Pray For MH370

Pray For MH370

TUBUH MAJLIS ULAMA' DALAM UMNO



Cadangan Dr Asri Zainul Abidin kepada UMNO sungguh tepat sekali. Selama ini beberapa kerat tokoh Ulama' dalam UMNO diibaratkan seperti " kuda tunggangan " dan hanya ditonjolkan ketika pilihanraya. Mereka dipinggirkan selepas pilihanraya, bak kata Tn Guru Hj Hadi, "ulama' dalam UMNO tak ubah seperti daun kari yang dibuang setelah fungsinya selesai bagi menyedapkan masakan".
Cadang tubuh ‘Majlis Ulama’ dalam UMNO
Sinar Harian
KUALA LUMPUR – Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin mencadangkan penubuhan ‘Majlis Ulama’ dalam UMNO untuk memastikan ahli-ahli parti tidak lari dari roh Islam dan menerima kuasa dengan penuh tanggungjawab sebagai satu amanah Allah.

Majlis itu yang ahlinya terdiri dari ulama dan pemikir Islam dalam parti mungkin senjata terakhir untuk menyelamatkan parti terbesar orang Melayu yang kini dalam keadaan parah dengan berbagai-bagai penyakit.

Dalam kenyataan yang dihantar kepada Sinar Harian semalam beliau menegaskan majlis tersebut hendaklah berani menegur kepincangan dan kemungkaran yang dilakukan oleh ahli dan pemimpin parti.

Katanya, UMNO yang masih memegang tampuk kuasa adalah harapan untuk semua rakyat, khasnya orang Melayu, dan apa sahaja kepincangan dalam parti itu akan memberi kesan kepada semua orang.

“Oleh sebab itu, UMNO perlu diletakkan semula di atas landasan yang betul, mengikut lunas-lunas Islam kerana inilah yang akan menyelamatkan ummah,” katanya.

“Namun, penubuhan itu bukan sekadar mewujudkan sebuah replika tanpa fungsi, sebaliknya hendaklah Majlis Ulama tersebut berperanan membimbing perjalanan parti selaras dengan kehendak Islam dalam segala aspek.

“Tokoh-tokoh agama yang jujur, amanah dan progresif yang cintakan parti itu diberi kebebasan untuk membetulkan UMNO sekali gus kemelayuan UMNO itu akan kelihatan begitu terikat dengan prinsip-prinsip Islam secara syumul.

“Jika tidak, dengan pergolakan yang ada sekarang UMNO akan terus kehilangan roh Islam. Sebaliknya, ia akan menjadi padang perlumbaan kuasa yang sebahagian besar mereka bercita-cita mengaut kekayaan harta,” kata beliau.

Comments :

2 comments to “TUBUH MAJLIS ULAMA' DALAM UMNO”
Anonymous said...
on 

salam,
ya... ya... cadangan mufti perlis tu nampak macam elok. tapi nampak macam dah tau je siapa yang bakal jadi ketua kalau majlis ulama umno ditubuhkan. ahem!

Kaubukanaku said...
on 

Dalam UMNO hanya wang yg menjadi mainan,sbb 2 kalo ade ulamak pun hanyalah ulamak yg mementingkan wang dari kerja.

 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Mesyuarat Agung Khas AMALNITA perihatin Pelancaran Tabung PDS AMALNITA dan anda
    8 years ago
  • "Paciaru" atau breakfast. - Yb Meru bersama Mr.Maniam turun padang memantau jalan2 berlubang di susur keluar highway Setia Alam ke Jln Meru dan Jln Korporat Kawasan Meru ...
    8 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket









Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com