Mereka datang dari jauh dan dekat. Ada yang dari Kelantan, Terengganu,  Pulau Pinang, Kedah dan Perak. Wakil dari Negeri Sembilan dan Melaka  juga turut membantu dalam menjayakan program GOTONG ROYONG yang diselaraskan oleh Sdr Jamulidin Elias, Timb Pengerusi Yayasan Amal Malaysia, merangkap ahli MPK. Mereka adalah Unit Amal PAS negeri-negeri, Dewan Pemuda Negeri  serta Badan Perhubungan PAS negeri-negeri. Setinggi penghargaan dan ucapan terima kasih buat mereka semua. Jazakumullah Khoiran katheer.
Tidak lupa juga anggota JPA3, anggota Jabatan Bomba, Anggota RELA, ahli Kelab Penyokong PAS kaum India, ahli Briged Amal Selangor yang baru ditubuhkan, ahli PAS dan PKR Selangor dan setempat serta semua individu dan syarikat yang telah membantu secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan program GOTONG ROYONG. Semoga anda semua diberi ganjaran Ilahi setimpal dengan pengorbanan anda semua.





 Kelihatan Naib Pengerusi Yayasan Amal Malaysia, Dr Abd Rani (ADUN Meru) dan Dr halimah sedang meninjau salah sebuah rumah mangsa bencana
Kelihatan Naib Pengerusi Yayasan Amal Malaysia, Dr Abd Rani (ADUN Meru) dan Dr halimah sedang meninjau salah sebuah rumah mangsa bencana
 
 



 
 
 
 
 
 

 
 
 
 
 
 
 
 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

 
Syabas di ucapkan kepada YB Dr Halimah Ali dan semua rakan pimpinan bantuan kemanusiaan dari seluruh negara.
Cuma satu kemusykilan yang saya lihat. Dimana petugas2 atau rakan2 dari Parti Keadilan Rakyat atau AMK bahagian tersebut?????
Betul ke ini program PAS dan sekutunya sahaja???? Maklumlah kawasan PAS.
Kalau ya pun takkanlah tinggalkan kawan baik sekutu sendiri buat kerja? Atau program ini di pulaukan oleh Parti Keadilan Rakyat dan organisasinya.
Maklumlah mereka tak ada peruntukan. Nak tunjuk gusi dan gigi saj buat apa kan? Bak kata Menteri Besar Jangan buang masa dan membazir saja kalau tak ada duit nak bagi!!!!
Something wrong!!