Pray For MH370

Pray For MH370

KENYATAAN BALAS LAPORAN DIPUTARBELIT um DARI KETUA PENERANGAN PAS SELANGOR

Putarbelit akhbar tentang Sidang Akhbar Exco Selangor SINI

Kenyataan media Pas Selangor yang dikeluarkan oleh Ketua Penerangan, Roslan Shahir Mohd Shahir.

PAS Selangor kesal dengan laporan mukadepan akhbar Utusan Malaysia bawah tajuk "PAS akui sukar tadbir Selangor bersama PKR,DAP" (bertarikh Sabtu, 6 Disember 2008) yang sesungguhnya tersasar dan menyeleweng samasekali dari kenyataan sebenar Pesuruhjaya PAS Selangor, Dato' Dr Hasan Mohd Ali, di dalam sidang media PAS Selangor yang diadakan pada hari Jumaat 5 Disember, 2008.

Di dalam sidang media berkenaan Dato' Dr Hasan tidak pernah menyebut bahawa PAS menghadapi kesukaran untuk memperjuangkan serta mempertahankan hak orang Islam dan Melayu di Selangor sebagaimana yang dilaporkan oleh Utusan Malaysia. Malah beliau menegaskan dalam sidang media berkenaan bahawa PAS tidak terpinggir dan sebarang anggapan sebegitu tegas beliau sebenarnya dimanipulasi oleh Barisan Nasional untuk menggugat kerjasama baik antara PAS, DAP dan PKR di Selangor.

Dato' Dr Hasan juga tidak pernah menyebut bahawa kadang-kala PAS terpaksa melupakan matlamat perjuangan utama parti iaitu untuk menegakkan syiar Islam semata-mata kerana mahu mengambil hati PKR dan DAP sebagaimana dilaporkan oleh Utusan Malaysia. Malah yang sebenarnya beliau telah menggariskan dengan jelas bahawa PAS tidak pernah dan tidak akan bertolak-ansur dalam hal-hal berhubung Islam dan kepentingannya di Selangor.

PAS Selangor merasakan bahawa pihak Utusan Malaysia sangat tidak bertanggungjawab sehingga terlanjur mengeluarkan laporan yang sedemikian rupa yang mencerminkan rendahnya nilai profesionalisma di dalam akhbar berkenaan. PAS Selangor beranggapan laporan tersebut berunsur jahat kerana tidak ada mana-mana pihak dari media arus perdana yang turut hadir dalam sidang media berkenaan membuat laporan seperti itu di akhbar-akhbar mereka.

PAS Selangor ingin menasihatkan pihak Utusan Malaysia agar lebih berhati-hati dimasa-masa yang akan datang dan tidak lagi mengorbankan etika dan profesionalisma kewartawanan ketika membuat laporan sebagaimana yang berlaku ini. Dalam pada itu PAS Selangor akan terus mengadakan sidang media setiap dua minggu sekali bagi memberi peluang kepada rakyat Selangor dan seluruh masyarakat Malaysia mendapat maklumat terus darihal peranan dan perkembangan PAS Selangor di dalam kerajaan Pakatan Rakyat negeri ini.

Roslan Shahir bin Datuk Mohd Shahir,
Ketua Penerangan PAS NegeriSelangor Shah Alam,
Ahad, 7 Disember 2008.

Comments :

2 comments to “KENYATAAN BALAS LAPORAN DIPUTARBELIT um DARI KETUA PENERANGAN PAS SELANGOR”
Mohd Hafizan Mazuki said...
on 

salam

dalam isu ini modus operandinya sama
sama seperti putar belit kenyataan pimpinan kerajaan kelantan yang memerintah sebelum ini

saya masih ingat isu paling bodoh yang umno putar belit adalah isu kenyataan tuan guru nik aziz "tuhan mencarut dan tuhan samseng"
nmpk sangat umno ini bodoh dari segi kefahaman agama dan loghat tuan guru nik aziz...
rakyat sudah mula faham bagaimana jentera umno dan BN ini beroperasi
peluang sentiasa di ambil untuk menggagalkan dan memecahbelahkan kekuatan yang ada
apa yang kecil akan diberbesarkan
apa yang tidak wujud akan di wujudkan...

sama jugalah seperti isu ini
umno tidak pernah dan tidak akan berubah.......

wassalam...

Unknown said...
on 

Utusan Malaysia, 06/12/2008

Pas akui sukar tadbir Selangor bersama PKR, DAP

Oleh Zabry Mohamad

SHAH ALAM 5 Dis. – Pas hari ini membuat kenyataan berterus terang apabila mengakui sukar untuk memperjuangkan serta mempertahankan hak orang Islam dan Melayu di Selangor disebabkan perbezaan ideologi Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP.

Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr. Hassan Ali turut mengakui kadang-kala terpaksa melupakan matlamat perjuangan utama parti itu menegakkan syiar Islam ketika membuat sesuatu keputusan berkaitan pentadbiran kerajaan negeri semata-mata mahu mengambil hati PKR dan DAP.

“Pas Selangor terpaksa mengambil kira perjuangan parti dan perjuangan kerajaan campuran negeri yang turut diterajui PKR dan DAP.

“PKR dan DAP memiliki objektif parti masing-masing yang amat berbeza dengan Pas.

“Disebabkan perbezaan ini, Pas kadang-kala terpaksa melupakan perjuangan asal demi negeri Selangor,” katanya.

 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Mesyuarat Agung Khas AMALNITA perihatin Pelancaran Tabung PDS AMALNITA dan anda
    8 years ago
  • "Paciaru" atau breakfast. - Yb Meru bersama Mr.Maniam turun padang memantau jalan2 berlubang di susur keluar highway Setia Alam ke Jln Meru dan Jln Korporat Kawasan Meru ...
    8 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket









Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com