap-cakap orang. “Saya hanya berserah pada ketentuan Tuhan untuk membuktikan keadilan,” katanya.

Cadangan supaya Mohd. Saiful bermubahalah dicetuskan oleh Mufti Perlis, Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin pada bulan Julai lalu.

Dalam reaksinya terhadap lafaz sumpah Mohd. Saiful yang antara lain mengatakan “jika saya berdusta saya sanggup menerima azab, dilaknat dan kutukan daripada Allah sehingga kiamat”, Dr. Mohd. Asri menggesa Anwar juga melakukan mubahalah.

“Jika Anwar juga bersumpah laknat seperti itu (Mohd. Saiful), maka jadilah mubahalah dan kita akan lihat hukuman Tuhan nanti,” katanya


=======================================================================================
Nik Aziz: It's against Islam
Sunday, 17 August 2008 09:25am
©New Sunday Times

PERMATANG PAUH: Pas spiritual adviser Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat said Mohd Saiful Bukhari Azlan's method of swearing on the Quran was against the teachings of Islam.

He said the act of placing the hand on the Quran while taking the oath to declare that one was telling the truth was imitating what Christians did when they placed their hand on the Bible.

"In Islam, anyone can swear that they are telling the truth, but they do not have to hold the Quran," he said.

However, Nik Aziz noted that the sumpah laknat (swearing in the face of divine retribution) done by Mohd Saiful during the oath-taking was allowed by Islam.

It now depended on the sincerity of his oath that he had been sodomised by Parti Keadilan Rakyat advisor Datuk Seri Anwar Ibrahim, he added.

On whether Anwar should do likewise to prove his innocence, Nik Aziz said in Islam, the accuser should be the one to do it to declare that he was telling the truth, and that later, the accused must defend himself.

DAP chairman Karpal Singh said Mohd Saiful's action of swearing on the Quran that he had been sodomised by Anwar could be interpreted as being contempt of court. This was because the sodomy case was pending in the Kuala Lumpur Sessions Court.

"It's just a gimmick. I don't think it is right for Saiful to do, especially so now that the case is in court. One cannot do something that could influence the outcome of a case. This is certainly on the verge of contempt."

However, Home Minister Datuk Seri Syed Hamid Albar said Mohd Saiful had every right to swear upon the Quran, adding that he had done so on his own free will.

Umno information chief Tan Sri Muhammad Muhammad Taib said there was no reason for Anwar not to swear upon the Quran if he had not sodomised Mohd Saiful.

PKR president Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, meanwhile, said that Mohd Saiful's act was an act to destroy Anwar's political career, and also to prevent him from winning the Permatang Pauh by-election.

"No matter how many times he swears, if the doctor checks and says there is nothing wrong, his oath cannot be used. Do not play around with the name of Allah. Do not degrade our religion."

------------------------------------------------------------

Saiful hadir ke pejabat Jawi


Oleh SHARILFUDDIN SAARI
Utusanonline

ARKIB : 20/08/2008
KUALA LUMPUR 19 Ogos – Mohd. Saiful Bukhari Azlan (gambar) hari ini hadir ke pejabat Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) di sini untuk bertemu dengan pegawai di jabatan berkenaan.

Beliau yang memakai kemeja lengan panjang berwarna biru serta bersongkok tiba di jabatan itu pada pukul 10 pagi dengan ditemani bapanya, Azlan Mohd. Lazim dan peguamnya, Zamri Idrus.

Mohd. Saiful, 23, kelihatan tenang semasa memasuki pejabat Jawi tetapi enggan berjumpa kira-kira 20 media tempatan dan asing yang menunggunya di luar bangunan tersebut.

Sebaik tiba, Mohd. Saiful terus ke tingkat satu di pejabat tersebut untuk berjumpa dengan pegawai Jawi.

Pada pukul 1.10 petang, Mohd. Saiful kelihatan keluar dari pejabat Jawi tetapi menggunakan laluan pintu utama Yayasan Dakwah Islamiah (Yadim) di bahagian bawah untuk mengelak daripada bertemu wartawan.

Beliau kemudian menaiki sebuah kereta jenis Proton Waja berwarna perak yang diletakkan di hadapan bangunan itu dan terus meninggalkan kawasan tersebut.

Kira-kira lima minit kemudian, kelihatan Azlan dan Zamri pula keluar untuk menaiki sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) berwarna hitam.

Zamri yang diasak pelbagai soalan oleh wartawan hanya menyatakan kedatangan mereka adalah untuk berjumpa dengan pegawai Jawi bagi satu urusan.

Beliau juga enggan mengesahkan ia berkaitan dengan laporan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini yang meminta jabatan itu menyiasat Mohd. Saiful mengikut hukum qazaf.

“Saya jumpa pegawai Jawi, ada hal sikit. Saya akan maklumkan jika ada perkembangan,” katanya enggan mengulas lanjut pertanyaan wartawan.

Pada 9 Julai lalu, bekas Timbalan Perdana Menteri itu membuat satu laporan menuntut tindakan undang-undang syariah diambil di bawah peruntukan qazaf terhadap Mohd. Saiful.

Undang-undang syariah di Wilayah Persekutuan mempunyai peruntukan qazaf iaitu hukuman ke atas sesiapa yang membuat tuduhan zina palsu terhadap orang lain mengikut Seksyen 41, Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah Persekutuan) 1997.

Mengikut peruntukan itu, sesiapa yang menuduh orang lain melakukan zina tanpa mengemukakan empat saksi lelaki atau ikrar (pengakuan) orang yang dituduh, dia melakukan kesalahan yang boleh dihukum denda RM5,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya.

Menurut Mohd. Saiful, langkah beliau bersumpah laknat hari ini bukan hal politik sebaliknya ia adalah kes peribadi antara dirinya dan Anwar.

Comments :

1
Dr Halimah Ali said...
on 

Tajuk:Menggunakan Sumpah Sebagai Perisai: Naskh dari Al Quran
Sila layari:
http://www.tranungkite.net/v7/modules.php?name=News&file=article&sid=14696

 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Mesyuarat Agung Khas AMALNITA perihatin Pelancaran Tabung PDS AMALNITA dan anda
    1 year ago
  • "Paciaru" atau breakfast. - Yb Meru bersama Mr.Maniam turun padang memantau jalan2 berlubang di susur keluar highway Setia Alam ke Jln Meru dan Jln Korporat Kawasan Meru ...
    1 year ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket

Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com