Pray For MH370

Pray For MH370

ADUN SELAT KLANG PILIH BULU, BETUL ATAU TIDAK?

Sesungguhnya dalam menjalankan amanah yang dipertanggungjawabkan ke atas saya, dalam kes menziarahi mangsa bencana ribut di Kg Sg Udang dari tarikh berlakunya musibah iaitu pada 01hb September 2008 sehingg hari ini, saya tidak memilih bulu, warna kulit, parti, agama atau keturunan. Ada pihak yang mahu dan mampu mempolitikkan isu bantuan dan lawatan serta menjadikannya satu isu.

Oleh kerana ramai penduduk yang terlibat dan banyak rumah serta harta benda musnah, maka saya tidak dapat memberi tumpuan ke atas semua kes yang setakat ini satu ribu dua ratus semuanya. Kami bekerja siang dan malam. Sila rujuk post dan entri saya dalam blog ini di archive.

Saya bukan hendak menegakkan benang basah atau perkara remeh temeh, tetapi saya lihat di kebanyakan akhbar, isu turun padang diperbesarkan. Saya salin semula satu komen dari ?Jalan Selamat, ? Rumah Murah Sg Udang, ? Tanah Chi Liung Wallahua 'allam.

Anonymous said...

Assalamualaikum,
Saya adalah salah seorang mangsa ribut tersebut. Untuk pengetahuan pihak penulis blog ini, kawasan saya tidak di lawat langsung oleh Pihak YB Dr mahupun mana2 pihak dari DUN Selat Klang tersebut seperti yang diwar-warkan dalam blog ini. pada petang kejadian tersebut saya hanya memohon bantuan dari ahli2 keluarga saya yang mana kemudiannya dalam tidak sampai beberapa minit bantuan segera dari pihak "Biru Pekat" datang meredah hujan dan ribut.
Terlebih dahulu saya ingin bertanya kepada pihak penulis blog ini, sekiranya berlaku kejadian yang sama keatas rumah tuan dengan keadaan seluruh ahli keluarga yang masih kecil dengan bumbung rumah yang terbang apakah penulis masih sabar menunggu sehingga ke hari sabtu utk mendapatkan bantuan? pada ketika itu apakah keperluan yang paling utama untuk tuan? jawapan yang paling tepat adalah mendapatkan tempat perlindungan utk anak2 tuan. dimana bantuan segera tersebut? hanya bukti pada gambar ini sudah cukup utk beritahu seluruh MALAYSIA yang "mereka" ini mmberi bantuan kecemasan? mana gambar mereka dalam hujan dan ribut? mana bukti mereka lencun mmbantu memindahkan anak2 kami? tiada kan! semuanya gambar sesudah kejadian.
waktu itu kami terdesak. terkejut dengan kejadian tersebut. apalah salah nyer dengan bantuan kecemasan kecil dengan bantuan sebiji kurma sebagai alas perut kami untuk berbuka. malangnya... kami tidak di beri apa2. semuanya kene menunggu giliran pada hari SABTU ini.
Di kesempatan ini saya ingin juga bertanya, maksud sebenar kawasan "Biru Pekat" tersebut. adakah kawasan saya di kategorikan sebagai "Biru Pekat" sehingga tidak di lawat oleh pihak YB Dr DUN Selat Klang? adakah kerana bancian wana telah membeza2kan kami sedangkan pihak yang di katakan "Biru Pekat" ini tidak langsung membeza2kan warna mahupun bangsa agama. di mana keadilan utk kami?
Ingin saya ceritakan pengalaman sebenar saya pada hari tersebut. Maaf sekiranya agak panjang tapi inilah kenyataan sebenar. Setelah mereka mmberibantuan kecemasan kepada kami, mereka turut mmbuat susulan kepada kami. Walaupun selepas ribut tersebut dibanci oleh mereka, diberi bantuan kecederaan segera kepada jiran yang tercedera, rumah kami di bersihkan sedikit2. dan yang paling mengharukan kami, jam 3 pagi dalam pekat malam semua sedang tidur lena. Mereka datang mengejutkan kami, membawa kepada kami juadah untuk bersahur.
Jangan kerana nilai RM300 itu berita sebenar diputarbelitkan. Mereka tidak memilih bulu, bantuan dihulur secepat mungkin sekadar yang mampu untuk keadaan yang terdesak dahulu.
Alhamdullillah, ada bantuan juga. Dari mengharap pada bantuan pihak YB Dr yang sehingga kini tidak langsung menjejakkan kakinya ke kawasan rumah saya yang hancur. Andai kata saya menunggu sehingga ke hari Sabtu, tiada apa untuk saya suapkan anak2 saya pada hari tersebut, smlm, dan hari ini.
Minta pihak YB Dr faham dan belajar apa maksud sebenar KECEMASAN. bukan datang untuk terus berkempen. Kami org2 terdesak dan kami tiada apa2 kene mengena dengan Saiful. Kami bukan nak dengar sebarang kata2. perut anak2 kami perlu di isi. rumah kami tiada bumbung. bukan kata2 boleh kembalikan kami kepada keadaan sebelum ini...

Sila lihat dan teliti foto-foto di bawah ini.

Kedua-dua Tok Ketua Kampung, Tn Hj Shamsul (berbaju biru pekat) dan Tn Hj Shamsuri ( berbaju kuning pekat yang juga Ketua Kampung penggal kedua atau ketiga) terlibat dalam pengurusan menyalurkan bantuan kepada mangsa bencana.

Sila pastikan individu yang sedang duduk menulis di Pejabat ADUN Selat Klang memakai baju T berlambangkan apa. Ya dacing serta undilah BN.
Kelihatan para petugas di Pejabat ADUN Selat Klang. Individu berbaju biru pekat sedang mengisi borang aduan. Saya sedang memerhatikan beliau.
Di rumah seorang nenek yang tidak dapat bergerak dan menyerahkan bantuan
Di rumah seorang Tn Hj yang uzur dan menyerahkan bantuan bencana
Para petugas yang terdiri dari NISA', Ahli Kelab REM, Pemuda Selat Klang dan Muslimat sedang menerima borang aduan dari para penduduk yang terlibat
Para petugas yang professional, beretika dan berdedikasi menerima aduan penduduk. Semua hal direkodkan dan salinan kad pengenalan wajib disertakan dengan borang aduan. Tidak timbul penyelewengan dana penyalahgunaan kuasa "separuh dana masuk poket pemimpin serta konco-konconya tetapi dikira sudah diagihkan kepada mangsa bencana". Masih ingatkah saudara, ADUN Bn Selangor menghabiskan peruntukan RM 21 juta (RM dua puluh satu juta) dalam masa dua bulan pertama tahun 2008. Ke mana perginya? Cepat habis.

Ini baru betul cekap menghabiskan dana rakyat
bersih sapu habis..........
amanah, tak bagi tahu rakyat, simpan rahsia.

Para petugas bekerja bertungkus lumus menerima aduan di pejabat ADUN.
Ini satu kes "classic" yang diterima dari kawasan rumah murah Sungai Udang yang kononnya kawasan "pekat biru". Seorang Pak Cik tinggal seorang diri berlumuran air kencing. Kami bantu apa yang patut seperti memberi tilam baru dan sebagainya.


Melawat rumah mangsa dari keturunan India
Melawat mangsa dari kaum Cina

Cuba anda teliti foto di atas. Apakah kain berwarna biru pekat koyak rabak yang tergantung dari atap zink rumah di atas. Ia adalah bendara dacing BN yang digunakan pada PRU 12 yang lalu.

Comments :

1
Anonymous said...
on 

Kpd ,
Yg BERHORMAT Dr.Halimah,
Saudara/i sekelian,
Assalamualaikum,

Selamat berpuasa dan selamat menunaikan ibadah ramadhan,semuga ujian Allah kita lalui dgn penuh kesabaran.Saya amat sedih dgn tulisan Anonymous, Saya faham maksud dan keadaan anda,saya sangat simpati akan keadaan banjir yg berlaku di kawasan Anda.Kereta rosak,perabut musnah,barang2 letrik rosak,kain baju entah macam mana ,kerosakan rumah tempat tinggal,buku2 anak kesekolah rosak dan mcm-mcm lagi.Pening mmg pening ,tapi itu lah ujiannya.
Berat mata memandang berat lagu bahu memikul.

Waktu-waktu sebegini pertolongan sgt-sgt di harapkan,tetapi kita juga perlu fhm dan bertimbangrasa sbb org lain pun perlukan pertolongan.Saya pasti dan yakin YB kita mmg nak menolong jika bolih nak jumpa semua sekali gus tanpa memilih bulu,tetapi YB juga manusia perlu mengatur susun jadual.Munkin kejadian YB tak kesampaian ke kawasan Anda tidak di sengaja kan.Berilah YB-YB PR peluang ,kalau yg tak kena tunjuk lah jln supaya bolih diperbaiki.

Saya dah 51tahun hidup.Saya tergolong dlm org-org miskin yg tak mempunyai hartabenda tiada pendapatan. Kehidup seharian pun mengharapkan kwn-kwn beli beras. Saya tak minat dgn politik ,saya sgt muak dan amat sedih dgn pemerintahan lama.Dgn egonya,sombongnya,lagaknya,lakunannya dan sebagainya,mereka-mereka ni hanya nak kenyang temolok sendiri bersama kroni saja.
Cuba-cuba fikir2 dan renung2, saya pernah menghubungi lebih di sepuluh YAB,YB serta org-org yg berkuasa dan berpengaruh utk mohon sedikit bantuan daripada org-org dlm lambang biru.Jgn kata nak call saya balik malah balasan surat atau email saya pun tak ada.Mcm ni pemimpin,mereka-mereka ini hanya pandai main wayang depan kamera dan pemberita saja.Bantuan hanya segelintir tapi heboh satu malaya.Ini lah sikap-sikap mereka.cakap kosong saja.Cakap saja golongan miskin tak akan ditinggalkan Porraaah. Jika prjek million2 alamat kita tgk mata putih je.

Sejak PR memerintah saya telah menghubungi YAB,YB-YB,respon mereka 100%,yang nak saya katakan YB PR mmg perihatin dan berjiwa rakyat.Pernah anak saya ada masalah nk cari duit nk belajar.Saya cadangkan cuba YB Dr.Halimah,Isteri saya sms kpd YB within 3 days she respon ,saya sekeluarga amat-amat menghargai.Baru ini saya telah menghubungi YAB TS Khalid ,YAB respon within short period of time .Serta YB lain pun no problem.Walaupun hidup saya sekeluarga masih dlm kesusahan dan dlm kepayahan namun saya mengharapkan pehak PR akan Bantu saya akhirnya.
Untuk berilah peluang kpd PR utk memerintah.Apa yg kurang kita tegur.

Salam hormat dan berbanyakkan Amalan di bulan yg mulia ini.Jgn lah kita terikut-ikut dgn media dan lakunan mereka, siasat dulu.Saya percaya jika Anda berhubung terus dgn YB dah tentu kawasan Anda akan dilawati dan pertolongan akan tiba.Percayalah mereka-mereka pemerintah yg lalu hanya pandai main gula-gula saja.
Saya pohon ampun dan maaf jika tersalah dan silap harap di maafkan.

Yg Benar,
Shah
apik57@yahoo.com

 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Mesyuarat Agung Khas AMALNITA perihatin Pelancaran Tabung PDS AMALNITA dan anda
    8 years ago
  • "Paciaru" atau breakfast. - Yb Meru bersama Mr.Maniam turun padang memantau jalan2 berlubang di susur keluar highway Setia Alam ke Jln Meru dan Jln Korporat Kawasan Meru ...
    8 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket









Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com