Pray For MH370

Pray For MH370

KENYATAAN KHALID DIPUTARBELITKAN DAN DI LUAR KONTEKS

Sekali lagi kenyataan YAB MB Selangor disalahtafsir, diputarbelit dan dipolitikkan. Kali ini isu turun padang melawat mangsa bencana ribut di DUN Selat Klang. Ribut yang telah memusnahkan banyak harta benda berlaku pada 01hb September bersamaan satu ramadhan kira-kira pukul tiga petang hari Isnin, yang juga jatuh pada hari cuti am ganti cuti hari Menyambut Kemerdekaan.

Pada hari tersebut, setahu saya Tan Sri Khalid tidak memilih untuk pergi bercuti ke luar negara. Tidak seperti yang dilakukan oleh Pak Menteri, beberapa orang lain termasuk seorang Menteri Besar ketika Johor dilanda banjir yang teruk tempoh hari.

Saya telah telah memaklumkan perihal bencana di atas melalui sistem pesanan ringkas (SMS) kepada Tan Sri pada pukul 2032 pm 01hb Septeber 2008 dan salinan sms kepada YB Dato' Dr Hassan Ali, YB Rodziah, YB Ahmad Yunus dan YB Dr Rani. Salinan kepada Dato' Dr Hasan Ali selaku Pesuruh Jaya PAS Selangor, merangkap Exco Prasarana Awam. Manakala Dr Ahmad Yunus ialah Pengerusi Yayasan Amal Cawangan Selangor dan Dr Rani ialah YDP PAS Kapar merangkap Naib Pengerusi Yayasan Amal Malaysia (Rescue dan Menyelamat).

YAB Tan Sri telah membalas SMS saya pada pukul 2036 01/09/08 yang berbunyi

"SALAM. CAN REQUEST FOR KECEMASAN BUDGET. AS A START THE VICTIMS CAN BE PLACED AT DEWAN AND FOOD AND SHELTER TO BE PROVIDED. ON WEDNESDAY (..exco meet) WE CAN COME OUT WITH EMERGENCY ALLOCATION"

Dari itu jelaslah bahawa Tan Sri telah mewakilkan {"DELEGATE"} kepada saya dan Exco YB Rodziah untuk bertindak secepat mungkin. Kami telah mengadakan mesyuarat tergempar yang melibatkan Tuan Pegawai Daerah, Lembaga Zakat Selangor, PBSM, MPK dan lain-lain. Sila rujuk archive dalam blog ini.

Walaupun Tan Sri Muhamad Taib ada "turun padang" dalam "hujan ribut" tetapi beliau hanya melawat kawasan Rumah Murah Sungai Udang yang mana menurut statistik dan tinjauan kami, hanya lima belas buah rumah yang terjejas. Beliau menghulurkan sumbangan dari kerajaan pusat sebanyak RM300/= sekeluarga. Sila rujuk statistik di bawah.


Mampukah Muhamad Taib melawat lapan ratus buah rumah dalam sejam dua sebelum berbuka puasa pada hari itu? Mampukah beliau berbelanja (bukan guna kad kredit ya) RM300.00X808=
RM242,000.00 iaitu hampir suku juta ringgit Malaysia pada malam tersebut? Mungkin dah biasa bawa duit tunai juta-juta ke sana sini dalam bag.



Sebenarnya Tan Sri Khalid mengamalkan konsep "delegation" (mewakilkan) dan "planning" (perancangan) dalam menguruskan hal ehwal negeri dan rakyat Selangor. Jika beliau datang melawat mangsa pada malam satu haribulan dengan tangan kosong dan berbekalkan gusi dan lidah sahaja, orangpun akan kutuk beliau juga kerana datang berlenggang sahaja.

Untuk pengetahuan pelawat dan pembaca yang bukan dari bidang pengurusan, aspek perancangan merupakan faktor utama dalam menentukan kejayaan sesuatu aktiviti. Lebih-lebih lagi jika ia melibatkan dana atau kos yang tinggi.

Comments :

4 comments to “KENYATAAN KHALID DIPUTARBELITKAN DAN DI LUAR KONTEKS”
perfectwater75 said...
on 

SALAM...

Usah dibimbangi kerana Yang Benar Tetap Benar,
Teruskan perjuangan agenda kesejahteraan rakyat...

Saya yakin rakyat Selangor tetap bersama Pakatan Rakyat

Anonymous said...
on 

Salam.

kalau dah jiwa pembangkang, tetap pembangkang. Klu nak jadi MB yang baik kena turun padang pada hari kejadian,bukan hantar wakil.

Tak kira la berapa pun yang kerajaan pusat hulur janji mangsa bajir dapat juga peruntukan.

Ubah la sikap tu jangan masih bersikap "pembangkang" umpama anjing menyalak bukit.

TK

Anonymous said...
on 

Selamat Sejahtera,

Syabas diucapkan kepada semua yg menjalankan kewajipan.

Cuma kenapa Ahli Parlimen di kawasan tersebut tidak bersama-sama dalam projek tersebut? Beliau ni bukan orang Pakatan Rakyat ke?

Mungkin Ahli Parlimen kawasan tersebut hanya ada gusi dan gigi saja kot? Atau Menteri Besar ni membeza2kan antara Intan dan Permata???

Sila renungkan..

D'Rebok @ Ikhqoi said...
on 

korang silap.. MP Kapar. Hari pertama dan kedua dia dah turun... tak caya??
tolong layari blog YB dan blog aku
mdikhmal.blogspot.com

jgn main petik jer

 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Mesyuarat Agung Khas AMALNITA perihatin Pelancaran Tabung PDS AMALNITA dan anda
    8 years ago
  • "Paciaru" atau breakfast. - Yb Meru bersama Mr.Maniam turun padang memantau jalan2 berlubang di susur keluar highway Setia Alam ke Jln Meru dan Jln Korporat Kawasan Meru ...
    8 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket









Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com